Tuesday, 17 September 2013

Mewarna bersama bank rakyat

Assalamualaikum!

Nah,,,lebih seminggu menyepi. Ade yg rindu tak? Cepat ngaku... Hahahahha!

Seminggu di department baru. Memang tak sejaoh mana, cume kalau dulu aku duduk depan pintu masuk opis,sekarang ni aku tersadai kat tingkat atas.

Perasaan seminggu kat sini.......

Ok jek. Best jugak duduk atas ni. Privacy. Buat kerja sendiri jek. Takde la nak soksek2 sangat macam masa kat bwh dulu. ;p

Ade la sikit2 bab yang aku dah merasa buat. Tak expert lagi tapi bayang2 keje yang bakal aku hadap nanti tu aku dah dapat feel la..

Hahahahah! Kelas ko ayat menyedapkan hati jiwa dan raga. Padahal aku dah bosan menangok tak buat hape2, so aku mintak2 la keje kat aku. Keje tutup fail yang dah selesai sejak setahunlepas pon aku layankan je. Nampak tak betapa komitednya diriku? :p

Dah hujung2 minggu tu barulah dpt semua maklumat tentang ABT. tu pon hasil copy paste dari kak suri tu. Dapatlah aku tengok penyata2 yang perlu aku hadap tiap hujung n awal bulan. Walaupon aku teliti kemain menengoknya,sejujurnya aku tak paham sangat pon. Nanti dah buat barula aku reti. Rasanya lah. =_=

hokey2,,cerita hujung minggu pulak. Pertandingan mewarna buat pemegang akaun Nuri anjuran Bank rakyat Kluang. Happening gile.

Encik suami subuh2 adam dah bergerak ke lokasi tu. Naik moto aje. Kami anak beranak kalau nak datang sebok2 nanti bolehlah datang..

Tidaklah rajin sangat nak pergi. Tapi mengenangkan farish tu bukan main excited nak pergi, aku layankan aje la. Dah gitu taknak kalah ok,nak pakai t shirt bank rakyat jugak! 

Nasib baik jumpa t shirt family day dulu tu, gigihlah babah melayan anak die tu. Siap nak gosok baju segala. Huhuhuhu~

So pagi tu lepas je babah bangun,budak dua beradik ni pon celiklah matanya. Laju je nak bangun mandi. Tak tau ke ibu ni nak tido lagi??

6pagi nak oii.....
Bangun awal sangat. Dah la arini wiken. Aku suruh diorang tido balik sambil akupon buat2 la tido kononnya.

Diorang tido pon x tak lama mana. Jadi pukul 8pagi tu aku suruh dua2 mandi. Laju je bersiap. Takde pon nangis2. Cuba kalau ibu kejut pergi sekolah senang macam ni,tak la ibu terpekik terlolong macam bini tarzan.

Sampai sudah..
Terus call babah. Cepat3,ibu dah sampai!!

Mari kita sarapan dulu~
Yang seronok kalau datang ni je r,sebab ade makan free. Even cuma nasi lemak dengan sambal sotong yang tak seberapa, telankan aje sebab tak kena bayar. ;p

Siap makan babah pon bawak bebudak tu ke dewan. Pertandingan mewarna dah mula. Farish la yang paling semangat. Tapi bila aku suruh join mewarna,laju2 geleng kepala. APTB!

Mulut yang rajin bertanya tu pon ape lagi..

   `ibu,die bawak colour gambar bank rakyat ek?'
    `ibu, kenapa die bawak meja?'
    `ibu,kenapa die colour kat surat khabar?'

Lotih weyh nak menjawab. Kena pulak kat situ bising dengan bunyik2 lagu segala. Dah aku nampak sangat macam pekak.

                      Hahhh???
                            Hahhh??
                                 Hahhh????

Sambil tu aku terbongkok2 tadah telinga kat mulut die. Pfft!

Agaknya mak2 lain tu setabah aku tak melayan soklan anak yang kadang2 ntah pape tu????

Selalunya aku jawab ikot logik akal jek. Janji munasabah pada telinga aku,aku jawab. Tapi selalunya aku bagi jawapan ikot paham die je. Yang penting muka aku konfiden. Heheheheh~

Event kalini ade guest artist. Si ropi yang pelawak grup cecupak dulu2 tu. Muka memang takleh blah. Belom melawak pon aku dah rasa lawak. ;p

Maskot si NURI tu pon kelua. menjerit abie. takot ke geli,entah la. Farish suka je. tapi tetap buat muka selamba die tu..

dua beradik ni syok je tengok si NURI menari chicken dance. hahahah!

Ibu dah biasa tengok chicken dance. Tarian rasmi bank rakyat kluang. hahahahah!

baru 11pagi,abie dah gosok2 mata. mengantok. akh pon berdiri la sambil goyang2 badan. dah macam aku pulak menari chicken dance tu. T_T

nahhhhhh...tido sudah anakku ini. tu la,bangun cepat sangat pagi tadi.

gasakla orang bising2,si kecik ni buat derk je. tido baik punya. tangan ibu ni dah lenguh. feeling ade baby kecik dah aku time tu. last2 tumpang duduk kat tangga stage.

Buat selamba je sambil tepok2 anak kat tangga. sangat buruk ok!

dah 30minit jugak aku terjelepok kat tangga tu,barulah dapat kerusi. berganjak je kat atas kerusi,abie pon celik mata. dia ni jenis kalau terjaga terus bangun, takde makna la nak popok2 kasik tido balik...

babah je la yang dokong. aku ni kebas segala2nya dah ni. Muka pon dah serupa hape ntah. Pasrah...

tengahri juga la settle semua. terus keluar dari dewan. cari nana n kak zila. sempat jumpa masa datang tadi je. belom bergambar lagi ni..

bergambo la kami sepuasnya. segala penjuru kitorang pose. hahahahah! over nya aku rasa. tapi ape boleh buat; sesekali jumpa memang cenggini la jadinya. Yang penting kitorang enjoy.

las la ni dapat jumpa nana. lepas ni dah jadi orang Masai. huhuhuA~

husband die dapat tukar cawangan Masai. suka dia sebab okla kan dapat dekat dengan rumah diorang kat sana.

cuma tak bestnya, hilanglah sorang kawan. kalau tak dulu time majlis raya,berbuka puasa o family day dapat jugak jumpa. sedih!!

apepon semoga nana bahagia dekat tempat baru tu. for sure hepi punya sebab dekat rumah family kan.

tak dapat gomol2 baby maryam yang shomel tu lagi. tak sempat nak tunggu besa dah... ;')

mudah2an persahabatan ni berkekalan. Lagipon,jb-kluang tak jaoh mana pon kan~ ^_^

Monday, 9 September 2013

Koleksi anak-anak saya

Kemain kan tajok tu.

Koleksi anak2. Dah macam setem pon yek. Anak aku baru dua orang kot. Tak payah koleksi sangat la~

Sebenarnya aku tengah kebosanan ni. Duduk department baru. Terkuis kuis tak reti nak buat ape. Godek2 galeri jumpa pic malam kelmarin. Sedondon Je diorang berbaju tido. Korang layan je la ye.

Well,farish dah makin bijak. Mungkin sebab dah sekolah ni. Banyak je 'barang nak ditanya'. Yang penting dah tak pelat sangat dah. Hikhikhik~ bila ade perkataan yang susah tu,die akan sebut pelan2.

Contohnya baju, die akan sebut ba....ju.
;)

Ade jugak yang masih pelat bunyiknya. Mungkin perlukan lebih banyak masa. Farish tak boleh sebut perkataan yang ade huruf 'l'. Serta.merta ditukar jadi 'y'

Contohnya lori. Farish bunyikkan jadi yo..yi.

Haiyakk!!! ;p

Si kpop kecik ibu, yang manis itu pon dah makin besar. Yang penting makin nakal. Banyak je agenda dia tu.

Dah bunyik banyak frasa juga dari mulut seksi tu. Kalau diikutkan, fareeq ni cepat sikit bercakap dari abang die dulu. Mungkin sebab die dah ada mentor. (farish tu...)

Budak kecik sorang ni tak boleh dengar ayat 'mandi'. Laju je bukak selua nanti sambil bunyik rengek2..

'nak mandi.......'

Kiut sangat masa ni. Macam nak gigit2.;)

2tahun 4bulan sudah. Tapi maintain shomel. Sebab die anak bongsu kot jadi gitu. Abang dulu pon shomel gak masa kecik, lepas je naik pangkat jadi abang terus matured dengan sendirinya. ;)

Sekarang dua2 dah pandai buat ibu serba salah nak pegi keje.

Farish= 'ibu kan dah ade duit,tak payah keje lagi la...'

Fareeq=nangis2 bila hantar tinggal kat rumah mak. ;'(

Memang sedih bila fikir2 semula. Sape yang sanggup tinggalkan anak kan. Tapi tuntutan kerjaya tu kadang2 memaksa kita untuk kuat. Kita kerja untuk mantapkan ekonomi keluarga. Untuk pastikan semuanya tersedia sempurna untuk anak2.

Bila ingat tentang ni, sayu terus rasa hati. Mungkin kalau esok lisa encik suami dah jadi Dato', bolehlah ibu berkira-kira nak hantar notis berhenti keje. ;p

P/s: tak sempat bubuh watermark kat pic entry ni. Entry tak dirancang memang begini. ;p


Terima Kasih

Susahnya nak kasik paham peel anak ni...

Assalamualaikum~

Jarang nak update malam2 hari. Tapi sekarang tengah berlapang lapangan melayan tuan putera kat sebelah ni semata2 nak suruh tido.

Dah pukul 10 malam. Esok skool macam biasa. Sekarang ni dah pandai tanya berapa hari lagi.sekolah. Hari2 la aku menjawab. Memula 4hari,sambil tunjuk jari ni ade 4 biar die paham betul2.
Kamis nanti tanya lagi dan selalunya aku melayan je. Esok 1hari je sekolah,lepas tu cuti.

Bila dah cuti,tanya pulak esok sekolah tak ibu? Lama lagi tak nak sekolah?pheww~

Seronok melayan celoteh dia ni. Tapi penat bila menanya soalan yang entah hape2. Jenuh mak.nak karang jawapan yang logik & senang dia paham. Kadang2 tu baru la perasan,anak.aku ni dah besar. Berkembang dah otak tu dengan macam2 pertanyaan agaknya.

Malam ni cuma.ade die kat rumah ni. Abie stay rumah mak,mengada budak tu ibu ajak balik boleh die jerit2 "nak tinggal,nak tinggal"

Macam nak gigit je si muka kpop tu~ ♥♥

abang dah siap homework malam ni. Meleset je celah sofa tu. Tetiba tanya:

          farish: ibu, mana tayar bas abang
          ibu: mana tau. (sambil jongket bahu)
                
                         tetiba menangis
                                   T_T

                    ●what the??????????

Stress jap. Ko ni dah kenapa bang tetiba menangis macam kena dera? Siap sedu2 sedan lagi. Tayar bas je pon. Lagipon bas tu memang dah nyawa2 ikan. Tayar depan je ade. Huhuhu~

Mak pulak memanh jenis hot temper.nak je pang sekali. Cepat2 istigfar. Shuhhh2, mintak pergi jaoh syaitan2 semua.

Die tu bukan ape. Menangis tak memasal tu sebab mengantok. Siang tak reti tido. Balik.sekolah tahan main entah hape2. Malam lepas je maghrib dah macam orang mamai. Huhuhu~

Berbuih dah mulut ibu dia ni pesan suruh tido siang.balik sekolah tu makan,tido. Jd malam sempat buat homework. Malas tau layan farish hafiy ni~ =_=

Makin dimarah makin kuat pulak die melalak. Siap mintak dokong segala. Tak kuat dah nak.jalan masuk bilik nampaknya.

Terus ajak baring. Offer susu taknak. Air masak pon taknak. Dah kalau semua taknak, sudah. Janji mulut diam. Bingit okey!

Sempat tanya kenapa abang nangis? Heheheheh~

Die jawab  abang sedih. Kahkahakah! Sedih la sangattt~

Mula2 taknak salam ibu. Aku pon ape lagi, galak menyakat. Abang dah tak sayang ibu ye. Nanti ibu nak keje jaoh je la.. :p

Haaa...tau takot! Laju2 salam ibu.ciom sikit bucuk2 ni. Dah besa2 pon buat peel ye. ;)

Eh, dah lena pon dia. Kan dah agak dah. Tadi tu adegan merapu orang yang dah mengantok. Kalau tak sia2 je kena sepak. ^_*


Terima Kasih

Saturday, 7 September 2013

Malam Warna warni lebaran edisi 2013

Assalamualaikum!  ;)

selesai sudah dengan jayanya majlis raya kastam kluang. Ramai jugak jemputan2 nya. Aku bajet staff dengan ex staff je,sekali berduyun duyun orang yang aku tak kenal ade kat majlis ni.

2 ekor kambing dah tergolek seksi dan mengiurkan. Telan air liur menengoknya...

Lagu2 raya dah bergema satu opis ni. Budak2 dah berlari kesana sini. Memang happening. Masa aku sampai tadi dah 8.15, tapi bff aku yang 2orang tu tak nampak kelibatnya lagi. Harus 'grand' sangat sebab tu sampai lambat. Hikhikhik~

Ohh lupa beritau,malam ni aku datang dengan mak. Tak lupa jugak double F ibu. ;)

Encik suami ku memang tak ikot. Malas katanya.

Tiba je opis malam tu. Kelam kabut menyusun duit2 raya. Ni part keje aku. Farish pulak mengekor jek dari tadi. Bukan main lagi die ye. Kehulu kehilir eskot ibu.

Port khas anak beranak aku. Depan photobooth. Senang nak berposing. Heheheheh~

Sekali dah posing,farish kemaruk nak bergambar je. Aku tau die syok pose dengan props segala. Anak hai anak,menurun peel gila gambar ni. ;p

Barisan2 bersatu mengutip duit raya. Aku ni setia berdiri sebelah bos. Tengah ralit menengok budak2 beratur ambik duit raya,tetiba.. Haishhh!!!

Farish hafiy la!

Nasib mak xde sakit jantung, kalau tak matila terkejut bila farish beratur elok je nak ambik duit raya. #__#

Zaman bila anak aku ni kemain berani lagi ek? Transformasi dah sekolah la ni kot. Alhamdulillah~

Lepas tu dah hujung2 barisan tu,aku nampak farish lagi. Tengah pimpin abie ke depan. Nak jugak ajak adik die. Hihuhi~

Masa makan yang dinanti! Ambik semua jenis makanan. Kambing,ayam,nasi,mi,sosej,roti. Semua ade. Kehulu kehilir mengusung makanan. Harus makan sampai kenyang. Silap2 tersandor terus. ;p

Aku baru nk duduk menyuap nasi farish dah ajak teman die basuh tangan. What the?!

Nampak tak betapa sibuknya aku tadi sampai orang dah siap makan baru aku terhegeh2 nak makan? =_=

Sesuap..dua suap. Tengah syok jilat jari tu nama iols dipanggil.wahhhhh!!! Dapat cabutan bertuah ler~ ^_^

Rezeki lagi. Masa join bowling dulu pon dapat, arini pon dapat lagi. Rezeki anak2 la ni. Time dorang ikot ibu, mesti ade luck. ;)

Makan. Bergambar. Makan lagi. Gambar lagi. Sampai sudahnye macam tu.

Nasib budak berdua ni pon ok. X meragam. Sempat la tapau sikit untuk bawak balik rumah. Untuk pakwe yang kat rumah tu dengan buat stok breakfast esok. Heheheh~


Terima Kasih

Prepare majlis raya JKDM Kluang

Assalamualaikum~

Jumaat yang ditunggu dah pon tiba. Persediaan menjelang majlis raya malam ni dah 90% siap. Semalam diorang yg tak terlibat ke majlis raya kat jb tu dah complete kan semua agenda. So arini cuma touch up yang kureng saja. ;)

Dari pagi membawa ke tengahari sampailah ke petang hanya buat kerja ni jek. Hehee~

Balai untuk vip dah dipasang. Tinggal nak susun meja2 dengan cantik je. Masa ni jugak masing2 set up backdrop untuk main stage dan photobooth. Memang seronok.excited semuanya bab deko2 ni. Ade 10orang,10 idea keluar. Yang idea tak diguna pakai tu jangan la kecik hati ye.

Kastam kluang = kastam orang perempuan. Tenaga kerja perempuan melebihi lelaki kat sini. So kerja2 berat tu terpaksa la tolak dekat beberapa lelaki yang masih berbaki tu. ;p

Gigih mwnyiapkan bahgian keje masing2. Ade yang susun hamper, gantung belon,atur kerusi dan tak lupa yang mendownload lagu2 raya. Hahahaah!

Backdrop photobooth tu je sampai 2x tukar. Dah siap2 pasang rasa kureng puas hati pulak,maka panjatlah sekali lagi. ;p

Tu yang aku terperanjat tu. tadi sebelum keluar lunch kaler lain,apesal aku datang petang ni jadi bentuk lain pulak. ;p

Rasanya aku cerita sikit2 je la. Gambar lagi banyak dari cerita. Jadi sila pahamkan situasinya melalui gambar2 nanti ye. K bai!


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati