Monday 27 July 2015

Syawal day8 - kluang town

Assalamualaikum


Kebetulan raya kelapan jatuh pada hari jumaat. Hari cuti.

Awal pagi aku kerah budak berdua tu bangun mandi siap-siap. Bawak breakfast lepas tu terus beraya.
Sementara semangat meraya berkobar kobar ni, aku pergilah semua rumah yang terlintas dalam kepala aku nih.

Pertama kali beraya dengan cu untuk tahun ni. Sebelom ni cu beraya kat rumah mentua dia kat kelantan, balik sini dah raya keempat gitu rasanya.

Then masing-masing sibuk setelkan urusan rumah tangga kononnya. Risau kalau belom siap prepare orang dah datang beraya. Haru weyh!

Bila rumah sendiri dah ok, baru pergi rumah orang lain. Ngeee~

Harini ada mak. Lepastu ada kazen aku, kak ina sama anak dia. Jadiklah rombongan beraya perempuan-perempuan. Kecuali anak aku yang dua orang tu la. Ahaks!

Destinasi dituju adelah rumah kawan-kawan mak. Baik yang kat sri lalang mahupon kat kawasan rumah lama kitorang dulu.

Asalkan ada orang, semekom aje beraya. Hahah!








Selesai tu diorang gerak balik mersing. Aku sama fareeq tak ikot, balik rumah ingat nak rehat sementara orang pegi solat jumaat.
Eh tetiba rasa nak beraya lagi la.
Hahahah!
Salin baju terus start kereta tuju felda bukit tongkat. Perghhh,, agak berasa jaoh juga nak sampai ke sana. Fareeq pulak separuh jalan dia tido. Weyhhh bosan drive solo!
Puas sangat makan. Ni rumah ex teacher farish dulu. Malangnya farish takde. Hahah!
Bila ingat balik, kelakar pon ada. Sanggup drive jaoh berdua beranak pasal nak beraya. Papepon tenkiu teacher wan. Makanan banyak sangat. Sedap pulak tu!
Petang hujan lebat. Berkabus bijik mata drive dalam hujan. Sampai rumah pulun memasak pulak pasal malam ni jiran depan nak datang raya!
Heyyyy sedap la beraya kalini. Esok lusa tengok berapa kilo naik!


abang ngah fareeq
lol

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati