Saturday 5 July 2014

Iftar together

Assalamualaikum,,

Bulan ramadhan,
Bulan ibadat,
Bulan dimana offer buffet ramadhan paling banyak,
Jemputan berbuka puasa pon bertimpa-timpa
Jadi, lupakan saja niat nak turun berat badan menjelang raya nanti. ;p

Awal-awal lagi dah ada jemputan berbuka anjuran bank rakyat. Ni boleh dikatakan aktiviti tahunan diorang. Tempat pon memang kat sini je, cuma ada satu tahun tu diorang buat kat kedai seafood tapi tahun berikutnya kembali ke sini.

.PRIME CITY HOTEL.

Ni je la hotel yang paling ok kat kluang. Kebanyakan function memang kat sini, kalau ada vvip pon memang kat sini tempat menginapnya.

Tahun ni istimewa sikit sebab 2x dapat jemputan berbuka kat sini. Pertama memang bank rakyat taja, kedua tu khas untuk bahagian pembiayaan. Ok la dapat sponser cenggini, harap-harap ada lagi nanti.

Settle majlis anjuran bank rakyat tu. Kita plan majlis berbuka khas untuk staf kastam kluang pulak. Tapi tak la melibatkan semua, cuma yang pengurusan je. Kitorang pilih nak berbuka kat kedai je.

Meja panjang dari hujung ke hujung. Seronok la sesekali berkumpul ramai-ramai. Sebab tak la makan banyak mana pon, cuma lebih pada nak berkumpul spend time bersama lepas waktu kerja.

Bila kerja, kita kerja.
Bila enjoy, kita enjoy la.

Yang part kastam ni mungkin boleh diteruskan untuk tahun berikut. Lain kali request meja bulat so semua boleh bercakap takde la terasa nak kena jerit-jerit sebab duduk jauh sangat. Hahaha!

Selebihnya,
Aku bersyukur sebab ada kawan macam diorang. Yang sedia terima aku seadanya, yang memilih untuk terus bersahabat walaupon ada segelintirnya yang memilih untuk menjauhkan diri dari aku.

Tenkiu sahabat. Semoga semua ini berkekalan selamanya. ;')




















posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Friday 4 July 2014

Ramadhanku- hari ke6

Assalamualaikum

6ramadhan,
Kejap je masa ni. Alhamdulillah, berjaya melalui semuanya dengan lancar. ;)

Harini special lebih dari selalu sebab berbuka dengan mak ayah. Semangat & selera lebih hebat harini. Makan nasi bertambah tak toleh kiri kanan dh. ;)

Bahagia.
Berbunga hati bila dikelilingi orang-orang tersayang. Menikmati bulan keberkatan bersama-sama walaupon hanya rezeki yang tak seberapa, tapi nikmatnya terasa berganda. ;')

Harini lepaskan hajat nak makan nasi tomato. Dari sebelum puasa teringin, tapi baru sekarang dapat buat. Berpinggan-pinggan tambah nasi tadi.

Ehh,,terlupa nak selfie menu tadi. Dah tak boleh tunggu lagi, terus ngap kasi licin. Hahahhaha!

Puasa kalini,
Semuanya sendiri. Gigih memasak untuk juadah sahur. Sesimple mana pon menunya, tetap kena masak. Kalau tahun2 lepas, boleh je skip sahur sesuka hati atau paling tidak cuma minum air je sebagai syarat, tahun ni tak dapatlah nak buat gitu dah.

Dulu,
Anak-anak ada mak yang tolong uruskan. Jadi walaupon bulan puasa, takde isu anak kelaparan sebab mak MESTI kasik diorang makan.

Sekarang,
Mak pon ade komitmen sendiri. Kerjaya sendiri. Jadi masanya untuk aku ni belajar berdikari sendiri. Awalnya memang susah, tapi setelah beberapa bulan ni Alhamdulillah, boleh dikatakan Ok.

Jadual bulan Ramadhan sedikit berubah dari hari-hari biasa. Tengahari bila farish balik sekolah, aku jemput dia bawak bakik rumah. Salinkan baju, bagi makan siap-siap. Biasanya aku suap je sekali dengan fareeq.

Selesai tu, curi masa lena jap. Bulan puasa ni kena lelap jugak paling tidak 5-10 minit. Kalau tak rasa lesu je nak sambung kerja petang nanti.

1.30petang bangun, mandi pastu solat. Haa.. Istimewa bulan ramadhan sebab aku memang set alarm jam1.30. Khas utk kejut dari tido td. Heheheh~

Balik kerja terus cari periok. Masak lagi. Selalu memang tak dan mandi la masa ni. Nanti lepas berbuka baru mandi sebab terkejar-kejar nak memasak.

Takde la sesusah mana pon juadah berbukanya tu tapi ye la, untuk tukang masak amatur ni memang makan masa lebihhhhh sikit dari orang biasa.

Tu tak termasok iklan fareeq merengek mintak susu, farish nak mandi. Hei,, macam-macamlah.

Kesabaran kena super tinggi bila dah jadi mak-mak.
T_T

Selesai berbuka kena ngemas pulak. Kadang sampai ke malam x siap ngemasnya. Tu beza bila makan kat rumah.

Lepas masak kena basoh-kemas-sapu.

Kat kedai makan-bayar-balik

Jadi mana pilihan korang?
;p

Apepon, aku senang je buat semua ni. Sempurnakan permintaan anak-anak nak makan apa sebab biasanya diorang lagi berselera bila menu tu kena dengan tekak diorang. Walaupon penatnya kemain lagi. Ada sampai 1 masa, dapat rehat bila anak-anak semua dah tido. Takde lagi permintaan nak itu ini. Nasib seorang ibu.....

Terima Kasih

Tuesday 1 July 2014

Happy birthday to both of u!

Assalamualaikum,,

20jun
Ulangtahun kelahiran mak ayah

Ke 58tahun untuk ayah & ke 46tahun untuk mak. Alhamdulillah...

Kalini tak dapat makan sama-sama. Ada aral yang tak dapat dielakkan jadi hanya dapat sampaikan ucapan je.

Sepanjang 26tahun ni, terlalu banyak pengorbanan diorang pada aku dan adik. Kitorang memang bukan keluarga mewah yang mampu beli semuanya, tapi kitorang menghargai setiap masa yang ada.

Dan kita akan lebih menghargainya, bila kita sudah tak mampu mengulanginya lagi.....

Ayah,
Lelaki paling aku hormati, aku sayang dan aku sanjungi. Caranya membuatkan aku rasa dia ayah terbaik di dunia. Ingat lagi, sejak kecik tak pernah sekalipon ayah naik tangan kat kitorang dua beradik. Cubit pon tak pernah, apa lagi nak rotan.

Ayah jenis support tiap tindakan anak-anak. Yang baik je la dia support ye. ;p

Dia orang pertama sokong bila aku mulakan bisnes online. Suami sendiri pon tak mampu beri sokongan macam ayah tau. Kata-kata semangat ayah buat aku nak usaha lebih lagi supaya aku boleh buktikan aku berjaya.

Dari sekolah, ayah memang suka bagi kata-kata positif. Dia bukan jenis push anak-anak dengan tindakan. Skill dia bila bercakap je.

Ayah suka bercakap, macam aku, macam fareeq jugak. Ada je cerita nak dicakapkan.

Sedih bila kenang balik perjalanan hidup dulu. Bila ayah susah payah hantar aku sekolah subuh-subuh hari. Masa tu aku darjah 2. Pukul 6pagi dah sampai sekolah.

Pagar sekolah tak bukak lagi. Aku siap menyusup masuk ikut bawak pagar dawai, lalu longkang besar, panjat pagar sekolah sebab nak masuk dalam kawasan sekolah.

Datang pagi-pagi tu aku siap sapu bilik darjah. Dah datang awal sangat kan, tak tau nak buat apa agaknya. Aku tak ingat apa yang aku pikir masa tu. Tapi yang aku tau, aku tak pulak takut kot jumpa momok pagi-pagi buta tu. Hahahha!

Kenangan.
Dah la datang sekolah pagi buta, balik pulak petang hari. Sekolah habis jam 12lebih tapi ayah jemput jam 2petang, kadang-kadang lebih dari tu.

Ayah posmen. Kawasan ayah hantar surat tu jauh, sampai jalan mersing sana. Jadi bila ayah dah siap kerja barulah dia ambik aku.

Dulu takde sekolah 2sesi tu. Habis waktu sekolah, terus lengang. Pernah aku siap baring bersandar kat pokok depan sekolah, tak pon berjalan menyusur jalanraya sampai la jumpa ayah. Berbelas kilometer la jugak.

Satu hari tu, ada budak pegi kacau sarang tebuan. Abes semua kena kejar tebuan. Aku tak pasal-pasal terjebak. Lari laju selamatkan diri. Takut sangat masa tu sampai nangis. Tapi akhirnya aku selamat. Tak kena sengat pon. Tapi entah kemana dah aku lari masa tu.

Pengalaman mendewasakan. Mungkin ada betulnya. Aku pernah jugak jalan kaki dari sekolah balik ke rumah. Ada dalam 8km jugak rasanya, lepastu upgrade sikit naik basikal. Berpeluh jugak nak sampaikan ke rumah. Tapi aku tak pernah mengeluh, sebab aku tau kitorang bukan orang kaya.

Bila ayah ambik, dengan bau baju yang hangit tu aku jadi bersemangat nak belajar. Aku nak ubah nasib keluarga. Aku nak senangkan semua. Nak balas jasa dia.

Tapi tu la,
Cita-cita aku kandas separuh jalan. Tawaran sambung belajar dah aku tolak sebab masa tu aku dah dapat kerja sekarang ni.

Salah satu alasan aku tolak?
Aku rasa cukuplah aku bebankan ayah lagi. Nanti kalau belajar, tak putus lagi belanja yang kena dia sediakan untuk aku. Tapi aku tak pernah bagitau ayah pasal tu, aku taknak dia rasa bersalah.

Dan aku bahagia dengan haluan harini. Dengan pendapatan yang ada, dengan segalanya..


Emak,
Yang selalu orang sangka akak aku. Sebab jarak umur yang dekat agaknya. Dah lali sangat bila orang tanya dengan muka tak percaya,

" ye ke anak ni??"

Dulu aku selalu jawab. Yelah mak, apasal? Tapi makin besa aku tak menjawab dah, senyum ajela.

Mak the best. Walaupon mak kerja biasa-biasa je, mak tetap beri macam-macam untuk aku adik beradik.

Mainan
Baju

Semua ada. Cukup sempurna. Tak pernah sikitpon dibezakan kitorang. Apa yang aku dapat, tu jugak yang adik dapat. Memang sama sebijik, tapi tetap jugak kitorang berebut patutlah menurun kat anak-anak aku sekarang. Huhuhu~

Mak pernah buat nasi lemak, hantar kat kedai-kedai. Aku pernah tolong dulu, tolong lap daun pisang.

Bangun awal pagi, bungkus nasi lemak. Lepastu baru mak dapat kerja. Dan berubahlah sikit kehidupan kitorang sekeluarga.

Mak memang garang. Serius garang. Kaki pukul jugak. Hahahah!

Cakap je apa yang tak pernah kitorang rasa. Hanger? Puas dah. Rotan tu tak heran dah. Pendek kata apa yang sempat je mak 'hadiah' kat kitorang.

Mak jugak suka membebel. Mungkin tu tabiat semulajadi bila dah jadi mak kot. Aku pon dah mula jadi cenggitu. Membebel je kat bebudak ni, makin lama makin suka pulak membebel. *pengsan*

Tapi tu la, mak tak lokek dengan anak-anak. Asal ada duit, dapatlah bahagian kitorang. Bil kenangkan dia ketepikan keinginan sendiri untuk penuhi keperluan kitorang aku jadi sayu.

Aku dengan mak selalu tak sependapat. Panas. Tapi mungkin sebab aku jenis tak suka melawan, aku turut je apa yang mak nak, jadi dia calm down sendiri.

Beza pulak dengan adik. Dia sekepala dengan mak dalam banyak hal. Tapi sebenarnya adik tu kaki bantah. Kalau dia tak suka, tak sukalah. Takde kompromi. Tapi selalu mak mengalah dengan dia.

Aku hargai mak. Dia berhenti kerja semata-mata nak jaga anak-anak aku. Dia tak percaya orang luar uruskan cucu dia. Dari sekecik farish sampai ke fareeq memang mak yang asuh. Aku pun tak risau sebab tau anak aku selamat dijaga dengan baik.

Banyak kenangan kitorang. Kalau aku kenang balik,memang aku lebih hargai apa yang kitorang ada sekarang. Memang tak kaya, tapi semua cukup. Bahagia.

Aku doakan kesejahteraan keduanya, kesihatan yang baik, ketenteraman jiwa dan kebahagiaan hakikit untuk mereka.

Tanpa mereka takde aku. Maka walau apa berlaku, aku akan ingat satu perkara..

"Kami pernah bersama dan akan selamanya bersama. Takkan ada ganti, dan takkan ada yang faham diri aku ni lebih dari mak ayah.

We love u--
Mak
Ayah


posted from Bloggeroid

Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati