Friday 31 January 2014

Rindu dah terubat!

Assalamualaikum

Perjalanan menuju ke mersing lancar. Kereta banyak atas jalan raya tambah selekoh yang kemain la ngeri, mak encik ni pulak dah lama tak drive jenjaoh membuatkan kami sampai lewat dari selalu. ;p

100km/j je oke. Penyu lagi laju. Hehehehhe~

Tapi takpe,bia lambat asal selamat. Lagipun xde pe yang nak dikejarkan. Yang penting dapat balik kampung. ;)

Kalini balik jumpa sedara mara tanpa suami. Cuba tenang menjawab soalan tiap sorang bila masuk bab suami. Kalini kami bawak haluan sendiri. Dia ke sana dan saya kesini. Alhamdulillah takde soaljawab yang banyak walaupon masing2 muka penuh tandatanya.

Kali terakhir balik mersing masa raye aritu. Lamenya.....dkt 6bulan dah. Ni lagi 1 kes yang bercanggah dengan kebiasaan.

Dulu..dalam sebulan paling tidak pon sekali mesti balik sini. Aku ni la cucu yang paling rapat dengan atok n pakcik yang sorang ni.
Sangat rapat dan manja sebab diorang akan bawak n belikan aku macam2. ;)

Beruntungnya diri.

Sekarang..rumah ni macam jaoh sangat dari rumah aku. Walhal stay kat kluang je pon, bukan putrajaya. =__=

Kesian diorang. Kesian aku juga. Aku rinduuu
Semua yang ada kat mersing tu. Walaupon kenangan takdapat diputar semula, Aku tetap mahu menikmati segala kenangan yang tercipta kat sini.

Angin kuat tepi pantai sampai kusut masai rambut. Deru ombak yang mengkhayalkan. Laut yang luas melenyapkan semua masalah.

Seronok.

Setelah sekian lama..kembali ke sini dengan makayah dan anak2. Momen yang dah lama hilang dari kebiasaan hidup.

^____*


Terima Kasih

Permulaan yang baru kali ini

Assalamualaikum

Berjalan menuju ke kampung halaman. Membawa diri sendiri. Pertama kali drive sendiri setelah bertahun jd co pilot.

Permulaan untuk semuanya. Semoga perjalanan ini dapat memberi ketengan dan semangat baru. Amin.

Ok. Serius rindu pada pantai mersing!


Terima Kasih

Thursday 30 January 2014

ujian itu mematangkan

assalamualaikum

lama sangat tak update stori terbaru. banyak yang ditaip tapi semua tersadai separuh jalan.takde semangat nak sambung bercerita. jadi kita up stori yg baru je ye....

permulaan tahun 2014 yang mencabar. dari sehari ke sehari ada je kisah baru yang terjadi.

semua yang terjadi tak seperti yang dirancang. terpesong. jaoh sama sekali. sampaikan kadang2 terasa tahun ni bukan yang baik untuk diri ini. =____=

melihat dugaan berat yang berlaku pada org sekeliling,pada orang tersayang dan pada diri sendiri memang sangat menyakitkan. hilang pegangan sekejap. tak tahu mahu ekspresikan rasa hati ini bagaimana, mahu saje di ulang semula andai diri ini mampu. kerana sesungguhnya kenyataan itu kadang kala tak terjangkau dek akal fikiran.

dugaan atau ujian itu datang dari Allah. Diturunkan pada sesiapa yang dikehendaki dan yang cukup kuat untuk mndepaninya.

Hidup memang penuh kejutan. Yang terjadi terpesong jauh dari yang dirancang dan yang dikehendaki. Tiap kali diduga baru tersedar betapa kuatnya diri untuk berdepan dengan segalanya. Bila berdepan masalah, fitnah dan kesusahan baru nampak yang mana teman dan yang mana lawan.

Bila mencuba menegakkan kebenaran pon ditentang, entah apa yang ada dalam hati manusia2.

Benarlah,,kawan ketawa ramai sangat. Tapi kawan menangis belum tentu ada. Silap2 terus takde kawan. :(

Kekuatan yang berbaki cuma orang2 yang dekat. Yang mengaku sayang dan cinta. Yang menerima diri ini seadanya. Yang setia bersama saat susah dan senang. Yang berjanji bersama-sama sampai hujung nyawa.

Doakan kekuatan dan ketabahan untuk diri ini dan mereka yang lain. Semoga kebenaran itu terbukti nanti. Semoga jaoh dari hasad dengki manusia. Fitnah manusia. Kerana aku sedar..tiada hidup yang sunyi dari ujian. Dan ujian itu membuat kita lebih menghargai sebuah kehidupan.


Terima Kasih

Monday 20 January 2014

satu malam dengan 2 anak

assalamualaikum

sedang melayan mata yang mintak dipejam. jam 9malam tapi dah terase macam 1pagi. ;p

asalnya memang dah nak beradu, tapi abie ajak teman dia nak main pulak. merengek rengek mintak mainan. hoii la anak, kalau la awak tau ibu dah letih sangat. nampak bantal je ni. zzzzzzzz~

aish dah selamat tido. balik sekolah tadi tido dalam 20minit lepas tu main sampai ke malam. lepas siap mandi, mintak susu sebotol terus wasalam. ;)

tinggallah yang sorang ni lagi. liat betul nak suruh tido awal. mata dah serupa garfield tetap ditahan2 sebab nak main. makanya ibu ni buat syarat je teman dia main, landing atas katil diorang ni sambil kuyu2 mata kena tiop dek angin kipas.......

anak2 makin besar. yang dah sekolah tu dah makin cerdik bercakap. walupon pelat x hilang2 tetap gigih nak bercerita. hari2 balik je sekolah mesti ade topik. cerita kawan2la. cerita cikgu barula. ok layan. ibu dengar je. sesekali ibu tanya la sesikit. walaupon kadang2 ibu angguk je lebih. ;p

ape yang pasti, ibu tetap buat muka minat je tiapkali aish bercakap. paham tak paham kes lain. taknak dia rasa terpinggir pulak sebab ibu tak layan kan. lama2 dia dah habis cerita, dia diamla. sambung esok pulak. ;)

5 tahun. kejapnya masa. bila anak makin besa terus rasa diri makin tua. kalau dulu bila tick dalam form 2 pilih umur 25tahun kebawah, sekarang kena pilih 25-30tahun. huwaaaa!

sebenarnya yang lebih penting masa lalu tu menambah pengalaman kita. berjaya atau tak tu soal kedua. yang penting setiap hari ade usaha untuk mencipta sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.

anak kecil semakin besar. penuh dengan perasaan ingin tahu. penuh dengan soalan. sentiasa kena bersedia dengan jawapan walaupon ade masanya jawapan tu tak la menepati sangat pon. yang penting muka ibu konpiden.

aish penah tegur..

"ibu tadikan dah solat, ni kenapa nak solat lagi?"

mase tu nak solat isyak. tu yg dia rase banyak kali kot ibu dia ni solat.

senyom dulu. otak dah laju pikir jawapan yang simple2 untuk budak sebaya dia.

"1hari kena solat 5kali. tadi baru 4kali, yang ni last. " sambil tu tunjuk la 5jari kat dia. bab kira2 ni dia dah expert so senang la nak memahamkan.

ibu pon terus solat. diorang ikut je r step solat tu cm biasa. lepas selesai tu aish berbunyik lagi..

A: abang pon doa. mak pon doa. ayah doa. ibu pon doa eh

I: abang doa pe?

A: doa nak duit banyak2. nak beli rumah baru yang boleh parking kereta banyak2.

I: tak doa untuk ibu?

A: sekalilah. tapi ibu kan dah kaya.

=______=

mase tu terus explain pada dia,,duit bukan segalanya walaupon segalanya perlukan duit. ibu nak duit secukupnya untuk hidup yang selesa je. taknak berlebihan sebab kalau lebih2 sangat, ibu takut ibu lupa diri. riak. takmo takmo. ;(

biar anak2 ni tau nanti..kita x sekaya mana. masa kecik ibu dia ni pon x seindah budak2 lain. banyak yang ibu ni xdapat dulu.mende2 yang nampak kecik dan murah pon belum tentu ibu ni dapat.

sempat terfikir masa tu, kenapalah tak jadi anak orang kaya. nak ape pon semua boleh dapat. seronoknyaaa....

mengeluh mengeluh dan terus mengeluh. meratapi hakikat sendiri.

semakin besa dan membesar dan terus besar barulah aku faham. dan rasanya aish pon gitu nanti kot. ;)

ape saja untuk anak2 ibu ni. tapi ibu nak kena pastikan semuanya tak lebih2 ye. i♥u sayang!


Terima Kasih

Thursday 16 January 2014

harini jumaat yang ke2

assalamualaikum!

tetiba rajinnnnnnnnn nk hapdet di pagi jumaat ni.

bangun lewat n cepat2 buat sarapan. arini memang takde rasa nak makan luar. nape ntah rajin sangat. ke jemu nak makan lua? ;p

jumaat ke 2 semua ade kat rumah. jumaat lepas sorang keje sorang cuti. tapi rupanya2 xde beza sangat pon kalau sama2 cuti. tetap melayan rutin masing2.

cuti panjang hujung minggu ni. takde perancangan kemana2. macam mana nak plan bila masing2 diam 1000bahasa.

cuti kat rumah pon ok je. tengok anak2. layan ragam diorang tu. lapa kita makan, bosan kita tido.

cuba beri ruang untuk diri sendiri menikmati hari cuti ni. lagipon..ada isu yang perlu diselesaikan,ada keputusan yang perlu dibuat dan ada permintaan yang perlu disuarakan.

semoga dipermudahkan segala urusan, dicekalkan hati dan diberi petunjuk dalam setiap tindakan. mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang2 di sekeliling.

amin...

sekarang mengadap budak kecik ni. dah minum susu berbotol2 tapi tak tido jugak. T____T

nampaknya ibu je r yg ttido cenggini.


Terima Kasih

fa kata #3

           ombak berlalu pergi,
          namun hati tetap disini,
          berdepan mimpi yang belum pasti


Terima Kasih

Tuesday 14 January 2014

SAC dikarang sekali lagi

Since manuskrip yang lama dah lenyap sama sekali,, masa yang baru dengan semangat baru walaupon idea mungkin tak sama dah, kena perlahan2 mulakan sekali lagi.

Kali ni lagi berhati2. Back up setiap patah katA jangan sampai kesilapan lama berulang kembali. Nyaris nak bersara dah dibuatnya. Stresssss!

Ok,, nantikan SAC dalam masa beberapa bulan dari sekarang. Mudah2an lebih baik dari sebelumnya. Hati tolong bertahan, semangat tolong kuat dan idea tolonggggggg datang. ♥

         izinkan aku merasa bahagia dengan
          menyayanginya,
          kerana aku tidak akan meminta cintamu
          yang bukan milikku.
        


Terima Kasih

Monday 13 January 2014

fa kata #2

     

      kita...
      tak perlukan masa yang lama untuk berasa senang dengan seseorang,
      tak perlu hari yang panjang untuk merindukan seseorang,
       tak perlu sedar bila dan kenapa  kita cintakan seseorang.


Terima Kasih

Sunday 12 January 2014

Sekembalinya hari ini

Assalamualaikum....

Seminggu tak menjengah blog. Ade cerita tapi tak ada rasa. Mood taip2 hilang terus beberapa hari ni. T_T

sepanjang seminggu,macam2 berlaku. Permulaan tahun baru, tapi dah terasa banyak sangat cabarannya. Betul-betul membuatkan diri ini tersandar. Tergaman tak tau nak jelaskan macammana. Merenung balik semua masa2 yang dah terlepas.

.mengeluh.

Tu je yang mudah nak dilakukan. Semangat dah terbang. Aspirasi dah hilang. Harapan je masih ade,mengharapkan keajaiban yang tiba-tiba datang.

Perancangan berubah serta merta. Nampak macam mudah tapi tak tahu nak dimulakan bagaimana dan bila masa. Fikir dan fikir dan fikir sampai akhirnya sesak nafas sendiri.

Idea tak datang berkali-kali. Sama juga dengan peluang yang baik dalam hidup ni. Orang kata yang baik cuma sekali. Ye ke?

Yang baik selalu datang bila kita mintak, tapi masalahnya kita x pernah meminta. ;)

Jadi bila peluang depan mata kita memang takkan sedar punya. Bila dah terlepas barulah menyesal. Hurmmm...

Apepon cabarannya,
Apepon percaturannya,
Apepon kebarangkaliannya,
Semua yang dah dimulakan perlu diusaha sebaik mungkin sehingga menampakkan hasilnya.

Duduk diam2.
Muhasabah diri sendiri.
Mungkin ada terlupa mana-mana bahagian,
Terlupa bersyukur bila selalu menerima
Terlupa memberi pada yang memerlukan,
Terlalu berbangga dengan segala pinjaman.
Terlalu selesa dengan segala kesempurnaan

Gagal sekali tak bermakna mati.

Orang yang rugi adalah orang yang tak belajar dari kesilapannya.

Selagi berusaha mesti ada ganjarannya. Yang hilang tak mesti lenyap terus. Cepat atau lambat mesti nampak imbuhannya. Positippp!

Kalau nak kenang nasib malang..sampai sudah la tak de permulaan yang baru. Percaya perancangan Allah tu lagi baik. Percaya rezeki dari Allah itu ada kat mana2, percaya janji Allah selama diuji,

Dia takkan menduga hambanya diluar kemampuan hambanya itu.

Semakin berat dugaan, semakin kuatlah kita. INSHA ALLAH  ;)

ok dah motivate diri sendiri kaw2 punya. Semangat berkobar2 ni. Tapi........macam mana nak karang manuskrip yang sama baik macam yang dah hilang tu????

Huhuhuhuhu~

Semoga pengganti ideanya lebih baik ye. ^_*


Terima Kasih

Sunday 5 January 2014

minggu baru 2014

assalamualaikum..

minggu pertama di tahun 2014. alkisah 3hari yang pertama di 2014 akan cuba diupdate kendian ye. mood nk bercerita tentang tu tak sampai lagi..

minggu pertama yang berbeza sangat. Misalnya hari ni...

.ahad.
hari pertama bekerja.
hari pertama farish sekolah.
dengan hujan renyai2, teruknya nak bangun pagi.

perubahan pertama di tahun 2014. aku tau mula2 mesti kelam kabut sikit. pembaharuan memang la susah pada awalnya. lebih2 lagi bila sesuatu tu berbeza dari kebiasaan kita.

aku la tu orangnya. Yang kureng suka pada perubahan. aku nak.hidup dengan kebiasaan. tak payah lari dari kebiasaan tu kalau kita dah selesa dengan semuanya.

pembaharuan perlu untuk maju. mungkin. tapi kebiasaan tu tak bermakna tak boleh maju. ;)

setiap hari ada je pembaharuan dalam hidup. sama ada kita sedar ke tidak.

kita lalui pengalaman baru. kenal orang2 baru. buat kerja2 baru. belajar benda2 baru. Dan wujud perasaan yang baru juga.

lama kelamaan yang baru tu akan jadi kebiasaan. sebati dengan diri. dengan hati dan dengan hidup.

tapi sebagai manusia.......
khususnya sebagai johorean,
kenalah terima perubahan ini dengan hati terbuka..

mungkin sedikit susah. cuti hujung minggu pon dah clash. tapi hidup kena diteruskan. Banyak bunyik berenti keje. duduk rumah, boleh cuti bila2 nak. ;)

alah bisa tegal biasa.

setahun lagi ok la kot. serasi sebati dengan perubahan ni. harapnya~


Terima Kasih

fa kata #1

                   "selagi masih ada mentari,
          selagi itu jangan berhenti berharap"


Terima Kasih

Wednesday 1 January 2014

2014, please be nice to me. tenkiu. ♥

assalamualaikum!

yeahh,,ini adalah entry pertama di tahun baru! ;)

                        010114

hari yang baru bersama sama semangat yang baru untuk memperbaharui segala galanya mulai hari ini.

malangnya, di pagi tahun baru ni aku dah sampai lewat ke opis. erkkkk?! #_#

merosakkan mud tahun baru sungguh rasanya. maklomlah dah 2 hari tak ke opis. huhuhu~

ok ok. lupakan yang tak best itu. mari bercerita yang indah2 dulu di awal tahun ini. ;p

udara yang sama. pagi yang sama. tahun saja yang berbeza. Tahun baru.

azam tahun baru? aku tak sempat menulis azam2 baru macam tahun sebelum ni. tak terasa nak menulis pon. cuma aku niatkan dalam hati je. mudah2an tercapai nanti.

pertama sekali aku harapkan yang terbaik untuk keluarga aku. mak ayah dan adik aku,  suami dan anak2 aku.

ni merangkumi segala bab.kewangan, kesihatan, kekuatan mental dan fizikal juga.

dilapangkan rezeki kami. biar sedikit asalkan berkat. biar susah nak didapati, jadi kami akan lebih menghargai. semoga anak2 sedara aku selamat lahir dan sempurna semuanya.

untuk diri aku, aku nak mulakan segalanya sekali lagi. lebih tekun dan lebih berjaya dari sebelum ni. Aku perlukan sokongan semua orang yang aku sayang. aku perlukan doa mereka juga. aku perlukan segala yang aku ada.

mudah2an langkah pertama aku nanti tak sia2.

mengenai anak2 pula,aku masih tetap dengan pendirian anak2 adalah segalanya. Keselesaan dan kesempurnaan untuk mereka berdua itu tetap menjadi keutamaan. seperti mana mak ayah berusaha memberikan yang terbaik untuk aku, seperti tu jugak aku akan beri pada anak2 aku.

aku jugak nak cuba membahagiakan mak ayah aku. sebab sepanjang 25tahun ni, takde sape2 yang mampu memberi kesempurnaan kepada aku kecuali mereka. suami sendiri pon kadang2 tak cukup kuat nak melayan kerenah isteri yang sorang ni kan....

          .mak ayah adalah yang terbaik.

kerjaya tetap aku..
aku nak lebih fokus dengan kerja2 aku. taknak bertangguh2 sebab rasanya keje sekarang ni adalah apa yang aku minat. hidup dengan nombor dan kalkulator penuh tekun mengadap penyata. ♥

selain tu, aku nak bercuti ke tempat yang best dengan seluruh keluarga aku.  Ni palinggggggg utama nak aku capai. tak perlu keluar jaoh2 asalkan aku boleh bawak semuanya sekali. doakan rezeki masyuk ye.

tu je rasanya.aku ada banyak azam tapi biarlah aku realisasikan satu persatu.  dah settle satu baru plan yang lain pulak. ;)

lastly, semua mengharapkan yang baik2 di tahun baru. tapi hakikatnya harapan tu tak semudah yang kita nak bila bercakap dengan kenyataan sebenar hidup.

'kita pada hari esok adalah cermin diri kita pada hari ini. '


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati