Friday 27 July 2012

miss my BF moment!

   assalamualaikum w.b.t


   entry yg agak lame bertapa dlm draft. kisah akhir penyusuan susu ibu. Kisah kenapa abie x lg BF. :))

newborn fareeq yg bambam
    sebaik je ibu disahkan + peknen, ibu dh azam siap2 nk fully BF bby ibu nant. x kire walau ape dugaan, ibu akan pastikan baby ibu yg bkl lahir dpt menikmati susu ibu. sbb ape ibu nk BF sgt?? kene bongkar entry ibu sebelom2 ni. refer SINI ^^

MUKE IBU MENGANDONG~
       ingt lg mse ibu peknen ni, ramai ckp bby ibu ni bby girl. Tp ibu sengih ajek.. sbb dh dimaklomkan bby bkl kelua ni bby boy. :p

see?? inila pemangkin semangt ibu uk kumpol sTok


   ibu susukan abie mengikut permintaan. setiap kali abie mau, ibu bg. hehehe~ minom la byk mne pon sbb susu ibu ni free jek. :))

   ibu heppy sgt mse ni, sbb ibu x perlu support permintaan mnyusu abie dgn susu formula. Sample susu yg dokto bg tu, ade kiut je dlm gobok umah mak. pandang pon x mau la. ^^

   seminggu... 2 minggu... 3 minggu... sebulan!
   IBU BERJAYA  BF ABIE~~~~
   hanya yg melaluinya je tau betap bestnya kejayaan ni. :))

stok yg nk di pack kn

   ramai yg ckp bdn kecik. mne boleh ade susu banyak? salah oke statement anda itu. saya ni x ckup kecik ke? berat 43kg dgn tinggi 152cm. :p
   ade jugak yg bdn besa tp xdpt memenuhi pemintaan susu ibu ank diorg. So jgn terlalu cpt membuat kesimpulan. pokok pangkalnya hati, azam & usaha.
   Ibu yg menyusukan x perlu la nk diet bagai nk rak~~ mgkin statement ni sbb ibu mmg jnis yg pyh nk naik beratnya, maka ibu x penag sekat tekak ibu ni. semua ibu mkn jek. asalkan x effek pd abie.
Nikmat mkn tu perlu kite enjoy sepuas2nya. heheheh~


raye pertama bersama abie

   mase ni abie baru 3bulan. hehe~ 

   bf time beraya bukan la mslh sgt. sbb ibu mmg prepare bju raye yg ade butang2 kt dpn, so sng mau kuakan 'Adek' tu.;P

   ntah knapa, rase malu untuk NURSING IN PUBLIC(NIP) langsong xde. klu ternampak sikit2 tu nomal la kn. heheheh~

isi tangki perot abie dlu


    
   sgt bangga mem Bf ank sndiri & makin bhgia sbb HB sgt la supportive. Mungkin die pon pearsan, betapa Bf itu menjimatkn $$$$$$. :))
   Saya Bf bukan semata mau jimat, langsung x terfikir pon nak save. cuma saya percaya, BF itu akan 'mengikat' rasa saya & abie. ^_^

   Pengurusan Susu Ibu menyusahkan???  Ini saya lakukan dulu..

edisi memunggah

   ini terjadi masa kami nk pindah umh kami skrg ni. :)
   semua tu ssu abie dan kuantitinya beratos auns. Fuhh... itu stok spjg tempoh berpantang dlu. Kerapkan bangun malam utk menyusu & mngepam sebab susu sgt byk pd wktu malam. Xpela bsengkang mata sikit. pluss abie pon baik je mase pantang tu. Tido spai pg. bangun susu aje/ :)
   
   selesai memunggah,, berdoa2 agar susu x cair. sanggop beli ais kt kedai utk letak kt dlm box tu. kemudian ditransfer dan menjadi spt ini......

suwittt sgt!!


   masa ni dh DARURAT sangat. peti ais tu mmg jelas2 xde ruang lg untuk disumbat dgn daging & mknn sejukbeku yg lain. sampai ade yg gelar aiskrim sbb membuak2 stok waktu ni. :))
   niat nk bli deep freezer. Timbang2 lama x nk pkai. tp mase tu nekad, kua kn savibg ibu sendiri utk membeli cik ELBA. :)

merasmikan 'rumah susu' yg baru

   semakin semangat nk pulun stok. smpai masok keje pon, snggup usung beg pam tu kesurau setiap 2jam demi stOk abie. mase tu leh kumpul 8-10oz setiap sesi. nikmat sgt2!!

   mase berlalu. menginjak usia 8bulan, ibu ini dh pandai skip2 pumping schedule. Ikot suka ibu jek. terkadang smpai bengkak cik B menampung susu yg mencurah. serta merta jd manusia yg PEMALAS!
   jadual yg baru--Pg sebelom hantar abie, direct feeding dia. Lunch feeding die. ptg pas opis hour pon sme. pam ade, tp dok dlm kete. huhuhu~~~
   sgt la sakit ble cik B bengkak. tp kenapa ntah, kesedaran sivik tarak mase tu. PENTINGKAN DIRI SENDIRI!
   pluss,, naik menyampah bila ade suara2 sumbang yg mempertikaikan masa Ibu mengepam. bukan la lame pon. paling2 15minit. :(
   masa ini stok beku pon menyusut. Bukit kalau ditarah hari2 pon rata, inikan pulak EBM yg x seberapa banyak tu. Stress bile tengok stok makin sikit, susu pon merudum la....
   salah sndiri jugak. cuma nk ditegaskan di sini, jgn sesekali stress. klu susu merudum, fikir cara nk tingkatkan produksi. cari punca kekurangannya. Yakin sikit atau banyak susu tu mesti cukup utk ank kite. :))


   dan kemuncaknya bila abie dh ade gigi, semakin bminat die menggigit2 cik B. sakit woo! terperanjat pon selalu gk. apela abie ni. hobi baru ke???
    trauma mau direct feeding abie. xmo kena gigit. :P
   maka di ulangtahun pertama abie, merasala FM  yg sekian kame terperok dlm gobok tu.

  dr mula menambah FM dlm hidangan seharian, terus bertukar kpd FM sepenuhnya. X la rasa ralat sgt. Sbb pd ibu, setahon tu pon dh kire sukses. Mungkin ilmu utk atasi bby gigit cikB perlu ibu gali. Prepare utk next baby, :P
   Sebulan lps abie x BF, ibu bli majalh PAMA yang mmg x penah miss beli. ade plak info utk elak bby menggigit time nyusu. Walaupon ibu  x Bf lg, ibu share kn kt cni ye. buat panduan kite same2. :)


1. Alihkan Bayi
Antara langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan gigitan bayi ialah dengan mengalihkannya daripada payu dara secara perlahan-lahan. Sambil itu, anda digalakkan untuk menyatakan perasaan anda akibat perbuatannya. Berkatalah seperti, “Sayang, jangan gigit mama” atau “Mama sakit” biarpun ketika itu anda mungkin mempunyai sekelumit rasa marah kerana sakit, namun sebaik-baiknya luahkanlah perasaan anda secara berhemah dan lemah lembut.

Untuk seketika, biarkan bayi berbaring sendirian sebelum anda menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini, ia dapat mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu.

2. Tekapkan Muka
Ketika bayi mula mengetap bibir untuk menggigit, dekatkan mukanya ke arah dalam payu dara. Ini secara tidak langsung akan menyebabkannya sesak nafas lalu mendorong dia untuk menghentikan gigitan supaya dapat bernafas semula.

Sekiranya anda kerap melakukan panduan ini, lama-kelamaan bayi akan mula faham bahawa jika dia menggigit, dia akan mengalami masalah kesukaran bernafas. Dengan yang demikian, diharap bayi akan mengelakkan diri daripada terus menggigit di sesi penyusuan seterusnya.

3. Ketahui Punca
Sepatutnya di awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit! Hal ini dapat anda lakukan dengan mengenal pasti punca yang mungkin menjadi penyebab mengapa anda sering digigit.
Berkemungkinan, ia berlaku kesan daripada perasaan kecewa bayi kerana tidak berjaya memperoleh susu seperti yang diingininya. Jika itulah yang menjadi penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. Antaranya, anda boleh menekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu.

4. Amati Corak Penyusuan
Di akhir sesi penyusuan pun, anda dapat mengelakkan gigitan bayi. Ini dilakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk akibat kenyang mahupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya. Untuk itu, anda harus peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda akan menggigit.

5. Posisi Selesa
Anda seharusnya sentiasa memastikan bayi dan anda sendiri berada dalam posisi yang cukup selesa ketika sesi penyusuan berlangsung. Sekiranya bayi mahupun anda kelihatan tidak selesa dengan posisi penyusuan tertentu, segeralah membetulkan posisi berkenaan agar lebih selesa.

6. Leraikan Dengan Jari
Apabila anda dapat rasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia daripada payu dara. Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari anda terlebih dahulu. Hal sebegini boleh mencederakan puting dan tentunya ia lebih menyakitkan.

  
7. Gigit Alat Lain
Berikan bayi alat-alat lain untuk digigitnya seperti teether atau tuala kecil yang dibekukan di dalam peti sejuk beku. Alat bantuan seperti ini amat bagus kerana membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit sesuatu agar dapat menghilangkan rasa gatal gusi.
Oleh yang demikian, jadikan alat-alat sebegini sebagai alternatif untuk mengelakkan diri sendiri digigit!

8. Elak Jeritan
Cuba hindari diri daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih akan menjadi teruk lagi, ia mungkin penyebab untuk bayi enggan lagi menyusu.

Cara-cara untuk menghentikan bayi yang menggigit

• Katakan “tidak” dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan. Dia perlu mengaitkan menggigit dengan kehilangan puting - kebanyakan bayi tidak suka dengan perpisahan ini.

• Jika dia teruskan juga, letakkannya di atas lantai untuk seketika sebaik saja dia menggigit.

• Untuk kanak-kanak boleh berjalan yang suka menggigit, jadikannya sesuatu yang positif apabila dia tidak menggigit. Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian.

• Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuh anda semasa penyusuan.

• Belajar menyedari bila dia sudah hampir selesai.

• Jangan menyusukannya kecuali dia betul-betul lapar.





itu sje,, nnt klu ade ibu kongsi2 lg k. :))



  
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati