Tuesday 10 March 2015

Education toys untuk fareeq

assalamualaikum,,

Hari minggu yang lepas tak keluar kemana. Tak plan pon nak kemana.
Cuma rasa hati macam nak mengemas.

Tapi rasa hati jek la.
Hehhehhheheh

Bila cu call, ajak teman pergi bandar terus hilang rasa nak mengemas. Harini baru jumaat, esok sempat lagi kot kalau nak mengemas.

Alasan macam cliche jek.
Tiap kali nak kemas mesti cakap macam tu.
Jadi bilanya nak siap kemas?

Entahlah.

Yang pasti aku dah pon siap-siap nak keluar dengan cu. Farish semalam tidur rumah cu, so pagi ni aku dengan fareeq je gerak dari rumah. Janji konon nak jumpa kat bandar, tapi sudahnya sampai ke rumah cu jugak.

Lepas tu baru keluar naik kereta baru.
Hahh!
Nampak tak permainannya kat situ?

Drive kereta baru memang best. Kalau la beli kereta tu cuma pakai ailio, memang aku beli dah axia ni. Tapi aku nak kaler kuning. Stylo gitu.

Ni mampu berangan jek la.

Memula teman cu beli barang icha, beli susu la, pempes bagai. Beli dua barang tapi duduk dalam kedai sampai setengah jam. Belek satu satu padahal tak beli pon.

Itu biasa.
Aku yang tak beranak kecik ni pon tumoang belek sekaki. Zaman ni banyak betul barang comel-comel. Terus terasa macam dah lama nya aku tak beranak.

Ni kalau balik aku bagitau encik shuben aku rasa macam lama tak beranak, mau kena jeling je nih. Bahahhahha!!

Suka barang baby.
Suka soping barang baby.
Baju kecik-kecik yang kiut.

Bila nak ade baby lagi nih?
Krik..krikk...

Lepas tu teman cu cari lauk.
Konon nak berjalan ke kedai DIY dulu baru kendian cari lauk dalam aeon big.

Aku selalu pegi aeonbig,
Belanja barang dapur

Tapi sangatlah jarang pegi kedai keliling2 ni,
Ape lagi nak masok DIY.
Last datang entah bape bulan dulu. Tu pon sebab ade benda nak dicari. Masok sesaja memang tidak lerrr.

Memula kata taknak beli pape.
Sekali dah masuk dalam.......

Semua nak dibeli.
Zeng!

Mujur la poket tak seberapa nak tebal,
Nak menunggu gaji bulan 3 yang ade 2minggu lagi tu. Jadi kita berjalan je la yek.

Eh, tak jadik!

Dah lama aku cari mainan yang boleh merangsang kreativiti bebudak ni. Asyik beli buku je, teringin jugak kasik diorang feel main sambil belajar.

Adehhh...
Dah jumpa nih.
Nak beli ke tak?
Nak ke tak?

Bawak-bawak ronda ke bahagian lain.

Fareeq dah kemain eksaited nak membeli. Dok ulang cakap,
"Ibu...b nak beli paip. B nak paip tu ibu."

Mampu sengih je.

Masa cu nak bayar, terus grab sebungkus.

Hahahahahh!
Ku tertewas jua!


Takdok flash la pulak!

Ni la rupanya.
Ape ek nama sebenarnya?
I not sure.

Tapi yang pasti fareeq paling suka mainan ni.
Balik-balik terus ngadap.
Tapi sebelum tu siaplah berjanji sumpah setia mesti kemas balik lepas main.

Masa ni kalau suruh janji apepon konfem angguk laju-laju punya la. Hahahahah!



Sebenarnya, ibu die pon tumpang teruja aih. Mainan yamg murah tapi kesan yang sama. Paling penting ada unsur pembelajaran. Nanti nak beli lagi aih.

DIY DIHATIKU.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati