Friday 31 July 2015

Syawal day13 - blue theme for marhaban

Assalamualaikum
Maap.
Banyak gila entry tertunggak musim-musim raya ni. Asyik hold sampai ada yang terlupa. Kena bukak galeri gambar semula pasal nak kasik refresh memori yang samar-samar.
Huhuhu.
Raya ke13 pulak.
Hari pertama join marhaban kawasan taman ni. Gamble tahap dewa pasal tiba-tiba rajin nak mengikut kumpulan marhaban.
Padahnya hampir tiap rumah orang dok tanya sape dan dudok kat mana. Nampak sangat muka kitorang asing kan?
lol
Pape pon seronok sangat. Terasa meriahnya raya bila ada kumpulan marhaban gini. Negeri lain aku tak sure ade ke marhaban ni. Yang pasti kat johor memang ada, kadang-kadang ada yang sampai habis bulan syawal pon marhabannya tak habis-habis.
Ngee~
Tepek muka kami anak beranak.
Untunglah korang pasal ibu rajin sangat nak beraya tahun ni. Aktif kemain.
Tahun depan kalau dapat adik baru, memang slow la feel beraya nye tu.
=P
Ni pon pasal ada si Liza ni jadik kawan. Kalau setakat tiga beranak rasanya memang tak kemana laaaa~
Meriah tau.
Makanan dah la banyak. Siap hidang dominos sama kambing golek.
Balik rumah tinggal tido sambil mimpi indah je la. Tak payah masak dah. Tu paling heaven. Hihihi~
Las untuk malam tu,
Ade pertunjukan bunga api. Budak-budak opkos paling teruja. Nak harap aku belikan bunga raya berdas gitu memang tak la kan.
Ni dah alang2 free show,
Kite layan sambil makan kambing.
^___^

Terima Kasih

Syawal day9 - Mersing

Assalamualaikum

Dah mula slow hapdet pasal sebok beraya tiap hari. Malas nak ngaku, tapi terasa memang ada benarnya.

Kerajinan aku beraya tahun ni ada extra sikit dari sebelom.

Dah seminggu baru sampai mersing. Mersing is my hometown. Daerah kelahiran aku. Walaupon aku membesar kat kluang, kebanyakan masa cuti aku memang habis kat sini.

Masa petang zaman kecil aku terisi dengan kulit-kulit siput, bunyik ombak dan keindahan pantai. Kalau balik kampung, mesti mintak nak pergi pantai.

Bukan nak mandi pon, cuma nak tengok laut.
Tenang sangat.

How i miss my childhood moments!
Tsssk.

Haritu aku balik lagi.
Sejak kawen, aku dah jarang ke sini. Dulu boleh dikatakan tiap bulan akan sampai rumah atok. Takde pape keraian pon aku tak kesah. Cuma nak luang masa je kan.

Rindu nak petik ciku kat laman rumah. Masa kecik dulu, bila cuti sekolah je aku tolong atok basuh ciku guna sabut kelapa. Nanti atok jual kat pasar, petangnya atok belikan roti makan sambil cicah air teh.

Seronok.
Zaman budak budak mana pikir pape. Semua pengalaman tu rasa macam best saje.

Mandi hujan kat cucur atap rumah atok pon rasa seronok. Semua seronok la senang kata.

Sekarang,
Dah bertahun pon kenangan tu. Aku dah 27tahun. Atok pon dah makin uzur. Struktur dalam rumah pon dah berubah sikit demi sedikit. Dah ada rumah mak pak sedara kat area rumah atok nih. Kalau dulu rumah atok sebijik je tercongok atas bukit nih. Dari beranda dah boleh nampak laut kat bawah nun.

Speechless.

Raya kalini paling tak puas untuk sesi spend time kat rumah atok. Datang macam orang beraya je. Tak sampai setengah hari dah balik. Hurmmmm..

Sedihnya tuhan je yang tahu.
Mudah-mudahan panjang umur nanti dapat merasa berlama-lama kat rumah atok. Macam dulu.

Tak tahan la air mata nak meluncur kemain laju bila dikenang balik. Haish!

Aku cucu paling rapat dengan atok. Bahasa senang pahamnya cucu manja la. Didahulukan dalam banyak hal walaupon aku bukan cucu pertama dalam keluarga.

Dari kecik asal balik kampung mesti atok ajar ngaji lepastu bagi potongan ayat-ayat alquran untuk penerang hati dan macam-macam lagi.

Semua doa tu aku amalkan dan sekarang aku dah ajar kat farish. Alhamdulillah die pon dah hafal.

=)

Dari mersing terus ke jemputan rumah terbuka. Makan kenyang kenyang then balik rumah terus rehat.

Esoknya nak sekolah kan.


Terima Kasih

Syawal day14 - Jamuan raya bank rakyat kluang

Assalamualaikum.
Dah dua minggu raya, dapat jemputan attend openbank.
Eh,
Kalau tak jemput pon kite datang jek. Husband kite ada.
Ngeee~
Jadi makan tengahari ke sini la kita.

Terima Kasih

Thursday 30 July 2015

Syawal day10-orange theme

Assalamualaikum
Ni entry mula-mula keluar beraya je rumah opismate. Haritu publish failed, maka try sekali lagi.
Pembukaan jelajah raya tahun ni kat rumah kak suri, then rumah kak zura. Tenkiu ye jamu selera kitorang. Nanti jemputlah datang rumah pulak.
=)
Malam tu tak sempat bergambar dengan kawan-kawan yang lain. Terlupa betul. Mungkin sebab kelam kabut makan.
Huhuhu..
Yang ade cuma pose anak beranak jek. Tu pon tak berapa elok. Ade ke patut farish buat muka macam ni?

Terima Kasih

Wednesday 29 July 2015

Nak buat photobook cantik-cantik?

Assalamualaikum

Sape kat sini yang bergambar bagai nak rak dihari raya aritu?

Sepp sikit pasal kita sepesen. Aku memang suka bergambar. Dari kecik membawa ke dewasa ni. Hahahah!

Dewasa sangat la~

Haritu jumpa satu website untuk buat photobook then aku pon try la. Masa tu try paling murah. RM15 je kot.

Nanti dia ajar step by step nak download gambar sampai ke urusan nak submit order tu.

Simple.
Aku order guna henpon je masa tu. Pasal mostly aku berposing guna henpon jek. Takde dslr besar nak disorong kesana sini. Heheh~

Tadi check email, eh ada promo lagi la!
Ni rasa nak buat photobook raya pulak nih.
Jari jemari dah gatal dah nak order.

Tapi sebelum order tu,
Nak ajak korang buat sekali la. Zaman canggih2 takde dah album gambar keping keping tuh. Semua print out seketol jadi buku je. Lepas tu senang nak tayang kat kawan kawan sedara mara yang datang nun.

Ringan jek walaupon dalamnya ada beratus keping gambar korang. Dah moden kan... Takde dah album besa gajah tu.

Eh malas la nak cakap panjang, ape kata pergi terus kat link bawah ni lepastu pilih nak yang mana. Haritu order, tak sampai seminggu dah sampai. Jadi sempatlah nak share dengan kekawan masa open house nanti. InshaaAllah korang akan puas hati.
^_^

http://www.pixajoy.com.my/referral-sign-up/162675/19e960807dccf0f38d3aed441f6e6bdb


Terima Kasih

Monday 27 July 2015

Syawal day8 - kluang town

Assalamualaikum


Kebetulan raya kelapan jatuh pada hari jumaat. Hari cuti.

Awal pagi aku kerah budak berdua tu bangun mandi siap-siap. Bawak breakfast lepas tu terus beraya.
Sementara semangat meraya berkobar kobar ni, aku pergilah semua rumah yang terlintas dalam kepala aku nih.

Pertama kali beraya dengan cu untuk tahun ni. Sebelom ni cu beraya kat rumah mentua dia kat kelantan, balik sini dah raya keempat gitu rasanya.

Then masing-masing sibuk setelkan urusan rumah tangga kononnya. Risau kalau belom siap prepare orang dah datang beraya. Haru weyh!

Bila rumah sendiri dah ok, baru pergi rumah orang lain. Ngeee~

Harini ada mak. Lepastu ada kazen aku, kak ina sama anak dia. Jadiklah rombongan beraya perempuan-perempuan. Kecuali anak aku yang dua orang tu la. Ahaks!

Destinasi dituju adelah rumah kawan-kawan mak. Baik yang kat sri lalang mahupon kat kawasan rumah lama kitorang dulu.

Asalkan ada orang, semekom aje beraya. Hahah!








Selesai tu diorang gerak balik mersing. Aku sama fareeq tak ikot, balik rumah ingat nak rehat sementara orang pegi solat jumaat.
Eh tetiba rasa nak beraya lagi la.
Hahahah!
Salin baju terus start kereta tuju felda bukit tongkat. Perghhh,, agak berasa jaoh juga nak sampai ke sana. Fareeq pulak separuh jalan dia tido. Weyhhh bosan drive solo!
Puas sangat makan. Ni rumah ex teacher farish dulu. Malangnya farish takde. Hahah!
Bila ingat balik, kelakar pon ada. Sanggup drive jaoh berdua beranak pasal nak beraya. Papepon tenkiu teacher wan. Makanan banyak sangat. Sedap pulak tu!
Petang hujan lebat. Berkabus bijik mata drive dalam hujan. Sampai rumah pulun memasak pulak pasal malam ni jiran depan nak datang raya!
Heyyyy sedap la beraya kalini. Esok lusa tengok berapa kilo naik!


abang ngah fareeq
lol

Terima Kasih

Sunday 26 July 2015

Syawal day 3- singapura

Assalamualaikum

Baru terasa nak up cerita raya ketiga haritu. Nampak simple je nak menaip, tapi bila otak tepu tak jumpa nak susun ayat gaya mana, memang tak boleh laaaaaaa.

Macam yang dah aku mention sebelom ni, raya kami bermula di rumah mak mentua. Jadi sama macam beberapa tahun lepas, destinasi rayanya juga tak jaoh beza.
Tahun ni kami putuskan untuk beraya dengan family seberang tambak pada raya ketiga.

=)

Buku merah jangan lupa bawa!

Jangankatahakaktakpayungmukasendirikok!


Raya ketiga kembali berbaju melayu pasal kat singapore ni memang sampai sebulan diorang pakai baju melayu bila beraya. Nampakla perbezaan budaya kita orang malaysia dengan diorang kat sana.
Nasib baik pasal jalan tak jammed sepanjang masok sana. Lama tak masok singapore ni. Last year jek la kot.

Memula pegi rumah maklong husband. Makan-makan alas perut sebelom sambung beraya. Ingat lagi first time beraya dengan diorang ni. Jakun tengok rumah memasing bertingkat-tingkat ala ala rumah flat. Sekali masok dalam rumah... 

Gulp!
Syurga!

Deko rumah memasing cantik. Luar je nampak biasa-biasa weyh.

Dah banyak tahun beraya, tapi tahun ni rasa paling meriah pasal sepupu sepapat semua beraya sekali jalan. Kumpol 5 6 bijik kereta, macam konvoi gitu.

Bila kita beraya, perbuatan yang paling puas adalah makan. Banyak makanan. Tapi malangnya perut tak berapanok sejak raya pertama aritu. So makan sikit sikit jek.

Jamah kononnya.

Both anak lelakiku sama naik bergumbira macam mak nye. Tahun ni anak dah besar sikit, so diorang dah mula paham apa itu beraya. Apa itu salam then dapat duit raya. 

Hahahah!

Lepastu berangan nak simpan duit raya dalam beg masing-masing. Pfftt!
Kalau hilang, ibu korang ni nangis tau tak?


Itulah mak. 
Kalau beg tangannya tak berat dengan sampul duit raya anak maknanya tak sempurnalah raya. Berpaket-paket then bila dah sendat beg, mak nya sorting balik masokkan saru sampul. Esok lepas beraya boleh bankin.
 Ngee~

seharian kat kota singa nih, malam tu bergerak balik sampai johor pon sambung beraya umah adik ipa pulak. Farish dah buat perangai pasal tadi dia dah lena dalam kereta. So bila suruh bangun, drama swastanya pon bermula.

Buat tak reti jek.

Sampai rumah mandi terus tido. Esok nak balik mersing pulak. Beraya dengan family sendiri. Plannya gitu, jadinya cemana nanti story dalam next entry.

Now belanja gamba jek ye.

Selamat beraya!!!!

My super lovely mini family. =P





Sedara mara sebelah husband.


Adik ipa yang paling rajin melayan kak ipa pose.


Anak kandung
lol


Ni dah lewat petang. Dah rumah keberapa entah. Tapi baru teringat nak tunjuk suasana kat sini.

Ladies only!



Terima Kasih

Saturday 25 July 2015

Bye gigi pertamamu!

Asalamualaikum

Raya kelima.
Tetiba skip entry raya ketiga pasal teruja nak story pasal gigi.

Ngeee~

Gigi pertama farish tanggal selepas beberapa hari dia genap berumur 6tahun. Sebenarnya masa birthday haritu dah goyang giginya, menunggu hari tercabut dari gusi jek.

Cubaan mencabut gigi sendiri kat rumah tak sukses. Aku memang tak berani, babah nye pon serupa. Sampailah farish sendiri request nak pergi jumpa dentist.

Mungkin sebab die rasa susah nak gigit makanan dengan gigi yang goyang tu. Kejap kejap kang adoiii pasal tergigit makanan guna gigi yang sakit.

lol

Raya kelima haritu kitorang dah ada kat rumah sendiri. Keluar mencari stok makanan pasal dah jemu hadap ketupat rendang dan kuih raya. Tengah-tengah membeli tu farish mintak pegi klinik lagi.

Hurmmm..
Ahad mana ade klinik. Maka setelah dia beria ia nak sangat, kitorang bawak je ke klinik pergigian hospital kluang. Ingat takde orang raya-raya camni. Rupanya adelah!

Proses mendaftar tu mudah je. Just bagi mykid. Tapi untuk mak yang bertahun tak jejak klinik gigi ni memang terkial-kial. Siap cabut tu boleh tanya lagi, kena bayar tak?

Hahahah!

Free rupanya.

Tak lama pon menunggu turn farish. Aku teman dia masok walaupon dia nampak rileks jek melangkah. Aku sama babahnya yang percaya tak percaya. Risau kot tetiba dia menjerit tepekik terlolong weyh!

Same goes masa farish admit dulu. Mati-mati kitorang pikir dia akan meronta jerit pekik masa masok jarum kat tangan untuk drip tu.

Eh sekali tak nangis la.
Muka pon selamba jek.

Rasa nak tampar-tampar pipi pasal tak caye.
=P

Ok balik pada cerita cabut gigi tadi. Dah alang-alang sampai ni diorang check sekali gigi farish. So far gigi semua ok. Cuma farish ni jenis suka gesel-gesel gigi, jadi permukaan gigi tu bergerigi la. Dipesan jangan gesel lagi masa gigi kekal nanti. Tu je.

Aku ingat bila dah masuk tu, terus cabut je giginya. Rupanya ada step lain. Disapu sejenis krim kaler merah. Aku tak sure tu untuk apa tapi dia gonyoh-gonyoh kat gusi selama beberapa minit.

Bius ke?

Lepastu aku ingat dah tanggal giginya, sekali belom laaa!

Die guna playar tu jugak nak cabut gigi farish. Tu pon dua tiga kali baru tercabut. Kuat lagi kot giginya? 

Hurmmm..... Gigi yang sebelah dah mula goyang juga. Kalau nak mudah cabut je sekali jalan. Tapi aku tak kasik. Nanti dua batang gigi rongak. Kelaka. Hahaha!

Yang cabut harini, dah mula keluar gigi baru. Mujur cepat kalau tak, abes berlapis gigi dia. Esok bila yang ni dah tumbuh banyak, kita cabut yang sebelah pulak.

Turn by turn gittew.

Selesai dah. Memang tak nangis tapi muka ade sikit berubah. Kalau cakap lelebih mau banjir airmata.

Diam je tuju ke kereta sambil gigit kapas. Dah lama sikit baru bercakap.

Heiii u dah rongak muka terus lain.
T_______T


Terima Kasih

Tuesday 21 July 2015

Syawal day2 - muar,johor

Assalamualaikum.

Sedang berlapang-lapangan goyang kaki lepas breakfast. Harini dah kembali ke rumah sendiri sebab esok dah mula kerja. susun-susun kuih, tukar-tukar langsir rumah sendiri pulak. Rasanya mood raya masih meluap-luap dalam hati kan?

Hahahah!

Jadi up entry raya haritu sementara masih fresh dalam otak. Esok-esok kalau dah terlupa, memang belanja gamba aje laaaaaaa.
=)

Raya kedua bangun awal pagi sebab mengikut plan asal, harini nak balik kampung. Kampungnya kat muar, Johor. Family kitorang lakibini ni memang sekitar johor aje. Johor ori.
 Ngeeee~

Siapkan anak-anak dulu. Mak ni hujung-hujung time nak bertolak tu baru bersiap. Lepas tu nanti semua dah jerit-jerit suruh cepat, muka pon tak siap touch up kelamkabut turun bawah.

Nasib aku selalu gitu. Sampai akhirnya aku pasrah jek takde repeat menengok cermin dah.

Kalini aku offer nak drive dari jb sampai muar pasal aku malas melayan fareeq yang nak beriba kat depan. Saiz anak dah separuh mak, mana tak pening kepala. Dah la nak jalan  jaoh.

Hurmmmm....

Since baru raya kedua, kereta banyak bukan kemain lagi. Sana sini jammed. Bayangkan untuk sampai ke muar ambik masa 4jam walhal guna highway tu.

Sampai kuyu-kuyu mata aku ni memandu. Stress sampai sebu perut. Hahahah!

Kat muar, pergilah menziarah sedara mara pak sama mak mentua. Aku ok je pasal dah bertahun kawen, jadi sikit-sikit aku dah maklum dah rumah mana nak dituju tu. Budak-budak ni pulak sakan berkinja sama sepupu dia. Gasaklaaaaaa.

Adat beraya, dah datang jaoh-jaoh mesti tak sekua rumah ada penghuninya. Kau bajet kita nak datang beraya tapi kau lupa tuan rumah tu pon nak beraya. Jadi adalah 2 3 rumah yang takde orang pasal orangnya dah pegi beraya jugak.

Lepas maghrib baru bertolak balik. Kalini husband drive sebab aku dah plan nak tido jek kat sebelah biar celik je mata dah sampai ke rumah.

Malangnya jammed siang tadi bersambung ke malam. Mungkin yang datang beraya saing kitorang jammed pagi tadi sekarang ni saing redah jammed nak hala balik pulak. Pffft!
3jam perjalanan untuk sampai ke rumah dengan jayanya. Sepanjang jalan memang kerja aku tido jek. Letih beraya kononnya. Hahahha!

Selesai la raya kedua tahun ni. Budak-budak behave je takde meragam buat perangai mintak cubit segala. Mak bapaknya pon senang hati tak sakit kepala.


Happy!


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati