Saturday, 1 November 2014

Me as instant mommy

Assalamualaikum,,

Seminggu tanpa kaba berita.

Bukan takde masa, cuma takde cerita nak dikongsi. Minggu lepas mengasuh anak buah yang sorang tu.

Fuhhhhh,,
Bertahun tak mengurus anak kecik. Pening kepala jugak dibuatnya. Dah ada anak yang boleh disuruh, boleh uruskan diri sendiri, bole makan minum sendiri, tetiba dapat sorang ni yang kejenya nak kena didodoi sepanjang masa.

Huhuhuhu~

Seronok beranak kecik, ada muka manis yang nak diagah. Tapi tu la, nak menguruskan semuanya macam 3tahun dulu tu yang rasa malas.

Pakkal je ni anak buah tau, mengenangkan budi adik aku tu yang penah asuh anak-anak aku ni dulu. kalau tak..........


Bila die buat muka merengek gini mintak cubit, memang geram dibuatnya.

Nak kena duduk ngadap die je. Pengsan ibu long macam ni. Ade 2orang abang sepupu yang rajin menjaga, sorang nak tolong buai, sorang dok agah sampai gelak terkekeh si kenit tu.



Kemain bahagia kan abang-abangnya?
Naik rimas budak kecik tu dibuatnya

Khamis-jumaat-sabtu
3hari dengan pengalaman menjaga budak kecik.

Nasib baik isha ni x banyak peel. Hari pertama tu je la meragam, hari kedua dia gasak tidor je sampai aku kejut suruh bangun minum susu.
Hari ketiga aku jaga petang je. Pukul 3 camtu smpai malam.

Ok jek. Encik suami pon paham. Bila aku takleh memasak sebab asik hayun buai jek, die tolong masakkan. Terasa macam mak beranak kecik balik la sepanjang berapa hari nih. Huhuhu~

Kalau ditanya nak jaga lagi tak?
Opkos taknak. Hahahah!

Tapi kalau kes kecemasan macam haritu, takpela demi anak sedara ku itu aku rela membantu. Muahahahahah!

Ok babai!

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati