Assalamualaikum
Hari sabtu duduk bertapa kat rumah saje. Mengemas rumah yang tak penah2 siap. Penat. Nak mengeluh jugak tapi kena bertahan. Itu dah memang tanggungjawab kan. ;)
Tapi sebelum mula mengemas kena pastikan askar kecik tido dulu. Terpaksalah melayan dia dulu. Bukan boleh bagi botol susu terus tido. Kena peluk oke! Sangatttttt la manja mengada2.
Abang takde harini. Ikut mak balik kampung-mersing.
Yang tak tahan tu dengan ibunya sekali boleh terlelap kejap. Hahaha!
Sedar je terus laju2 bangun. Letak bantal kiri n kanan dia biar terasa macam ade orang peluk. Kang terjaga satu apa pon tak jadi.
Mak aihhh....sape sangka duduk rumah teres je tapi rasa penat macam ngemas rumah banglo. ;p
Mohon khidmat bibik sorang la macamni. ;p
Pelan2 je ngemas. Tapi sampai petang tak siap pon. Banyak sangat kain baju. Sakit kepala menengoknya.
Rasa macam nk jual preloved je baju2 sama tudung2 yang tak terpakai tu. Ala..jual murah2 je. Hehehehe~ janji gerobok ku lengang. ;)
Baju budak berdua tu pon dah penuh. Lepas tu bajunya tak lipat elok. Bercampur baju abang dengan adik. Semuanya sebab farish yang kononnya nak tolong ibu lipat kain,padahal sebenarnya menambah keje ibu. Hmmm....
Dah susun cantik2 tu. Esok lusa terburai balik. Komfem. =__=
Part baju aku tak siap lagi. Esok la sambung lagi. Membukit kemain tinggi lagi padahal dah lipat elok2. Itu yang suami aku konpius bila aku mengeluh,
'takde bajulah nak pakaii.......'
^__^
Selebihnya kasik clear meja solek. Susun mekap2 yang perlu jek. Yang tak guna sangat letak dalam beg mekap. Senang.
Nak tengok barang mekap aku?
Tak payahla. Malu. Hahahahahah!
Ade toner. Krim pelembab. Krim malam.
Itu saje. Cara cakap nak susun mekap2 tu bunyi macam banyak je ek? :)
Untuk pegi keje:
Ade moisturizer. 2way cake powder. Eyeliner. Maskara. Lipstik.
Sekian.
Simple kan?
Foundation memang tak pakai dah sekarang ni. Senang nak cuci muka time solat kat opis. Lepas susun2 tadi ternampak foundation tu. Isnin ni nak pakai la. Nanti aku share muka ye. Hahahah!
Blusher--aku memang tak reti nak tenyeh cemana. Orang cakap kat tulang rahang. Gigihla aku ni cari tulang rahang aku. Tapi last2 tak elok je aku rasa. Macam hello kitty pulak mukanya.
T__________<<<
Eyeshadow pon x pakai sebab keje pakai uniform. Tak best pulak kalau mata warna warni kan. ;p
Maka bersederhana je. Barang pon jenama biasa2 jek. Janji cantik. Eh cantik ke? Haaaa!!
Alkisah mengemas tu tak payah la cerita panjang2. Sama je macam cerita mengemas yang lepas. Mendobi,menjemur,melipat,menyusun,menyapu,mengemop.
Tapi aku kira harini la sesi mendobi terbesar. Semua aku campak.dalam mesin. Sampai tak muat ampai. Sangkut je kat tembok sebelah dengan pintu pagar. Hahahahah!
Dah penat2 gitu susu fareeq pulak OUT OF STOCK. Maka keluarlah mencari bekalan. Takde cuci2 mata ye minggu ni. Tunggu gaji minggu depan baru syok sikit. Tu pon lepas habis bayar semua hutang. ;p
K bai. Nak sambung susun2 tudung pulak~ ;)
Las but not least. Orang cakap muka kami sama. Hakikatnya,,,,
Saya emak dan dia anak.