Tuesday, 31 March 2015

MENJELANG GST- Jadilah pengguna yang bijak

Assalamualaikum

Kurang 24jam lagi GST akan dilaksanakan di Malaysia. Dan dalam saki baki masa yang ada rakyat Malaysia masih tak habis dengan persepsi masing-masing.

Aku jarang nak hapdet pasal keje. Pasal bidang keje pon.

Aku ikot jek flow nya.

Tapi bab GSt ni.
Aku ikuti perkembangannya dari awal.
Aku nampak sorang demi sorang pegawai kastam kena attend macam-macam kursus,
Taklimat, latihan berkenaan pelaksaannya.

Aku nampak betapa susahnya diorang nak adapt mende baru. Hari-hari ada je perkara baru nak kena ambik tahu.

Dari sistem, sampailah nak menerangkan semua kemusykilan orang awam pasal GST ni. Semua diorang hadap.

Diorang takde cuti hujung minggu dah. Sejak awal tahun aritu aku rasa tiap hari diorang kena kerja.

Tu tak masuk lagi bab operasi mengesan. Kesian. Masa untuk family pun dah terjejas.
Demi kerajaan.
Sebab semuanya hanya pegawai biasa dengan tagline

SAYA YANG MENURUT PERINTAH

Aku bukan dari department GSt. Knowledge aku pasal GST tak setinggi diorang dari bahagian tu. Tapi setakat syarat wajib mendaftar & cara daftar tu aku reti la sikit-sikit.

Selebihnya aku cuma mampu tengok ajelahh..

Same goes bila scroll timeline fb aku.

Tak sudah pasal GST.
Ade je bahan nak memomokkan orang ramai.
Kita sama-sama tak lalui GST tu lagi,
Hentikanlah spekulasi semua tu.

Pumpang sana sini. Tak sudah-sudah. Makin lama makin ramcak. Tau tak aku rimas?

Aku tau 1april kena GST dah.
Satu malaysia pon tau.
Tak semua setuju.
Atau senang cakap memang ramai tak suka.
Tu pon aku tau.

Tapi...
Korang rasa dengan post banyak-banyak gitu boleh ubah apa-apa ke?

Memburukkan keadaan lagi kot..

Aku rimas.
Sekali dua bolehlah buat tak nampak.
Tapi kalau hari-hari mau tak muak.

Kastam itulah
Kastam inilah

Hello..
Korang rasa kastam ke yang decide nak implement GSt nih?

Kastam ni cuma pelaksana.
Ketuanya kementerian kewangan sana nun.

Pasal kastam pelaksana,
Korang bom kaw-kaw.

Agak-agak kalau bomba ke, LHDN yang pegang GST ni korang setuju lah?

Tak jugak kan??

Takde apa-apa kelebihan pon pada kastam.
Kitorang jugak kena caj sama macam orang lain.

Bukannya pergi kedai tunjuk kad kuasa terus dikecualikan dari GST. Tetap kena bayar.

Bukannya gaji kitorang besa 4x ganda dari korang. Sama jek beban kewangan kitorang...

Harap-harap lepas gst mula, kuranglah kata-kata tak sedap didengar kat kastam nih.

Kitorang pun makan gaji je.

Memang ada barang yang akan naik harga. Dan sebagai pengguna akhir kita memang kena pasrah je membayar.

Utamakn keperluan bukan kemahuan. Rasanya kalau diamalkan pendirian ni,
banyak part nak kena cut cost gamaknya.

Harap-harap gaji setiap bulan cukup untuk tampung perbelanjaan kitorang sekeluarga.

Bayar bil utiliti
Beli bekalan makanan
Isi petrol
Bayar loan ASB
bayar yuran sekolah anak-anak

Bertabahlah rakyat malaysia.
Esok masanya.
Harap-harap pikiran negatip tu semua cuma mimpi ngeri semata.

Yang penting,
Tingkatkan pengetahuan tentang ni.
Kaji barang mana, harga mana.
Ada GST ke tidak.

Itu hak pengguna.
Tapi hak tu cuma boleh dipertahankan dengan asas yang kukuh.

Kalau tak,
Bersedialah kita untuk berdepan dengan bermacam-macam kemungkinan....


COUNTDOWN

Kluang pulak hujan lebat petang ni.
Harap-harap ujan rahmat dari Allah swt.
Letihlah isu air bercatu kat sini tak selesai lagi.

Berlonggok kain baju nak kena basuh tu.
Nak kena tunggu 1april jugak baru kasi settle ke?

^*

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Monday, 30 March 2015

Our babymoon trip

Assalamulaikum

Tajok aje kemain propa.

Mana baby nya?
Mana moon nya?

Hahahhaha~
Actually trip ni sebab kebetulan dah ada kat melaka.

Encik shuben booked as a reward untuk anak-anak yang tabah melalui masa 5hari tak ber ibu.

Syabas anak ibu.
Balik je semalam ibu terus belek sorang-sorang kot makin kurus ke hape.

How i mish them so much!


Son-shine

Bahagia dapat melepak dengan kesayangan. Perasaan yang tak dapat nak describe la...


Sementara tunggu jam 2petang nak check in. Pose jap kat lobby.


Beria aku lentok, orang sebelah wat keras jek.
Hei, jangan kata u tak rindu ai?

Sobss~


Ma Familia~

Bergolek tak sampai sejam.
Tengok suasana sekeliling. Kalini tak dapat view swimming pool. Tapi menghadap laut. Ok la ubah pandangan.

Then,
Baba ajak makan. Die dah kelaparan sedangkan aku sebenarnya dah kenyang makan tengahari kat AKMAL tadi.

Heheheheh~

Nak berjalan satu Mahkota parade. Tapi anak pulak buat peel. Perasaannya macam....

Haisshhh nak marah baru jumpa. Rindu pon tak habis lagi takkan nak marah-marah dah.
Tapi memang nak marah. Acaner nih?

Stress punya pasal balik hotel. Katanya penat nak tido, sekali turun ke pool molek pulak bijik matanya.

Nampak tak betapa tak sporting nye farish bila bab nak cuci-cuci mata kat shoping mall?


Kita makan. Lepas makan balik hotel ye ibu. Pffft!

Layankan jugak bila diorang nak turun pool petang tu. Demi anak-anak takpelah mak tunda feeling membeli tu kemalam hari.





Aku pon melayan swimming petang tu. Manja-manja dengan shuben kononnya. Untung la dia nak layan. Masa tu konfiden, dia rindu tapi saje wat poyo. Huh, dah maklom sangat peel tu.

Lepas berendam perot pon lapa. Hahahah!

Itu biasa.

Bersalin then rehat pas maghrib keluar lagi. Menyusur dataran pahlawan sampai ke pasar malam. Alhamdulillah budak-budak sporting. Upahkan apam balik terus diorang ikot je kemana pon ibu dia nak pergi.

Las-las lepak kedai mamak jek.

Holiday kalini memang takde plan nak berjalan ke mana.

No zoo
No a famosa
No everything

Duduk gumpal dalam bilik, download games banyak-banyak guna wifi hotel, jalan-jalan dan tido.

Itu pon dah cukup seronok.
Bila ada dengan orang yang kita sayang, even duduk tengok tv je pon dah buat rasa seronok.


Good morning!











Kiddos having their breakfast.

Seronok makanan banyak. Makan sampai jadik mengantok kekenyangan.

Konon nak sambung baring jap,
Sekali bebudak nak main air lagi.


Standby dah.

Ibu dah warning mandi sejam jek. Lepas tu nak check out dah.

Packing siap-siap terus turun mandi lagi. Kalini makbapknya pemerhati dari tepi je.
Tak rasa nak membasahkan diri lagi dah.







Diorang enjoy gila.
Ibu tumpang senanghati.

Check out terus merayap jusco,
Singgah layan coconut shake klebang dalam hujan lebat,
Singgah muar makan mi bandung.


Malam sampai rumah jam 9 terus iron baju sekolah anak!



posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Saturday, 28 March 2015

Last day at AKMAL

Assalamualaikum

Hari ditunggu tiba jua.

Lompat tinggi-tinggi dengan senang hati sebab harini dah boleh balik ke pangkal jalan.

Kurang bape jam je lagi nak jumpa kesayangan semua. Rindu!


Selfie pagi terakhir.







Ini kira geng terapat sepanjang minggu nih. Dah kumpul2 reramai baru perasan iols sorang je kastam. Ahaks!

Persahabatan tak kira pangkat & usia.
Ikhlas tambah kawan-kawan katanya.

Pagi ni topik pasal integriti. Tapi kitorang dari tadi layan henpon memasing. Hati dah sampai rumah siap-siap.

Jam 11pagi penutupan kursus. Ni kemuncak debaran di hati. Debar sebab dah boleh keluar dari sini. Tak balik sini lagi.

Agaknya la tak balik sini lagi. Hahahah!


Pengarah bercakap kat depan,
Kitorang bantai selfie kat belakang.

Notty sangat tau.






Makan tengahri laju-laju terus angkat beg masok kereta.

Yeayyyy dpat ciom kesayangan semua!

Bye AKMAL.
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Thursday, 26 March 2015

Yeay esok nak balik!

Assalamualaikum~

Kamis sudah.
Semalam tak de update yek?

Hakhakhak~
Semalam jadual pack berjalan dari petang sampai ke malam.

Asalnya malas nak join,
Tapi rasa rugi pulak sebab ni je trip untuk kitorang yang attend kursus ni kan.

So bayar ajelah rm30 untuk makan ikan bakar malam nih.

Pengalaman berjalan setelah sekian lama tak naik bas kastam. Pening.

Pening bukan sebab bas kastam tau.
Tapi memang jenis pening naik bas kot.

Memula tu kitorang diturunkan kat depan MP,
Jam 8malam baru bas datang bawak pergi makan ikan bakar.

Ya iyalah..
Pusing-pusing dalam tu mana mungkin khatam dalam masa kurang 3jam.

Aku tak membeli pon just survey-survey nanti weekend nak spend time dalam ni dengan family.

Seronok bila kelua dengan kawan-kawan. Walaupon cuma kawan-kawan baru. Dari latarbelakang tak sama,dari negeri berlainan. Kongsi cerita sambil gelak ketawa macam dah kenal lama.

Ni la specialnya bila berkursus. Tambah kawan, rapatkan silaturrahim gitu.

Yang tak bestnya sebab ramai nak ditinggalkan lepastu kena pulak urus diri sendiri-sendiri. Risau.

Kesian anak-anak.
Mungkin kalau anak dah besar sikit,
Ok kot.
Kot laaaaaaaa~

Eh, baru sedar kitorang takde selpi pon kat MP tu. Khusyuk belek barang dalam kaison sampai rasa nak tido dalam tu je terus sebab semua best-best gila!

Settle MP,
bergerak ke medan ikan bakar muara sg duyung.

Meja panjang utk rombongan cik kastam kitorang. Semuanya dalam 35orang macam tu.


Kitorang.



Rasa macam table kitorang jek paling meriah.
Sebok nak bergambor padahal table lain dah makan separuh jalan dah. Hahahaha!


Makanan ok laaaa...
Cuma kalau tengok kapasiti makanan yang masok dalam perut kitorang, rasanya tak berbaloi kot.

Semua makan sikittttt jek.

Selesai makan terus balik AKMAL.
kekenyangan then tido.

Malam ni,
Lepas selesai makan tadi layan final episode Teman lelaki upahan, pastu terus naik bilik.

Perut meragam pulak harini. Kembong asyik nak sendawa jek.

Beg dah kemas.
Tak saba tunggu siang.

Dah pesan encik shuben esok please sampai awal.

Dah bagitau farish & fareeq esok ibu dah balik.

Rindu semua.

Hari-single di sini dah sampai ke hujungnya.

Selamat malam terakhir di sini......


Makan malam terakhir di sini.

Makanan sedap-sedap sangat.

Will miss memories here.
😜😜

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Tuesday, 24 March 2015

Day2- miss my babies

Assalamualaikum

Hari kedua kat melaka.
Dah mula dapat ramai kawan.
;)

Kelas masih ok.
Aku yang fresh tahap gaban ni cuba sehabis daya nak adapt apa yang diajar.

Mana tau esok-esok aku kena buat kerja berkaitan ni kan. Ilmu. Belajar tak rugi pon.

Nak mengelakkan aku tersangap puluh kali dalam kelas tu, aku catit la apa-apa poin yanh terasa macam penting. Esok aku balik tempat kerja boleh share dengan staff yang buat kerja ni.

So far,,
Makanan kat sini oklah.

Adat bila kursus ni kau asyik dibagi makan berkali-kali. Baru siap makan, dah sampai waktu makan lagi. Syukur, murah rezeki makan.

Hahahahah!

Pagi-pagi lagi hubby call bagitau farish buat hal menangis taknak pegi school.

Hurmmm,,
Ni part paling tak sedap didengar. Aku dah la jaoh, then anak-anak problem.
Alhamdulillah Fareeq ok elok je pegi school. Aku rasa farish stress sebab aku takde kot.
Kesian..

Terus aku whatsapp owner SRK tu,
Bagitau keadaan farish pagi ni & so far kata- kata dia tu melegakan hati aku. Sikit.

Tengahari tu waktu habis sekolah aku nak je terus call. Tapi disebabkan aku dalam kelas, aku tahan dulu.

Belom sempat call,
Dah masok whatsapp inform that diorang semua heading to rumah nenek.

Malas nak cakap banyak.
As long as bebudak ok,
Carry on.

Lunch time tadi tetap call farish.
Buat-buat tanya macammana sekolah harini,
Makan apa, belajar apa.

Soalan-soalan yang selalu aku tanya bila ambik diorang dari sekolah. Taknak dia rasa aku jaoh dari diorang walaupon sehari.


Ini gambar malam tadi.

Sampai je dari rumah nenek,
Terus buat homework.
Alhamdulillah ingat jugak pesan ibu.
Terus ibu punya hati ade goyah sambil mata mula takung air.

Huhuhu..


Budak kecik ni dapat jugak berbual tadi.

Semalam aku call langsung taknak bercakap. Tengahari tadi pon.

Dah malam ni ok pulak.
Siap tanya ibu tu balik lambat nooo.

Sabar ye sayang.
3hari je lagi.

Ibu kat sini doa cepatlah jumaat sampai,
Ibu nak balik jumpa korang,
Ibu rindu bau masam anak-anak ibu........

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Monday, 23 March 2015

I hate this situation!

Assalamualaikum.

Aku dah selamat sampai ke melaka.
5hari menyeksakan bermula hari ini.

Perasaan?
Takde rasa.
Aku siyesly tak suka situasi nih.

Rasa nak nangis tepi bucu katil sebab dah rindu anak-anak. Ohhh man!

Belom 24jam kat sini,
Batin terseksa bila kenang diorang.

Harini encik shuben yang hantar. Kesian walaupon tengah selsema teruk kepala cinoneng tetap hanta wife die ni.

Tenkiu sayang.
U cool gila bini nak kena tinggal kat sini.
Tak takut rindu ke?

Sebenarnya sedih jugak kannn?!
Huhuhuhu~

Dihantar & ditinggalkan.

Perasaan?
Dah agakkan mesti mengalir punyaaaaa la air mata ni.
Kis anak-anak,
Tak sampai hati tengok ekspresi muka diorang.

Entah paham ke tidak maksud ibu kerja jaoh ni
Entah dia ingat pergi pagi„ malam dah balik.
Huhuhuhuhu~

Tersembur-sembur airmata kesyahduan.

Malam lepas free aku call diorang.
Dari petang farish asyik whatsapp auruh call tapi aku biar kan dulu. Tunggu dah sejok hati baru call.

Lemah nak call sebab nanti konfem aku tangkap leleh dalam gelap sambil lap airmata guna kain selimut.

Tragis.

Fareeq langsung tak dengar suara,
Bunyi sedu-sedu je kat hujung talian tu.

Farish nak bercakap,
Tapi suaranya bunyik sayu gitu.

Maaf sayang.
Kalau ada pilihan ibu pon taknak tinggalkan korang. tapi ni amanah. Ni kerja ibu. Ibu terpaksa sayangggg..

Harap sangat 5hari ni berjalan super laju!

Semoga anak-anak ibu dalam keadaan baik semuanya. Allah je tahu risaunya ibu kat sini.

Ibu rindu abang,
Ibu rindu abie.
Ibu rindu baba jugak.

Tido berpelok tubuh sendiri malam ni.....


*crying*

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Sunday, 22 March 2015

Outstation dis week

Assalamualaikum!

Nah harus prepare mental & fizikal nampaknya.



Kerana bekerja untuk kerajaan,
SYMP.

Tinggal lagi anak-anak.
Part paling aku lemah nak hadapi.

Dulu masa hidup berdua lakibini je,
Bila nak kena tinggal dengan laki, kemain sedih.

Orang tak penah berpisah. Bekal ciom baju busuk laki buat ubat rindu. Ada sekali tu tahap kronik siap pakai bajunya!

Tu dulu.
Sekarang ni sesih nak tinggal anak pulak.
Masih sedih nak pisah dengan laki,
Tapi lebih sedih nak tinggal anak-anak.

Tengok muka sorang - sorang.
Sedih je air muka diorang.
Tau ibu nak pergi kerja jaoh.
Tanya berapa hari lagi ibu nak pergi,
Berapa lama ibu pergi,
Hari apa ibu balik.

Semalam aku dah siapkan baju sekolah diorang.

Pergi sekolah pagi dengan baba,
Tengahhari tokyah jemput bawak ke rumah cu.
Petang balik rumah sendiri. Duduk dengan baba.

Jadual berubah untuk 5hari ni.

Huwaaa!
Tak suka rasa ni.
Sangat tak suka!!

Masa tolong bergerak pelan-pelan.
Risau menanti hari esok sebab konfem airmata bergenang punyalaaaaa~





Cuba kasiktau,
Macam mana nak tahan rindu kat diorang ni?
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Thursday, 19 March 2015

Hijab : Then and now

Assalamualaikum!

Ya Allah super panas cuaca harini. Keluar kejap pon dah berpeluh macam baru lepas lari satu pusingan padang.

Time macam ni janganlah salah makan minum, boleh jadi sakit pastu bila dah sakit lama sangat nak baik.

Alkisahnya farish dah start batuk-batuk.
Siang malam berkokol bagai nak rak. Kalau malam nak masuk ke subuh tu makin rancak batuknya.

Yang mendengar ni jadi tak sampai hati. Mesti tak selesa nak buat apa. Tengok selera makan dia pon dah kurang. Huhuhu~

Masok hari ke 3 makan ubat klinik. Kalau sampai esok masih tak elok aku nak.bawak ke klinik lagi. Risau kalau lama-lama melarat ke fareeq pulak. Sebenarnya lebih risau takut dia demam!

Minggu depan aku kena attent kursus kat melaka seminggu. Tak mungkin tenang nak tinggalkan anak yang tak sihat kat sini.

Hmmm...
Harini keja sampai 3.30 petang je.

Menikmati masa terakhir dekat nak balik ni sambil cuci2 mata tengok instageram. Hahahah!

Geram sebab mampu cuci mata je.
Membeli tu tidak la.

Sekarang trend tudung macam-macam ek.
Best je tengok. Tapi untuk orang yang kerja beruniform ni nak kemana sangat la bertudung glemer tu.

Keluar berjalan?
Pesen aku kalau dah sarung satu tudung tu,
Tu la lanyak sampai busuk pastu basuh. Lebih lagi kalau kuar makan. Haishhhh,,
Tak merajin nak iron weyh.

Kalau pergi shopping biasanya rajin sikit iron. Sebab selalunya akan terjumpa sapa-sapa kat sana nanti. Tapi selalunya time aku serabai pakai simple comot-comot tu la akan jumpa orang.

Uh,,
Tragis.

Nak pergi jemputan kawen?
Sebulan sekali pon payah kot.

Bukan takde jemputan,
Tapi selalu sangat clash dengan.macam-macam hal. Kalau cuti sekolah macam ni, lagilah payah nak attent.

Jadi bilanya nak pakai tudung dengan baju lawa ni?

Selalu tengok yang lawa-lawa teringin nak beli. Dah beli, tergantung je dalam gerobok baju taktau nak pakai masa bila.

OMG

Tudung cantik-cantik, mahal-mahal, nak beli untuk raya la.

Eh nak beli?
Nak ke beli ke?

Aku ni jenis tak kesah mahal ke murah. Sarung je janji cantik.

Tapi pernah jugak membeli yang mahal.
Dari segi design sama,
Tapi kualiti memang la takkan sama.


Zaman fareeda nyata jelita.

Harga tak jelita pulak sampai cecah RM200.

Mulanya nak try selai,
Lepas tu berhelai helai sampai riban-riban.

Phewww~
Tak lama lepas tu keluar klon,
Murah 3kali ganda pulak tu!


Zaman tudung RM5.
Ni harga dah menjunam sebab awal-awal keluar harga sepuloh ke duapoloh ringgit jugak.

Ni mula-mula belajar pakai tudung.
Bajet muka remaja kononya.

Aku memang tak banyak tudung,
Lepas dah decide nak bertudung sepenuhnya tu barulah aku mula kumpul-kumpul tudung..


Lepas tu aku sibuk pulak nak bershawl bagai. Kalai sebelum ni aku memang taknak pakai shawl sebab muka aku jenis bulat macam bola & aku rasa mesti pelik bila aku pakai. Jadi aku pendamkan hasrat tengok kecomelan orang lain bershawl jek.

Ntah dari mana aku mula berani nak belit-belit shawl nih. Mungkin sejak aku perasan macam comel je kot. Bahahahahahah!

Shawl masa ni aku beli yang murah-murah je. Tak pernah beli harga yang lebih dari doploh ringgit. Kahkah! Bajet betul kan.


Halfmoon fever!
kemarok semua orang pakai halfmoon,maka aku pon belilah 1. Masa ni dalam tigapuloh jugak rasanya. Nampak eksklusif sebab ade beads kat atas tu.


Glitter shawl.
Ni la selai sebab material keras ni so-so jek.


Wideshawl. Awal-awal dulu mahal weyh!
Tapi kebetulan masa holiday kat Indonesia dapat borong dengan harga lima ringgit je selai. Beli dan jual balik kat mesia.

Sangat puas pakai wideshawl gamaknya. Mihmihmih~


Akhirnyaaaaaaaa,,,

Timbul idea nak buat custommade wideshawl pastu jual. Yeayyyy yang ini best sangat.

Selesa.
Puashati.
Dapat pakai sambil berjual.


Bawal AJ .

Yang ni terjebak dengan cu.
Siyes tak kenan sangat pon memula tu. Abes bila hari-hari disua dengan corak AJ yang kiut macam hape tu, akhirnya terpengaruh.

Alhamdulillah masih pada level yang terkawal. Serik berhabis duit bagai nak rak macam dulu tu. Huhuhuhu~


Semua AJ murahan aje. White label semua. Tak kisah janji lawa kan.

Now,
Sana sini hapdet pasal instant shawl.


Ade selai jugak. Muka bersilang-silang dan tembam macam pau. Tak kiralah, janji konpiden bila pakai.

Eh, suka instant ni sebab senang pakai. Dah mula berkira nak menambah koleksi lagi.

Sooner maybe.

Dapat nilopa selai pon ok jugak.


Melting.

Ni mahal?
Boleh amek yang ala-ala nilopa jek.


Yang ni selai tak sampai tigapuloh pon.
Mane tau bila pakai leh cun macam neelofa, takpon emma maembong nih.

=P

Any opinion about this?


posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Wednesday, 18 March 2015

Prasekolah swasta - status atau pendidikan

Assalamualaikum

Terpanggil nak ulas tajuk WHI semalam.



Bila nampak tajuk tu,
Macam setepek kena kat muka ni.
Dan bila ku scroll fb, ramai la yang up status dan ulasan masing-masing.

Kalau tanya pada aku,
Aku tetap dengan alasan pendidikan.
Kerana nak kan pendidikan yang lebih baik, aku pilih tadika swasta.

Tapi...
Aku bukan kata tadika yang dibiaya kerajaan tu tak baik tau.

Aku nak yang lebih baik.

Dulu aku tadika kemas jek.
Elok jugak pandai baca mengeja.
Dapat jugak score dalam exam.

Cuma masa tu parent aku hidup cukup-cukup makan. Ayah kerja sorang. Dengan gaji kecik nak bayar semua bil-bil, mana mungkin nak hantar sekolah swasta bagai.

Jadi bila sampai masa aku,
Ada pada tempat & keadaan yang sama macam ayah dulu,
Aku tau tahap kemampuan keluarga aku,
Suami bekerja,
Dan aku pon bekerja.

Dari dulu aku berangan nak hantar anak sekolah swasta. Aku mengaku la dulu memang mind set aku ni dah bayangkan semua yang sekolah swasta ni budaknya bijak pandai.

Anak orang berada.

Aku sendiri pernah survey beberapa sekolah untuk anak-anak. Kerajaan dan swasta. Dan keputusan nak hantar sekolah swasta ni pon hasil bincang dengan suami.

Takde mak ayah yang tak nak beri keselesaan & kesempurnaan pada anak-anak.

Sama la kisahnya dengan kami nih.

Yuran pendaftaran je dah sama dengan sebulan gaji bersih aku. Bulan-bulan tetap kena bayar. Siap ada kenaikan lagi tiap tahun. Tapi kitorang bertolak ansur dalam bab ni.

Kitorang share.
Dari yuran daftar sampailah ke yuran bulanan.
Selalunya aku la share partner yang akan bayar kurang. Heehehe~

Nasib dapat suami yang ok. Walaupon asyik cakap aku mengelat ke hape,die tetap bayar kan jugak.

I love u la sayang!

Kitorang bukan dari family background yang berada. Segala yang kitorang ada hasil usaha sendiri, berkat doa mak ayah juga.

Untuk rm300 sebulan demi pendidikan farish masa tu, kitorang ok. Kita kerja pun untuk anak-anak, jadi tak pernah sekali pon ada isu dalam hal ni.

Mungkin kalau farish sekolah biasa-biasa pon ok. Yuran sebulan kat sekolah swasta boleh cover yuran berbulan kat sekolah lain.Tetap boleh kenal huruf, mengira pastu membaca. Tapi setiap menda pasti ada bezanya kan.

Yang murah dan mahal pon mesti la tak sama. Takkan pernah sama.
;)

Pasal tu,
Tepuk dada tanyalah selera sendiri.

Kalau mampu,
Ada bajet untuk ke swasta,
Terpulanglah.

Bila sampai giliran fareeq ke sekolah,
Masa ni kitorang dah mula plan semula.

Tapi tetap pilih prasekolah swasta.
Tak plan pon nak hantar fareeq ke smart reader kids masa tu, sebab dah ada pilihan lain.

Aku memang nak sangat fareeq pergi little caliph. Lagipon memang dekat sangat dengan rumah. Cuma untuk pindahkan farish dari SRK ke LC rasanya memang takkan berlaku.

As a parent, kitorang nampak progress farish dari hari pertama sekolah sampailah tahun ke3 dan itu alasan utama untuk kekal kat SRK.

Fareeq pulak terpaksa didaftarkan di SRK sebab timbul isu bila nak menguruskan diorang nanti. Nak senang, sekolahkan setempat.

Bayangkan yuran pendaftaran je dah RM3500 dengan yuran bulanan almost RM600.

Dengan yuran daftar tu dah boleh beli macam-macam sebanyak amaun tu lepastu yuran bulanan selisih sikit dari installment perodua alza kitorang tu, agak-agak macam mana kitorang survive?

Senang je.
Kitorang yakin ni rezeki untuk anak-anak.
Dan bila kita redha,
Allah cukupkan semuanya.

Kalau dulu risau terputus duit tengah bulan bila dah sekolahkan kedua-duanya, alhamdulillah tak pernah berlaku lagi. Macam takde perubahan pun dari segi perbelanjaan tu.

Tetap boleh bercuti makan angin juga.
Syukurlah
;)


So far dah 3bulan ni,
Fareeq ok. Dah paham kena pergi sekolah, jumpa kawan-kawan & teachers.



Betul,
Mana-mana pon kalau memang dah jenis bijak, tetap akan jadik bijak.

Benih yang baik dicampak ke laut jadi pulau.

Rasional kitorang pilih prasekolah swasta,
Nak kan suasana yang lebih selesa sebab diorang baru kenal dunia sekolah. Ada penghawa dingin supaya selesa nak belajar.

Duduk dalam kelas yang bilangan pelajarnya dalam 10kelas je compare tadika biasa yang lebih ramai pelajarnya. At least para guru boleh hadap anak kami lebih lama dari yang biasa.

Hihihi~

Ape pon pandangan orang,
Ini pilihan kami.
Dan kami puashati dengan pilihan ni.


posted from Bloggeroid

Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati