Sunday 21 December 2014

Yang terakhir tahun ini

Assalamualaikum

Kalau diikutkan kemalasan yang melanda, memang tak terupdate entry baru la gamaknya.

Disember,
Bulan cuti2 malaysia kami.
Dari bulan sepuluh ritu dah plan nak berjalan hujung tahun, akhirnya jadik jugak.

Ini untuk anak-anak,
Ini jugak untuk makbapak.
=)

Nanti aku update dari satu tempat ke satu tempat. Harap-harap aku berjaya update. Hakhakhak!

Untuk sekarang,
Kalau nk tau kemana kitorang pegi,
Boleh
#doubleFannualvacation

Lebih dari tu,
Tunggu tau!

Muaaaaxx!

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Wednesday 17 December 2014

Gonna miss all the memories

#throwback
Perkenalan awal kitorang atas urusan
SAYA JUAL- AWAK BELI.

Smartreaderkids merapatkan kita.
Sama2 pujuk anak main lego sbb nk tinggalkan dorg kat sekolah masa hari pertama.

Sejak dari tu,
Kita selalu kongsi cerita,
Kita tengok progress anak sesama,
Kita plan semuanya sesama.

Lepasni,
Dah takleh janji nak datang sportday pukul bape,
Nak bawak menu ape nanti,
Dah takleh plan nak pakai baju kaler apa masa konsert,
Nak amek repordcard hari ape.

Hari terakhir bersama di smartreaderkids,
Mungkin tu yg farish discuss ngn hanif,
Sahabat pertama dia.

Gonna mishh both HAs next year.
Study smart k syg.
Semoga terus berjaya kat tempat baru.
Nanti free kite makan roti bakar sesama lagi.

Auntie sedih,
Sure farishhafiy lg sedih.
Tapi,
Hidup perlu diteruskan.
Ini baru permulaan,
Dalam pertemuan mesti ada perpisahan,
Kerana dari situ kita belajar menghargai kenangan.

Takde dh icon rambut pacak lepas ni.
Takde lagi nak dengar farish cerita pasal hanif ;')

Harap-harap berpisah tahun depan jek! Ada jodoh bersama lagi~


Bff forever


Geng mak forever jugak
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Tuesday 16 December 2014

Smart reader kids concert & graduation day

Assalamualaikum,,

Usai tugasan seminggu ibu kat hq, ibu balik rumah pelok ciom dua-dua cintahati ibu puas-puas.

Rindu.
Amat rindu.

Malam tu siapkan semua yang nak dipakai esok hari. Baju farish, baju fareeq tak lupa baju ibu jugak.

=)

Tema konsert tahun ni, warna green apple. Payah betul nak cari warna ni. Especially untuk budak lelaki.

Guess what?
Masa konsert tu ramai yang bajunya sepesen macam farish. Hahaahha!

Nampak sangat 1 kilang. Sejibik sama!
Masing2 cuma senyum jek.

Tahun ni ada sesi pendaftaran la pulak. Kena tulis nama penjaga & nama pelajar. Lepas tu dapat goodies.

Lagi kemajuan tahun ni,
Ade buku program pulak. Dalam tu ada tulis aturcara, nama pemenang anugerah semua tu la.

Best.

Aku?
Awal-awal dah layan kamera dengan yati. Siap duduk sebelah lagi. Kalini tak dapat duduk 3baris pertama dari depan. Tapi ok la. Still masih boleh nampak muka anak. Hakhakhak!

Tu dia, bila kak min inform aku nanti bg sikir review pasal SRK, aku dah mula cuak. Kalau tak naik, macam kesian kat kakmin. Kalau naik, macam kesian kat diri aku pulak.

Persembahan aritu, yang melibatkan farish je berjaya tarik perhatian aku yang lain tak masok kepala. Asyik pikir nak cakap ape la kat atas tu nanti.

Bila aku nampak kelibat farish dah standby kt belakang stage. Aku tau turn aku nak naik atas dah makin dekat.

Steady.
Tarik napas.
Lepas.
Tarik.
Lepas.
Lepas lagi.

Ok. I have to prove it.
Ibu boleh bercakap depan semua orang.
Depan crowd yang bukan calang-calang.
Yang kerjaya hebat-hebat.

Yakin boleh.

Baba naik atas stage jugak, sama-sama ngan fareeq. Buat kasik reda debor dalam dada nih.
Dibalik dari semua tu, aku ada alasan sendiri.

Aku nak farish nampak keupayaan aku berdiri depan ramai orang. Bercakap dengan berani seolah-olah betul sangatlah apa yang aku cakap tu. Sebenarnya ada rasa cuak jugak, sebab lama dah tak bercakap depan orang ramai ni. Tapi Alhamdulillah, 2minit tu aku berjaya lalui dengan ok.

Aku risau farish ni payah sangat nak bercakap. Oral test aritu die takleh buat sebab dia taknak bersuara. Rugi markah kat bab tu, lastly dia tak dapat score subjuk tu dengan cemerlang.

Upset.
Sikit la.
Sebab aku harapkan yang lebih baik dari tu

Mungkin harapan tu tinggi sangat kot, tapi keseluruhannya memang menurun dari pertengahan tahun aritu. Hmmmm..

Lepas ni aku kena pikir, apa usaha lain aku boleh buat untuk naikkan tahan keyakinan farish. Die kena yakin, berani dan bersahaja untuk tonjolkan kelebihan lain dalam diri dia.

Zaman sekarang,
Orang yang pandai dah ramai.

Jadi farish kena ada sesuatu yang 'lebih' untuk pastikan dia tak tenggelam dalam himpunan manusia bijak pandai ni.

Sape ada pengalaman, boleh share. Aku mak baru belajar. Baru berdepan anak yang dah bersekolah. Masih tercari-cari solution terbaik untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Dan jujur, aku mula kerisauan.


Aku memang berlagak sempoi je masa ni. Sumpah tak tipu. Huhuhu~

Untuk farish hafiy,
Kalau satu hari nanti abang terbaca blog ibu ni, ibu nak abang tau..

Ibu selalu berusaha beri yang terbaik untuk abang,
Sebanyak mana masa untuk teman abang ulangkaji,
Sekerap mana yang ibu mampu untuk bagi buku-buku cerita baru untuk abang,
Selapang dada ibu untuk selalu jadi pendorong kepada semua yang abang buat.

Berusahalah sayang,
Sehabis boleh ibu beri ilmu pada kamu,
Bila tengok perkembangan abang,
Kejayaan abang,
Senyuman abang,
Sesungguhnya ibu bangga,
Ada anak yang bijak macam abang.

Ibu & baba sayang abang,
Ibu & baba berhabis segalanya untuk abang,
Semoga abang hargai pengorbanan kami.

Kami tak nak lebih,
Kami cuma nak kejayaan untuk abang.

Ohhhh..
Ibu nangis pulak.

Tetiba touching dengan ayat sendiri.
Ayat dari hati.

Nahhh,,
Cuci mata jek la dengan gambar-gambar majlis haritu.
Selesai semua,
Ibu belanja abang mask ultraman, buat pujuk hati dia.






Barisan wanita yang bertanggungjawab mendidik farish hafiy. Tak lupa pada bekas guru yang pernah menyalur ilmu pada farish, semoga dihalalkan semuanya.


Ini,
Kami bertiga yang setia menanti sampai semuanya selesai tanpa sedikit pon berganjak. Fareeq pon eksaited tengok abang dia berjoget.


Gambar wajib ada.

InsyaAllah semoga Fareeq pon ikut jejak langkah abang.
Jadi anak-anak yang hebat.

Amin.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Tuesday 9 December 2014

Selamat pengantin baru kawan!

Assalamualaikum

Ni entry tertunggak ye. Dok peram dalam entry sampai pengantinnya pon dah tak berapa nak baru lagi. Hahahaha!

Hari kedua kursus. So far ok, belajar pasal sistem ni tak berapa stress la sebab boleh try & error.

Ok nanti update kesah harini. Sekarang nak cerita pasal pengantin-pengantin. Bila kita ni jadi pengantin lama, tiap kali dapat jemputan kenduri kawen memang terujanya lain macam.

Lagi-lagi pulak yang nak kawen tu kawan kita kannnnnnnnn....

Tahniah fatin&aliff

Akhirnya sampai ke pelamin jugak korang. Tak sia-sia berkawan lama ye. Ingat lagi masa form 4 selalu aliff ni kejar fatin. Kadang-kadang tepi toilet masa otw nak pegi kelas kitorang. Very the kenangan sangat. ;)

Aku memang tabik spring melantun-lantun pada korang yang berjaya couple bertahun lama, lepas tu dapat kawen. Hakhakhak!

Sebab paling lama aku berjaya couple pon dua tahun jek. Pastu babai. Bukan bergaduh ke apa, tapi sebab aku ni cepat bosan. Hope so bila dah kawen ni takmo la bosan kat laki pulak. ;p

Majlis fatin ni banyak betul saingannya. Hari yang sama sampai 3rumah. Tak pegi tak sedap, sebab semua kenal. Tapi kalau tak pegi majlis fatin ni, lagi super tak patut sebab dia kemain gigih datang melawat aku masa beranak budak berdua tu dulu.

Kawan baik masa sekolah la katekan. Cuma dia dah berjaya dalam kerjaya, aku ni je keja biasa-biasa aje. Huhuhu~

Hujan pulak masa hari kejadian tu. Aku anggap tu hujan rahmat je la ye. Dalam basah-basah baju pon aku tetap pergi majlis dia. Memang tak larat nak isi perut lagi masa tu, aku just makan ringan je buat syarat. Yang penting jumpa pengantin.


Dah pegi sini, jumpa la sukusakat masa kat high school dulu.
Kemain bergambar tak hingat sampai laki tunggu dalam kereta jek. Malas nak layan lettew. =P

Fatin cantik.
Laki fatin kacak.
Sesuai sangat.
Semoga ikatan yang baru dibina ni kekal sampai akhir hayat.
Semoga cepat dapat baby jugak. Boleh buat kawan dengan anak aku.



Aku tak dan pose banyak. Ko tengok tu pon anak aku dah terpaut-paut lengan. Yang lain semua single je bergambor. Aku? Sangat berjiwa KEIBUAN sangat. Hakhakhak! Pasrah je la nak weyhh~

Ni rumah last untuk haritu. Sebab memang dah bajet pasti berlama-lamaan kat sini. Prop semua cecantik sayangnya tak dapat nak bergaya sakan.

Bergaya cuma dalam kete je, tu pon selpi ajek. Hahahahhah!



Kbai!

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Monday 8 December 2014

Luar kawasan liputan

Assalamualaikum!

Lama sepi tanpa cerita yek? Ade je sebenarnya, blogwalking rumah orang lain. Rumah sendiri tak ter hapdet-hapdet. Ngee~

Disember sudah mari.

Bermakna penghujung tahun dah makin dekat. Sedar tak sedar dah lebih 330hari berlalu dalam tahun 2014 ni.

Nanti kendian aku cerita pasal teacher meet parents week kat SRK.

Akan cerita jugak pasal wedding of the year classmate kat high school dulu. Puas selfie kat majlis die aritu. Heheh~

Malam ni cuma nak bagitau, dah 24jam aku keluar rumah. Rindu budak-budak.

Ada bengkel seminggu kt HQ.
Memula rasa eksaited nak pegi,
Dah makin dekat hari makin pulak tak sampai hati.

Meleleh airmata masa nak pegi semalam. Nasibla dapat mak gembeng cenggini. Bila bebudak nak salam tu, haaaa amek ko bertakung mata.huhuhu~

Cepatlah jumaat.
Rindu nak pelukciom anak-anak
Rindu rumah yang sepah macam tongkang pecah tu jugak

Honestly aku tak reti nak tido cenggini. Kiri tak kena, kanan pon sama. Janggal tido bila takde pengapit kecik. Takde suara-suara bingit yang suka menjerit kat tepi telinga, takde sape nak dimarah sebab dah lewat masih tak tido lagi, takde yang kejut tetengah malam, sambil hulur botol susu.

Huh,
Rindu!


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati