Friday 12 October 2012

sekali lg maaf

sayang semua,, sepi skjap blog ni. xde kata nk dikarang, xde cerita nk dikongsi. so kite tggu la klu ade ssuatu yg menarik utk dikongsi. contohnya........anak baru. ;))
jumpa lg nnt. nk join abie tido.ngeeeee~

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Sunday 7 October 2012

akhirnyee

assalamualaikum~~~


fnj
   stelah berapa banyak kali asik tak jadi letgo,, kali ni dgn berat ati melepaskannye jugak. sbb????

   ini cuma 4 helai yg anda nampak, kt umah tu berhelai2 lagi. buas kan?? T_T

 gila fnj bermula ogos lepas. memula beli utk raya. tapi lama2 jadila hantu raya. siap join group bagai. :p
   seminggu 10helai? agak2 x gila ke? abes untung bisnes semua. :(

   las-las menyesal......................................

bukn mnyesal sbb kualiti fnj ok. fnj memang tiptop. syiok je pakai. tp tu la, ade sehelai dua pon ckup la kot. hehhe~

keje pon pakai tudung ariani kaler blue black tajaan kerajaan Malaysia jugak kn. hehehe~


   maka, hujung mnggu lps duduk la mengadap fnj2 semua. dan ini antara 4 yang 'tersingkir'.

mula dari kiri ye:

prelove kuning + hijau ----RM 155. yang ni dah ade yg booked
preloved pink + black -----RM 160 pon dh ade yg booked
New blue + black ---------RM 210 masih ada. ni tudung masa join kutu fnj. rm30/week.
New red + blue------------RM 170 pon ade lagi.

serius condition semua tiptop. tap tu la. $$$$$$$$ kena cover balik. jualan ni x mngambil untung pon. cme nk balik duit yg terkeluar aritu. :p

   dh promote kt grup jugak. harap ade la yg sangkut. ^_^

  


Terima Kasih

Thursday 4 October 2012

cuti yg panjang minggu ini

assalamualaikum wbt


 lagi entry yg berlapok dlm draf.

  cuti yg pnjang minggu ini. hari malaysia 16september jatuh pd ari ahad maka perlu diganti pada hari isnin. as usual,  menuju taman saleng----cuti la sampai lebam. $_$

  sekadar mncuci mata ke legoland malaysia.

keluarga bahgia kami. amin~~
^_^

   hari kedua slps pembukaan rasmi Legoland. org yg dtg?? pheew~ ramai. untung kami awal. dpt paking dekat.(dekat la sangat!)

   barisan yg menunggu nk buat annual pass punyala panjang. maka kami x terfikir utk membebankan diri berbaris panjang2 kat situ. lain kali aje la. lebih baik lagi dtg hari biasa, elakkan cuti umum o wiken sebab mcm2 ragam boleh jadi kalau pegi reramai gini.

   buatnya anak meragam, melalut x pasal2. haru. hilang kisah nk hepi2, ibu pitam pulak nnt. hahaha! ok jugak klu bwk stroller baby. cume risiko bila bwk stroller ni, nak ke abie duduk diam dlm tu? dan kalau pon abie nak, boleh ke abang dgn relahati tgok abie duduk dlm tu sedangkan die kena menapak sendiri? x mustahil dua2 nk duduk dlm tu nnt. so baik la x payah.

   jd la melawat2 kawasan dulu. tgok apa yg menarik. makanan?? standard la mahalnya. :p

   sudahnya x jadi masuk dalam pon, tapi sekurang2nye bile org tanya dh pegi Legoland? boleh la jawab dah dengan senyum2 kambing~ ^_*


   lepas bersauna di legoland, bergerak ke puteri harbour. xde la ape sgt pon bestnya. lebih2 lagi bila abie dh tido dgn baik skali. *_*

ibu memang failed la ble abie tido~~~~

   dpt la tgok2 kapal gitu. tp ble kena dokong anak yg tido dgn jayanya seperti gambar di atas, dgn babah yg pegang beg tangan ibu bersama-sama selipar abie.... mmg xde la nk feel ape2 pon. memang x menarik ape pon. baik balik umh aje. >_<



    di atas adalah si ibu yg memang dh lepak giler pangku abie yg memang konfem lepak sangat2 dh. terpaksa dokong jugak la, sbb klu pass die kt babah nnt die terjaga & berangin 1 badan. maka,kesimpulannya elakkan mengambil risiko.

   lepas tu balik umah je la. dpt la mkn angin yg x berapa mengenyangkan. ;P at least x la sebosan terperuk kt umah.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------


   itu kisah hari ahad. Isnin nya pulak pagi2 lepak je kt rumah. jam 2 petang ade special request nk g Singapore. berkecamuk otak sekejap. janji dgn agen nk jumpe pukul 4petang. T_t

   si suami mcm biasa la, muka x bersalah. maka kerugian perniagaan pada hari itu dianggarkan berjumlah lebih Rm 600. mahu tak mahu terpaksa la klasifikasikan kes tu sebagai 'takde rezeki'. :(
 
   janji melayu mmg x penah tepat pada masa pon. last2 jam 3++ baru bergerak. masa tu dh fikir, pukul berapa la nk balik kalau gini kekdahnya.

   abaikan rasa hati yg membengkak tu. dh alang2 berjalan ni, enjoy je la semampu yg boleh. memula gerak ke pusat bandar. mmg agak maju. kiri kanan jalan bangunan saje. kalau nmpak pokok pon, sekadar pokok hiasan sahaja. ;p

   bergerak ke marina bay.  hasil poya2 hanya tengok gelagat manusia dan bergambar pelik2 spt kt bawah ni:

las pose begini mase honeymoon kami dulu. :p





   lihat la betapa payahnye nak ber posing bile anak2 x reti diam. penat je ibu & babah senyum manis2. *_*

   lagi pic anak2 yg x reti diam kat bawah ni........

semuanya spontan

yang ini jugak.

   ini pulak kelihatan seolah2 baru beranak sorang padahal hakikatnye si abang x reti diam. berlari sne dan sini. #_#








   tapi paling suke ini...............................................



    dia adalah suami tersayang. perasan pengantin baru begini. ohhh.. love u darling!! :))

   pic family pulak yg ini.


sila lihat aksi anak2 yg berebut ibu, *_*

aish memang la wat ibu geram!

menggedik kejap! ;p

.si syomel ibu.
 


   lepas dh abes kat situ, berposing sngt smpai ujan........ berjalan pulak ke changi airport.


maintain ber3
muka suci saya. :P
itu la abang,, sudah bertukar ibu. :p

    terakhir utk hari itu, melayan murtabak singapore. 30dolar utk mkn murtabak. memang boleh papa kedana kalau aku duduk sini dgn gaji aku sebagai pegawai kerajaan malaysia. hahahaha!
   baik duduk malaysia diam2 je la. :P


 


   sebenarnya banyak lagi pic. tapi kalau byk sgt muke yg sme, boleh mual tekak kamu2 nant. :P

    singgah rumah mak long die jap, lps magrib gerak balik. hamek ko! jammed gile gaban punya. so alternatif lain, kua kt 2nd link. ohhh merindui tempat keja lama & memori lame2 kt sini. *miang!*

   utk rekod sampai umah dekat jam 11. esok dh la keje. stress jugak. las2 decide utk anta abie & abg siap2 kt rumah mak malam ni jugak. esok sure terkejar2. huhuhu~~~~~~


   moralnya, sangat tak suka berjalan x perancangan sbb semua nya menyusahkan diri sendiri. T_T





    

Terima Kasih

Monday 1 October 2012

sungguh manusia itu rambut sama hitam..

assalamualaikum

    .mengeluh dulu.

   jiwa kacau semerta. x jumpa permulaan utk berkata, x jumpa penghujung nk luahkan rasa.

   manusia kan, kalau yg dulu teman baik kita, arini x mustahil jadi musuh ketat kita. yg semalam jujor tak mustahil arini berpaling tadah.

   setahun dulu, aku cume pegawai kerajaan yg bergantung sepenuhnya dgn gaji bulanan yg tinggal berapa jek. tu la utk byr kereta, isi minyak, makan semua.
   entah dr mne terbukak hati nk join catalyst mase tu. modal untuk jd agen cuma rm150. dapat 5botol vco. ntah ye x ye je la mengatur strategi. untung agak besa. maka bermula la sesi promosi..
   siapa sangka sekecik2 modal tu mengubah segala2nya.syukur alhamdulillah. rasianya? niat nombo 1. kalau betul niat, betul la jadinya. Insya Allah. 
   sy hanya agen biasa, selama beberapa bulan. sehinggalah sy bertemu kak hanita jaafar, dc catalyst johor. sy apply jd stokis sbb belian sy mase tu sgt tinggi dan permintaan sgt menggalakkan. mungkin sy perlu memulakannya sekali lagi. dgn risiko yg lebih besa & pastinya modal yg tinggi.
   menggigil tangan ni masa hulur 1.5k pada kak hani. bila dapat barangnya pulak, lagi la gigil. asik terfikir, boleh abis ke ni?? T_T

    39vco---gile la banyak. 

   dpt 2 beg besa mase tu. ingat lg pesan kak hani. tips2 die. strategi marketing semua. masa tu ade 2org stokis lain, mmg suci sgt ilmu mase tu. 
   bulan demi bulan, smua makin baik, bayangkan sales pernah mencecah hampir 12k sebulan. mcm x caye. asik belek2 rekod jualan dgn mr Hb. mase ni la untungnya bersuamikan org bank. hehehe~

   tp siapa sangka, stlah sebegini lama.... barula terasa erti cabaran dlm perniagaan yg sebenar2nya. sgt sentap. kalau ikotkan hati, bia la tutop kedai je cmni. x larat melayan sikap manusia ni.

   bisnes cikai ni la yg memenuhkan tabung simpanan kami. melapangkan urusan harian kami. bab tabung anak2, minyak makan semuanya. setidak2nya dgn catalyst ini jugakla kehendak kami x perlu disekat mcm dlu. tapi dlm masa yg sama, kami ttp beringat utk masa susah.

  paling besa jasa bisnes kecik ni, bila dpt belanja mak, ayah, adik, anak2 mase hri raya. Ya Allah besarnya nikmatmu. tersentuh sgt hati. kalau dgn gaji sekarang ni, belom tentu mampu begitu. dapat pulak hulur duit minyak utk diorang beraya nanti. sungguh pulangan yang berbaloi.

   tercabar kah dgn kejayaan yg x seberapa ni? hurm... susah bila bertindak x profesional nih. mcm mana nk berjaya kalau kita x terima pendirian org lain.
   sebesar besa kesenangan yg nampak ni, ade sedikit sebnyak kesulitannya. belajar menerima penolakan sbb tak semua orang semampu itu. kita tak tahu masalah org, so jangan la mendesak.
  
   ni bila ditolak---melenting x pasal2. boom sana sini. kondem jalan rezeki org lain. betul ke mcm tu??
   dikurniakan akal utk menimbang betul atau tidak sesuatu hal, dikurniakan hati bukan utk dengki dan iri. busuk hati tu tak kemana, makan diri sendiri jugak nanti..
 
 berbaloi ke sakit2 ati sedangkan diri yg didengki tu elok2 saje kt sini? hmmm....

   tak pasal2 menangis bwh meja arini. sedih melihat sikap kawan2 yg hanya pd namanya shj kawan. berpura mesra sedangkan hatinya mengulit rasa2 negatif. serik rasanya nk berkawan. mujur masih ada yg ikhlas, menghulur kata2 semangat. menyokong dr belakang. malah berfikiran terbuka dgn setiap yg berlaku.
   sy x pernah memaksa sape2 utk join catalyst. sy sekadar mengesyorkan kenalan cuba dlu productnya. kalau rasa x berbaloi, x perlu teruskan. mudah. saya x mintak disanjung, dipuji apatah lagi diampu. memadai la menghormati duduknya di sini. prnsip yg mudah. SAYA TAK KACAU ANDA, MAKA JANGAN KACAU SAYA.

    saya bukan robot. menguruskan perniagaan sekecik ini dgn hal anak2 bukan ssuatu yg mudah. yepp,, hampir tiap hari menu saya disediakan si tukang masak upahan. semuanya terlalu packed smpai satu masa sy perlu susun semuanya sekali lagi. bukan mudah untuk berada di kedudukan hari ini.
      maka saya belom bersedia untuk menambah komitmen yang sedia ada. bersyukur dgn apa yg ada kerana setidak2nya sy telah berusaha dan biarlah sampai di tahap ini shj. tak mahu mengejar kesempurnaan sedangkan hakikatnye mempertaruhkan kehidupan peribadi yang sedia ada.
  
   oke. lega rasanya. bebanan rasa dh terluah.

   ini bukan entry propa untuk memancing siapa2 join catalyst. tidak langsung. siapalah saya nk mengubah hidup anda sedangkan 1 masa dulu sy sendiri berusaha untuk mengubah kehidupan saya sendiri.

   senyum selalu & jgn dengki2~ ^_^

Terima Kasih

Sehari d optimax

assalamualaikum...

lagi entry terbengkalai. Asalnya nk di update mlm ahad lps tp tertunggak ke arini. Kt opis pon bosan sgt ni. Keje ade,tp rse nk keje tu xde. Heheheh...
spt yg dirancang, sabtu lps appointment eye screening berjalan dgn agak baik walaupon terlambat setengah jam dan tbe2 si aish nk join. Trlepas chance ibu nk dating sme babah. ;p
smpai dlm jam 245ptg. Optimax cawangan johor ni letaknya dlm bangunan city square. Tingkat 22. Pusing2 jugakla. Heheheheheh~
lps kenalkan diri,staf situ bg 1 borg utk dicompletekan. Soalan basic mcm nama sape, mne tau pasal optimax, bpe lama rabun, bpe lme dh xpakai softlens, mngandung ke, ade keturunan yg ade katarak ke & beberapa soalan yg x memerlukan aku berkerot dahi nk mnjawab. ;)
lepas tu aku diminta tunggu. Masa tunggu tu smpat la mata ni melilau kawasn sekitar. Agak besa.




Tu tmpat daftar. Memula dtg g situ la ye.










Kaunter menunggu. Agak canggih. ;)

  dlm 10minit gitu nama ak dipanggil. Sorg petugas pompuan nme shikin kot. Masok la dlm treatment room.........
bilik tu gelap. Ade 2 bilik yg serupa. Ak masok blik pertama. Dlm tu ade mesin2 utk check mata semestinya.
die suruh ak duduk kt mesin yg serupa macam kt kdai cmin mata tu. Letak dagu kt sini, dahi kt sini. Hahahah! Gitula arahannya.
pastu g mesin dua. Xpyh bangun pon. Gelongsorkan kerusi jek. Mesin tu bersebelahan je pon. Mesin ke 2 ade kua angin yg hembus kt bijik mata. Sblm tu die pesan jgn terperanjat ye. Heheheh~
mesin ketiga pulak..kua cahaya terang sgt kt bijik mata. Auwwww... Silau rasenya.
keempat pulak. Amek gamba bijik mata. Ade gelung bercahaya ala2 lintasan zebra tu. Die suh besakan mata. Layan je la kn..



pic sblm masok bilik ujikaji tadi. Heheheheh.. Nampak x muka eksaited disitu?

pastu die letak eye drop utk besakan anak mata. Die suh relax jp. aku pon dipanggil masuk discussion room.

   dlm dscussion room tu ditunjukkan la proses lasek yg bakal aku lalui. amazing gila. 30minit siap dua2 mata. phewww~

   diberi taklimat ringkas jugak ttg persiapan menjelang operasi tu. kenapa aku x sesuai buat lasik dan jangkamasa penyembuhan lasek yg sedikit menderitakan berbanding lasik. O_o
   tentang kos? rm 4k/mata. boleh wt proses tu kt Jb, tp slps bulan november. so aku dicadangkan wt kat HQ sebelum 13.10.12.
   akan ke berlaku? yepp. kali ini kami nekad.

   settle around 5 weols terus g mkn. layan steamboat kulai. lps tu ambik abie balik umah. lame2 pisah ngn abie, makin rindu!!

posted from Bloggeroid

Terima Kasih

alkisah bajet 2013

assalamualaikum..

   sedikit masa luang pagi ni. dapatla hapdet mne2 yg patot. antaranya ttg bajet 2013 yg berlangsung jumaat lepas. tak saba juga nk tgok ape yg bakal diterima dan ape yg bakal dimansuhkan (jikalau ade). :)



   yg paling x saba nk ditunggu sebagai seorang kakitangan kerajaan mestilah bab habuan BONUS. hehehe~ kan? x payah la nk nafikan. T_T
   sebelum ni dh dpt kenaikan elaun cola sebanyak rm50. kali ni ade la jugak mengharap elaun rumah dinaikkan la dr yang sedia ade ni. Rm 180. nk baya sewa rumah pon x lepas. huhuhu~

   dan kesimpulan bajet petang tu, kami penjawat awam dapat la bonus yg diidam2kan tu. sebulan setengah gaji. hehehe~ sila ambil kalkulator sekarang. n_n

   bonus tertinggi dlam tempoh 6tahun perkhidmatan aku sebagai orang gomen ni. pembayaran setangah bulan sblm raya yg lps, setengah lg bulan 12, ni biasanya utk bebudak naik sekolah dan bakinya pada januari 2013. kukira ini bajet utk renew roadtax cik Alza. 

   lagi ttg bajet tu leh la tengok kat sini ye kawan2...


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati