Sunday 16 June 2013

hari utk yang bergelar ayah

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!

fes time up entry hari bapa. 
selama ni bukan tak ingat, tapi memang tak tau pon bila hari bapa. cuma tau bulan 6. sama la kisahnya dgn hari ibu dlm entry dulu. "klik sini untuk kisah itu. " :)

bukan tak menghargai, cuma memang tak diasuh dr kecik untuk celebrate hari2 begini. Lainlah kalau hari guru, start masuk darjah 1 sampai khatam tingkatan 5 kita memang wajib sambut kat sekolah. ^_^

tapi, tak sambut bukanlah maksud tak sayangggggggggg.. betol tak?

25tahun jadi anak sulung encik ZAINAL ALI. 

.ayah.
^________^

lelaki 57tahun inilah inspirasi aku. nampak tenang dalam segala hal. tegas, tapi tak pernah sekalipon naik tangan pada aku dua beradik. cubit pon seingat aku memang x penah.  sebab tu aku sayangg dia sangat2.

walaupon ayah tak penah pukul, elok je kitorang besar. tetap respek ayah. sebab bila dia marah, dia lagi suka beri nasihat. slow talk. so rasa nak protes tu tak sempat timbul, terus rasa insap. sobsob.

 aku dgn ayah, tak la rapat sangat compare adik dgn ayah. sebab adik ni jenis melayan. adik on jek kalau nak tengok cerita zaman2 P. RAMLEE tu. Layan lagu2 60an sama ayah. aku? layan jugak, tp tak seberia adik. :p

ayah jenis memendam rasa. pada aku la.. 

aku bukan jenis yang melawan cakap. Tapi tula, aku selalu pikir taknak susahkan ayah. ayah keje posmen. Dulu masa aku sekolah rendah,, pukul 6pagi ayah dah hantar pegi sekolah.sebab nak ikot jadual kerja ayah.

 Masa tu gate sekolah pon x bukak lagi. Bukan aku tak pernah panjat pagar sekolah, lalu bawah pagar dawai yang kaler hijau tu sebab nak masuk sekolah punya pasal. Sampai tu, sapu2 kelas. haa.....kira memang banyak amal la pada sekolah. :P

petang pulak paling awal pukul 2petang ayah baru ambik. Berkemah la aku bawah pokok dpn sekolah tu. tengok sorang2 balik, sampai licin perkarangan sekolah tu. Masa tu takde lagi sekolah 2sesi macam sekarang. huhuhuhu~

Ingat lagi masa darjah 2 aku kena gigit dengan penyengat, tu pon sebab ada budak2 lelaki mana ntah main baling2 sarang binatang tu. Mencicit aku lari sampai jalan utama. Ada jugak 300meter rasanya. Sampai selisih jalan dengan ayah..

Sedih tau. aku dh la memang sejak azali hati kaca. pegi sekolah pagi2, balik pulak extra 2jam dari orang lain. huhu... Tapi tak penah aku tunjuk rasa sedih tu kat ayah. Mungkin aku budak2 sangat masa tu. Kesian. 

Ayah pon mesti terkocoh2 nak jemput aku. Masa naik motor tu aku dapat bau baju uniform ayah yang dah hangit dengan bau matahari terik. Jaoh ayah hantar surat masa tu....

Bila kenangkan ayah yang berpanas hujan tu la, aku tekad nak belajar rajin2. Aku niat nak senangkan ayah. Nanti dh tak payah kerja panas2. 

Dengan tekad tu la, aku dpt 4A1B. Frust tak dpat 5A. tapi dengan keputusan tak seberapa tu jugak aku tgok, ayah cukup2 bangga. :')

dia makin bangga bila aku masuk SEKOLAH TINGGI KLUANG. tu sekolah orang pandai2 katanya. aku masa tu senyum je. bersungguh ayah settlekan semua urusan daftar sekolah tu. 

PMR
SPM

selesai. kalini ayah nak aku sambung belajar. Ok. aku ikotkan. Tapi dia x tau sebenarnya aku x submit pon application matrik. Aku submit UPU jek. hehehe~

 Anta jugak application untuk maktab perguruan. Ayah bagi duit untuk aku port kat CC tu apply semua tempat belajar yang ada. 

Offer IPTS lagila,, berkoyan smpai kat rumah. Tapi aku tak layan. Mahal kot untuk orang sederhana macam kami.

Satu yang ayah tak tahu, aku dah apply kat website SPA untuk jawatan yang berkelayakan bagi lulusan SPM macam aku. saje buang2 masa. Klik klik submit. balik rumah.

SEBULAN LEPAS TU

dapat panggilan temuduga jawatan Pembantu penguasa kastam. gulp!
ayah pelik. Bila masa mohon alih2 panggil temuduga. 

interview bulan depan. Gugel la sikit2 pasal kastam ni...

2minggu sebelom interview, dpt surat tawaran ke UITM SEGAMAT. 
course Pengurusan maklumat. Frust ok!

frust bukan sebab dpt tawaran. tapi sebab course tu. patah hati.

ayah try pujuk. suruh pergi yang swasta jek. So aku dapatla pilih course yang aku nak sangat tu. Tapi aku tolak. Kalau nak g IPTS, tak payah aku score A1 kat math, akaun, bi semua tu. 3kredit pon dah boleh pergi. benci. :(

masa tu aku paling takde semangat. Hilang rasa nak sambung belaja. Nekad tolak. Tunggu masa pergi interview kastam jek. 

Kalau ada rezeki aku, adalah. Allah tu maha mengetahui. aku harap keputusan ni yang terbaik. Ayah cuma diam bila aku putuskan macam tu...

dari belaja something yang aku takde hati, baik kerja.
dari perabis duit ayah tak tentu hala, baik mula kerja.

masa tu aku berharap sangat rezeki tu menyebelahi aku...

ALHAMDULILLAH. aku berjaya.
bila lihat ayah tersenyum, aku bahagia. Mudah2an kecewanya itu terubat sedikit. Dan aku bangga. Berjaya meringankan beban ayah dengan kerjaya sendiri. 

Setahun kerja. 

jodoh pon sampai awal. ngee~

ayah pon setuju. :)
selamat semuanya..

Lepas tu dapat anak...
pengarang jantung tokyah die ni
sorang, lepas tu dua orang. hihi~


sesekali ayah ada tanya, takde ke niat nak sambung belajar lagi.
bukan taknak, tapi dengan keadaan sekarang rasanya sangat tak mampu

mungkin orang lain boleh, handle kerjaya, anak, keluarga & belajar serentak.
Tapi bukan aku. T____________________T

aku percaya pada percaturan Allah. Mungkin aku terlepas saat2 gemilang kat kampus, InsyaAllah, siapa tahu anak2 aku akan tebus balik segala yang tak sempat aku lalui tu. Amin.

Dan ayah, nampaknya akur dengan semua ni. Sekarang aku nampak dia dh sambung impian dia tu pada cucu2 dia ni. Tak putus2 kata semangat dia pada diorang, terutamanya Farish. Mudah2an Allah panjangkan usia ayah, untuk berkongsi kejayaan cucu2 dia ni nanti. :')

 next,,
encik MOHD NOR HAFIZAN AHMAD
 
suami merangkap bapa kandung anak2ku. :)

bersyukur dikurniakan suami yang sentiasa berada disisi baik senang mahupon susah. Lelaki yang sedia membantu membesarkan anak2 kami yang sudah 2orang ini. ^______^
 
amanah Allah
menjangkau 5tahun kawen, dengan 4tahun bergelah babah.
kamu superb sayang. sebab tu sayang kamu lebihhhh sikit. ngee~

Mungkin sudah rezeki, dapat suami yang mampu membantu membesarkan anak2. dari bab mandi, pampers, susu, jaga semua boleh konfiden dengan dia. :)

bangga jap. :p

 
Ya Allah,
sungguh aku bahagia dengan semua yang aku ada kini
Y_Y


semoga babah terus bersemangat melayan kerenah anak2. Yep,, saba babah lebih sikit dari ibu. Tapi ibu tak tau kenapa anak2 tetap rapat dengan ibu. hikhik~ mungkin itu memang bonus point untuk ibu. :)

thanks sayang, kesediaan kamu bersama2 membesarkan anak2 sangat b hargai. Harap2 terus bersedia untuk bakal anak2 yang lain. hahahaha! ^_~

 

 kesimpulannya, sayang kedua2 ayah ini sepenoh hati.
 Dua2 sepesen.
 sempoi~ 
^_____^

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati