Sunday 12 July 2015

4 hari sebelum raya

Assalamualaikum

Nak menyiapkan satu entry ni ambik masa berhari-hari. Sampai sedar-sedar dah ramadhan ke 25. Sekejapnyaaaaa la hai. Kejap je lg nak menyambut raya.

Super pantas masa sekarang ni.
Speechless. Macam tak percaya lagi dah banyak hari berpuasa. Padanlah semua kuih raya yang di order dah mula diedar.Hurmmm..

Lagi kisah persiapan raya kalini. Alhamdulillah tak berapa terkesan pasal dari awal dah janji nak save bajet kan. Beli yang biasa-biasa aje asalkan baju baru. Especially untuk anak.

Yup,
Senang kata memang anak je yang berbelanja raya. Dari baju sampai ke kasut diorang dapat yang baru. Seriously, mak tak berabis beli ape pon.

No new shoes.
No new handbag.
No new hair do.

Erkkk..tudung mesti beli yang baru. At least nak pakai raya pertama. Hahahah!

Bajet untuk diri sendiri limit sesangat. Cari baju kurung pon yang harga kaw-kaw punya less. Tak beli langsung macam sedih sangat kan. Dah 2 3hari raya nanti recycle jek baju yang lepas-lepas. Orang bukan perasan pon.

=)

Encik husben pon sepesen. Beli baju baru untuk pakai pagi raya jek. Setakat harini dia takde borong baju untuk diri sendiri nampaknya.

Macam aku jugak,
Berhabis untuk anak jek.

Ni anak baru 2orang. Belanja kemain besar. Nak kata beli yang branded sangat pon tidaklah. Yang biasa-biasa je tapi harganya... Kemain!

Anak lelaki masalahnya dah la baju tak banyak pilihan, harga pulak tinggi-tinggi. Lepas tu kena kali dengan dua pulak. Walaupon baju lama abang banyak, tapi agak tak patut kot bila fareeq kena pakai baju pusaka je. Huhuhu~

Maka beli yang baru juga untuk dia. Takpelah, kebetulan baju basahan dia pon dah banyak yang kecik. Tapi dalam pada cari baju baru tu, tetap pastikan harganya ok.

Pada aku,
Baju RM5 sehelai pon kalau kualiti ok aku on jek. Jenama? Itu belakang kira. Esok dah besar, dia tau cari duit sendiri, pandailah dia cari kalau nak jenama sangat.

Siap semuanya.
Sejak dari dulu kitorang jarang plan nak tema kaler apa. Bila dah sampai kedai, tengok mana yang berkenan barulah ada tema. Hahaha!

Sempoi tak?
Sebab biasanya kalau plan tak penah menjadi. Nak hijau jadi merah.
Nak kelabu jadi coklat.

So warna ape tahun ni?

Tunggu pagi raya k.
Niat di hati nak belanja gamba sepanjang membeli belah, tapi masalahnya aku tak paham apesal bila ada imej tak boleh-boleh publish. Dah buang imej molek pulak ia. Hmmm..

Dulu aku sangka bila anak dah besar mudah sikit nak bawak belanja, nampaknya kena pikir balik rasional statement tu pasal nampak gayanya. Dah besa lagi menjengkelkan.

Baru nak masuk satu kedai,dah ngadu penat mengalahkan orang berpuasa. Yang sorang mengadu lapar walhal sebelum keluar tadi dah kasi makan berpinggan-pinggan.Maka jangan bermimpilah nak ke kedai kedua ketiga dan seterusnya. Terus capai, bayar & balik rumah!

Nasib seorang mak beranak dua.
Tssssk!

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati