Thursday 20 June 2013

kenapa aku suka harini??????

assalamualaikum

kembali lagi, 
semenjak dua menjak ni laju pulak up entry baru ye? 
heeee~ 
sementara ada masa ni. kite marathon entry la nampaknya. :p



20jun
hari ulangtahun kelahiran mak ayah. Dari dulu memang eksaited memandangkan besday mereka serentak. Bukan kitorang anak2 je eksaited, orang luar yang tau pon eksaited sekaki. 

itulah namanya jodoh.
walaupon beza umur 12tahun, tapi bermakna sebab berkongsi tarikh yang sama. 

dan antara aku dan adik,
nampaknya aku yang lebih menurun 'luck' ni,
sebab aku n hb beza sehari jek hari jadinya.

serius, 
masa cinta2 dulu bila tanya besday hb bila & dia btau 18februari, aku sangatlah terkejut.

17februari besday aku ler!
maniskan perancangan Allah itu. :) 
dan lagi manis bila kekal perhubungannya ke arah pernikahan.
mudah2an ke akhir hayat. amin.

berbalik pada kisah mak ayah tadi...

Tiada hadiah untuk mereka tahun ini. 
T________________________T

eh,, takde hadiah bukan la maksud langsung takde.
maksud aku, hadiah untuk diorang tak ada lagi.
 tak carik lagi. tak beli lagi.

any idea nak bagi ape tak???

timbul rasa nak hadiahkan percutian kat diorang berdua
tapi nak bagi pergi berdua je memang mustahil la
mesti kami anak2 pon ikot sekali

nak pergi mana ek...
luar negara aku memang tak mampu ler
dalam negara ok la
kan??

bercita2 nak seberang laut china selatan. nanti la usha2 air asia. kot ade promosi tambang murah. ngee~

aku doakan mak ayah aku ni panjang umur. bahagia je selalu. walaupon aku tengok selalu jek gadoh. :p

yang penting, aku nak diorang tau aku sayanggggggggggggggggggg diorang sangat2 walaupon aku tak penah cakap face to face. 

p/s: nanti gaji kite open table yek. ^_^
Terima Kasih

Tuesday 18 June 2013

bila kami ke pantai timur

assalamuaaikum!

terlewat lagi menge'up' entry baru. maklumlah gambanya sekerat kat henpon sekerat kat kamera. So terpisah2. kena la tunggu cukup semua baru best nak tayang,. :p

2hari selepas majlis kawen cu, kami berangkat ke Kelantan. 

isnin, 3jun2013, 12t/hari


nak jugak tepek muka sememeh ni besa2. no filter, no eyeliner, no cream2 bagai. :p
perjalanan jaoh. berhenti pon mesti banyak2 kali. so tak perlu mekap. boleh gitu? 

ada 3 kereta. pengantin baru dengan mak 1 kereta. pakcik dengan atok 1 kereta. aku anak beranak dengan ayah 1 kereta. berkonvoi la menuju ke negeri pantai timo tu....

taktau spe yang harus dipersalahkan. aku yang percaya kat pakcik aku tu atau pakcik aku yang percaya sangat dekat GPS die tu. T_T

perjalanan yang pada aku lebih mudah ikot signboard jadi tak tentu hala dek kerana Gps dok bawak kami pusing2 ikot jalan mana ntah. Alih2 sampai kat bukit besi. maghrib. 

lepas tu ikot cakap aku je la. sebab dah kematu duduk lama dalam kereta. Aku memang tak mampu la nak jalan jenjaoh gini. penat.


aku decide ikot je highway pantai timur. Opis2 mate dah bagitau ikut situ senang. masa2 macam ni kena ikot cakap kawan yang selalu balik kampung lalu jalan ni. :p

meredah la malam kat highway itu. Sampai simpang kat Kuala Terengganu tu adik call, temperature kereta tinggi pulak. Melepasi tahap bahaya. gulp!

 akhirnya tersadai disini
jam 9malam

yang aku faham tangki air dah boco, sebab panas sangat. garu kepala masing2. apa mau buat ni??????

sampai jam 10lebih kitorang kat situ. Untung ada peronda lebuhraya tu boleh tolong jagakan kereta sampai esok pagi. Tu jek keputusan terbaik. Nak tarik memang tak la kan. Maka tidola dia disitu....

sambung perjalanan yang paling tidak 2jam lagi. Anak2 yang tadi baik dah mula buat perangai. berpangkulah dua2nya kat ibu. habes kebas punggung dibuatnya.

kat seat belakang, mak ayah dgn pengantin. sendat macam sadin. nasib semua badan semuat rasa jek. maap la ye. ini semua cobaan~

selamat sampai homestay. penat tak payah cakap. pinggang pon macam nak patah. dah la jalan jaoh, anak timpa pulak dengan badan diorang yang tido sikit punya lena tu. kesian jugak anak2. tak pernah travel jaoh macam ni. senang cakap ni pengalaman baru untuk anak2, apatah lagi makbapaknya ni ha.
 :P

dapat bantal. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~


selasa, 4jun 2013.
bangun pagi2 makan nasi berlauk. first time makan kot. selalu dengar je opismate tu cerita. nasi berlauk nasi berlauk. :)

lepas makan, siap2 semua. Dah sampai tempat orang kalau tak berjalan memang rugila sangat. Badan memang masih letih. Tapi kuat2kan je la.

Pengantin lelaki tak join. Dia uruskan kereta yang tersadai semalam tu.  Maka kami pon set la nak pusing2 tengok bandar kononnya. ngee~

perjalanan 100% disokong oleh GPS. nak harap signboard, macam tak konpiden. Oh ya, siang ni kami dah bawak haluan masing2 tau. Pakcik aku tu nak pergi umah besan dia. Gasakla. kami jalan je sendiri dengan muka berani. hahaah!


muka suci lagi. letak eyeliner je. sebab bila x letak macam sedih la muka iols. :p

Kota bharu. settle. tetiba hb cakap nak pergi pasar siti khadijah. :p


 mengagumkan sangat

terasa canggih kamera henpon aku ni bila dapat shoot pic cantik cenggini. ^__^

kat sini puas jugak berjalan. mula2 taknak beli. tapi nampak sangat membohongnya kan. 
maka 'terbelilah' 2 pasang kain kat sini. konon nak buat raya. tapi ade lagi ke tailor yang sanggup ambik tempahan????

pusing2 dua tiga tempat. beli serunding daging sikit. nyum2~

DONE. 

jam 3petang. rasa panas terik kot masa ni. tapi kalau dah memang jenis kuat merayap takleh kata apela. dapat pulak laki yang memahami. :)

Rantau panjang kami datang! 

maap. takde pic kat rantau panjang. sampai2 je dah bertempiaran memasing. hilang celah2 kedai. Farish pulak buat hal. taknak turun dari kereta. panasssss jek hati.

dalam 20minit gitu, skala mengada dia dah turun. dapatlah berjalan. hb dapat seluar, aku jugak yang melepas. konon nak survey2 kedai lain, sekali rasakan. yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. T_________________T

sampai maghrib jugak berkampung kat situ. aku yang dari tadi cari kedai telepon sbb nak beli charger henpon untuk kereta. tapi hampa. 

berhenti mkn kat kedai makan kawasan tu. sebab fareeq dah buat 'kuih'. kenala tumpang toilet. busuk kemain kau abie.  :P

menu: mee cimbo kata org kedai tu ni mee celop. ok fine. aku memang teringin sangat nak rasa.

siap makan, menuju ke jalan pulang. masa ni tab aku tu dah bunyik2. signal dah mintak nyawa. kecutt je hati. takut tak dapat jumpa jalan balik kalau tab tu kong. tu la GPS aku tu...

masuk kawasan bandar. alamak wakaf che yeh la!!!!!!!!!!!!!!!!

hb u-turn. terus cari parking. baikkan laki aku? buat2 tanya nak singgah ke, padahal die memang nak singgah.

kat sini pada aku barangnya tak semurah kat rantau pjg tadi. tapi setakat nak pusing2 tengok suasana, aku on jek. sambil2 tu masih cari2 charger utk tab aku tu.

tiba2, hujan turun laaaaaaaaaaaa!
berlari semua tuju ke kereta. jam dah hampir 9malam. jom balik!

masuk je kereta. tetttt~ tab kong!

HARAP MAAP.

mengagau cari jalan balik. semua main ingat2 je jalan yang lalu masa datang tadi. alih2 sampai JELAWAT. alahai~~~~

pusing2 dekat 30minit jugak. lepas tu baru call siraj. die guide jalan. sampaila dpn simpang. 
tak la jaoh sangat kesesatan kami tu. ngee~

terus tido. penat berjimba. kulit pon sunburn. esok dah majlis. sadis. belek2 dulu ape yang dibeli tadi.

mak demgam adik la yang sakan membeli. tapi serius berbaloi. baju yang rm 35 selalunya kat pasaran sini, mak dapat rm 18 je. punya terer menawor harga!

gigit jari la aku. sebab ak tak jumpa kedai diorang tu tadi. huhu~

5jun2013
majlis rumah lelaki

kat sini takdelah bergaya baju pengantin yek. kenduri makan2 jek. 

ini adelah menarik. terus verangann nak buat masa besday farish nant. :)


dekat asar dah
balik homestay
terus siap2 nk berjalan pulak
^___________^


hari ni feeling nak duduk tepi pantai jek. On GPS. search mana2 pantai terdekat sampailah ketemu pantai Irama ni.....


sampai2 abie tido ler pulak, padahal die la paling teruja kalau tengok air. selalu tengok parit kat rumah mak jek, kalini tengok seluas2 laut. 
 

masa ni kite dah giat nak kejut abie. lepas je celik die terus jerit, 
"air..air.."

best duduk tepi pantai. Kena tiup angin terus feeling romatik. :p
romantikla sangat kan. hehehe~


kami. 
seronok sesekali dapat kumpul sekali. walaupon rumah dekat2, tapi  jarang sangat dapat spend masa sama2 mcm ni..... :(

InsyaAllah kalau ade rezeki lebih nanti bolehlah plan cuti jaoh sikit. mesti lagi best. terutama ayah yang memang teruja sangat tu. dengan 2 anak, 2 menantu & 2 cucu. :)

malam terakhir di sini. Esok bertolak balik la kami. Tapi, nampaknya hb ada perancangan lain. Dah alang2 sampai katanya. 

apekah???? tunggu next entry ye. ^_____________*

Terima Kasih

alarm Farish tiap2 pagi


^_________________________^


 takde lagi masalah merengek2 nak bangun pagi
dengan
TAYO THE LTTLE BUS
(:

smenjak adenya siri ni kat saluran astro 613.......

farish dah senang bangun pagi. Keje ibu cuma bila dah pukul 7pagi tu, terus on tv. Bia je lagu tayo tu bergema, nanti bangunlah dia. hihii~


jenuh jugak pikir cara yang paling efisyen nak buat dia bangun sukarela ni. Paham2 je la, kalau tak kena angin dia, bangun pagi merengek2. Tak lagi bab dia mengada mintak dukung bagai. =__+

habes je Tayo pukul 7.30 terus mandi. tak banyak soal dah. senang keje. mak pon suka. :p

sesekali ade jugak layan citer ni. tu pon wiken la. hari keje memang mintak maap. x sempat sesangat.

so anak, enjoy la layan tayo ye. Fareeq pon dah pandai tergedik joget2 bila dgr lagu tema dia. :) 


Terima Kasih

Monday 17 June 2013

report card pertama farish hafiy

assalamualaikum~

  seperti yang dah dijanjikan dgn kak Min(tuan empunya Smartreader kids Taman Bersatu),

berjumpalah kami hari rabu itu..

mak,bapak dan pelajar. datang sekaligus.

nasib kami baik, takde parents lain. Atau mungkin Kak Min dah arrange baik2 supaya takde pertembungan antara makbapak yang lain. 

mood cuti sekolah lagi. yang ada cuma pelajar2 yang ikut kelas tuisyen kat sini. Farish terkebil2 jugak tengok budak2 yang lain tu. konpius kot. :)

sampai2 je Kak Min terus jemput masuk opis die. Opis yang sama kitorang datang 2kali dulu. Sekali masa survey kindergarten untuk farish. Kedua masa confirm nak register Farish kat sini. :)

Debar je masa Kak Min collect semua buku2 dgn report card Farish. Hb pandang aku, aku pandang dia. Farish terkepit je celah ketiak kitorang. macam tak biasa datang sini pulak gaya dia masa tu. T__T

memula kak Min tanya, apa yang aku perasan tentang perkembang Farish lepas 5bulan kat SRK ni. Aku telan air liur dulu, walaupon jawapan tu dah 'toink2' dalam otak ni. 

Aku pon beritahu la, aku rasa sepanjang 5 bulan ni banyak jugak perubahan pada anak aku ni. Dah pandai baca ABC, baca alip ba ta, mengira 1 sampai 13. Dah pandai berkawan, walaupon still masih ada sesetengah masa tu dia malu2.

tapi bak kata kak Min, budak2 biasalah ada 'angin' dia. aku angguk2 je masa tu. Paham dah aku kalau bab angin si Farish ni.

Beberapa minit lepas tu kitorang jusat borak2 tentang perkembangan Farish dimata cikgu2 dia. 

Mesti diorang ingat lagi student yang bukan main agresif masa mula2 masuk sekolah dulu. 'bersilat' cikgu2 melayan Farish ni. haha! lawak la bila ingat pasal tu.

Bab kehadiran Farish pon dipuji. Sebab Farish memang rajin pergi sekolah. Kalau tengok betapa mengamuknya dia masa sekolah dulu2, mesti orang tak sangka dia bersemangat waja nak ke sekolah tiap hari. Kak Min suka Farish sebab tak ponteng sekolah.

Babah sengih, aku lagi lebar sengih.

Jangan berangan la nak ponteng, rugi bayar yuran mahal2 tau! :p

Bab dalam kelas, Farish memang senang belajar. Tu cikgu dia yang cakap, bukan aku suka2 puji yek. :p

cuma, tahap kepelatan farish tu jek yang cikgu dia sangat2 gelihati. heheheh~

Takpe2, taon depan baiklah pelat tu. Chewah,, kak Min sedapkan hati aku. Tapi dia cakap, memang ramai pon student yang pelat. Lama-lama ok. Lega la hati ni.....

aku memang lupa nak snap pic report card tu.
tapi markah dah tau la.
dalam repord card tu lebih details perkembangan & kemahiran Farish dari awal sampai setengah tahun ni.




haaa...itu dia. ade nampak??

cikgu cakap farish lebih ke arah matematik & sains. 
kembang kempis hidung weyh,, tengok mak bapak ler! ^_________^


 ini buku2 latihan setengah tahun pertama ni. actually tak sampai stengah tahun pon, sebab diorang mula belajar bulan 2 haritu. Januari, bulan mesra2 jek. ngeee~

menariknya, dekat buku2 ni cikgu dah tulis sekali tarikh 'khatam' anak2 korang belajar buku tu. Perlu diberitahu juga tarikh tu adalah berbeza pada setiap pelajar. Ni salah satu sebab aku pilih Smart reader. Diorang tak paksa anak korang ikut student lain. Semua diajar ikut kemampuan masing2. Budak2 kan ada yang cepat ada yang lambattt sikit. :)

balik tu aku tengok la buku dia satu2. Bab tulis anak aku ni memang ok la. Tapi bab kaler2,, anak aku menurun betol gen mak bapak dia. Memang dasar tak bape kretip. heheheh~

duduk2 tu aku cakap kat hb. memang markah farish takde 90+. 

tapi aku tetap bangga. sebab..


aku hanta anak aku ke sekolah tanpa basic apa2 pon

farish tak tau ABC, 123 apatah lagi alip ba ta. Dia cuma ada pensel, yang die tulis suka2 hati dia atas buku yang aku belikan khas untuk dia.

dia ke sekolah tanpa tau apa. senang kata KOSONG la.

2bulan sekolah dia pandai baca ABC. 1-10 versi melayu+english. Bezakan huruf besar dengan yang kecik, yang sikit dengan yang banyak. phewww~

 Apa lagi yang aku harapkan ye tak? Dah la aku tolong dia ulangkaji + buat latihan malam je. =____+

setakat ini, aku cukup bersyukur. Itu dah cukup baik untuk budak yang baru 3tahun 10 bulan macam dia. tak la push dia sangat. Nanti die bosan, susah pulak. As long as dia berminat untuk terus belajar, itu dah memadai. 

Ciom pipi kanan, pipi kiri. Sayang anak ibu la. :)

Dalam masa yang sama, aku nak sangat ucapkan terima kasih kat cikgu2 smart reader tu yang tekun mengajar anak aku nih. Sebab aku tau, tak senang nak mendidik budak2 ni. Sebab aku dah try kat rumah, takdenya sukses. :P

aku cuma mintak dihalalkan semua ilmu yang diberi kat Farish selama ni. Mudah2an Farish terang hatinya nak belajar lebih baik masa akan datang. Perjalanan masih panjang, dan impian aku masih tinggi. 

wassalam. 






Terima Kasih

teaser : teacher meet parent week


pertama kali jumpa cikgu anak sendiri
=________________+

Terima Kasih

Sunday 16 June 2013

sports day + family day

assalamualaikum

pertama kali diberitau ttg hari sukan smart reader kids taman bersatu, aku dah awal2 berangan. mesti syiok. dapat tengok aksi kanak2. lebih2 lagi anak sendiri. :)



bertempat di stadium MPK Kluang,, 
seawal jam 830pagi kitorang dah sampai tau, mati2lah ingat kitorang lambat. =_=

farish dari semalam lagi dh pesan, cikgu suruh datang cepat. Babah pulak suka menyakat dia, 
"esok babah & ibu hanta jek. nanti balik babah amek. "
farish pon laju2 bidas,
"mana boleh,,cikgu cakap bah & bu kena ikut"
ibu tukang tengokkan jek...

sampai2 stadium farish buat peel. mula2 tu taknak ikot teacher Mala. ibu&babah dah cuak. huhuhu~

lepas 5minit baru kitorang masok. fareeq pon ada. leka tengok budak ramai2.

nyanyian lagu negaraku & smartreader kids. :)

cer teka mana satu farish?
hehehe~
tu dia,, yg pegang cap tu. dah tak berdiam budak ni. kalau tgok video pon sama. terkuit sana, terkuit sini. :p 



ade 10games semuanya. dibahagikan ikot umur. 4tahun. 5tahun.6tahun.
mula2 yg 4tahun. mak makinlah teruja!

ingat lagi masa jumpe teacher mala jumaat lepas. 
"Farish hafiy xnak join games la.."

masa tu dh rasa patah semangat. syukurlah hari ni die mud ada baik. haha!
kalau tanya ada apa arini? dia cakap ada lari2. :p


kualiti gambar,, maha poyo. mencik!
ni farish tengah main baling bola dalam box. ni dah 2nd game. yang first tu xde snap pic, just record jek. T_T

berdebar je bila tgok cikgu letak dia barisan depan. takut dia xnak buat. Tapi akhirnya, u did it son! :')

sempoi jek diri depan sekali
yang kita ni punyalah x konpiden =_=

game ni pon dia main. peserta memula jugak. kiut jek rasa tengok dia masa tu. maklumlah, anak sendiri. hahaha!

antara sukan untuk kanak 5 & 6tahun

game untuk cikgu, supaya dpt score extra point pd grup masing2. 


sangat la x banyak snap pic aritu. sebab fokus nak record semata. nak harap babah tukang snap, memang tak ler~

lepas tu sesi makan anak2. lepas ni ada games utk makbapak. mak2 je majoriti yg nampak eksaited. :p

ready nak makan.
tak sangka anak kita ade situ kan? :')



selesai makan, mulalah games makbapak. diriku join, tp mmg xde pic la. hampeh jek babah tau! 

melepasi jam 1ptg, majlis sampai ke kemuncak. seronok sgt la bab2 bagi hadiah ni. hihihi~


semua dah beratur nak terima medal memasing. muka pon masing2 dah seposen jek. Letih sangat kot. 




tahniah sayang!
yang pasti die teruja kot dapat hadiah cenggitu. tak payah cakap, tengok muka dah tau. sebab bila ibu tanya best tak, dia laju2 angguk. :)




tengok betapa penatnya sampai mata pon x bukak besa2. haishhh!

tapi yang paling penting.......................................................................................

 ibu pon dapat! 
^__________^
xdelah isu berebut dengan abie. dah dpt sorang satu kan. ngee~

penat mengalahkan orang yg main sukan. drama jek lebih! 

tamat hari ni..
seronok. dapat kenal makbapak lain. dpt kenal cikgu2. dapat tengok keletah anak2. 
penat tapi takpe, esok sekolah cuti. 
ibu jek la kena keje. huhuhu~

btw, terima kasih pada cikgu2 semua. terima kasih sebab membentuk anak aku yang sorang tu. Dari 0 kepada sesuatu yang lebih baik. Sungguh besa jasa kamu semua. Mohon halalkan semua ilmu yang diberi ye. :)

.teacher ct.
.teacher min.
.teacher joanne.
.teacher mala.
.teacher wan.
.teacher umi.
^___________________________________^

Terima Kasih

hari utk yang bergelar ayah

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!

fes time up entry hari bapa. 
selama ni bukan tak ingat, tapi memang tak tau pon bila hari bapa. cuma tau bulan 6. sama la kisahnya dgn hari ibu dlm entry dulu. "klik sini untuk kisah itu. " :)

bukan tak menghargai, cuma memang tak diasuh dr kecik untuk celebrate hari2 begini. Lainlah kalau hari guru, start masuk darjah 1 sampai khatam tingkatan 5 kita memang wajib sambut kat sekolah. ^_^

tapi, tak sambut bukanlah maksud tak sayangggggggggg.. betol tak?

25tahun jadi anak sulung encik ZAINAL ALI. 

.ayah.
^________^

lelaki 57tahun inilah inspirasi aku. nampak tenang dalam segala hal. tegas, tapi tak pernah sekalipon naik tangan pada aku dua beradik. cubit pon seingat aku memang x penah.  sebab tu aku sayangg dia sangat2.

walaupon ayah tak penah pukul, elok je kitorang besar. tetap respek ayah. sebab bila dia marah, dia lagi suka beri nasihat. slow talk. so rasa nak protes tu tak sempat timbul, terus rasa insap. sobsob.

 aku dgn ayah, tak la rapat sangat compare adik dgn ayah. sebab adik ni jenis melayan. adik on jek kalau nak tengok cerita zaman2 P. RAMLEE tu. Layan lagu2 60an sama ayah. aku? layan jugak, tp tak seberia adik. :p

ayah jenis memendam rasa. pada aku la.. 

aku bukan jenis yang melawan cakap. Tapi tula, aku selalu pikir taknak susahkan ayah. ayah keje posmen. Dulu masa aku sekolah rendah,, pukul 6pagi ayah dah hantar pegi sekolah.sebab nak ikot jadual kerja ayah.

 Masa tu gate sekolah pon x bukak lagi. Bukan aku tak pernah panjat pagar sekolah, lalu bawah pagar dawai yang kaler hijau tu sebab nak masuk sekolah punya pasal. Sampai tu, sapu2 kelas. haa.....kira memang banyak amal la pada sekolah. :P

petang pulak paling awal pukul 2petang ayah baru ambik. Berkemah la aku bawah pokok dpn sekolah tu. tengok sorang2 balik, sampai licin perkarangan sekolah tu. Masa tu takde lagi sekolah 2sesi macam sekarang. huhuhuhu~

Ingat lagi masa darjah 2 aku kena gigit dengan penyengat, tu pon sebab ada budak2 lelaki mana ntah main baling2 sarang binatang tu. Mencicit aku lari sampai jalan utama. Ada jugak 300meter rasanya. Sampai selisih jalan dengan ayah..

Sedih tau. aku dh la memang sejak azali hati kaca. pegi sekolah pagi2, balik pulak extra 2jam dari orang lain. huhu... Tapi tak penah aku tunjuk rasa sedih tu kat ayah. Mungkin aku budak2 sangat masa tu. Kesian. 

Ayah pon mesti terkocoh2 nak jemput aku. Masa naik motor tu aku dapat bau baju uniform ayah yang dah hangit dengan bau matahari terik. Jaoh ayah hantar surat masa tu....

Bila kenangkan ayah yang berpanas hujan tu la, aku tekad nak belajar rajin2. Aku niat nak senangkan ayah. Nanti dh tak payah kerja panas2. 

Dengan tekad tu la, aku dpt 4A1B. Frust tak dpat 5A. tapi dengan keputusan tak seberapa tu jugak aku tgok, ayah cukup2 bangga. :')

dia makin bangga bila aku masuk SEKOLAH TINGGI KLUANG. tu sekolah orang pandai2 katanya. aku masa tu senyum je. bersungguh ayah settlekan semua urusan daftar sekolah tu. 

PMR
SPM

selesai. kalini ayah nak aku sambung belajar. Ok. aku ikotkan. Tapi dia x tau sebenarnya aku x submit pon application matrik. Aku submit UPU jek. hehehe~

 Anta jugak application untuk maktab perguruan. Ayah bagi duit untuk aku port kat CC tu apply semua tempat belajar yang ada. 

Offer IPTS lagila,, berkoyan smpai kat rumah. Tapi aku tak layan. Mahal kot untuk orang sederhana macam kami.

Satu yang ayah tak tahu, aku dah apply kat website SPA untuk jawatan yang berkelayakan bagi lulusan SPM macam aku. saje buang2 masa. Klik klik submit. balik rumah.

SEBULAN LEPAS TU

dapat panggilan temuduga jawatan Pembantu penguasa kastam. gulp!
ayah pelik. Bila masa mohon alih2 panggil temuduga. 

interview bulan depan. Gugel la sikit2 pasal kastam ni...

2minggu sebelom interview, dpt surat tawaran ke UITM SEGAMAT. 
course Pengurusan maklumat. Frust ok!

frust bukan sebab dpt tawaran. tapi sebab course tu. patah hati.

ayah try pujuk. suruh pergi yang swasta jek. So aku dapatla pilih course yang aku nak sangat tu. Tapi aku tolak. Kalau nak g IPTS, tak payah aku score A1 kat math, akaun, bi semua tu. 3kredit pon dah boleh pergi. benci. :(

masa tu aku paling takde semangat. Hilang rasa nak sambung belaja. Nekad tolak. Tunggu masa pergi interview kastam jek. 

Kalau ada rezeki aku, adalah. Allah tu maha mengetahui. aku harap keputusan ni yang terbaik. Ayah cuma diam bila aku putuskan macam tu...

dari belaja something yang aku takde hati, baik kerja.
dari perabis duit ayah tak tentu hala, baik mula kerja.

masa tu aku berharap sangat rezeki tu menyebelahi aku...

ALHAMDULILLAH. aku berjaya.
bila lihat ayah tersenyum, aku bahagia. Mudah2an kecewanya itu terubat sedikit. Dan aku bangga. Berjaya meringankan beban ayah dengan kerjaya sendiri. 

Setahun kerja. 

jodoh pon sampai awal. ngee~

ayah pon setuju. :)
selamat semuanya..

Lepas tu dapat anak...
pengarang jantung tokyah die ni
sorang, lepas tu dua orang. hihi~


sesekali ayah ada tanya, takde ke niat nak sambung belajar lagi.
bukan taknak, tapi dengan keadaan sekarang rasanya sangat tak mampu

mungkin orang lain boleh, handle kerjaya, anak, keluarga & belajar serentak.
Tapi bukan aku. T____________________T

aku percaya pada percaturan Allah. Mungkin aku terlepas saat2 gemilang kat kampus, InsyaAllah, siapa tahu anak2 aku akan tebus balik segala yang tak sempat aku lalui tu. Amin.

Dan ayah, nampaknya akur dengan semua ni. Sekarang aku nampak dia dh sambung impian dia tu pada cucu2 dia ni. Tak putus2 kata semangat dia pada diorang, terutamanya Farish. Mudah2an Allah panjangkan usia ayah, untuk berkongsi kejayaan cucu2 dia ni nanti. :')

 next,,
encik MOHD NOR HAFIZAN AHMAD
 
suami merangkap bapa kandung anak2ku. :)

bersyukur dikurniakan suami yang sentiasa berada disisi baik senang mahupon susah. Lelaki yang sedia membantu membesarkan anak2 kami yang sudah 2orang ini. ^______^
 
amanah Allah
menjangkau 5tahun kawen, dengan 4tahun bergelah babah.
kamu superb sayang. sebab tu sayang kamu lebihhhh sikit. ngee~

Mungkin sudah rezeki, dapat suami yang mampu membantu membesarkan anak2. dari bab mandi, pampers, susu, jaga semua boleh konfiden dengan dia. :)

bangga jap. :p

 
Ya Allah,
sungguh aku bahagia dengan semua yang aku ada kini
Y_Y


semoga babah terus bersemangat melayan kerenah anak2. Yep,, saba babah lebih sikit dari ibu. Tapi ibu tak tau kenapa anak2 tetap rapat dengan ibu. hikhik~ mungkin itu memang bonus point untuk ibu. :)

thanks sayang, kesediaan kamu bersama2 membesarkan anak2 sangat b hargai. Harap2 terus bersedia untuk bakal anak2 yang lain. hahahaha! ^_~

 

 kesimpulannya, sayang kedua2 ayah ini sepenoh hati.
 Dua2 sepesen.
 sempoi~ 
^_____^

Terima Kasih

Friday 14 June 2013

sempena menghilangnya aku beberapa tempoh..

assalamualaikum!

sumpah rindu pada blog ni. pada keyboard & pada skrin nih. 
tapi sejak beberapa minggu ni langsung tak punya masa untuk menghapdet.
kalau ade feel nak hapdet pon, line tenet mcm hampess!

mcm entry aku ttg besday cu  3minggu lps,, dh cun2 aku create boleh plak line tenet problem. so terperam dlm draf dan semestinya aku dah xde rasa nak publish tentang itu. BASI!

masih lagi dlm mud menulis, tp kekangan dan halangan lain2 tu buat aku fed up. Dah la kena curik2 masa nak hapdet, dah syok2 boleh plak line problem. Sangatla........ 

actually banyak gila kot yang berlaku sepanjang beberapa minggu ni. Dengan kisah kenduri kawen, perjalanan jaoh kami sekeluarga dan macam2 lagi yg aku pon dah x berapa ingat. maklom la, dah peram lama. ..

sementelah cuti sekolah yg panjang aritu, aku memang terikat dengan jadual majlis kawen yg super pack. 

minggu pertama cuti tu,  dah set up baik punyee wedding kak ipa aku tu. so jumaat dah port umah mak mentua sampai la isnin. Penat? Memang gila punya penat. Rasanya paling penat kot? hahahahhahaha!



 majlis nikah. sebenarnya tak la nak tayang pic pengantin tu,lebih nak tunjok aku yg terkelepot kat belakang nun. :P

aku adalah antara org yg bz kot masa tu. dgn lambakan goodies yg belom settle. periok kuali kat dapor bergelimpangan. haishhh~ 

mandi pon rasa mcm x serap air. T__________T




punyalah kelam kabut kan. lme dh x buat keje kawen. 


ni pic lps majlis, tengoklah fareeq pon pakai pampers jek. sebab ibu dah bwk stok baju ngam sampai ahad je. babah la ni.... grrr~

setel bab kaklong. masok mingu ke2 cuti sekolah, preparation wedding cu pulak. 

lagi x menang tangan kan,, maklomlah yg terakhir kali. :)

tingtongtingtong....
pengantin nak g spa, aku bawak
nak berinai, aku anta
nak cari bubble talk lagi. merempit g kampung sebelah.
segala2nya demi cu
^_^



menanti penoh debar~

alhamdulillah, cu sah menjadi milik suaminya. :')

 tahniah dik. akhirnya kamu menjadi isteri orang jua. aku adalah teruja. tak saba nak dpt anak sedara. kuikuikui~


:aku harap dpt anak sedara pompuan:
hhahahhaa! over tak? 
:P

ini mak. muka mak pon nampak letih sangat. takpe mak, ni yang terakhir kali. lepas ni kite rewang majlis farish pulak. 20 tahon lagi. :p


 masa ni orang semua dah kelua g makan. aku memang selalu teruja kan. nak jugak la amek pic dgn anak2. laki je memang spesis kaki bangkang. mne die layan nak pose2 mcm ni.

btw, aku rasa kiut. hahha!
sebab kiri kanan aku ada hero2 yg sporting melayan cekadak ibu die ni. sayang dua2~

memang x banyak pon pic majlis ni dlm henpon aku. bayangkan la akau kehulu hilir buat macam2, mana tercekau tangan nak pegang henpon semata kan? 

so adelah korek2 sikit, x lawa mana pon, tapi nampak jugak la. nanti lepas copy pic dr kamera sebenar aku paste lagi, jangan nak muntah pulak menengoknya nanti. ^__*

esok majlis makan2. aku memang dah lantik diri sendiri jadi orang kuat mak. Tukang pegang beg duit. perasan banyak sngat la duit salam keruk tu yek. :p


 part yg teruja sangat la nih, abes beg2 salam kerok aku tinggal. nak sangat jd toll gate girl kan. :)

farish pon boleh la tahan,, join sekaki. hahaha! dasar anak yg sebijik peel mak.

seronok ok jadi orang2 tol ni. walaupon dapat cuma singgit dua, tetap puas ati. bukan aku ni nak sangat duit tu, lebih pada nak enjoy tergedik2 je dpn gate tu je sebenarnya...

masa ni ade la 10 minit gak kami mem block pengantin. tapi masalahnya,, aku meamng xde pic banyak. so memang suka x suka kenalah korang tengok muka aku jek. kuikuikui~

majlis jalan lancar. alhamdulillah. cuaca pon baik punya terik. kau jangan tak tau betapa kitorang berdoa janganlah hujan, kalau tak memang konpem melekat2 la tumit kasut semua yang datang aritu.


 kalau memang namanya ibu dan anak,, ginilah gayanya.
tudung tu las minit punya hal tau. lama dh kubeli. tapi ngeri nak pakai. macam glemer noo. 

dan dek kerana itu, aku rasa ade la jugak 5orang dok ingat aku ni pengantin. huh??

tak logik pada aku sebabb..... takkan la pengantin berpeleseran kat luar pulak ye tak? haishh,, mcm2 ragam org ni.  tapi selain dari tu, memang pecah bumper aku kena puji gitu. bajet cun. hahaha~ makan ati laki aku! ^_~

itu ajelah kisah 2minggu berturut aku. nanti kita sambung kisah aku dan semua ke pantai timur pulak. karang pepanjang sini muak pulak orang nak membacanya. Jadilah ubat2 rindu aku pada blog yang dh serabai ni. sedih! =_=

las but not least, rindu semua. walaupon aku tak up entry, aku ttap follow setiap entry baru korang tau. So jangan lupakan daku. hahaha! kbai. wasalam. 



Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati