Monday 31 August 2015

Holla september.

Assalamualaikum

September sudah!

Pagi-pagi tadi dah pegi hospital, check mata ni ha. Lepas hantar budak-budak, terus mintak tolong ayah bawak pegi check.

Mata dah nampak bengkak,
Tapi merahnya dah tak berapa ketara.
Tak berani pulak nak biarkan lebih lama lagi. Relakan hati tuju hospital jugak.

27tahun umur aku,
Tapi ni lah pertama kali check kat hospital. Bukan tak penah sakit, cuma dari dulu selalu check up kat panel klinik je.

Tak payah tunggu lama-lama.
Huhuhuhu~

Bertapa kat sini menunggu turn.
Sampai jam 8.30pagi dengan nombor giliran yang dah banyak. Tabahlah bertemankan ayah duduk tunggu step seterusnya.

Husband dah selamat sampai kl malam tadi. Dia ada kursus sampai kamis nanti, maka aku sepatutnya kena uruskan hal anak-anak sendirian.

Nasib baik ada ayah. Bolehlah teman aku yang nak drive pon tak berapa yakin nih. Sekarang ni teman pulak aku dari awal sampai ke sudah.

Tenkiu ayah.
Superhero sampai bila-bila.
Nampak sangat ayah prihatin kat aku tadi. Risau kalau aku ni sakit agaknya.

Aku tahu ayah penat punya pasal baru abes kerja. Tak sempat lelap dah kena bawak aku pulak. Kesian. Sarapan pon tak sempat.

Tapi takde pilihan.
Husband pon takde, cu pulak ade baby leecha. Anak-anak aku pulak nak kena urus pegi balik sekolah.

Lega dah selesai semua.
Doktor syak aku sakit mata, maka dibaginya aku mc 2hari. Untuk rehatkan mata.

Dan sesungguhnya aku akan gunakan masa rehat tu dengan bijak pandai sekali. Tidur.

Malam tadi aku tidur tak lena. Takut pon ye jugak pasal tidur tiga beranak je kat rumah. Belum pernah lagi tau. Ni pertama kali jugak sepanjang bertahun kitorang kawen.

Selalu kalau husband takde,
Aku mesti tidur sri lalang dengan mak ayah. Tapi sekarang semua dah tak sama. Jadi nak tak nak aku kenalah beranikan diri depan anak-anak aku.

Satu malam dah lepas.
Ade lagi dua malam sebelum husband balik. Fareeq asyik tanya bila babah nak balik. Dasar manja sangat. Farish lagi senang dibawak bincang. Mungkin jugak pasal dia dah besar, faham la sikit perasaan mak dia nih.

Malam tadi dalam pada takut tu tetap juga kami tiga beranak kelua cari makanan. Bila perasan kawasan depan rumah semua gelap, mulalah aku seram sendiri. Huhuhu~

Jenayah dimana-mana dan harapnya kitorang dijauhkan dari benda yang tak elok.

Farish dah pesan suruh aku beli makanan awal-awal. So malam boleh duduk rumah je.

Terbaik sangat idea dia.
Bangga kejap ibu pasal anak dah makin cerdik.

Eh,nak selpi jugak la even pakai spek dengan mata ketumbit nih.

Hahahha!


Terima Kasih

Iritasi pada mata kerana softlens?

Assalamualaikum.

Selamat hari merdeka pada semua.

Tapi harini tak join perbarisan merdeka since mata ni merah menyala macam bijik saga.

Dah berapa hari dah merah-merah. Cuma tak expect melarat pulak. Kalau tak silap aku dari hari jumaat aritu dah start merah sikit.

Mula-mula kena mata belah kanan.
Sekali kanan dah ok, kiri pulak take over.
Firstly tak sakit.
Tapi die punya merah memang buat aku  scary gila.
Dah berapa hari jadi gini baru terasa matanya macam dry. Sakit sebab aku dah genyeh-genyeh sikit.

Huhuhu

Dont know exactly why.

Aku syak ada iritasi pada mata aku. Bukan pertama kali jadi gini. Lama-lama baru perasan mata akan jadi macam nih bila aku tukar solution brand lain.

Takpe, kena check jugak untuk kepastian. Malangnya harini payah betul nak dapat klinik, cuti umum kan.

Bertahan la aku sampai esok.

Rasanya aku nak refer hospital terus. Takut dibiarkan melarat pulak nanti.

Jadi,
Doakan aku ok.

Mungkin tiba masanya aku bebas tanpa kanta sentuh lagi. Sebab bila mata dah macam ni, jangan mimpi la nak pasang kanta tu dalam mata.

Sure pedih punya.
Bertahanlah dengan spek yang power tak berapa nak jelas ni. Nak drive pon pikir panjang, mata tak clear amat merbahaya. Terpikir nak buat spec baru. Untuk kegunaan emergency macam ni lah.

Soon.
InshaaAllah.

Tudung hijau tu pic hari sabtu. Masa aku attend wedding invitation. Mata dah merah serupa orang tak cukup tido.

Esoknya makin merah macam yang aku zoom tu. Nak pandang muka orang lain pon aku malas pasal orang mesti bajet aku sakit.

Yang latest petang tadi. Keluar cari klinik tapi malangnya balik macam tu aje. Try senyum walaupon perasaannya tak siapa tau.

Resultnya esok.
Sakit apekah aku sebenarnya


Terima Kasih

Monday 24 August 2015

Throwback open raya

Assalamualaikum.

Hari tu dah try publish. Then gagal.

Dah la gagal, dia tak save pulak entry yang dah aku taip panjang meleret tu.

Perasaan macam grrrrr!

Syawal ke 28 yang lepas aku terlibat dengan sambutan raya peringkat pejabat kerajaan. Meriah. Berpeloh kemahen menyusun kuih talam dalam bekas sebelum majlis bermula.

Eh.. Posing tu wajib.
Dari muka elok sweet-sweet sampai jadi sour plum. Kahkahkah!

Serius penat weyh!

Tapi happy pasal tak sampai bape jam kuih kitorang licin terus. Boleh kemas siap-siap dah.


Terima Kasih

Sunday 23 August 2015

Susun atur : ruang tupperware & tipuware

Assalamualaikum.


Banyak beno pending post nampak gayanya. Bersabarlah menunggu aku update sikit-sikit. Hope so korang tak jemu menunggu.

lol.

Baru berkesempatan nak mengemas dapur rumah semalam. Dari hari raya sampai dah selesai beraya, kuih raya masih ade bersaki baki dalam telap lagi.

Jadi semalam rajinkan diri, kentalkan hati, kemaskan semuanya.

Simpan balik bekas-bekas kuih, satukan kuih yang boleh jadi kudapan masa tengok tv kat dalam satu bekas. Nanti masa lapar-lapar tengah malam bolehlah buat alas perut nak sampaikan ke pagi.


Selesai sarapan, terus cari barang dapur, then terus balik rumah. Mulakan misi.


Ya Allah bersepahnya la hai!

Kelebihan kabinet bertutup ni pasal semuanya boleh disumbat selagi muat lepastu tutup rapat-rapat.
Mata tak sakit.

Tapi bila datang masa nak kemas macam ni, bukak pintu kabinet.
Hahahahahah!
Menakutkan hokey!

Segala mak nenek ada kat dalam tu. Kantoi la kemalasan diri ini bila tengok isi balik kabinet.
Tarik napas dalam-dalam. Mikir nak mula dari mana la nih. Semak samun rasanya mata ni.
Satu tips yang aku cuba hadam sampai paham is...


Jangan simpan sampah.

Sampah ni maknanya barang-barang yang kau tetap nak simpan walaupon sebenarnya kau tak tahu pon entah bilanya nak guna lagi.

Dapat tak?
Satu sifat semulajadi aku dari dulu,
Aku suka simpan.
Huhuhu~

Berbalik pada kabinet dapur aku tadi.
Nah ni suasananya.

Mana nk humban nih?

Tiba-tiba terasa banyak sangat stok Tupperware kat rumah ni. Belinya tak seberapa banyak, dapat hadiah yang buat nampak banyak terus.

Rezeki.

Ikutkan hakikat sebenar,
Aku lagi banyak tipuware dari tupperware nih. Takpelah, dua-dua ok jek aku gunapakai. Cuma tupperware ni sayang sikit nak buat basahan.
Entah pape kan.


Eh, buat tak nampak je super babah kat belakang tu ye.

=P

Mulakan dengan pencarian ruang simpanan untuk bekas-bekas ni semua. Akhirnya terpaksa punggah keluar khazanah ini. Tssk!



All the storage bottles zaman fareeq baby dulu. Honestly ni paling aku sayang jadiknya aku simpan sampai sekarang. Dulu aku plan nak gunapakai kat next baby, tapi sampai sekarang pon takde newborn juga.

Kasik belek semula.

All the bottles still in a good condition. Dulu aku guna untuk simpan susu perahan je. Untuk minum aku transfer ke botol lain. 

Anak yang paling mewah dengn botol is rareeq qashfiy. 
Fact ok.

Hurmmm..
Tapi bila try google, rata-rata kata botol ni boleh tahan 6bulan je. Lepastu kena tukar lain, jadi aku dengan berat hati asingkan kesemuanya ketepi. Kesemuanya. Termasok la botol-botol baru yang masih dalam kotak.

Nak jugaK tanya hb, padahal tak sampai hati nak buang sebenarnya.
.
.
.
.


Me : nak simpan ke buang je botol ni ek? Botolnya ok lagi. Tak kuning pon.
*muka sedih je masa nih*

Hb : buang je la kalau dah was-was.

Me : So nanti kalau ada baby, beli baru la kan.
.......... 
Ehh.... Takde respond plak dia.
Hahahahah!


Lepas dari persetujuan tu baru aku perasan ada jugak berpuluh packet plastic storage yang tak habis guna dalam simpanan aku tu.

Padah menyimpan sampai aku pon tak hingat dah ada lagi stok plastik tu. Banyak pasal dulu aku borong sakan bila fabulous mom buat sale.
tepi tu kaki fareeq . sebok aje soal siasat ape isi dalam kotak ni semua.


Tolak tepi kotak tu, 
Tak mau tengok lagi.
I is sad.

Satu-satunya yang aku simpan cuma electric pump aku. Spectra 3. Yang ni aku takkan letgo la. Kalaupon rosak akan kusimpan jua. Hamek ko, over tak?

Ni la yang banyak berjasa tolong aku simpan stok masa berpantang. Bekerja keras pam setiap 2 jam tak kira siang ke malam. Sentimental value sangat.

Bila-bila free nanti nak hantar servis. Kalau elok boleh la pakai untuk kelahiran yang akan datang walaupon niat dihati teringin nak pakai medela fs pula.
Ngee~

Eh balik pada kesah kemas dapur tadi. Segala tray pon aku susun semula. Bila kotak isi botol tu dah takde, ruang ada extra untuk simpan barang-barang majlis ni.

Besi buai pon ada!


Motor buai nya dah lama arwah, besinya je yang masih ada. Yang ni pon takde rasional nak simpan lagi rasanya. 
Buang ajela.


Set pinggan mangkuk & teko.
Aku beli satu set je dulu. Tapi bila mak mentua datang sekalian dengan ipar duai, baru aku perasan set ni tak mencukupi. Kena cukupkan sedozen la pulak. Maka space kat bawah tu aku reservekan untuk setengah dozen lagi yang bakal dibeli.Kalau takde aral raya akan datang berisilah ruang yang bawah tu. Hahah!


Atas tupperware, bawah tipuware. 
Adil memasing dapat satu space. 
sekian untuk hari susun-susun.


Lain minggu nak buat storage pulak. Tengok blog orang lain, rasa Nak buat semua. Insyaallah boleh. Asalkan rajin itu ada.

Kerana mengemas yang beria-ia tadi, sebagai upah mintak babah belanja pusing mall sekali makan kat chicken rice shop. Alasannya tak larat dah nak masak. 
Heeeee~

Tq u.



Terima Kasih

Tuesday 11 August 2015

Happy 1st birthday dear princess!

11 ogos genap setahun dah baby kiut mummy nih.

Semoga membesar jadi anak solehah yang berjasa pada orang tuanya.

Mummy love u so much!


Terima Kasih

Sunday 9 August 2015

Syawal 21 - Kindy raya

Assalamualaikum
Last week smart reader kids (SRK) taman bersatu buat majlis raya kat school. Both little boys memang dah lama tunggu hari ni sebab dah tak saba nak pakai baju raya pergi school.
Pagi tu masing-masing bersiap lebih pantas dan mudah daripada hari-hari biasa. Takde drama waktu pagi juga.
Kalaulah hari-hari macam ni,
Takdelah ibu kena pecut kete laju-laju pasal taknak lambat sampai opis.
Pagi tu jugak bawakkan kuih sikit untuk kawan-kawan diorang. Tempah sekali kat tempat aku tempah kek farish.
Sebenarnya kek ni takde dalam plan asal. Tapi bila farish minta bawakkan kek harijadi dia yang kebetulan jatuh bulan puasa haritu, aku tak sampai hati nak kata tak boleh.
Korek-korek tabung la cari sponser nak belikan seketul kek.
Alhamdulillah ada peruntukan untuk dia. Backdated birthday bash untuk farish hafiy.
Yeayyyy!
Tahun terakhir farish kat tadika, bagilah chance dia rasa happy. Esok dah sekolah betul, takde maknanya la nak bawak kek pergi sekolah lagi.
First time pula untuk fareeq. Macam biasa bila nampak ibu dia, dia pon bajet-bajet gedik terlompat-lompat gitu. Hahahah!
Kalini dapat join majlis raya diorang. Majlis mula jam 10pagi dengan marhaban oleh semua pelajar. Farish & fareeq pon dah reti marhaban, ade bagusnya jugak ak bawak marhaban aritu nampaknya. Seronok tengok budak-budak pakai baju raya. Comel-comel. Kalerfull gitu~
Murah rezeki budak-budak harini. Banyak sangat makanan. Kek birthday pon ada berketol-ketol. Aku yang tua ni pon telan airlior tengok meja panjang penuh dengan makanan kat situ.
Kepada cikgu-cikgu SRK,
tenkiu atas layanan baik. Kita dah kenal bertahun, dah macam kawan jek. Mudah-mudahan silaturrahim kita kekal baik walaupon dah tak sekolah kat sini lagi nanti.
Balik tengahri senanghati sebab perut masing-masing dah kenyang, pastu dapat tapau bawak balik pulak tu.
Hahahah!

Terima Kasih

Thursday 6 August 2015

Syawal 18-Majlis raya PUSPANITA Kluang

Assalamualaikum
Alaaaaaaaaa....
Harini dah syawal ke27.
Kite baru nak up kisah syawal ke 18 haritu.
Masa ni attend hari raya anjuran PUSPANITA. Pergi sama yati, liza dan puan hanim jugak. Macam tahun lepas. Hahahaha!
Dah tahun kedua join event nih. Berbanding tahun lepas, tahun ni punya makanan lagi best siap ada artis jemputan tapi penyertaan tak ramai. Macam kureng jek kemeriahannya.
lol
Belanja gambar aje aci tak?
Aci la..
Nah jempot tengok.
Terlupa pulak nak ambik gambar makanan. Sebab nunggu lama sangat, dah kebuluran.
Ngapppp masok mulut jew.
=__=

Terima Kasih

Wednesday 5 August 2015

Syawal day 17 - go green!

Assalamualaikum
Dah 17hari beraya.
Siyes laju sampai tak terkejor nak up cerita raya hari-hari.
Dah mula marhaban, jadi bila ada masa eloklah kita join. Macam biasa, bertiga beranak sahaja.
Belanja muka tiga beranak yang semangat nak pegi marhaban. Hari ahad badan pon masih fresh sebab baru mulakan minggu baru. Jadi berdaya la nak memeriahkan kumpulan.
Ngee~
Malam ni kebetulan tak banyak rumah. Ade 4 buah je tapi disebabkan mula lambat, habisnya pon lambat sikit.
Takpelah,
Janji siang tadi budak-budak dah tidur, dapat la topup kelewatan malam ni.
Bawak anak marhaban,
Ragamnya banyak.
Kejap penat.
Kejap lapa.
Kejap haus.
Maka bersabar ajelah aku yang membawak ni. Harap tuan rumah tu pon memahami situasi aku. Anak ni peel nya tak boleh jangka. Hangin satu badan!
Dah sampai rumah last baru dapat bergambar. Adelah jugak kenang kenangan nak tengok lepas raya nanti.
lol

Terima Kasih

Saturday 1 August 2015

Syawal day12 - yellow theme

Assalamualaikum

Syawal ke-11 cuma berehat kat rumah pasal takde lokasi beraya nak dituju.

Anggap je satu hari off supaya berat badan tak naik mendadak di musim perayaan ni.

Pffft!

Selang sehari sambung beraya. Malam ni rumah dua orang opismate lagi. Tak dangka pulak habis beraya lewat sikit malam ni pasal makan banyak sangat sampai bertambah-tambah.

=)

Seronok aktiviti beraya gini pasal dapat berjalan rumah kawan kawan. Biasa kan jumpa kat pejabat jek. Musim raya ni dapat sembang lama-lama sambil kenal family diorang yang lain.

Mudah mudahan tahun akan datang panjang umur dapat join macam ni lagi.

Papepon,
Tenkiu mekna, tenkiu kakjah pasal sediakan makanan lepastu sudi layan rombongan kitorang.

Runah kalini ade banyak sikit gambar nak tayang. Hahahha!


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati