Saturday 28 February 2015

Happy birthday dear husband!

assalamualaikum,,

Semalam birthday iols,
Rini birthday encik suami.

Suatu kebetulan yang tak dijangka pon.
Kalau ade yang baru tau, mesti akan cakap,

Wahhhh..sweetnya birthday berturut.

Me?
Mana sweetnya?
Hahahahahhaha!

Agak sweet la jugak sebab boleh save beli kek. Beli sebijik tiup sesama malam 17feb tu.

Ok, harini bday encik shuben. Dah die pon wish thru wall fb jek, kite pon balas cenggitu la.

Cuma kite punya sweet sikit. Ahaks!


Harini birthdayman cuti,
Tapi kite keje.

So malam nanti je la celebrate.

Balik kerja petang tu terus cari kek. Nasib baik kedai tak tutup lagi sebab esok kan nak raya cina dah.

Laju je ambik kek aiskerim,
Lepas tu biru muka sebab takut kek cair bila dah kandas dalam jammed.

Malam tu...
DoubleF request mcD je sebab nak tengok funfair kat sebelahnya.

Ibu jadi,
Errrkkkk, mcD tak macam birthday bebudak je ke?

Orang tua ni at least KRR takpon Dominos ke.

Try pujuk diorang,
Tapi bolayan sebab mind diorang memang dah set nak tengok funfair kat sebelah tu.

Ibunya mengalah....

Orang tua takyah nak celebrate beria la. Ikut je anak-anak. Sudahnya bila kat mcD, kek pon tak laku la. Memasing hadap burger dengan fries je.


Berpuluh kali snap,
Tapi semua goyang. Kekadang sabor jugak dengan farish ni tau, dia tak ikhlas la tu amekkan muka kitorang. Cett.

Happy birthday ibu&baba

Huyeayyy!
Ibu dah tua, baba apetah lagi.

Tua bersama & ibu harap baba sayang ibu sampai bebila even ibu dah mula mengembang dengan jayanya.



Takde hadiah nak kasik,
Kasik dua org anak yang banyak ragam ni je.


Kitorang lagi.

Eh lupa nak bagitau,
Kebetulan pagi nanti kitorang nak bertolak ke Gambang.

So lepas makan tu, terus beli barang-barang yang tak complete lagi, then mula packing!

Sekian untuk entry harijadik tahun ni.

Kitorang memang jenis simple gini,
Kalau i tak beli kek tu, konfem takde kek punya laaaaaa~

Tapi mengenangkan bebudak tu yang dibeli jugak. Tu pon entah bape hari la terbeku dalam fridge nanti tu.


Bye!

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Wednesday 25 February 2015

Another 2years to go

Februari 17, 2015

Alhamdulillah, dah menginjak ke usia 27 tahun dan masih diberi nikmat hidup yang tak putus-putus dari Allah swt.

Sekejap masa berlalu,
Rasa macam baru semalam sambut ulangtahun yang ke20, tak alih-alih arini dah jadi 27tahun.

✌✌✌

Bangun pagi,
Terkebil-kebil macam tak percaya.

Sempat terfikir, apa sajalah amalan aku sepanjang 27tahun ni. Cukup dah ke?

Subhanallah,,
Banyak cacat celanya,
Banyak kurangnya sana dan sini.

Nikmat Allah tak putus-putus,
Setiap masa
Setiap perlakuan
Aku dapat rasakan nikmat Allah tetap ada di dalam setiapnya.

Kecik atau besar,
Aku tetap bersyukur,
Sebab kalau diukur dari amalan aku,
Jujur rasanya aku belum layak untuk semua ini.

Aku ada kerjaya,
Ada keluarga,
Ada segalanya.

Aku rasa hidup ni dah terlalu lengkap untuk aku. Semoga semuanya ini dalam keberkatanNya.


Keluarga kecik aku.

Ada suami yang sentiasa memahami.
Even bini dia ni malas kemain,
Tetap bertabah je melayan.

Ada anak-anak yang sentiasa menyenangkan hati. Kalau orang kata anak-anak tu penawar mujarab, aku setuju sangat. Sebab walau penat macammana pon, bila diorang ada, aku rasa tenaga aku tak pernah habis untuk layan diorang.

Diorang anugerah untuk aku,
Anugerah yang selalu aku usahakan untuk jadi dan beri sebaik mungkin.


Orang yang aku sayang sepenoh hati,
Yang aku yakin takkan ada sesiapa mampu tandingi kasih diorang pada aku,
Yang selalu ada bila aku perlukan sokongan,
Yang melahirkan dan berkorban untuk besarkan aku.

Ayah.
Mak.
Adik.
Keluarga kitorang pon kecik jugak.

Harapan aku di usia baru ni,
Aku cuma nakkan kesihatan yang baik untuk aku teruskan hidup,
Taknak sakit teruk2,
Nanti sape nak uruskan keluarga kan.
Rezeki yang luas untuk aku bantu keluarga aku,
Memang duit tak boleh beli kebahagiaan,
Tapi kite takkan bahagia kalau takde duit.
Selain tu,
Aku mengidam anak baru untuk membesarkan lagi keluarga kecik aku nih.

Mihmihmihmih~

Yep, aku dalam proses Trying to conceive-TTC

Since fareeq dah besar,
Sampai masanya menambah anak.
Dah lama sangat takde baby nih. Ngee~

Setakat ni nampaknya belom ada rezeki lagi. Selalu aku doa, biarlah rezeki tu datang saat aku dah bersedia mental & fizikal. Dan rasanya macam dah sedia sekarang.

Haaaa... Gediks!

Ok, nak sambung entry utk esok pulak.


Well,
My encik shuben memang bukan jenis penoh dengan kejutan. Jgn mimpilah dia nak surprise hadiah besar dalam bonet kereta.

Cuma wish kt fb jek.

Bajet sweet sangat!

Takpelah takde hadiah, walaupon memula tu macam sentap jugak. Lepas tu tak heran dah. Tiap tahun pon memang macamni kan.

Hurmm...
Bilalahhh nak jadi romantik sikit ntah die nih.


Birthday girl. Hahahahah!

Girl la sangat.

Eh, lagi 2 tahun dah 3series la. Ayokkkkk!!!
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Monday 23 February 2015

Happy birthday hanif ansyar!

Assalamualaikum,,

Haritu kitorang hangout sempena birthday hanif.

Kitorang means aku & mama hanif, cik adik yati. =)

Kebetulan hari jumaat tu teacher iera & wan pon free, so semua pakat keluar sama-sama.

Best.
Meriah.
Semua sporting pakat macam dah kenal lama.

Lepas solat jumaat semua berkumpul kat kluang mall. Aktiviti memula is makan-makan.

Since kluang mall ni takde pilihan lain selain fastfood & anak-anak teruja nak makan kepsi, kitorang open table kat situ jek.

Farish-hanif-hasha
3orang ni dah tak sama school,
Bila dah jumpa senyum simpul je bercerita pasal sekolah memasing.

Kiut la.
Harap-harap diorang terus jadi rapat nanti.


Nampak tak?
Entah ape diorang cakap agaknya.

Tapi,
Farish macam biasa la. Payah betul nak suruh bergambar elok-elok. Semua pic dia candid semata. Kalau suruh bergambar, dia buat pandang lain. Huhuhuhu..



Sementara makan ni sempat la brsembang dengan yang lain-lain. Sebenarnya lebih pada nak temukan bebudak ni jek. Hehehhe~

Lepas makan terus main bowling.
Bagi 3serangkai ni je main. Fareeq pon tak main, just tengok abang akak main je.






Aksi bebudak.
Mak budak tukang perati je kat belakang.


My b fareeq

Dia x familiar dengan hanif n hasha.
Die kenal hanif pon dari abang die. So lambat sikit nak kasik dia 'sebati' dengan budak bertiga tu.

Duduk sebelah ibu layan cikedis je kejanya petang tu. Hahahha!


Pose siket la.
Bukan senang nak kumpul reramai cenggini.

Done bowling,
Pusing 1kluang mall yang tak berapa nak besar tu sambil cari mana port best nak berposing bagai. Ni la aku, kemana pon nak berposing padahal kluang mall tu tiap 2hari sekali mesti aku jejak masuk. Ahhaahha!

Untungnya dapat geng yang sama senget cenggini,melayan jugak nak bergambar kat sini







Perati farish,
Semua gamba die wat peel gitu.
Konon nak kasik pic lebih seni agaknya.

Usai semua balik ke pangkal jalan. Since rini birthday hanif & ibu farish tak sempat cari apa-apa, ibu bawak farish ke popular & cari mana buku yang best untuk hanif.

Yang ni farish pilih sendiri tau,
Beli sama untuk dia jugak,
Katanya nak baca sesama hanif,
Zaman bila tak tau la tu. Hahahahah!


Ni farish tulis sendiri tau.
Lepas beli buku nih, masok kereta wrap cecantik kononnya.

Paham jela bila dah kelamkabut mana ade mende yang senonoh. Huhuhu~

Maap la ye mama hanif.

Auntie doakan hanif sukses,
Berjaya dunia akhirat & jadi anak yang berbakti pada mak ayah.

Amin

Ade jodoh kelua sesama lagi nanti.
InsyaAllah

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Sunday 22 February 2015

Help me!

Assalamualaikum korang semua.

Nak nanges bila tengok las hapdet blog lebih sebulan yang lepas. Mana ntah janji-janji manis nak hapdet selalu tu.
💔💔💔

Maap.

Permulaan tahon dengan macam-macam plan. Lepas satu, satu lepastu satu lagi sampai akhirnya blog ni terbengkalai.

Huhuhu~

No more excuses.
Pasni kena rajin hapdet.

Tolonglaaa...
Cemana nak kasik rajin nih?
Kata bizi,
Tapi instagram elok jek hapdet hari2.
Fb tu tak penah tak jengah kalaupon sehari.

Kat blog ni,
Takde cerita.
Jengah-jengah blog orang lain jek.

Tunggu tau.
Kite marathon hapdet pasnih.
Takde story menarik pin hapdet jugak.
Mihmihmihmih~

💋💋

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati