Tuesday, 10 March 2015

Entry touching sendiri

Assalamualaikum

Baru jam 9 malam tapi aku dah standby baik punya atas katil. Bila-bila masa je aku boleh zzzzzzzzzzz sampai esok.

Hehehhehehe

Ni la rutin. Adjustable.

Siap semua terus masuk bilik. Harini awal banyak, selalu time gini aku masih bertukang kat dapur.

Iron baju la,
Masak air panas la,
Basuh botol susu la,
Kemas baju bbudak2 balik sekolah esok la.

Banyak.
Sampaikan aku selalu membebel sensorang sambil buat kerja tu.

Siap tu jengah ke buku anak-anak pulak. Kalau banyak homework nya, lama lah nak mengadapnya. Bukan sorang pulak tu, tapi dikali dua.

Phewww,,
Aku kena cekal.

Selalu lepas siap homework aku terus bagi susu, paksa dua2 masuk bilik dengan harapan nak suruh tido.

Kadang diorang tido awal.
Kadang sampai nak kena bebel baru nak tido. Selagi berjaga bergurauuuu je diorang ni

Pening.
Penat.

Aku nih jenis dapat bantal,
Even masa tu mata taklah mengantok sangat sambil plan nak tidokan anak-anak dulu lepas tu nak sambung setelkan kerja dapur,
Aku padam duli dari budak-budak.

Yang nak ditidurkan berjaga,
Yang patut berjaga dah tidur!

Jadual pack gila.
Selalu lepas jemput diorang dari sekolah,
Aku terus hantar pegi rumah cu.

Petang aku ambik diorang bawak balik rumah paling awal pon 6.15 petang baru sampai depan pagar rumah.

Masuk-masuk terus sinsing lengan. Masak.
Ye aku buka n kategori pemasak punya orang, tapi bila mood memasak aku datang, penat pon aku tetap nak masak. Sekalipon cuma bihun goreng bubuh fishball. Lalalalall~

Lepas masak,
Jam 8 gitu kitorang makan.
Lepas makan aku basuh segala pinggan mangkuk sementara budak-budak buat homework depan baba diorang.

Haaaa...sini krisis.
Krisis bila anak korang gigih mintak korang hadap die walaupon masa tu sebenarnya tangan ko masih berlumur sabun basuh pinggan lagi.

Kau akan jadi macam..
Erkkkk..kejap boleh?
Kejap kasik ibu siap kerja.
Sikit lagi jek.
Tunggu boleh?

Anak aku memang bukan dari jenis yang hadam arahan..
Buat dulu, nanti ibu check betul ke tak.

Diorang nak aku duduk depan die, tengok tiap patah yang dia tulis tu.

Nahhh...
Sambil mengenangkan pinggan kat sinki,
Duduk bersimpuh depan anak-anak kononnya nak bagi tunjuk ajar.

Sorang membaca,
Sorang mengira.

Susah rupanya nak uruskan dua orang anak dalam 1 masa. Honestly aku cakap, aku bukan yang terbaik bab menguruskan ni.

Upset.

Anak dah siap homeworks,
Aku hambat suruh tido sambil aku siapkan lerja yang katanya tinggal sikit je lagi tu.

Sikit tapi sampai setengah jam tak siap-siap.
Ade aje yang tertinggal walhal mata dah stim habes. Jeling tengok jam dah pukul 10.30 malam.

Masuk bilik nak pelok anak-anak katanya. Sekali dua-dua dah lena....

Tau ape rasanya?
Aku rasa tak guna gila.

Aku biar je diorang tertidor sendiri sebab kerja yang kononnya banyak tak tercekau tangan tu. Kesian anak-anak ibu.


Sayu tau tengok dia dah lena. Keletihan.

Siang sekolah,
Balik sekolah tak reti tido,
Main,
Buat homework,
Tidur.

Selalu aku rasa macam oh, betapa ruginya aku. Masa aku dengan anak-anak setiap hari terhad 5jam sehari. Kadang-kadang siap kurang dari tu lagi. Banyak progress anak-anak yang aku terlepas pandang. Tak dapat nikmati dengan diorang, sampai sedar-sedar diorang dah makin besar.

Bila dalam situasi macam ni,
Aku selalu mintak mudah-mudahan ada rezeki lain untuk aku. Rezeki besar yang membolehkan aku besarkan anak aku sendiri. Dengan tangan aku sendiri.


I is sad.

Dear kiddos,
Sorry coz ibu was too bz.
T__T

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Education toys untuk fareeq

assalamualaikum,,

Hari minggu yang lepas tak keluar kemana. Tak plan pon nak kemana.
Cuma rasa hati macam nak mengemas.

Tapi rasa hati jek la.
Hehhehhheheh

Bila cu call, ajak teman pergi bandar terus hilang rasa nak mengemas. Harini baru jumaat, esok sempat lagi kot kalau nak mengemas.

Alasan macam cliche jek.
Tiap kali nak kemas mesti cakap macam tu.
Jadi bilanya nak siap kemas?

Entahlah.

Yang pasti aku dah pon siap-siap nak keluar dengan cu. Farish semalam tidur rumah cu, so pagi ni aku dengan fareeq je gerak dari rumah. Janji konon nak jumpa kat bandar, tapi sudahnya sampai ke rumah cu jugak.

Lepas tu baru keluar naik kereta baru.
Hahh!
Nampak tak permainannya kat situ?

Drive kereta baru memang best. Kalau la beli kereta tu cuma pakai ailio, memang aku beli dah axia ni. Tapi aku nak kaler kuning. Stylo gitu.

Ni mampu berangan jek la.

Memula teman cu beli barang icha, beli susu la, pempes bagai. Beli dua barang tapi duduk dalam kedai sampai setengah jam. Belek satu satu padahal tak beli pon.

Itu biasa.
Aku yang tak beranak kecik ni pon tumoang belek sekaki. Zaman ni banyak betul barang comel-comel. Terus terasa macam dah lama nya aku tak beranak.

Ni kalau balik aku bagitau encik shuben aku rasa macam lama tak beranak, mau kena jeling je nih. Bahahhahha!!

Suka barang baby.
Suka soping barang baby.
Baju kecik-kecik yang kiut.

Bila nak ade baby lagi nih?
Krik..krikk...

Lepas tu teman cu cari lauk.
Konon nak berjalan ke kedai DIY dulu baru kendian cari lauk dalam aeon big.

Aku selalu pegi aeonbig,
Belanja barang dapur

Tapi sangatlah jarang pegi kedai keliling2 ni,
Ape lagi nak masok DIY.
Last datang entah bape bulan dulu. Tu pon sebab ade benda nak dicari. Masok sesaja memang tidak lerrr.

Memula kata taknak beli pape.
Sekali dah masuk dalam.......

Semua nak dibeli.
Zeng!

Mujur la poket tak seberapa nak tebal,
Nak menunggu gaji bulan 3 yang ade 2minggu lagi tu. Jadi kita berjalan je la yek.

Eh, tak jadik!

Dah lama aku cari mainan yang boleh merangsang kreativiti bebudak ni. Asyik beli buku je, teringin jugak kasik diorang feel main sambil belajar.

Adehhh...
Dah jumpa nih.
Nak beli ke tak?
Nak ke tak?

Bawak-bawak ronda ke bahagian lain.

Fareeq dah kemain eksaited nak membeli. Dok ulang cakap,
"Ibu...b nak beli paip. B nak paip tu ibu."

Mampu sengih je.

Masa cu nak bayar, terus grab sebungkus.

Hahahahahh!
Ku tertewas jua!


Takdok flash la pulak!

Ni la rupanya.
Ape ek nama sebenarnya?
I not sure.

Tapi yang pasti fareeq paling suka mainan ni.
Balik-balik terus ngadap.
Tapi sebelum tu siaplah berjanji sumpah setia mesti kemas balik lepas main.

Masa ni kalau suruh janji apepon konfem angguk laju-laju punya la. Hahahahah!



Sebenarnya, ibu die pon tumpang teruja aih. Mainan yamg murah tapi kesan yang sama. Paling penting ada unsur pembelajaran. Nanti nak beli lagi aih.

DIY DIHATIKU.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Sunday, 8 March 2015

Kluang dicatu bekalan air lagi!

Assalamualaikum,
Dah 3hari kawasan kluang ni dicatu bekalan airnya.

Bila takde air, semua jadi susah.
Even nak basuh botol susu pon jadi payah.

Catuan ni sebab dah lama hujan tak turun, jadi air kat empangan pon dah mula surut. Ada takde kena catu nak pastikan bekalan mencukupi.

Tapi petang semalam hujan turun. Alhamdulillah doa semua dimakbulkan Allah jugak.

Harap-harap catuan ni tak lama,
Harap-harap harini pon hujan.

Amin.

Ni jadual catuan untuk orang kluang. Kalau ada orang kluang jugak kat sini boleh refer tau.

Bye!


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Wednesday, 4 March 2015

Sikit-sikit lama-lama jadi banyak

Assalamualaikum!

Entry pasal kereta pertama milik cu.

Weyh,,
Tajuk je cenggitu tapi sebenarnya bukan kereta beli pakai duit cu pon. Hahahah!

Tapi cu bertuah la,
Laki dia buh nama dia as a owner. Part ni jeles sikit sebab my shuben tak maknanya la nak buat gitu.

Actually diorang dah order dari november aritu tapi baru semalam dapat keretanya. Kalau diingat balik memang penuh ranjau dan duri lah cerita nak dapatkan kereta pertama diorang lakibini ni.

Dari anak dalam hari sampai anak dah pandai berdiri.


Kasik cu pose sikit depan kereta dia.

Ni masa nak bawak balik semalam. Dan semestinya aku orang yang diberi kepercayaan nak memandu pulang ke rumah dia.

Kereta cu ni manual. Jadik lepas lebih kurang 4 tahun tak bawak kereta manual, aku berjaya buktikan aku still boleh drive manual car laaa.
Even cu yang memang pemandu kereta manual pon mengaum kemain lagi masa dia drive semalam.

Mulalah nak riak.
Mihmihmih~

Satu yang aku respek cu & laki dia ni jenis susah senang bersama-sama.

Dari takde ape-ape diorang beli sikit demi sikit sampailah complete. Alhamdulillah walaupon lambat tapi akhirnya semua dah ada. Beza dengan aku yang masa kawen tu semua ada. Jadi tak merasa sangat susahnya nak mengumpul harta.

Lepas kawen aku duduk rumah ayah. Masa ni family aku dah pindah duduk kampung so aku lakibini stay kat rumah tu.

Harini pindah masuk,
Ada katil, sofa, tv.

Esok beli dapur gas,
Lusa beli mesin basuh,
Tulat beli peti ais.

Semua ada sekelip mata.
Semua shuben sediakan.
Terima kasih la encik shuben ye.

Dapat farish pon kitorang masih kat situ.
Rumah kos rendah 2tingkat.
Masa ni ok je. Anak baru sorang jadi takde hal la.

9bulan fareeq dalam kandungan, kitorang pon dapat beli rumah sendiri & tu la rumah kitorang sampai sekarang.

Habis je pantang bersalin fareeq terus kemas-kemas rumah baru. Akhirnya, ade jugak rumah sendiri.

Tapi macam yang aku cakap tadi,
Sesuatu tu akan terasa lebih bermakna bila kita bekerja keras untuk dapatkannya....

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Membesar bagai juara

assalamualaikum

Pagi-pagi dah hapdet harini.
Nak kata teruja tu tidak la, cuma sementara ada masa lapang ni baiklah hapdet siap-siap.

Ada setengah jam lagi sebelum nak jemput budak-budak dari sekolah.

Anak-anak aku dah makin besar. Kadang-kadang bila tengok balik diorang, rasa cepatnya besar. Tau-tau dah tinggi jek. Huhuhu~

Farish dah 6tahun.
Alhamdulillah makin banyak pencapaian akademik yang dia tunjuk. Syukur sebab semuanya ok.

Fareeq dah 4tahun.
Yang ni paling payah aku nak terima kenyataan. Baby kecik aku dah besar. Dah makin banyak soalnya, makin banyak perkembangan positif yang dia tunjuk sejak sekolah ni.

Dua-dua tengah meningkat naik.
Lasaknya subhanallah jangan cakaplah.

Semput jugak nak melayan.

Terpekik terlolong memang dah jadi hobi,
Terkinja-kinja memang dah jadi benda wajib.

Kalau suruh diam tu...
Adelah diam dalam seminit dua.
Lepas tu bersambung lagi!

Pendek kata,
Selagi takde salah sorang yang menangis memang takkan berhenti la.

Dasar tak reti serik.

Bila takde salah sorang, senyaplah rumah sebab geng berkinja takde. Huhuhu~

Makin besar,
Makin banyak peel yang diorang tunjuk.

Fareeq sedut semua perlakuan yang dia nampak takpon perkataan yang dia dengar.
Cuma ada beberapa kali aku terdengar perkataan yang tak best dari mulut dia. Makin ditegah makin galak dia dok ulang-ulang sebut.

Haishhhh!!

Farish pulak dari segi perlakuan memang aku dah tak kenan. Kaki dah mula naik menendang-nendang, bertumbuk bagai. Sakitnya hati weyhhh!

Ganas.
Tapi bila kenang balik, anak aku tu lelaki. Kang kalau dia duduk diam main anak patung migrain pulak aku kan.

Hahahahh!

Solusinya aku selalu biarkan je.
Sorang nak jadi ultraman,
Sorang ironman,
Transformer,
Ntah ape-ape karektor lagi.

Aku cuma perhatikan,
Kalau ada aksi melampau atau aku tak suka,
Aku tegur.
Banyak kali tegur untuk makesure diorang tak ulang lagi.

Tapi semalam..

Bila cu bagitau farish gigit adik dia,
Aku jadi macam tak percaya.

Aku kat opis masa cu hantar pic pipi fareeq.
Lebam lepastu siap bekas gigi farish sekali melekat kat pipi tu.

Aku jadik tak sedap hati. Kes gigit pertama ni. Sebelum ni tak pernah gaduh sampai gigit-gigit. Paling kuat pon dia bertumbuk berdua.

Petang tu aku balik,
Fareeq tengah tido.
Farish memang tak tido la macam biasa.

Bila fareeq bangun,
Die terus peluk pastu menangis.
Terus aku jadi sedih.
Marah jugak kat farish tu.
Aku takut-takutkan esok teacher tanya sape gigit pipi adik. Kena marah ibu tak tau.
Huhuhuhu~

Sekarang ni aku still fikir,
Kenapa la farish buat gitu.
Mana pulak belajar main gigit gitu.

Risaulah makin lama makin menjadik peel pelik-pelik dia ni.

Sape ada pengalaman plizz share.

Membesar bagai juara perangai pelik.


Mangsa go
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Tuesday, 3 March 2015

Kelam kabut dipagi hari itu normal

Assalamualaikum

Dunia boleh jadi terbalik bila uruskan anak-anak terutamanya waktu pagi. Sebelom ni tak terasa sangat sebab baru sorang yang ke sekolah. Sekarang bila dah ada dua orang, semuanya kena jadi double laju & cekap dibuatnya.

Tak kira sama ada ibu tu seorang suri rumah ataupon yang bekerjaya, menguruskan anak tetap merupakan sesuatu yang mencabar dan perlukan perancangan yang baik untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

Macam aku,
Selalu kot terpekik terlolong pagi-pagi sebab nak suruh anak bersiap ke sekolah.

Mandi cepat!
Pakai baju cepat!
Sikat rambut cepat!
Pakai stokin cepat
Masuk kereta cepat!

Nah,
Semuanya ada tambahan cepat kat hujung.
Sambil bagi arahan sambil aku pon bersiap sekali.

Phew~

Tadi masa google cara uruskan anak bersekolah akak jumpa satu entry yang pada aku agak menariklah untuk dikongsi.

TIPS URUS ANAK AGAR TAK KELAM KABUT

Yang pertama,
Sediakan semua pada malam sebelumnya. Menyiapkan baju yang telah bergosok dan bahan untuk memasak sarapan pada malam sebelumnya adalah satu langkah terbaik untuk memastikan anda tidak terkejar-kejar pada keesokan harinya.

Yang kedua,
Sebagai sorang ibu, kenalah bangun awal untuk pastikan semuanya terkawal dan tak kelamkabut.

Waktu paling ideal untuk bangun pada jam 5.30pagi hingga 6.00pagi. Pasti kelamkabut kalau ibu bangun lewat kan? Semua keperluan tak dapat disediakan dengan baik.
Yang ni la aku. Bukan tak biasa alarm tu aku snooze snooze sampai akhirnya terus bisu. Last-last aku yang tak cukup tangan nak bersiap & siapkan anak.
Huhu~

Yang ketiga sebaiknya sediakan jadual.
Jadual ni terpulanglah jadual melipat kain ke, mengemas rumah mahupun jadual anak belajar.

Yang keempat,
Ambil peluang masa anak tidur untuk siapkan kerja yang belum selesai. Ni biasanya aku pon tidur bila diorang tidur. Hahahah!

Yang seterusnya,
Sediakan menu untuk sarapan selama seminggu. Menu yang cepat, ringkas tapi berkhasiat.

Aku?
Selalunya tapau roti gardenia yang 80sen tu. Takpon karipap dengan donut. Kadang-kadang nasi lemak bungkus. Masak memang tak pernah lagi. Adelah sekali goreng jemput-jemput pisang rasanya. Huhuhu~

Kerjasama suami jugak penting dalam hal ni. Kalau dah isteri je macam lipas kudung siapkan anak-anak setiap pagi, rasa-rasanya dia patut stress tak?

To-do-list pun sesuatu yang sesuai diamalkan. Listkan barang yang perlu dibeli, kerja yang perlu diselesaikan pada satu kertas. Kemudian tampal di tempal yang mudah dilihat misalnya di peti sejuk rumah anda.

Didik anak-anak.ringan tulang. Tak kira anak lelaki mahupun perempuan, anak sepatutnya belajar menghulurkan bantuan pada ibu. Tak semestinya kerja-kerja complicated. Mungkin mulakan dengan menolong sidai tuala yang dah digunakan lepas mandi.

Hurmmm,,
Aku share tapi tak praktikkan lagi.
Anak aku ni macam-macam ragam.
Ada masa merengek macam hape nak bangun pagi.

Jenuhla aku ni pujuk dengan janji-janji manis. Tapi realistik. Sebab selalunya lepas buat janji, aku akan tunaikan. Aku percaya anak-anak akan belajar sesuatu dari janji yang dibuat.

Belajar menepati janji.

Doakan la anak-anak aku jadi anak yang soleh. Sekarang aku tengah melalui fasa anak membesar yang selalu ingin belajar benda baru.

Lasak

Sampai kadang-kadang rasa tak mampu nak hadap weyh!




posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Family day BKRM 2015

Assalamualaikum uols!

Hakhak~
Semalam celebrate birthday, pagi nya terus bertolak ke Gambang sebab nak join familyday tempat kerja encik shuben.


Berkonvoi jam 2pagi.
Satu isi rumah tak tidur menunggu sampai ke jam 2.

Teruja kononnya.

DoubleF paling eksaited sebab asyik tanya nak pegi mana pakai selua jeans malam-malam. Hahahah!

Mengikut plan,
Kitorang akan sampai pagi esok then terus sukaneka. Malam esok tido semalaman kat sana, then balik.

Lama dah takde familyday ni.
Last masa tahun 2012.
Fareeq baru umur setahun.

Setelah 3tahun,
Familyday ada lagi.
Kalini ke Gambang.

Anak-anak pon dah besar.
Senang sikit la nak menguruskannya.

Cuma masalah aku nih,
Bab nak packing baju.

Rasa nak bawak satu gerobok weyh.

Dah sort pon still banyak. Segala mak nenek diangkut. Alasannya baju spare takut baju kotor ke hape nanti boleh salin.

Hahaha!

Itulah aku.
Tido semalam, beg berderet.

Eh, bukan naik bas.
Kan naik kete, jadik sukati la kan nak bawak beg banyak2

Ngeee~

Pagi tu sampai2 dengan tak mandinya terua ke tapak sukaneka.

Dari awal dah bagitau taknak join main pape. Nak tengok orang main je sambil sembang-sembang dengan kekawan.


Nak main selfie je.
Ahaks!


Pemerhati dari jaoh.

Encik shuben je la banyak join games sebab dah tentu2 die staff kan. Aku ni penambah riang duduk tepi je sambil silang kaki.

Setengah hari jugak la bersukaneka kat situ. Anak-anak aku dah terkuit-kuit kepanasan sambil rengek-rengek nak ajak balik.

Hahahah!
Korang memang tak berjiwa kesukanan la nak oi, sejibik ibumu jua.

Lunch time settle tapi still tak boleh check in bilik. Dah kekenyangan ni kalau dapat bantal dengan tilam empuk mesti lena sampai pagi wooo~

Since belom boleh check in,
Kitorang decide nak berendam dulu.




Tak banyak gamba main air sebab henpon simpan dalam beg.

Kitorang pon main air buat syarat asal basah je. Takde maknanya nak naik slide ke apekebenda semua tu. 2 jam berendam pastu naik bilik dah.


Siap-siap nak turun dinner.

Eh lupa nak bagitau, kat sini kitorang stay kat arabian suite. Katil dia besa gila!

Nama jek dinner,
Tapi majoriti pakai baju sempoi. Takde dress meleret pon, apetah lagi nak ber tuxedo. Hahahah!


Familia


Persatuan bini-biniku vouge.
Hahahahah!
Ko hado?

Malam tu dapatla cabutan yang tak berapa nak bertuah pon sebab semua memang akan dapat hamper yang sama. Kalau berbeza pon mungkin perasa cikedis nya ajek.


Fareeq paling bahagia dapat hamper.
Sebab isinya jajan yang maha banyak kan?

Siap makan, kekonon nak turun bawah tengok2 apa yang best.


Tapi las-las hentam posing je.

Lepas tu naik bilik, tido!

2nd day,
Bangun terus siap nak breakfast then checkout. Kain baju dah siap pack malam tadi, jadi pagi ni tinggal bawak baju tidur je.


Banyak-banyak menu,
Nasik lemak tetap pilihan hati.









Fareeq yang nampak paling selera makan kat sini. Farish muka gitu sebab dah kenyang bedal lempeng 5keping. Hahahah!

Terus checkout.
Sempat la pose lagi kat sini.
Jadual pack gila, tapi ok je. Seronok.






DoubleF



Emak doubleF


Makbapak doubleF


Makbapak die lagi

Last program,
Lunch together2


Ni la gift aritu. Backseat driver.
So diorang duduk dediam kat belakang sepanjang trip.

Tak hamek pic makan.
Just pic lepas makn yang menunjukkan betapa gila kamera aku dan mereka.

Hahah!



Dah kenyang perut,
Terus gerak balik mersing!
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati