Friday 30 August 2013

Malam ini diambang merdeka

Assalamualaikum

30ogos 2013

Sehari sebelom merdeka-hujan lebat. Sejuk sangat!

Esok pagi2 dah kena beratur kat dataran. Walaupon tak kena berkawad tetap juga kena statik berdiri menghadap kluang mall ye. ;p

Baju tak standby lagi. Tudung pulak baru basuh. Poyo kan esok nak pakai arini baru basuh. Dah la kat lua tu hujan. Kejap lagi aku sidai je bawah kipas bilik. Harap2 esok kering. Kalau tak kering, nak pakai tudung ape ek esok? Hahahaha! Nanti jap lagi aku pikir.

Malam ni rumah kami ade marhaban. Tapi tak join la. Esok ade komitmen kan. Cettt alasan! Ni melepak rumah mak. Jap2 lagi kembali ke.pangkal jalan la. Untung kan rumah mak sekangkang kera je. Asal nak lari je tuju rumah mak. Hahahah! Pelik jugak, ramai jiran aku yang tak ambik. Ke diorang dah tak feel raya dah? Maklomla..dah hujunggggg sangat.

Sedih la tahun ni, raya pada aku slow sangat. Meriah seminggu pertama je. Takde la excited aku nak beraya sakan. Open house pon tarak. Kenapa entah. Hmm....

Okla. Sejuk je malam ni. Berangan kalaulah esok hujan lebat lepas tu tak payah berbaris,kan best. Yeayyyy!  ;)

Tapi jangan mimpi. Awal2 bos dah cakap,sape tak datang sila beri surat tunjuk sebab. Jadi sedaya upaya aku akan datang. ;p

Lastly, selamat menyambut ulangtahun merdeka. Jangan reti sebut merdeka je tapi tak tau kisah merdeka2 tu ye.

---kalau tak sekarang ni mesti tengah lepak kat dataran. Tengok bunga api yang kastam sponser tu sambil layan orang deklamasi sajak. Lepas tu pegi berdua konon2 berdating la. Feel remaja umur 17tahun padahal diriku sudah tua ganyut.kihkihkihkihkihhhh~


Terima Kasih

Thursday 29 August 2013

'nyawa' baru

Assalamualaikum

Ini yang terkini trbaru. Dah berapa kali nak beli tapi tak jadi. Bila konfem kena tukar unit terus beli ni tak payah pikir2. Siap over lagi. Plan asal nk yang 8G sekali membeli yang 16G. Syabas.

Sekarang marilah memulakan projek.transfer semua khazanah ke pendrive baru. ;)

Jangan tinggalkan barang bukti langsung. ;p


Terima Kasih

Transformasi kerjaya kat tempat kerja

Assalamualaikum..

Tertunggak banyak entry. Tak mampu menghapdet on time. Banyak sangat yang terjadik spanjang minggu ni.

Masa otw sabah aritu, aku diinform tentang penjadualan semula tugas2 kat opis ni. Maka berpindah unitlah aku nanti.

              .Taktau nak rasa sedih ke suka.

Suka sebab akhirnya dapat jugak aku bertukar unit. Sebelum ni dah berapa juta kali aku mintak tukar unit,memanjang xdapat sebab takde sape yang sukarela nak ganti tmpat aku kat kaunter tu. Bila ingat2 balik memang stress. Makan hati la~

Sedih sikit sebab kena tukar unit kat tingkat atas. Tragis ok bila fikir yang aku nanti kena geng dengan staf tingkat atas. Meninggalkan bff sekalian di tingkat bawah. Feel orang atasan la aku lepas ni. Kiri kanan depan belakang semua bos. #___#

Kuatkuasa 2september. Maknanya esok hari terakhir aku kat kawalan pungutan ni. Lepas ni takde la aku menongkat dagu menunggu customer bayar cukai n takdelah lagi merasa ketiak basah tak sempat kering sebab ramai sangat customer masa hujung bulan.

Sentimental jugak... Dari 2011 kat unit ni. Dari lepas bersalin farish, mengandung abie sampai bersalin lepastu sampailah umur abie sekarang ni. Panjang ceritanya......... 

Walaupon pada awalnya ura2 aku ke unit lain tapi sampai masanya ke tempat lain, aku try untuk bertabah. Positiplah otakku..

Perancangan manusia itu nampak sempurna,tapi teliti lagi perancangan Allah. Mungkin ada hikmahnya semua ni. Sape tau lepas kat unit baru ni, bos lebih nampak kewujudan aku kan. Hehehehe~

Mudah-mudahan banyak yang baik2 dari yang pelik2. Mudah2an juga aku cukup terang hati untuk belajar something yang baru. Bermain dengan angka dan macam2 penyata. Seluruh hasil stesen kluang nanti aku yang kerjakan. Jangan aku tak dapat kerja sudahlah~

Sekian. Nanti aku bagi pose terakhir aku kat unit lama ni. Buat ubat rindu aku masa kat unit baru. ;)


Terima Kasih

Tuesday 27 August 2013

2hari 2malam di sabahan

Assalamualaikum

Entry laju yang dicombine pic semata2. Satu kekdah supaya takde yg mual menengok.pic banyak bertepek tepek. Hehehehe~

Jumaat lepas aku,suami n farish bertolak ke negeri dibawah bayu tu. Join group org opis ye. Sekalian pergi sebab puan pau(one of my officer) ade kt sana. Tengah menanti masa nak bersalin. .;)

Flight jam 920malam dr senai airport dan ngam2 sampai jam 1150malam. Phewww~ dah turun embun kot masa sampai KK tu. Lepas letak beg2 terus cari makan minum sat. 1st impression,makanan kat sini agakla mahal compare kt kuching.

Siap makan kembali ke apartment utk tido. Tido jam 3pagi untuk bangun jam 6pagi. Marveles!

Day1--
Sarapan kt apartment. Maap la diriku tak lalu makan sebab awal sesngat. Standard makan 830pg so bila tetiba kne makan 630pagi memang tak mampu la....

Makan sikit. Tuang tong sampah banyak.

Berkumpul kat pintu masuk sementara tunggu van persiaran. ;)

Direct to gunung kinabalu. Perjalanan sangatttt lama. 2jam lebih kot. Mabok ok. T_T

Almaklumlah mak ni selalu duduk sebelah driver. Alkisah bila di letak belakang driver mulalah mabuk kepayang. Huhuhu~

Plus,,kena pangku farish la pulak. Makinla mak pening serabut otak segala. Tapi kesian pulak kat anak yang sorang ni. Tido pon terkelepet jek celah tiak mak.

Apepon Alhamdulillah dia xmeragam.tido kejap bangun kejap bangun memang boleh buat dia berubah mood. Baru nak lena, berenti sudah di lokasi memula. Kat sini tempat orang yang nak mendaki gunung kinabalu.

Kalau tanya apa rasa kat sini,,rasa sangat sejok. Cameron highland,genting ataupon bukit tinggi memang takleh challenge la. Terbaik punya sejuk. Fresh air. ;)

Selesai menikmati panorama tu terus ke strawberry farm. Malangnya takde buah stoberi lagi sebab dalam proses penanaman lagi. Gelihati pon ade. Beria nak petik stoberi sabah, las2 dpt rasa  aiskrim Stoberi je. Tu pon entah dapat buah mana2 ntah. ;p

Terus ke tempat gigit2 ikan. Spa ikan. Rasa mcm biasa je masa memula tu. Tapi bila tengok ikan yang punyalah besa, tetiba cuak pulak. Geli pon iye jugak. Hahahah!

Sudahnya kaki rendam tapi mata tak pandang bawah. Ngeri la nak tengok ikan yang tengah seronok giler gigit2 kaki aku.

Rasa kena gigit tu macam gigi anak2 aku masa baru nak tumbuh dulu. Tak tajam sangat tapi berasa la. Hahahaha!

15minit je tau masa yang dibenarkan untuk berendam. Meriah sungguh rasanya. Punyala riuh memasing. Terpekik terlolong. Huhuhuhu~

Penat. Dah setengah hari berjalan. Penat duduk dalam van. Perut pon dah mula lapa. Masing2 dok punggah bekalan makanan. Sandwich laris macam ikan tadi yang rakus gigit2 kaki kitorang. ;p

Berhenti makan tengahari sebelum ke plan seterusnya.  makan adalah tajaan masing2. ^_^

Makan dan solat. Lepastu bergerakla untuk ke desa farm. Melawat lembu2 di sabah!

Dalam perjalanan tu tak bukak aircond pon xpe. Sejuk jek. Lagipon takut van semput pulak nak bawak umat2 yang sendat dalam van ni. Gulp!

Rumput kat desa farm ni awesome gila. Hijau die pon xmacam yang selalu kite jumpa tu. Indahnya ciptaan Allah. Terus terasa mcm kat switzelen ok. ♥

Lama kat sini. Sebab semua pakat posing sakan. Yang datang laki bini je seronok la mengambil kesempatan. Dah macam shoot outdoor prewedding je gamaknya. ;)

Aku yang datang beranak pinak ni pon sama jugak. Cuma stress sebab farish xnak bergambar sangat. Dia bergasak nak ambikkan gamba aku dan si suami je. Tenkiu farish sebab memahami ibu sama babah sangat. =_=

Kat sini sempatlah beli souvenier. Tak beli banyak sebab semua gamba lembu je kan. So beli fridge magnet 1 dengan poskad kiut 1. Dah selamat tepek kat petiais rumah kitorang pon.

Petang dah.. Kitorang patut bergerak balik jam 4ptg. Tp dasar pelancong konon2nya. Memang tak tepati waktu punya. Singgah pasar kundasang pon beria membeli ok. ;)

Dinner di Gayang seafood. Kelas la satu kepala rm30. Anak aku je free sebab makan banyak mana je kan...

Lepas tu.. Makanan utk grup kami ni dh di arrange oleh penganjur. Xde maknanya nk mkn lobster bagai. makan ikan,udang,sotong. Sayur sikit. Ade ayam goreng juga. Hahaha!

Settle around 9pm. Ada request nak ke pasar kampung air. Masa untuk membeli dan mengempiskan poket!

Kesian anak ibu. Mesti penat gila sehari suntuk berjalan. Sampai apartment 11malam terus mandi n suruh tido. Esok nak bangun pagi lagi.

Day 2--
Bangun pagi jugak. 6pagi. Tapi cerahnya hari. Macam 8pagi dah. Nak sambung tido pon x feel. Hahaha!!

Sarapan pagi ini ditaja oleh puan pau. Kat rumah makbapak dia. Menu coto/soto makasar. Sedap. Unik. Pedas berasap punya~

Las trip di sabah. Ke pasar filipin.lepas tu lunch n terus k eairport. Kejap je kan? Masa memang suntuk dan jadual memang pack. Letih xpayah cakap la kan..

Kat pasa filipin ni gasakla memasing memborong macam2. Aku? Cari goodies. Tak kisahla keychain o FM, asalkan ada yang mampu milik. ;p

Tshirt sabah untuk abie. Upah anakanda yanv kutinggalkan itu. Untuk abang tetap ade juga, jangan risau. Harus sama sejibik dua beradik tu.

Flight pulang ke pangkuan keluarga. Ecececeh!   ada jodoh dtg lagi. Manatau lepas ni dengan mak ayah pulak kan. ;)

Doa2 kan la kemurahan rezeki daku ye~ ^____^


Terima Kasih

Monday 26 August 2013

Hari raya sekolah farish

Assalamualaikum....

Lame kan sepi?? Bencik nya lahai bila tpaksa pending banyak post. T_T

Maap. Mak encik memang bizi sikit. Bizi beraya tu tidak. Entah ape yang dibizikan pon x pastila. Heheheh~

Sekolah farish dah start sejak isnin lepas. Alhamdulillah takde drama2 bagai masa first day aritu. Risau jugak bila dah lama cuti panjang, die jadi lemau. Syukurlah masih semangat waja nak sekolah. ;)

Lepas tu.. Jamuan hari raya smartreader jatuh pada hari jumaat. Patut la haritu farish sibuk cakap nanti abang kena pakai baju raya,samping,songkok. Nak raya2. Esoknya terus cikgu remind kat tokyah pasal sambutan raya kat sekolah die.
Oohh..bru la ibu paham. Sebenarnya ibu excited sangat. Kalah farish. Terus ibu pikir nak.pkai.baju ape segala. Padahal anak aku tu rilek je. Hahahahha!

Sesi memilih baju melayu farish. Tahun ni tahun 'kaya' baju melayu bebudak ni.

Ada berpasang2. Entah bila aku tempah pon aku tak perasan. Sampai masa nak raya,tempah kat tailor dah bertimbun bajunya.

So sepasang je yang belom farish pakai. Yang kaler pink2 maroon ni. Ni mak yang tempah. Sebab tu kaler ni hanya ade utk farish. Mak beli kain tak cukup utk dua2 anak aku.Kalau aku yg tempah, opkos abie pon dapat sekali. Aku kan suka sedondon2 ni~

Pg jumaat tu hujan turun. Hujan rahmat agaknye. Seram jugak aku,takot farish liat nak bangun. Huhuhuhu.  

Ibu:abang,bangun nak gi sekolah.
--takde respon. Keras je atas tilam tu. Telan air liur jap.
Ibu:abang,harini kan nak raya2 kat sekolah. Pakai baju raya dengan songkok.
--celik mata dah. Merengek2 jugak. Tapi nasib baik makan pujuk. Laju2 mandi sebab tak saba nak pegi sekolah.

Sampai sekolah ngam2 8.30pg. Pass kuih kat cikgu die,terus babai. Kuih ape? Kuih raya rumah aku ni je ha. Kuih sponser dr bank. ;p

Lupa ye nak kabo...kuih rumah aku ni 98% tajaan bank rakyat. Dpt 5jenis kuih. So aku beli satu je. Hahahaha!

Awalnya aku nak suruh farish melenggang je. Tak payah la bawak beg sekolah. Sekali rupanya kena bawak sebab nak letak goodies bag. Jamuan raya harini sekali dgn birthday party.
Sekali balik bawak 3 goodies bag,hamek ko.

Ptg tu dah bergerak ke jb. Ibu pon keje half day je arini. Nak fly2 ke sabah pulak mlm ni.. ^_^

Ok, dah tak payah cerita panjang lebar. Layan gamba je la ye. ;)


Terima Kasih

Thursday 22 August 2013

Sehari tanpa uniform kastam

Assalamualaikum...

Kan dah kata,haritu kemain rancak hapdet. Sekarang dah tenggelam timbul balik. Aptb.
T_T

Esok ye.. Kite cerita satu hari kami tanpa uniform kerja. Sebab.. Gambar2 belum bluetooth dari henpon member. Henpon sendiri dah kong disaat2 akhir. Mencik. Wajib beli powerbank la cenggini. Eh.. Dh order la! Esok sampai lettew.

K. Jumpa lagi. Ni intro yek. Best jugak tak payah pakai uniform penuh. Tapi tak best pulak sebab baju ni dah ketattttttt.hahahahahah!!


Terima Kasih

Monday 19 August 2013

Sehari beraya di seberang tambak

Assalamualaikum.

Lagi hapdet alkisah raya. Sila besarkan mata anda untuk melihat entry penoh gamba kalini. Yang taknak ambil risiko,sila tekan butang newer post. .;)

Sejak tahun lepas,kitorang akan beraya ke singapura sebab sedara mara makpak mentua ai ade kat sana. Macam mana boleh ada sana,xpenah pulak kutanya. Si suami cuma pernah beritahu dia selalu ke singapore ni masa umur baya2 farish dulu.

Awal pagi kitorang dh bergerak masuk kesana. Nasib baik jalan x jammed. Laju jek la menuju ke rumah pertama.....

Keseluruhannya rumah yang kami rayakan ialah 8buah. Muahahahah! Memang gila terbabas bila dipikir2kan. Penat bukan kepalang. Kenyang perut lagi la toksah cakap. ^___^

Beruntung jugak bila anak dah mula besa ni. Nak.bergerak senang. Beraya sehari suntuk pon tak jadi hal. Paling tidak pon dia tido je. Susu pon tak bawak dah. Spare baju salin dengan pampers jek.

Duit raya dalam nilai matawang dollar. Senyom je la ibu bila kira2 paket duit tu. Rezeki anak2. Mudah2an yang memberi tu pon murah rezekinya. ;)

Jadi,,,,,,,,,
Bersedia tak untuk menatap gambar2 gedik raya kitorang? Tarik napas panjang2. Nah!


Terima Kasih

Sunday 18 August 2013

Kemaskini gerobok anakanda

Assalamualaikum

Cuti hujung minggu dah sampai ke kemuncaknya. Esok bekerjalah kita mencari rezeki demi sesuap nasi. Cheeeewah!

Masa2 keemasan yang berbaki ni eloklah kita guna sebaiknya. Kain baju berlonggok sejak hari raya hari tu dah selamat didobi dan dilipat.

Membasuh tu menyeksakan sebab naik patah ampaian nak menyidai baju2 tu semua. Berkali2. Mana x banyak, sehari raya kau hentam 2 3 pasang baju wahai anak2ku. =__=

Kering je jemuran tu selonggok dalam bakul besar. Tunggu dilipat. Sape nak lipat tu? Huhhh,,pengsan. Kalau ade jual mesin lipat kain konfem aku beli. Takpon kalau ade perkhidmatan sewa amah dengan kos rm10/hari pon aku sanggup asalkan aku tak kena lipat kain baju ni. ;p

Dah kulipat sampai penuh ruang tamu. Pengasingan baju mak-bapak-abang-adik pon sudah. Besa dan kecik pon selesai. Stokin2. Tudung2. Fuhhh,,memang kena sabar banyak. Ruang tamu jadi lautan kain baju jek. ;(

Dah tu,,nak dipos ke rak baju masing2 pulak... Kadang2 lepas lipat tu aku biar je dulu kat situ. Dengan harapan ada yang rela membantu. Cett,,bantu membebel adelah. Atau paling teruk,askar2 kecik aku tu kirai sehelai2 baju tu. Terbaik!

Same jugak kisah dengan gerobok baju budak2 tu. Kukemas sekali die sepah 2kali. Kemas 2kali die sepah 10kali ganda. Hamek ko! Kalau aku no 24/7 ade rumah boleh la aku layan kemas tiap masa. Ni mak keje nak oi. Sebulan sekali je pon kalau ade ruang nak hadap betul2 gerobok tu.

Eh tau kan gerobok tu ape??? Gerobok tu almari. Gebor tu selimut. Ronyok tu kedut. Muahahah! Kelas bahasa jap. ;)

Jadi mengenangkan ade masa lapang ni. Aku kemasla sikit. Banyak sangat baju yang tak tersusun. Ade tu yang aku letak atas katil je sebab aku rasa kalau simpan dalam gerobok tu makin menambah penat aku nak melipat semula.

Bila tengok baju diorang,loya terus tekak ni. Banyak sangat. Tu belom baju yang x sempat pakai tiba2 jumpa dah x muat. Siap tag harga sekali. Over kan???

Dulu masa anak2 kecik lagi,aku memang gila shoping. Mana2 mall aku pergi,mesti aku beli baju untuk anak aku tu. Tak kisah la memang nak beli atau tak sengaja beli. Nafsu membeli aku meluap-luap sangat. Padahnya sekarang baju anak2 aku dah macam boleh bukak kedai pakaian budak2. =__=

Sebelom Lipat sekali baju dengan seluar supaya xde lagi kejadian baju tanpa seluar atau seluar tanpa baju. ;) Baju yang sedondon semua gantung,senang nak cari nanti. Sejujurnya memang aku suka pakaikan diorang baju sama. Comel. selepas dikemas. Kemas sebenar benarnya ni. ;p Yang selonggok ni nak hantar rumah mak. Untuk baju basahan diorang. Cantik dah kan? Lepas no.tengoklah zaman bila pulak aku sempat kemas. Huhuhu~
Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati