Tuesday 31 July 2012

apam polkadot



assalamualaikum w.b.t

   siyesly, byk giler kje yg pending. tp curik2 juga mase nk update blog. hehehe~ pasni sy kje ye bos. hahaha! leh caye ke? :P
   ok, arini sudahpon masok hri ke 12 kita bpuasa. Alhamdulillah masih ade kudrat utk meneruskannya dan semoga puasa ni diterima olehNya. AMIN.
   alkisah entry arini adelah ttg projek kami kt opis ni. heheh~ sepanjang puasa ni x putus2 projek mknnya. hahaha,, mmg dh kaki mkn xleh nk kata ape. dh projek botok2, beralih pula projek apam polkadot & urap. 
   seronok tau senior2 cni. kepala semua gonjeng2. :p

Apam polkadot sedap
ni apam polka cik tom sebagai intro. :))




  teruja dgn resepi arini,, apam polkadot. macam besh. maka ibu pon belaja la. mau wt utk besday anak2 ibu nnt. save budget. ^____________^

ok, disini ibu tepekkan resepi apam polka nih. sumber dr CIK TOM. :))


Bahan-bahan untuk masak apam polkadot 



3 biji telur dari peti sejuk
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.


2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.


3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.


4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (separuh sahaja).


6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).


7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.




8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.



taraaa!!!!!!!





cantek kan??
hehhehehhe... ni hasil kretip kakak2 yg 'lembot' tgnnya
kalau ibu?
=_=


 dr kami

supposed 2 be J.K.D.M K.L.U.A.N.G



Tips tambahan untuk buat apam polkadots.

1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). So cara untuk keraskan filling ialah first panaskan 1 sudu besar butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkn jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem..

2. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.

3. Kukus apam dengan api sederhana. Kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah.

4. Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus.

5. Selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.






NI PULAK URAP BABAT...

BEST SGT SEBAB BYK ULAM FRESHHHH! :)


sekian untuk arini. akan update apam polka versi ibu pulak. tggu~~~~~~~~~~~~~ ^__^
Terima Kasih

dari seorang ibu





   tersentuh hati ibu baca petikan ni. sungguh xde yg lebih berharga dlm hidup ni selain dr kamu syang2 ku~~~




Terima Kasih

bila anak2 suka berkelahi

assalamualaikum w.b.t

   entry hari ni, masalah ank2 yg suka berkelahi. berkelahi = bergaduh. semua yg bergelar mak ayah mesti penah alami masalah ni,, sme mcm ibu kan?
   anak2 ibu ni baru jek pandai berkelahi. Bila si abie elok2 main, abg pon dtg la mencari pasal. haih! senang kata, x leh duduk dkt la. mungkin sbb beza umur dorg 1taon 10bulan jek membuatkan diorg ni suka bersaing sesama sendiri.Huhuuu...Kadang-kadang ibu & babah naik pening ngan mereka dua ni. Tp bila datang angin baik2, fuhh...macam tak nak berenggang dah..segalanya kongsi bersama. Kalo dah gaduh??? Sampai ke bawah boleh dengar die punya jerit, okey! maka ibu pon cari la info yg patut dan sambil baca-baca tips tu, ibu share sekali la kat sini. Semoga dapat diaplikasikan dlm hidup kita brsama. ^_______^

ni la buah hati ibu



mengapa mereka bergaduh??



Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian yang sama banyak dengan adik beradik lain. Atau mereka berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik beradik lain. (sama aje dua2 pon sayng maa~~)


Fasa pembesaran mereka juga mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain dan bagaimana mereka menerima hakikat perlu berkongsi perhatian dan kasih sayang ibu bapa dengan adik beradik lain. (setuju.)


Ada kala kanak-kanak yang lapar, bosan dan mungkin penat dengan persekitaran menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.(rasenya x jugak,, mmg pantang ade masa nk mkn jek kje mereka ni)

Mereka inginkan perhatian ibu bapa.

ni tengah berebot nk kaler2

cara menangani perkelahian????


Jangan memihak dan jangan terbabit kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika anda kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri. Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi. (selalu ok, membela abie sbb rase abie tu kecik lagi. huhu~)

Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat. (abg je la yg ngadu pon, abie x reti ngadu lg. :p)

Jangan membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya
(psycho je ckp dua2 baik sbb ank ibu kn baik... :))

Perhatikan masa dan hari atau pola yang memungkinkan pergaduhan boleh tercetus. Misalnya pertukaran jadual rutin harian. (mase main la kot..)

Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Misalnya melancong sekeluarga. Aktiviti begini akan lebih mengeratkan lagi hubungan mereka apabila mula berkongsi cerita.(setahun sekali paling tidak akan cuti2)

Jangan fokus keterlaluan anak mana yang patut disalahkan, sebaliknya selesaikan dengan baik membabitkan kedua-duanya. Misalnya saling bermaafan.

Bantu anak anda membentuk kemahiran bagi mengatasi konfliknya sendiri. Misalnya ajar mereka bertolak ansur, saling menghormati dan mengagihkan makanan atau apa saja barangan yang perlu dikongsi secara adil. (Selalu Abie yang banyak mengalah.)

Apabila mereka bergaduh anda cuba meleraikannya, sebaiknya jangan tengking atau membebel. Nasihat dengan baik mengapa mereka tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika mereka bergaduh.

Paling utama, jika anda kerap menengking atau menaikkan suara apabila bersama mereka, mulakan dengan mengurangkan atau menghapuskannya langsung. Tingkah laku anda mudah ditiru anak. (Insyaallah...!!!)




bile angin baik,, elok je mkn gini. ^______________^


ni pon abg steady je ngalah campak kt dlm tu..







tapi bile di upgrade ke ini.......................

kluang mall--------------ahad lepas. :)

tu la ketuanya. :P

   2 pic kejadian ni sblm perkelahian berlaku. si ibu pon eksaited bila menda alah ni dh ade kt kluang mall. standard jusco la kn. 
   bayaran deposit RM 10. caj sewa ni RM 2 je pon. Tp kena tinggal ic / lesen memandu sme2 deposit tu. dh siap nk pulang menda ni nnt baru amek deposit semula.
   Sangkaan ibu, muat la 2org ank sumbat dlm ni. rupanya ngam2 ajek. :P 
  
   masalah?? bila si abg xnk mengalah & si adik pon boleh la tahannya. ;p

   berebot kt stereng la pulak. mngkin perlu di suggestkn utk wt 2 stereng supaya dua2 leh pegang. haish!
   review ttg mende ni....
   xla memudah kn urusan sgt pon. lainla klu abie buleh diletak kt ats kete tu. hahaha! jgn cuba2 ye, die dh warning no children inside tray. ^^
   logiknya hanya la sebagai daya penarik semata2. sme jek pon klu pkai troli biase tu. lg sng, 4 org pon leh masok dlm tu. xde la begadoh. cme jadi plak masalh ank2 dok lempar brg. hukhuk~~ =_=

 
 


 

Terima Kasih

Monday 30 July 2012

perlu ke dibanding2kan??

  assalamualaikum w.b.t

   saje kasik up tajok PANAS ptg2 hari ni. :p
   bulan pose ni, xde pae sgt pojek. dok godek2 pc. tgok pic lame2. Pic dr anak dara, btunang,kawen, mngandung, beranak sorang, ngandung lagi, bernak dua.dari free hair, smpai la bertudung. fuhh,, byak sesangattt pic. sebab diri ni mmg suke posing bagai nk rak. sejak2 ni jek minat tu dh slow. :)
   las friday join majlis bbuka kt Prime cty hotel. Seronok la. dpt jumpe wifey staff2 yg slalu dok cetting ajek. lame sgt x jmpe lps gathering2 yg dlu tu.
   Asalnya nk bwk abie jek, sbb? takot x leh nk makan kalau abg wt hal. tp bile pkir2 balik. x sampai ati. maka ptg jumaat tu dgn extreme nya bwk jugak la abg. heheheh~

   bile dh jmpe2,, byk la cter. yg bernak dlu pon ank dh besa2(trmasuk la diri sendiri ni). Yg kawen aritu, dh sarat dh tunggu hari. lame sungguh la x jmpe nampaknya. Masa tu ramai la bebudak. Seronok je tengok...
   Tapi yg x seronoknya... bila dh dok kumpul, ketara la betapa langsingnya fareeq ni. :(

   kesian. kecik je. banding dgn anak2 dorg yg beza bpe bulan je ngn abie pon abie ttp nmpk pling kiut. hehehhe~
   termenong kejap si ibu ni. jd mcm serba x kena. hurmmm....

   Kenapa ek abie x semangat cm budak2 tu? haiyakkk~~~
    
   abie lahir semangat jugak. 3.5kg. jaoh beza ngn budak2 tu. minom susu kuat. siap bg extra package. fully BF lg setahon. huhu~
   tp kenapa anak ibu kecitt??

ini abie. tp mase ni abie still BF


   jenuh juga ibu ni gugel sana sini. cari tips nk kasi abie gebu. nk kata susu x cukup baik, susu tu jugak la abg aish minum dlu smpai debab. :p
   selera mkn abie?? seperiuk bubur pun abie hentam je tanpa muka bersalah. langsung x pernah x selera. abes, kenapa x tembam2??
   sampai la ibu terfikir, untu bg supplement kt abie. Tp persoalannya. perlukah supplement untuk anak??


   Suplemen adalah produk yang dimaksudkan untuk melengkapi keperluan zat gizi makanan, mengandungi satu atau lebih bahan berupa vitamin, mineral, asid amino atau bahan lain (berasal dari tumbuhan atau bukan tumbuhan) yang mempunyai nilai gizi dan atau efek fisilologis dalam jumlah tertentu.
   keperluan memberi supplement kpd anak.

American Academy of Pediatric (AAP) dalam bukunya tentang nutrisi anak (Guide to Your Child’s Nutrition) merekomendasikan 3 hal berikut :
  1. Anak yang sihat tidak memerlukan suplemen vitamin untuk mengejar kekurangan nutrisi dalam makanannya sehari-hari.
  2. lebih baik memperoleh vitamin dari makanan.
  3. Yang penting ialah rata-rata konsumsipastikan anak2 consume makanan dalam 1 atau 2 minggu mengandungi berbagai jenis makanan yang bervariasi untuk memenuhi seluruh vitamin yang diperlukan oleh tubuh.

   bila perlu diberi supplement?
  1. Tidak memperoleh bekalan makanan yang cukup, misalnya  bayi prematured.
  2. Peningkatan keperluan, misalnya anak sedang sakit. ketika sakit, anak memerlukan lebih banyak zat gizi daripada biasanya untuk memulihkan diri dari sakit yang dialaminya Di sudut lain, selera makan anak yang sakit cenderung berkurangan, sehingga nilai gizinya pun ikut berkurang. Pada kondisi itu, suplemen dianggap dapat membantu anak memenuhi keperluan tubuhnya terhadap vitamin dan mineral. Suplemen dapat diberikan hingga anak sembuh dari sakit dan selera makannya telah kembali normal.




maka,, x perlu la kot ibu ni risau nk bg mcm2 ubat gebu kat abie. sebab abie baik2 jek. cerdik lagi. tgok ni, abie pandai dh tolong ibu susun stok. :))



mungkin abie kecik,, tap ibu syang kamu juga!


kamu la yg comel, yg bijak & yg nakal. kiut2 ajek! :))

Terima Kasih

phewww~ stress same jerawat!

assalamualikum w.b.t

   entry petang ni adlh mengenai musuh dalam selimot saya. erkk.. apekah? JERAWAT.

x sukenya! ~_~


        PUNCA-PUNCA JERAWAT
  • Peningkatan penghasilan hormon lelaki (androgen). Aras hormon ini meningkat pada kedua-dua lelaki dan perempuan semasa baligh.
  • Turun -temurun
  • Stres
  • Alam sekeliling - bekerja di tempat yang berminyak
  • Ubat-ubat tertentu, contohnya kortikosteroid
  • Makanan- Untuk sesetengah orang, diet yang tinggi dalam karbohidrat tertapis dan gula sebenarnya boleh memburukkan jerawat mereka.

                                                        CARA MENGAWAL JERAWAT
  • Basuh muka and dengan sabun jenis mudah sekurang-kuranya dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan sebelum tidur.
  • Jangan memicit, menyubit atau mencakar jerawat pada kulit anda.
  • Basuh rambut anda lebih kerap.
  • Gunakan krim anti jerawat yang menghalang liang dari tersumbat.
  • Jika anda menggunakan kosmetik, gunakan yang berasaskan air dan bukannya yang berasaskan minyak.
  • Jika jerawat terdapat pada bahagian belakang badan atau dada, gunakan pakaian yang ringan dan tidak ketat.
  • Bersenam selalu.
  • Elakkkan stres sebaik yang mungkin.
  • Amalkan pemakanan yang seimbang dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Elakkan penggunaan minyak rambut.
  • Basuh tangan anda dengan kerap dan elak menyentuh muka tanpa sebab.
  • Runding dengan seorang doktor jika jerawat tidak menghilang. Jika anda diprekskripsi dengan sebarang ubat, ikut arahan doktor atau pegawai farmasi anda dengan ketat.


INFO 'KETUMBUHAN' JERAWAT


  
DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup
dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin
bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan
sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh
dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan
dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu
mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang
bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang
sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin
tersingkir dengan lebih baik.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
sekarang? sedang mncari solusi terbaik untuk kecot kn jerawat yg mekar setaman kt tepi hidung ni. >_<

Terima Kasih

Friday 27 July 2012

miss my BF moment!

   assalamualaikum w.b.t


   entry yg agak lame bertapa dlm draft. kisah akhir penyusuan susu ibu. Kisah kenapa abie x lg BF. :))

newborn fareeq yg bambam
    sebaik je ibu disahkan + peknen, ibu dh azam siap2 nk fully BF bby ibu nant. x kire walau ape dugaan, ibu akan pastikan baby ibu yg bkl lahir dpt menikmati susu ibu. sbb ape ibu nk BF sgt?? kene bongkar entry ibu sebelom2 ni. refer SINI ^^

MUKE IBU MENGANDONG~
       ingt lg mse ibu peknen ni, ramai ckp bby ibu ni bby girl. Tp ibu sengih ajek.. sbb dh dimaklomkan bby bkl kelua ni bby boy. :p

see?? inila pemangkin semangt ibu uk kumpol sTok


   ibu susukan abie mengikut permintaan. setiap kali abie mau, ibu bg. hehehe~ minom la byk mne pon sbb susu ibu ni free jek. :))

   ibu heppy sgt mse ni, sbb ibu x perlu support permintaan mnyusu abie dgn susu formula. Sample susu yg dokto bg tu, ade kiut je dlm gobok umah mak. pandang pon x mau la. ^^

   seminggu... 2 minggu... 3 minggu... sebulan!
   IBU BERJAYA  BF ABIE~~~~
   hanya yg melaluinya je tau betap bestnya kejayaan ni. :))

stok yg nk di pack kn

   ramai yg ckp bdn kecik. mne boleh ade susu banyak? salah oke statement anda itu. saya ni x ckup kecik ke? berat 43kg dgn tinggi 152cm. :p
   ade jugak yg bdn besa tp xdpt memenuhi pemintaan susu ibu ank diorg. So jgn terlalu cpt membuat kesimpulan. pokok pangkalnya hati, azam & usaha.
   Ibu yg menyusukan x perlu la nk diet bagai nk rak~~ mgkin statement ni sbb ibu mmg jnis yg pyh nk naik beratnya, maka ibu x penag sekat tekak ibu ni. semua ibu mkn jek. asalkan x effek pd abie.
Nikmat mkn tu perlu kite enjoy sepuas2nya. heheheh~


raye pertama bersama abie

   mase ni abie baru 3bulan. hehe~ 

   bf time beraya bukan la mslh sgt. sbb ibu mmg prepare bju raye yg ade butang2 kt dpn, so sng mau kuakan 'Adek' tu.;P

   ntah knapa, rase malu untuk NURSING IN PUBLIC(NIP) langsong xde. klu ternampak sikit2 tu nomal la kn. heheheh~

isi tangki perot abie dlu


    
   sgt bangga mem Bf ank sndiri & makin bhgia sbb HB sgt la supportive. Mungkin die pon pearsan, betapa Bf itu menjimatkn $$$$$$. :))
   Saya Bf bukan semata mau jimat, langsung x terfikir pon nak save. cuma saya percaya, BF itu akan 'mengikat' rasa saya & abie. ^_^

   Pengurusan Susu Ibu menyusahkan???  Ini saya lakukan dulu..

edisi memunggah

   ini terjadi masa kami nk pindah umh kami skrg ni. :)
   semua tu ssu abie dan kuantitinya beratos auns. Fuhh... itu stok spjg tempoh berpantang dlu. Kerapkan bangun malam utk menyusu & mngepam sebab susu sgt byk pd wktu malam. Xpela bsengkang mata sikit. pluss abie pon baik je mase pantang tu. Tido spai pg. bangun susu aje/ :)
   
   selesai memunggah,, berdoa2 agar susu x cair. sanggop beli ais kt kedai utk letak kt dlm box tu. kemudian ditransfer dan menjadi spt ini......

suwittt sgt!!


   masa ni dh DARURAT sangat. peti ais tu mmg jelas2 xde ruang lg untuk disumbat dgn daging & mknn sejukbeku yg lain. sampai ade yg gelar aiskrim sbb membuak2 stok waktu ni. :))
   niat nk bli deep freezer. Timbang2 lama x nk pkai. tp mase tu nekad, kua kn savibg ibu sendiri utk membeli cik ELBA. :)

merasmikan 'rumah susu' yg baru

   semakin semangat nk pulun stok. smpai masok keje pon, snggup usung beg pam tu kesurau setiap 2jam demi stOk abie. mase tu leh kumpul 8-10oz setiap sesi. nikmat sgt2!!

   mase berlalu. menginjak usia 8bulan, ibu ini dh pandai skip2 pumping schedule. Ikot suka ibu jek. terkadang smpai bengkak cik B menampung susu yg mencurah. serta merta jd manusia yg PEMALAS!
   jadual yg baru--Pg sebelom hantar abie, direct feeding dia. Lunch feeding die. ptg pas opis hour pon sme. pam ade, tp dok dlm kete. huhuhu~~~
   sgt la sakit ble cik B bengkak. tp kenapa ntah, kesedaran sivik tarak mase tu. PENTINGKAN DIRI SENDIRI!
   pluss,, naik menyampah bila ade suara2 sumbang yg mempertikaikan masa Ibu mengepam. bukan la lame pon. paling2 15minit. :(
   masa ini stok beku pon menyusut. Bukit kalau ditarah hari2 pon rata, inikan pulak EBM yg x seberapa banyak tu. Stress bile tengok stok makin sikit, susu pon merudum la....
   salah sndiri jugak. cuma nk ditegaskan di sini, jgn sesekali stress. klu susu merudum, fikir cara nk tingkatkan produksi. cari punca kekurangannya. Yakin sikit atau banyak susu tu mesti cukup utk ank kite. :))


   dan kemuncaknya bila abie dh ade gigi, semakin bminat die menggigit2 cik B. sakit woo! terperanjat pon selalu gk. apela abie ni. hobi baru ke???
    trauma mau direct feeding abie. xmo kena gigit. :P
   maka di ulangtahun pertama abie, merasala FM  yg sekian kame terperok dlm gobok tu.

  dr mula menambah FM dlm hidangan seharian, terus bertukar kpd FM sepenuhnya. X la rasa ralat sgt. Sbb pd ibu, setahon tu pon dh kire sukses. Mungkin ilmu utk atasi bby gigit cikB perlu ibu gali. Prepare utk next baby, :P
   Sebulan lps abie x BF, ibu bli majalh PAMA yang mmg x penah miss beli. ade plak info utk elak bby menggigit time nyusu. Walaupon ibu  x Bf lg, ibu share kn kt cni ye. buat panduan kite same2. :)


1. Alihkan Bayi
Antara langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan gigitan bayi ialah dengan mengalihkannya daripada payu dara secara perlahan-lahan. Sambil itu, anda digalakkan untuk menyatakan perasaan anda akibat perbuatannya. Berkatalah seperti, “Sayang, jangan gigit mama” atau “Mama sakit” biarpun ketika itu anda mungkin mempunyai sekelumit rasa marah kerana sakit, namun sebaik-baiknya luahkanlah perasaan anda secara berhemah dan lemah lembut.

Untuk seketika, biarkan bayi berbaring sendirian sebelum anda menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini, ia dapat mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu.

2. Tekapkan Muka
Ketika bayi mula mengetap bibir untuk menggigit, dekatkan mukanya ke arah dalam payu dara. Ini secara tidak langsung akan menyebabkannya sesak nafas lalu mendorong dia untuk menghentikan gigitan supaya dapat bernafas semula.

Sekiranya anda kerap melakukan panduan ini, lama-kelamaan bayi akan mula faham bahawa jika dia menggigit, dia akan mengalami masalah kesukaran bernafas. Dengan yang demikian, diharap bayi akan mengelakkan diri daripada terus menggigit di sesi penyusuan seterusnya.

3. Ketahui Punca
Sepatutnya di awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit! Hal ini dapat anda lakukan dengan mengenal pasti punca yang mungkin menjadi penyebab mengapa anda sering digigit.
Berkemungkinan, ia berlaku kesan daripada perasaan kecewa bayi kerana tidak berjaya memperoleh susu seperti yang diingininya. Jika itulah yang menjadi penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. Antaranya, anda boleh menekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu.

4. Amati Corak Penyusuan
Di akhir sesi penyusuan pun, anda dapat mengelakkan gigitan bayi. Ini dilakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk akibat kenyang mahupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya. Untuk itu, anda harus peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda akan menggigit.

5. Posisi Selesa
Anda seharusnya sentiasa memastikan bayi dan anda sendiri berada dalam posisi yang cukup selesa ketika sesi penyusuan berlangsung. Sekiranya bayi mahupun anda kelihatan tidak selesa dengan posisi penyusuan tertentu, segeralah membetulkan posisi berkenaan agar lebih selesa.

6. Leraikan Dengan Jari
Apabila anda dapat rasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia daripada payu dara. Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari anda terlebih dahulu. Hal sebegini boleh mencederakan puting dan tentunya ia lebih menyakitkan.

  
7. Gigit Alat Lain
Berikan bayi alat-alat lain untuk digigitnya seperti teether atau tuala kecil yang dibekukan di dalam peti sejuk beku. Alat bantuan seperti ini amat bagus kerana membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit sesuatu agar dapat menghilangkan rasa gatal gusi.
Oleh yang demikian, jadikan alat-alat sebegini sebagai alternatif untuk mengelakkan diri sendiri digigit!

8. Elak Jeritan
Cuba hindari diri daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih akan menjadi teruk lagi, ia mungkin penyebab untuk bayi enggan lagi menyusu.

Cara-cara untuk menghentikan bayi yang menggigit

• Katakan “tidak” dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan. Dia perlu mengaitkan menggigit dengan kehilangan puting - kebanyakan bayi tidak suka dengan perpisahan ini.

• Jika dia teruskan juga, letakkannya di atas lantai untuk seketika sebaik saja dia menggigit.

• Untuk kanak-kanak boleh berjalan yang suka menggigit, jadikannya sesuatu yang positif apabila dia tidak menggigit. Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian.

• Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuh anda semasa penyusuan.

• Belajar menyedari bila dia sudah hampir selesai.

• Jangan menyusukannya kecuali dia betul-betul lapar.





itu sje,, nnt klu ade ibu kongsi2 lg k. :))



  
Terima Kasih

Sunday 22 July 2012

nilai seorang anak

assalamualaikum w.b.t

agk lme sy mninggalkan laman blogger ini. jujur trlalu byk yg nk dkongsi bersama cme masa dan tuntutan amanah seharian menjadi aral utk saya meneruskan niat.
ramadhan sudah masuk ke hari ke2, alhamdulillah. ;)
seharian menahan lapar dan dahaga, saat berbuka itu terasa nikmat sekali. beza ramadhan kali ini, saya bukan lagi brgelar ibu yg menyusukan bayinya.
fareeq genap 14bulan hari ini. penyusuan susu ibunya trhenti saat die menginjak 12bulan. sebab dan al kisah disebaliknya akn sy kongsikan dikesempatan yg lain.
entry kali ini hanya brkisar ttg kehidupan saya sbg ibu kpd dua org ank. sgt mengujakan tp dlm masa yg sme menuntut komitmen yg tggi hingga kdg kdg sy sendri trbawa dgn emosi.
bekerjaya dan menguruskan rumh tgga. sy akui walaupon sudah brtahun mahligai rumah tgga kami dibina, sy masih belom mahir menguruskan rumh tgga dgn sempurna. ada sja kurang di sana sini. x mampu sy untuk menguruskan diri sendiri, anak dan rumahtangga sendiri sedangkan dlm wktu yg sma sy terikat dgn urusan perniagaan online.
huhuhu...
mmg prniagaan itu kecil2an shj. tp impaknye besa pd sy dan ank2. alhamdulillah kini bisnes yg x sberapa ini sudah boleh dianggap berada pd zon selesa. dgn wang itu juga sy cuba menutup kekurangan bajet di sana sini. dpt bantu suami meringankan beban kewangan beliau beli susu dan lampin ank ank pon sudh besa ertinya pd sy. syukur..
cme kdg2 kesibukan menjana ekonomi itu sy rasa bgai mnyekat waktu antara sy dan ank2. usai kerja, mkn mlm, sy terus selesaikan pesanan pelanggan. sesekali ank menjengah, sekali itu juga mereka dimarahi. fokus trtumpu pd perniagaan semata.
bersalah rasanya bile trpandang si kacak ibu yg minta diberi perhatian. menbertilah syg, ibu xpernqh lupa pd kamu dan semua ini untuk kamu....
si kecik merengek, minta ditidurkan sdgkan waktu itu ibu masih terkuis2 melihat pesanan, smpaikan trkadang sikecil ibu trtidur sendri di bilik. ohhhh.., sedihnya melihat itu. sedangkan masa yg dlu, lena kamu di sisi ibu. ;(
xpela, mngkin ada hkmah d sebalik smua ini. rzeki utk kita dan slagi itu ibu akn berusaha dan mudah2an dirahmati Dia. ;))

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

hari dmana abie demam terOk

assalamualaikum w.b.t

   fareeq qahfiy demam pd usia menjangkau 14bulan. t_t

   kesian abie. ibu perasan bdn abie pns mse mak anta abie mlm td. tp ibu ingt pns2 biase jek. cuainye ibu kn syg. :(
   mlm td ibu packing oder pon abie nmpak normal jek. siap susun n bongkar stok VCO ibu. tarik2 kotak ke sana kemari. langsung x mcm budak demama. huhuhu~
    pg td ibu siap2 nk g kje. ibu pgg dahi abie. panas.   tp ibu tpaksa bgun. ibu tpaksa keja. ibu call mak, mintak jaga abie kt umah kita jek. nnt ibu nk balik, bawak abie g jmpe dokto.
   ibu bnyk sgt kje kt opis. maklom la, dh hjung2 bulan. mak tanya ibu byk kali, pukul bape nk balik. Ibu asyik ckp sekejap2 jek...
   jam 1030 ibu nelad tggal kn keje. keje memang xkn pernah abes. maka ibu tpaksa la mintk kbenaran officer utk kelua. mama cakap la mama nk bwk abie g klinik. 
   smpai kt umh mama tgok abie, abg n mak dh tggu dpn pintu. mama tgok muka abie, lesu jek. sedih sgt ibu. abie xnk mnom susu pon. ibu terus letak abie kt seat sebelah, then jemput babah sbb ibu nk g klinik sme2 babah. abie kn tggungjawab babah jugak. 
   belom 5minit ibu drive, tibe2 bdn abie tersentak sentak. takotnya ibu masa tu! nasib baik ibu x terbabas, sbb masa tu ibu terus pegang abie. :(
   ibu cemas sgt. abie kena 'tarik2' ke?? Ibu call mak. smbil nangis2. then mak ckp td kt umh pon abie dh jd macam tu. Ibu makin x tentu hala!
   sepanjang jalan ibu pegang kaki abie. ibu usap2 dahi abie. pns sgt! sepanjang pjalann tu ibu tpaksa bwk slow jek, sbb kerap juga abie kena cmtu.
    asalnya ibu nk bwk abie g klinik Jamaliah. tp dokto pulak xde. stress sgt ibu mase tu. then ibu drive g klinik tawakal. spjg pjalann tu ibu nangis. sedih sgt tengok abie mcm tu. :(

   sgt la xpuas ati juga ibu mse kt klinik tawakal tu. mmg x lme menunggu, tp x lame juga jmpe doktonya. ibu inform pasal keadaan abie td tp die muka selamba jek ckp tu sbb pns sgt. Fine. die bg ubat msok kt montot abie. sekali lg ibu pndg lain. sebb ibu mmg x smpai ati. adehh~~
   balik umh. babah pesan jgn tinggalkan abie sesorang. risau terjadi benda2 x elok. siap suruh ibu ni MIA je dr opis ptg tu. huhu~
   serba slh. kje byk kt opis. Tp kesihatan abie pon penting jugak. untung partner ibu fhm. lapang dada sbb boleh la ibu fokus kt abie. maka petang tu, ibu tido dgn abie. walaupon abg farish sntiasa wt bising smpai ibu rase mcm nk tukar jd hulk! #_#

   petang tu, abie mcm dh ok. mak pon dh balik. tinggalkan abg sbb mse mak nk balik td abg tido. bangun dr tido mcm biase la abg berkonsert melalak cari mak. hehehe~
   So far nmpk perubahan positip. Abie nk minom susu dh. dan tersangat la lapa nampaknya. lega ibu....
   nk tido mlm tu, abie merengek2 lg. rupa2nya suhu badan dia naik semula!!! mati kutu la ibu dgn babah. bg abie ubat demam then popok smpai tidur.. smpat ibu berdoa, mudah2an esok kamu sihat ye syg. :')
   pg jumaat. jam 630 pg ibu masih tersandar kt kepala katil. bdn abie pns semula. adehh~ terpaksa la ibu el pulak arini. smbil kira2 bpe ari je baki cuti tahon ibu sbb ibu mmg suka cuti. akibatnya, surutla cuti ibu tu sbb kes2 kecemasan mcm ni. huhu~
   sblm g kje pg tu, babah sumbat sebijik lg ubt montot kat abie. konfiden je muka die. pastu babah bli bekpes siap2 utk ibu n ibu pon terus masak bubo utk abie. 
   sunggoh...
jaga ank yg sakit betol2 mencabar kesabaran. tambh2 plak ank yg sihat buat perangai yg x leh blah.
   babah jnji nk half day arini, sunggoh la ibu x mampu jaga sesorang. :(
   abie merengek xnk letak tepi. bgayut kt bahu ibu, duduk dlm peha ibu. smpai ibu nk pipis pon x lepas2. abg plak time tu la pampers penoh. nak mandi la, nk air la. huhuhu!
   td mama dh plan nk bwk abie g specialist klu demam die x kebah2 lg. tp ble lps smyg jumaat tu ibu tgok die ok. ibu pon kensel niat tu. harap2 maintain sihat teros ye. ibu just kelua COD brg. tpaksa angkat abg yg tgh tido masok dlm kete. sbb janji ibu pd customer. Parcel2 semua x jln dr kamis sbb ibu x mampu nk pos dgn keadaan ank yg x sihat gitu. mati skjp rasa teruja ibu pd perniagaan.
   muhasabah diri skjp..
diberiNya ibu nikmat rezeki $$ yg berterusan, tp ditarik nikmat kesihatan si kecil ibu. zuriat yg ibu kandung 9bulan dgn separuh nyawa ibu melahirkan dia. sungguh harta kekayaan x mampu menandingi nikmat kurniaan si anak itu tadi. maka mulai saat ini, ibujanji akan bersederhana. dan teros mendahulukan keluarga dr segala2nya. 
Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati