Friday 31 January 2014

Rindu dah terubat!

Assalamualaikum

Perjalanan menuju ke mersing lancar. Kereta banyak atas jalan raya tambah selekoh yang kemain la ngeri, mak encik ni pulak dah lama tak drive jenjaoh membuatkan kami sampai lewat dari selalu. ;p

100km/j je oke. Penyu lagi laju. Hehehehhe~

Tapi takpe,bia lambat asal selamat. Lagipun xde pe yang nak dikejarkan. Yang penting dapat balik kampung. ;)

Kalini balik jumpa sedara mara tanpa suami. Cuba tenang menjawab soalan tiap sorang bila masuk bab suami. Kalini kami bawak haluan sendiri. Dia ke sana dan saya kesini. Alhamdulillah takde soaljawab yang banyak walaupon masing2 muka penuh tandatanya.

Kali terakhir balik mersing masa raye aritu. Lamenya.....dkt 6bulan dah. Ni lagi 1 kes yang bercanggah dengan kebiasaan.

Dulu..dalam sebulan paling tidak pon sekali mesti balik sini. Aku ni la cucu yang paling rapat dengan atok n pakcik yang sorang ni.
Sangat rapat dan manja sebab diorang akan bawak n belikan aku macam2. ;)

Beruntungnya diri.

Sekarang..rumah ni macam jaoh sangat dari rumah aku. Walhal stay kat kluang je pon, bukan putrajaya. =__=

Kesian diorang. Kesian aku juga. Aku rinduuu
Semua yang ada kat mersing tu. Walaupon kenangan takdapat diputar semula, Aku tetap mahu menikmati segala kenangan yang tercipta kat sini.

Angin kuat tepi pantai sampai kusut masai rambut. Deru ombak yang mengkhayalkan. Laut yang luas melenyapkan semua masalah.

Seronok.

Setelah sekian lama..kembali ke sini dengan makayah dan anak2. Momen yang dah lama hilang dari kebiasaan hidup.

^____*


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati