Sunday, 1 March 2015

Luahan hati aku yang pertama tahun ni~

assalamualaikum

Patutnya tadi nak hapdet entry lain,
Tapi mud dah larik kelain bila farish tiba-tiba cakap, dia ada homework.

Hiyakkkk!
Rase nak menjerit kekuat kot.
Sepanjang hari die kat rumah dengan bapaknya boleh dia tak settlekan homework.

Nak menunggu pukul 9malam baru nak mintak aku teman dia buat homework.

Tu pon lepas dia dah puas mengadap games kat tablet dia.

Huh,,
Memang tercabar sungguh rasanya.

Waktu aku dah sebok nak suruh diorang masuk tidor,
Dah siap bancuh susu masing-masing,
Boleh dia keluarkan beg sekolah dia.

Ohemmgee!

Suruh tunggu kejap sebab aku kena makesure fareeq tido dulu. Yang sorang ni kalau tak tidor berwapkan haba badan aku, memang payah benor nak tidor. Gasak follow montot aku je nanti. Huhuhu~

Fareeq-done

Berbalik pada farish,
Aku bukan nak marah pasal homework tu sangat tadi, boleh je aku tengokkan dia.

Tapi aku jadi marah bila aku membayangkan seronoknya dia mengadap tablet macam takde pape, lepastu tak tido siang, mengadap tv macam dah takde hari esok lagi.

Heiiiiii,,
Menyirap sangat!

Fareeq settle buku membaca dia.
Siap buat buku latihtubi lagi siang tadi.

Yang si abang berlagak macam takde apa-apa lepastu tunggu malam baru nak mintak tunjuk ajar.

Seharian kot baba ade kat rumah harini.

2petang sampai 5petang tu buat ape je?
Mengadap tv?

Pfffttt!

Puas aku bebelkan.
Siap ugut nak potong channel tv tu biar tak payah ada tv lagi.

Geram sangat.

Bukak buku math.
Ok la,latihan buat tambah je.

Memula ingat dah calm down,
Tapi bila dia terkial-kial mengira........

Nampak tak tu?
Macam mana nak mengira kalau muka dah serebeh gitu?

Otak dah takleh pikir dah,
Bayang bantal je masa ni.

Jadikla 6+1 pon tak dapat kira.

Nah ko,
Ibu dah jadi hulk.

Berjurai airmata nak siapkan 2mukasurat tu.
Tensi mak.

Hurmmm,,
Bukan pertama kali buat kot.
Masa dia 5tahun dah ada belajar pasal ni.
Ni kira macam ulangkaji je.

ehhh...tak bolwh menjawab jugak!
Dah rasa nak hempas tablet masa tu jugak la.

Ni la padahnya.
Games
Whatsapp

Malas nak bising kat baba,
Konfem sendiri kena balik nanti sebab aku yang bagi tab tu kat dia.
Huhuhu~

Takde maknanya aku beli buku berkoyan kalau dia tak buat kan.

Macam mana nak ingat kalau kurang buat latihtubi nye.

Rasa nak hantuk kepala sendiri kat dinding.

So, aku decide untuk simpan je tablet tu mulai esok. Mungkin cara tu boleh membantu.

Eh,
Tapi tv masih ade.
Ultraman mebius ape kebenda semua tu still boleh tengok kat channel ceria.

Huhuhuhu~
Kusut otak balik.

Cemana nak solve problem ni?

Dengan aku sekali nak menangis tengok anak jadi macamni.

Soklan paling simple pon takleh jawab. Melampau nooooooo~

Masa dah bengang ni macam nak terungkit jugak, tapi tak cakap pon just terdetik dalam hati...

Sekolah 3tahun dah,
Modal baya yuran dah berbelas ribu dah,
Tapi kalau hasilnya macamni,
Rugi betul.

Jadik aku rasa memang kena buat something.
Siang kerja, so balik sekolah tu diorang memang free.

Balik keje kena masak, siap masak semua dah jam bape. Lepas tu nak hadap buku pulak. Tu kalau nasib tak baik, belum siap basuh pinggan kat dapur bebudak tu dah tertidur.

Padah siang tak reti tido la tu.

Kadang aku terfikir,
Mak-mak kat luar sana ade tak senasib macam aku ni.

Tak menang tangan kadang-kadang. Dengan bebudak ni yang nak aku jugak mengadap buku diorang. Tak reti agaknya buat dengan bapak die.

Hmmm..

Aku takla nak mengeluh.
Walaupon kekadang ada terasa camtu,
Selalu aku buang jaoh-jaoh.

Tapi aku pon manusia biasa,
Kadang-kadang tu terkeluh jugak.

Penat la
Penat la
Penat la

Dulu masa anak sorang je yang sekolah,
Boleh lagi aku curi-curi tengok buku dia.

Sekarang bila dah dua orang,
Pening woi.

Yang ni suruh tunjuk,
Yang tu nak baca,
Lelama dedua tak tertengok.

Babah die nak tolong,
Tapi dah ebbudak ni pulak taknak.

Pitam!

Dah malam macam ni,
Dedua tido dah. Tu pon selalunya sampai berbuih mulut ni membebel suruh tido.

Dalam gelap bilik tu pon diorang boleh bergurau lagi. Selagi takde yang menangis, memang takkan berhenti la.

Lasak kemain.
Tapi bila nak tido, semua berebut nak tido bawah ketiak ibu.

Masa tu,
Walau stress macam mana pon aku,
Walau mengeluh bagai nak rak tadi,
Membebel yang entah apa-apa,
Tapi bila anak-anak kat kiri kanan aku,
Semua stress lebur,
Semua keluhan hilang,
Dan aku terus rasa akulah orang paling bahagia...


Kekadang aku pujuk hati sendiri,
Anak-anak aku keciknya cuma sekali,
Ni waktu diorang,
Nak uji kekuatan aku,
Esok bila diorang dah besar,
Aku tak rasa dah semua ni,
Masa tu anak-anak pon sibuk dengan hal sendiri.

Aku taknak menyesal sebab terlepas semua momen tu.

Dan kerana alasan itu,
Aku masih bertahan,
Melayan ragam diorang,
Didik diorang walaupon kadang-kadang level gangster aku tu mencanak naik.

Aku kerja keras untuk diorang,
Aku hanta sekolah mahal bukan nak menunjuk aku ni kaya ke hape,
Aku cuma nak beri yang terbaik,
Aku nak diorang dapat semuanya,
Walaupon aku kena ketepikan keinginan untuk diri sendiri


Aku yakin,
Mana-mana mak pon akan buat sama macam aku kan?

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati