Monday 25 July 2011

new life begin here

   wahwahwahhhhh... gempaknye tajok! ngeeee~
   dh hmpir 9 bulan. umh baru kami lom siap lg. bby baru dh kua, umah baru x setel lg. apekess? hmm.. renovation in progress. since dpt kunci umh julai lps. kami bz merenovate. si ibu yg dlm ari ni pon bz menelepon sane dan cni. mncari yg terbaek utk rumah kami.
   sedikit pic mse renovate..


.K.E.R.E.T.A.  T.U.A.N  R.U.M.A.H.
EN. HUBBY YG MENGARAH ITU DAN INI

NI PART DAPO
*designer kecik sy di c2*
^_*

LIVING HALL
*bakal tempat kami melepakings*

Terima Kasih

Sunday 10 July 2011

farish big days

   10july2011
   ulgtaon putera sy
farish hafiy bin mohd nor hafizan
n_n


yepp
farish turns 2 y/o


tengokla...
pose pn muke POYO
;p

   meriah. wlaupon sdkit klm kabot sbb mama x menang tgn. nk arrange besday abg. manage si adik. menguruskan rumah baru lg. adehh....untong mama masih cuti. ;p

his 'cekadak'
T_T



.prepare ckit2.


   layan smua pic ni. actually byk sgt, tp tkot muak melayannye. yg pnting,, oke x my new hair do? ;)
 
3 jojes
n_n

grandnanny with new baby

look--besday boy sudah berdokong
adehh~

potong2 kek with nenek
masyu enterprem skali
;)

yg menjamu kt dapo
geng KDRM

masyu ksyan beliau
o_O


   alhamdulillah. selesai jam 7. las guest is my old skulmate. syioK. dan mlm itu.....
besday boy dikerah buai baby
hahahahha!


.till then.




Terima Kasih

Thursday 7 July 2011

mama new look

   tmt edisi berpantang. Mama sgt2 berhajat mau me'rekrut' rambot mama yg ala2 pompuan melayu trakhir ini. klau x krn sng nk toncet time pntg, jgn hrp rmbut mama akn spnjang ini.
   Ptg ni mama g saloon. kopak la $$ RM 150. For cut, treatment n rebond. Tp yg pnting puas ati. Mama pon dh smbar spek baru. Calvin Clein. Nilainye sebulan basic salary mama. uweyyy~ bukn sllu leh membazir sbgini rupa. Gaji buta 3 bulan abes bgitu sje.
   more konfiden sme imej baru. hahaha~ agk2 de rupa mak kpd 2org budak x??
.GAYA.MUTU. KEUNGGULAN.



Terima Kasih

Monday 4 July 2011

saya sudah merdeka!

   yeayyy! sudah melepasi mse2 krital. merdeka dr berpantang. berbunga-bunga atiku~~~
sungguh,, berpantang i2 manis. tu pon kalu  x byk ragamnye. :)
   fareeq qashfiy,, tengs sbb bg mama kngn indah dlm edisi bpantang kali ni. Sgt mudah mnguruskn si kecik ni. bangon cm utk susu. tido spjg mse n pyh skali nk dgr mnangis.
   bndingkn dgn farish dlu. aduhh,, terasa serik mau bersalin. ahhaha! tp kua gk fareeq ni. ;p
pngalamn pertama, dgn ank yg pertama. sgt mencabar emosi. KOLik. wt baby berjaga dr jam 3 pg smpai pg. sungguh mngntok. zzz~
  tp ble d kenang, tu la pengorbanan mnjadi ibu. bukn sng mnguruskan ank. dr mngandong smpai la lahir. ni blom lg cbrn emmbesar kn ank2.
   farish n fareeq. buah ati mama. segala ke'sadisan' berpantang lenyap tiap kali kalian tersenyom. oohhh.. bahagianye ati!!

   pasni boleh kua meronda oke~
Terima Kasih

Friday 1 July 2011

mom's milk-- magic drops

  
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)

   Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.
Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.Persoalannya,, kenapa susu ibu itu baik???

1.Memantapkan Sistem Imunisasi
      Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria "bermanfaat" yang dipanggil sebagai "flora normal" sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.

2.Kaya Dengan Nutrisi
      Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.
 

3.Omega-3
   Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia, ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.

4.Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
   Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol, United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit jantung.
   Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.
   Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.
   Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung. Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan yang rendah dengan kehadiran hormon ini.
  Mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit jantung koronari.
  
5.Susu Ibu dan Kecerdasan
   Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah LEBIH HEBAT berbanding bayi lain. Satu analisis perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi susu formula oleh James W. Anderson—seorang pakar dari Universiti Kentucky—mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi kecerdasan minda.


6.Air Susu Ibu Menentang Kanser kpd Bayi   Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang ratusan   penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser. Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.
   Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden, ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini. Pasukan tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.
   Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-bayi yang baru dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah.
   Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk pelbagai jenis kanser yang lain.
   Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac (alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa dalam air susu ibu.

7.Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah
   Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.
Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat: 

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; ..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

   Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.
   Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.

--sumber dr iluvislam.com

Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati