Wednesday 15 July 2015

Farish hafiy birthday celebration & iftar 23th ramadhan

Assalamualaikum

Harini cubaan update dengan aplikasi blogger. Since yang lama tu tak boleh publish imej walaupon telah diulang cuba berkali-kali.

Sad.


Jadi mengumpol kekuatan daya ingatan untuk recall balik apa-apa kejadian yang dah terlepas minggu lalu untuk ditaip.

Hurmmm..

10julai2015
Seriously cepat sangat masa berjalan. Baby sulung iols dah berusia 6tahun.
*nanges*

Subhanallah bila diingat balik titik permulaan dia dalam rahim aku nih, memang akan tacing sendiri.
Semuda 20tahun aku kandungkan dia selama 9bulan sampailah detik kelahiran dia.
Farish yang specialnya pasal dia sebab dia cucu sulung kedua-dua keluarga. Perhatian kat dia extra dari segala segi. Murah rezeki juga.

Sekarang anak kecik aku dah jadi kanak-kanak riang. Banyak keletah yang menyenangkan hati dan tak kurang juga yang menyesakkan napas. Hahahah!

Farish anak yang terang hati. Alhamdulillah. Cepat serap ilmu yang diajar..harapan aku biarlah sampai besar dia senang hadam semua ilmu yang bermanfaat.

Malam tu,
Plan asalnya nak memasak je kat rumah tapi bila birthdayboy request nak makan pizza hut, mana mungkin makbapaknya nak hampakan dia.

Berangkatlah empat beranak ke pizza hut. Then birthday tanpa kek tu macam tak lengkap kan? Jadi aku pon belikan la kek yang sedang-sedang je untuk dia. Janji kek.

wajah-wajah kesayangan ibu.

Pagi 10julai tu lepas sahur amek mood belek album lama-lama. Album maya jek pon pasal sejak kawen memang jarang beno cuci gambar kat kedai. Semua kumpol dalam memori henpon lepastu mengeloh henpon berat la. Hanging la. Huhuhu~

My birthday boy.
Ceria kemain muka lepas dapat jam baru tu yek. Siap berlampu berlagu bagai.

Senyuman terikhlas pernah ibu tengok. Masa ni ibu sedar, jam yang harga tak seberapa tu tak setanding sentimental value nya pada si anak. Nampak dia betul-betul hargai pemberian tak seberapa dari ibu dia nih.

Dia tanya jugak apesal takde lilin. Omg, ibu lupa bawak lighter la. Next time la kite blow candles ok sayang.

Both farish sama fareeq memang hantu kek. Sekelip mata kek dah tinggal separuh. Hahahah!

Habis kek ditambah pulak dengan pizza. Alhamdulillah kenyang berbuka puasa haritu. Tengoklah muka masing-masing kemain rakus. Eksaited dapat makan doraemon. 

Lepas makan-maKan tu terus jalan-jalan kluang mall. Jalan jek. Taknak membeli kononnya. Sekali teringat Fareeq belom ade jeans lagi. Kebetulan brand  ladybird ada offer. Tutop mata jek la ibu belikan sepasang ke dia. 

Ibu takdapat lagi jeans raya tau!
Sokay, ibu try cool down je.

Urmmm... 
SebaliK kisah farish genap 6tahun ni, tau tak gigi pertama farish dah mula goyang. Ala rongakla anak ibu ni nanti. Nasib baik farish bukan jenis suka menyengih. Jadi orang tak nampak gigi dia. Hahahah!

Good abang.
Kipidap.


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati