Thursday 30 January 2014

ujian itu mematangkan

assalamualaikum

lama sangat tak update stori terbaru. banyak yang ditaip tapi semua tersadai separuh jalan.takde semangat nak sambung bercerita. jadi kita up stori yg baru je ye....

permulaan tahun 2014 yang mencabar. dari sehari ke sehari ada je kisah baru yang terjadi.

semua yang terjadi tak seperti yang dirancang. terpesong. jaoh sama sekali. sampaikan kadang2 terasa tahun ni bukan yang baik untuk diri ini. =____=

melihat dugaan berat yang berlaku pada org sekeliling,pada orang tersayang dan pada diri sendiri memang sangat menyakitkan. hilang pegangan sekejap. tak tahu mahu ekspresikan rasa hati ini bagaimana, mahu saje di ulang semula andai diri ini mampu. kerana sesungguhnya kenyataan itu kadang kala tak terjangkau dek akal fikiran.

dugaan atau ujian itu datang dari Allah. Diturunkan pada sesiapa yang dikehendaki dan yang cukup kuat untuk mndepaninya.

Hidup memang penuh kejutan. Yang terjadi terpesong jauh dari yang dirancang dan yang dikehendaki. Tiap kali diduga baru tersedar betapa kuatnya diri untuk berdepan dengan segalanya. Bila berdepan masalah, fitnah dan kesusahan baru nampak yang mana teman dan yang mana lawan.

Bila mencuba menegakkan kebenaran pon ditentang, entah apa yang ada dalam hati manusia2.

Benarlah,,kawan ketawa ramai sangat. Tapi kawan menangis belum tentu ada. Silap2 terus takde kawan. :(

Kekuatan yang berbaki cuma orang2 yang dekat. Yang mengaku sayang dan cinta. Yang menerima diri ini seadanya. Yang setia bersama saat susah dan senang. Yang berjanji bersama-sama sampai hujung nyawa.

Doakan kekuatan dan ketabahan untuk diri ini dan mereka yang lain. Semoga kebenaran itu terbukti nanti. Semoga jaoh dari hasad dengki manusia. Fitnah manusia. Kerana aku sedar..tiada hidup yang sunyi dari ujian. Dan ujian itu membuat kita lebih menghargai sebuah kehidupan.


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati