Thursday, 5 September 2013

Majlis raya peringkat negeri Johor

Assalamualaikum..

Nama naik lagi untuk majlis raya JKDM peringkat negeri Johor. Maknanya ni tahun ke2 aku join. Last year aku siap offer diri nak join, tapi tahun ni belum apa2 nama dah tersenarai. ;)

Mungkin ni antara transformasi aku bila mula kerja department lain kot? Sebab setakat ni dah 2 jemputan yang aku kena join. Majlis raya harini dengan majlis anjuran pejabat kadi daerah kluang 2minggu dari sekarang.

Jenuh la aku nak kena selongkar stok baju kurung yang dah selamat aku simpan dalam kotak. ;p

Adat orang kerja pakai uniform macam ni la. Habis raya terus packing baju kurung siap2 dalam satu bekas. Memang tak sure bila nak pakai lagi. Jemputan kawen pon aku pakai jubah moden o dress je. Simple.

Maka tak peliklah encik suami marah bila aku membeli baju kurung yang harga agak mahal. ;(

Teringin jugak pakai baju ropol2 yang kalerful semua tu. Nak berpeplum jugak sebab sekarang memang fesyen ni tengah 'hot' kan.  tapi apakan daya...

Ehhhhh..sudah2. Ini bukan entry pasal baju raya. Ni nak cerita pasal sambutan raya ye. Maap maap~

Pagi kejadian seawal 640pagi aku dah dijemput pemandu. Hujan pula turun selebat2nya. Masa tu aku dah terbayang keadaan gerai raya kitorang kalau hujan lebat ni serata sampai ke Jb. Silap haribulan kena makan menu sendiri je. Hihihi~

Sampai sana syukur sangat tak hujan. Tapi langit memang mendung gila. Mungkin jugak hujan lebat tu tak sampai sini lagi. =_=

Kelasssss tau gerai stesen2 lain. Hiasan gempak2. Preparation dari semalam rupa2nya. Semangat sangat.

Gerai kami? Hahahahahha! Ade meja untuk susun menu je la. Takde lampu pelita,takde lampu liplap,ketupat lagilah tarak~

Ade opismate aku yang soksek2. Malu katanya gerai togel begini. Aku sengih je sebab memang sejak azali stesen Kluang memang out bab deko2 ni.

Kekuatan Kluang sebab menu dan barisan 'pelayan' dia je. Kau jangan tak tahu, stesen Kluang je yang hantar 100% perempuan ke majlis ni. Mentang2lah 98% staff Kluang ni pompuan belaka. ^_^

Bila juri nak ambik markah hiasan gerai2, kitorang pakat sengih sambil tayang muka konfiden jek. Bajet muka paling ayu.

Dah gerimis pon masa kitorang tunggu lawatan Pengarah kastam. Masing2 dah bersila kebuluran. Mana tak kebulur,selalu makan jam 8pagi tapi arini jam 10 baru dapat makan. Tu pon gilir2 sebab nak entertain tetamu2 gerai kami. ;p

Diriku memang ambik sub part mengumpul bekalan makanan. Untunglah mek ju ni pon nak melayan.

Beriani batu pahat yang dari tadi menusuk lubang hidung berjaya aku kelepet. 6pinggan ye! Tahun ni aku dah boleh bajet. Kena ambik awal2 sebab kalau tunggu macam dulu,konpem aku tak dapat. Huhuhu~

Nasi arab pon ade. Actually kami kecur pada kambing yang tergolek2 tu. Seksi habis. Tapi mengenangkan esok malam boleh hadap kambing sampai pitam,  kitorang tak tunggu pon kambing tu. Amek nasi arab je 4pinggan.

Ke gerai buah2an dari stesen pontian dengan senai. Meraung bau durian weyh!

Seronok sikit banding tahun lepas sebab dalat round2 gerai jualan kt sini. Dasar kaki sopingan, mesti sambar sehelai dua buat tambah baju nak pakai jalan2. ;p

Mek ju dah ala2 perunding imej. Hahahha! Padahal dah rambang mata tu sebenarnya.....

Sakan bebenor bergambar. Naik atas stage aku cakap ko! Muka x bersalah je mencari mangsa nak suruh snap kan muka kitorang. Melampau. T_T

Dekat main entrance menara ni pon aku dok posing. Kenangan ni weyh~ 6tahun dulu aku dah penah pose kat sini. Masa mula2 kerja dan yang penting masa tu anak dara lagi. Nanti senang2 aku tepek gambar tu dengan caption -sebelum & selepas.  ;p

Hari ni memang aku dah terlebih makan. Balik rumah tu aku punggah lagi stok makanan yang ade. Makan dengan ayah.  Kena cepat2 habiskan. Dah berbau nak basi sebab semuanya dah ready pagi2 tadi kan.

Yang berbaki untuk suami hanya mee rebus. Bila aku tanya sedap tak? Die geleng. Aku tanya lagi abes kenapa makan? Die jawab sebab free. Pffft!

Aku rasa kalaulah nama aku naik lagi jamuan tahun depan, Aku nak standby props cantik2 sikit la. Nanti bila orang tanya,mana satu gerai kluang?? Tak payah la aku kena jawab, tu haaaa yang ada meja je tu..

Lari sambil tutup muka!


Terima Kasih

Teaser: raya versi makcik bazar ramadhan.

Apekah yang terjadi? Zaman bila aku berbisnes cedok2 ni? Tunggu sambungannya~ ^___^
Terima Kasih

Tuesday, 3 September 2013

Perabih kuih raya kat rumh sendiri

Assalualaikum

Hujan je memanjang tiap petang kat sini. Golek2 lepas balik dari keje memang sedap. Sambil2 tunggu ayam tu cair nak dijadikan laok makan malam nanti, jom kasik clear stok kuih raya tahun ni. ;)


Terima Kasih

Monday, 2 September 2013

tempat makan cantik kat kluang ni

Assalamualaikum

Malam ni berdua sahaja. Lepas servis2 badan, terus lapa. Paksa encik suami bawak makan terus. Aku dah skip lunch ye arini,so lapanya bukan sikit2. ;p

Lama dah aku tengok kedai ni. Ada satu cawangan kat bandar kluang, memanjang ramai orang. Tetiba harini terjumpa brand sama sebijik. Terus opppppppppp tekan brek.

Hiasan macam best. Kerusi pon kalerful. Macam selalu,aku memang senang dipengaruhi. Letak warna warni sikit, pasang lampu canggih2 sikit,terus aku jatuh cinta pandang pertama. Hahahha!

Kesayangan aku tu konfemla nak try western kalau kedai2 cenggini. Harga pon menarik. Rm6.90untuk blackpepper chicken chop. Harga murah rasa pon okla. K aku nak makan dulu. Untuk korang yang cari tempat makan 'sedap mata memandang',sinilah jawabnya.


Terima Kasih

Hari manjakan diri sendiri

Assalamualaikum! ;)

Setelah sekian lama,dapat jugak servis body ni. Badan nak pakai lama harusla manjakan diri. Pilihan aku-urut tradisional.

Memang puas hati punya la. Tengok muka aku tu. Terserlah kepuasannya kan? Hahahahah!


Terima Kasih

Sunday, 1 September 2013

Semalam pergi jemputan kahwin

Assalamualaikum.

Semalam anniversary aku & ade jugak yang kawen same date dengan aku. Pfftt! Sebenarnya dorang kawen sempena 31ogos, terang2 aku yang perasan. *_#

Aku tak kenal family pengantin. Pengantin lagi la aku tak kenal. Ayah cuma bagitau ni sedara dia. Dulu selalu datang rumah mak tua. Ok.....

Sebenarnya aku tak rajin pon nak pegi. Kena pulak tadi dah berbaris merdeka, memang melonjak naik la graf kemalasan tu. Tapi bila tengok ayah beria,tak sampai hati pulak. Mau tak mau aku gagahkan je.

Baju pon tak beriron. Sampai je rumah tadi aku terus on washing machine kononnya nak mendobi baju. Tetiba mak call cakap nak pegi sekarang sebab mak ngah dari segamat dah tunggu kat air hitam.

Kelam kabut masuk bilik selongkar gerobok.

Baju yang beli kat peace aritu dah elok sangkut. Tag harga pon ada lagi. Aku tak pakai sebab sendat sangat2. Maklomlah badan tetiba naik mendadak ni kan.

Sekali tadi aku saje la try. Eh muatla!!! Terus tacing. Macam nak nangis. Badanku kembali ke saiz 36 seperti dulu. Sedar tak apa yang cuba aku sampaikan?? Aku sudah mengecil kembali. Hahahahah! Lempang muka sendirik~

Tapi tak jadi pakai baju tu sebab tangannya panjang. Esok dah boleh anta tailor mintak pendek kan. ;)

Kalau baju tu aku dah muat,baju raya taon lepas konfem muat jugak. Cer try cer try..

Yeayyyyy muat la!!!

Konfem la daging yang berlebihan aritu dah hilang. Bahagianya rasa. Hihihi~

Terus pecut rumah mak laju2. Bedak pon tak touch up sebab konfiden muka ok lagi. Padahal terpengaruh sebab baju dah muat balik kan~
Hahaha! Poyo sangat rasanya.

Sampai2 rumah mak diorang semua dh standby lua rumah. Si kecik aku yang 2orang tu pon dah ready. Apelagi.. Lama dah tak pose dengan cu. Lagi pulak time dah kurus ni,memang takde pose lagi. ;p

Kalini ambik pic baru seronok berbunga2 hati ni. Aku perlu kecik dari cu sebab tu hakikat dari dulu. Haritu je aku beso dari cu.mungkin sebab napsu makan aku ataupon cu yang diet sebab nak kawen. T_T

Otw tu diam je. Mata aku dah kelat. Masa kat rumah jemputan tu pon aku dah lalok je.nampak bantal je masa tu. Tapi bila ayah sembang kemain rancak,dari luar rumah sampai masuk dalam rumah,aku perlu bagi hint.

Sudahnya kami balik masa pengantin tengah berarak nak bersanding. Maap la tak mampu nak menunggu. Rumah tak siap kemas lagi. Risau kalau mak mentuaku tiba. Heheheheh~

Aku terus balik rumah petang tu. Budak berdua ni pon ikot. Diorang yang lain tu nak balik mersing, ambik stok buah2an tempatan. Hihihi~ las2 sampai rumah aku tak jadi mengemas. Capai bantal terus tertiarap.........


Terima Kasih

Untuk lelaki yang paling aku cinta. Chewahhh!

Assalamualaikum~

Syawal ke 24 tahun ni..
Genapla 5tahun kami kawen. Heheheh~

Sukar dipercayai aku dah 5tahun jadi bini orang. Aku masih belum sempurna sebagai isteri, sana sini masih kena diperbaiki. *sengih*

Sebenarnya tak perasan pon harini anniversary kitorang sebab masa kawen dulu bulan 10,so agak jaoh lagi la. Alih2 pagi tadi terpandang kat kalendar tu, arini 24 syawal. Yepp kami nikah 24 syawal bersamaan 24oktober. ;')

Takde hadiah dan takde makanan canggih2 sebab semuanya unplanned. Cuma upacan kasih sayang aku pada si suami dan niat dalam hati untuk jadi yang lebih baik bagi penggal ini. Hahahah! Penggal la sangat~

Kalaula dia baca blog ni, especially entry ni.

Perlu untuk dia tahu, aku sayang kamu sangat. Walau kamu selalu menyakitkan jiwa, tapi kamu juga yang paling tabah melayan tebiat isterimu ini. Walau kamu maintain muka takde perasaan tu,diriku tahu kamu mesti sayang aku sangat2. Kalau tak,mustahil kamu mampu melayan peel binimu ini waktu mood malasnya datang. Semoga kita selamanya bahagia walau kita bukan lagi pengantin baru.♥♥

Till then. Selamat ulangtahunperkahwinan buat nurul farehah + mohd nor hafizan.


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati