Tuesday 30 September 2014

Rasional kah anak awal ke tadika?

Assalamualaikum

Akhir september sudah.
Sana sini dah boleh nampak promo tadika untuk sesi 2015.

Fareeq, tahun depan umurnya 4tahun. Januari 2015 dia dah 3tahun 8bulan, jadi mula berfikir kemana nak dihantar anak kecikku ini. =P

Tapi kalini ade kegusaran pulak. Kalau masa farish dulu kemain teruja aku nak hantar ke tadika. Januari 2013 umur farish masa tu baru 3tahun 6bulan, dan bermula lah kehidupan dia sebagai pelajar.

Awal sangat ke nak jadi pelajar masa tu ek?

Aku tak tau kenapa timbul soalan ni dalam otak aku kalini. Bila diimbas semula, farish memang nak pegi sekolah sebab tiapkali lalu depan sekolah masa tu dia mesti cakap sekolah abang.

Alhamdulillah, minat ke sekolah tu ada. So kitorang makbapak setuju daftarkan dia. Cuma beberapa hari pertama tu banyak la dramanya, dia mana pernah tinggal dengan orang yang dia tak kenal kan.

Tiga hari pertama je susah. Lepas tu settle. Die suka sekolah. Ada kawan-kawan ramai.

Progress farish, ok. Sebulan sekolah, dari tak reti pape dah nampak perubahan. Besar sangat.

Ada orang cakap bila sekolah awal ni, bebudak cepat bosan. Ye ke ek? So far takde pulak farish cakap bosan. Ke belum lagi? Huhuhu

Tahun depan ada setahun lagi farish kat tadika. Lepas tu baru la masuk sekolah rendah. Lama lagi tu.

So any opinion kawan-kawan?
Nak sekolah kan fareeq tahun depan ke tahun berikutnya?

Pleaseee bagi buah fikiran. T__T

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Monday 29 September 2014

Mud tunggang langgang

Hai yu~

Asyik taip sekerat, pastu peram dalam draf. Cerita tak pernah habes, bila nak sambung balik dah lupa pon nak cerita ape.

Huh,,
Kenapakah?
Tak rasa nak taip-taip pulak kebelakangan nih. Kepala otak ligat pikir memacam.

Nasib baik takde cerita sangat menarik.

Tu je nak cakap la setakat ni. Nanti sambung. =P

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Monday 22 September 2014

Keep trying till success

Assalamualaikum..

Senyap kejap. Sibuk harini dengan ops GST nye, melawat ke premis-premis untuk guide diorang apply gst secara on9.

Serabut otak jap. Dalam pada sibuk ber ops tu, sekali bercampur aduk dengan pening kepala cari buku-buku nak exam esok.

Oh ya, lupa kasiktau esok bakal ambik kpsl lagi. Untuk kedua kalinya. Ngeee~

Memula taknak ambik, tapi bila pepeikir semula kalau try lagi pon aku tak rugi apa-apa.Kalau ada rezeki kalini kan...

Kalau lulus Alhamdulillah.
Pulut kuning sekilo menanti.

Kalau tak lulus?
Pon takpe,
Akan datang lagi tahun depan.
=P

Ni pon baru lepas menelaah sekali lalu. Mata ni pantang tengok buku terus berpinar, tapi bila tengok henpon molek pulak dia. Hahahah!

Dah lama tak study, ginilah gamaknya. Well, doakan aku ye.

Nak tido dulu tau. Nunitee~





Just wonder, kenapa agaknya tahon ni buku nya tak sebanyak tahon lepas. Hahahha!

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Saturday 20 September 2014

Jemputan kahwin paling bersejarah

assalamualaikum,,,

Baru ada masa nak baring hapdet story arini. Belum ada 2jam sampai rumah sejak keluar tengahhari tadi.

Ok, tadi kitorang ke pontian, johor. Attend wedding opismate encik suami.

Siapkan anak-anak dulu baru ibu dia ni bersiap. Ya ALLAH, anak dua orang tapi terasa macam 20orang. Nak suruh pakai baju pon banyak ragam. Huhuhuhuhu~

Dalam 12.30 macamtu baru kitorang bergerak. Sebelum bertolak tu, haruslah selfie kan. Nanti dah sampai rumah pengantin, dah makan konfem lipstic dah hilang, sesilap mekap pon luntur. Hahaha!


Paksarela.
Haih, nampak kan aku yg over lentok? T___T

Kemendakan badan menjadik-menjadik. Mencik. Harus kuat semangat nak kurus semula. Huhuhu~



Pitcha candid dari farish hafiy. Ni lagi mendak. Pitam masa tengok muka sendirik. Dengan tangan yang penoh dengan bekalan, very the mak mak sangat. Huwaaaaaaa!



Lately semakin kemaruk pulak b pada mickey mouse ni walhal dah berzaman mende ni ada kat rumah. Siap bagi nickname 'mimi' ok!

Yang ni,, kesayangan aku. Sumpah kalau ada diorang, aku taknak apa dah. Lengkap. Sempurna. Tapi kadang-kadang sakit kepala. Hahahahahahah!





Tadi dah kelamkabut boleh pulak aku tersalah pakaikan baju. Yang abang kasik kat adik, yang adik aku sarung kat abang.

Bila dah sesiap tu rasa ada sesuatu yang tak kena. Sekali rupa-rupanya......

!

Tak pernah-pernah ada kesilapan teknikal cenggini sebelum ni. Tapi sebab nak jugak pakai sedondon, maka kena bertabahla.

Separuh jalan dah hujan. Sangat lebat dan masa tu baru memasing teringat,

Payung tak bawakkkkkkkkkkkkkk!

Serabut otak dah masa tu sambil doa dalam hati biarlah hujan ni tak sampai rumah pengantin. Tak pon biarlah hujan ni teduh sikit.

Perjalanan jaoh. Lebih sejam rasanya.dan sepanjang perjalanan tu aku rasa hujan memang tak akan berenti. Pasrah la memasing masa tu dengan harapan ada member yang bawak payung extra.

Selamat sampai ke rumah pengantin. Hujan masa tu kaw kaw punya lebat. Memang kalau kau turun pakai payung pon akan tempias kebasahan. Aku dah gulung baju dah masa tu. Risaukan bebudak ni je. Kalau setakat aku kena hujan, aku tak kisah sangat.

Guess what?
Nasib la ada servis payung dari kereta ke kereta. Bukan calang-calang punya payung, tapi ni payung gergasi. Ala...payung niaga kat pasar tani tu. =P

Aku pon tak perasan berapa tinggi aku gulung baju masa tu. Air hujan laju je lalu kat kaki. Memang basah lencun. Dekat balai makan tu kitorang pilih kawasan tanah yang tinggi, sebab belah tepi sana aku tengok air mengalir macam mini waterfall. Huhuhu~

Ambik makanan, air semua dalam hujan. Lebat betul hujan kat sini. Semoga betul-betul melimpah la rahmat kat pengantin ni.

Lepak lama kat balai makan sebab nak bergerak pon payah, lecak pastu air bertakung. Budak berdua beradik tu pulak kemain suka air mengalir kat kaki masok pulak dalam kasut. Nahhh,, jadi akuarium la gamaknya.


Ni muka mangsa banjir. Hahahahha!
Masa ni kitorang baru sampai, tengah riki laluan paling baik nak pegi ambik makan. Hujan lebat, kebulur dia semacam sikit.

Menu memang banyak. Ada nasi minyak, nasi kerabu, mee bandung, tu tak masuk buah-buahan segala bagai. Marbeles sangat, tapi aku tak snap gambar la. Dah takde feel. Makan pon dengan hujung kain bergulung lepas tu kepit kat betis. Sangat tak ayu.

Bertambah jugak farish makan mee bandung. Mungkin dia pon kelaparan meredah hujan lebat nak kesini. So makan la sampai bebetul kenyang. Hikhikhik~

Dalam pada hujan lebat dengan air parit yang makin naik tu kitorang tetap jumpa pengantin. Nanti pengantin taktau kitorang datang. Lepas tu nanti tak tau pulak kitorang sakan main air kat jemputan dia harini.

Serius sejarah hidup aku pergi jemputan kawen dengan hujan mencurah-curah. Kalau tak kerana aku dah sampai depan rumah pengantin, mesti aku tak jadik datang sebab bayangkan keadaan anak-anak yang memang mandi hujan.

Masa nak balik ke kereta, siap beratur tunggu turn nak tumpang payung besar. Memang rare. Hahahah!

Dalam kereta tu jugak aku bukak kasut-stokin diorang. Kepala diorang aku gonyoh kasik kering sikit.

Hai anak, harap-harap janganlah ada yang demam.

Kenangan pada kitorang sekeluarga. Bila ingat balik malam ni, memang boleh senyum sendiri. Pakai havoc-havoc larung banjir pulak. Ngahngahngah!

Kawan-kawan yang datang kemudian tu dah tak dapat turun, sebab air parit dah melimpah naik. Lagi pulak yang ada baby, takkan nak keluar jugak kan. Kesian la datang jauh-jauh dapat tengok pengantin dari jaoh je.


Ni pengantin banjir kita. Hahahha!
Semoga perkahwinan korang bahagia till jannah. Masa baru-baru kawen ni memang semua best, indah belaka. Tapi 5tahun lagi belum tau sebelaka sekarang nih. Harap bertahan. =p

Balik tu hujan masih lebat, serata hujan ni sebab aku tengok kat fb banyak tempat kat kluang pon dah naik air.


Aku pergi singgah rumah mak mentua kejap dah alang-alang lalu. Dalam sejam gitu, pecut balik rumah semula.

Malam ni, dah perabis nasi berkat yang pengantin banjir bagi siang tadi.

Ok, moh ler tido. Sejuk betul malam ni. Tido pon pakai baju lengan panjang nampaknya. =P
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Friday 19 September 2014

Wideshawl dari faszcreation

Hellooooo~

Assalamualaikum. Mood bekerja dihari minggu dah datang. Sekarang ni takde istilah cuti sangat, sebab time cuti hujung minggu pon kita ni tetap kena kerja.

Kerja online + kerja offline
Kerja hakiki + kerja sampingan

Dua-dua ada ada kelebihan kekurangan,
dua-dua ada nikmat bekerja tersendiri.

Kerja hakiki/offline tu cuma hari ahad sampai khamis. Khamis tu pon sampai 3.30ptg je. Jumaat sabtu hari cuti. 8pagi sampai 5petang kat pejabat, hadap computer. Kalau nasib 'baik' sikit, kena attend meeting segala bagai.

Dulu memula tu memang jujur seram nak pegi meeting bagai ni, maklumlah aku ni orang bawahan je tapi dah lama-lama kental sudah. Mihmihmihmih~

Kerja online pulak,pada aku macam tak patut digelar part-time sebab ni la kerja yang 24/7.

Non stop.

Cuti hujung minggu ke, cuti peristiwa ke, cuti sekolah ke, tetap kena on. Cuma pengeposan je tak buat hari-hari. Macam aku ada tetapkan semua order akan post out ahad, rabu, jumaat.
Tapi kalau tak berapa nak banyak minggu tu, aku pos 2kali je. =)

Aku suka bisnes ni. Kali pertama aku meniaga, masa tu fareeq umur 6bulan kalau tak silap. Aku jual supplement. Alhamdulillah, pendapatan besar berkali ganda dari gaji kerja hakiki aku.

Berpinar mata tengok 4angka dalam akaun dalam masa sehari. Pada aku masa tu amaun camtu dah cukup besar sangat. Murah betul rezeki masa tu.

Dari supplement ke skincare, hasilnya tetap tak pernah mengecewakan. Bila tengok sales yang rancak macam tu, serius rasa betullah perniagaan ni boleh jadi sumber pendapatan yang jaoh lagi baik dari kerja sebenar.

Tapi, risiko meniaga ada kat mana-mana. Bila berdepan dengan seller yang guna taktik kotor, jual barang dengan harga yang lebih murah dari yang sepatutnya hanya untuk potong line kita, masa tu aku rasa sangat-sangat diuji.

Betul,
Rezeki Allah luas. Kalau memang untuk kita pasti tetap jadi milik kita. Cuma nak berdepan cabaran-cabarannya tu, Allah je yang tahu seksanya rasa.

Dan dari setiap tapak yang aku cipta tu, aku terus mencuba sesuatu yang lain. Aku impikan sesuatu dari jenama aku sendiri, harapannya aku nak bina produk yang boleh mengetengahkan jenama aku tu.

Maka terhasillah, faszcreation byfarihazainal pada ulangtahun ke 26 aku haritu.

Alhamdulillah, terima kasih pada semua yang menjadi penguat semangat aku selama ni, yang beri sokongan dari segi wang & masa. Sumbangan idea yang bagus-bagus juga. Aku takkan lupa budi yang tu. ;')

Permulaan nya aku jual tudung. Zaman ni dah bermacam jenis tudung ada kat pasaran. Tinggal pilih yang betul-betul bertepatan syariat je.

Ada banyak instanthijab, yang aku kira fenomena sekarang ni. Gaya hidup makin mencabar, semua nak yang segera je jadi mungkin ni jadi inspirasi pada penghasilan tudung jenis macam ni.

Tapi disebalik kemodenan semua tu, masih ada yang mengekalkan pilihan yang sederhana, yang tradisi.

Adatlah kan, kalau berselendang ni, penitinya kena banyak. =l

Jadi aku ambil keputusan untuk tambah wideshawl dalam koleksi online yang aku handle ni.

Tapi aku cuma keluarkan contoh tau. Aku buat ikut tempahan. Korang boleh request kaler, payment 50% dan aku akan jahit untuk korang. Custommade shawl.

Material untuk wideshawl ni chiffon ye. Majoriti online seller lain pon aku tengok guna chiffon, jadi makesure korang pakai innerneck kalau taknak nampak 'pelik'.

Dah namanya pon wideshawl, jadi aku memang buat panjang & lebar tau.

2meter x 0.8m

Nanti ada kesempatan boleh jengah IG tu, kalau taknak beli tudung, ada yang lain boleh dibeli.

Wideshawl ni murah-murah je, sehelai rm20 exclude postage. Bila dah jual harga murah untuk kualiti yang ok, sangatlah tak patut kalau korang ingat harga tu included postage tau. Hahahah!

Kalau beli banyak sikit & aku terasa nak bagi promo, ok boleh aku bagi free pos. Korang pon kena la pandai tawar menawar tau. =)

Nah ni aku tepek sikit IG aku, setakat ni aku bisnes kat sini je. Sangat tak menang tangan nak handle bebanyak social media tambah-tambah lagi aku ni bekerja & ada anak yang perlu diuruskan.

Kadang-kadang nak mereply whatsapp pon tak sempat tau. Jadi kalau nak order, harap paham situasi aku. Lambat sikit tu normal la, tapi aku memang akan balas dalam masa 12jam sebab henpon adalah benda wajib pegang setiap hari. Heheheh~



HAaaa~
Nanti g usha tau. Paksa nih. =p


Ni contoh wideshawl. Satu masalah aku adalah selalu terambik shawl yang dah siap buat pakai sendiri. Sebab material senang bentuk lepas tu beralun elok je bila pakai.


Ok, selamat la mencuci mata.
Nak tido dulu. Esok nak berjalan. Nite!

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Potty training

Hi!

Dah masuk hujung minggu rupanya. Lega. Dapat berehat kat rumah sambil layan anak, lagi best sebab dapat golek lama sikit atas katil.

Macam biasa, hanta encik suami pegi kerja dari atas katil je. Situasi sama nanti masa aku pulak pergi kerja hari ahad. Dulu awal-awal terasa janggal tau, dah lebih 9bulan ni kitorang dah makin biasa. Terasa untung pulak cuti berlainan cenggini.

Biar aku cerita apa untungnya tau.

Bila cuti beza macam ni, jumaat aku ada kat rumah dengan anak-anak. Aku mengemas, aku masak.

Sabtu family time. Even cuma sehari, tapi ok je kalau kita isi dengan hal yang best. Biasanya sabtu ni kitorang akan pegi belanja groceries, makan, bawak anak-anak berjalan. shopping or indoor playground kat mall tu. Selalunya aku bawak diorang pergi bookstore, tengok kalau ada buku-buku baru boleh la beli sikit.

Memang niat aku nak ajar diorang ni 'mesra' dengan buku-buku. Since diorang pon sangat la jarang mintak beli toys. Pendek kata tak pernah mintak, selalu aku yang belikan. Setahun sekali dua je rasanya. Huhuhu~

Banyak mainan ikot kreativiti diorang. Apa yang ada, tu la diorang bawak main.

Settle.

Cuti ni aku plan nak ber potty training si kecik. Umur dia dah 3tahun 4 bulan. Next year dh nak pegi kindergarten, jadi rasanya dah kena ajor dah ni kan?

Abang dia dulu, masih berdiaper masa masuk sekolah. Sebulan dua jugak la, baru ok. Tp masa tu tido malam tetap kena pakai diaper ok.

So now turn fareeq. Belum sempat ajar dah kena ngemop rumah dua hari berturut ni.

Petang semalam sekali,
Petang ni sekali.

Terbaik sangattttt~

Dedua incident ni lepas mandi. Tak sampai 2minit keluar toilet, padahal sebelum tu masa mandi dah tanya nak kencing tak.

Hoiiiiii la anak.

Lepas tu baru dia menjerit cakap die kencing. Huhuhhhu~

Berlari la ibu die ni capai mop. Ni cemana nak apply potty training ni?

Mungkin sebab semuanya spontan, aku pon tak plan nak ajar dia harini tapi dia boleh pulak kencing gitu je.

Nanti masa aku dah sedia nak ajar, aku akan suruh dia kencing 5minit sekali. Macam farish dulu. Hahahhaha!

Tapi jangan ingat takde terbabas-babas dulu tau. Ade jugak~

Salute dekat kawan-kawan yang berjaya latih anak diorang lebih awal. Aku yakin diorang bukan sahaja rajin, tapi jugak bersemangat tinggi. Kena sabar kan? Dan harapnya aku jugak terus sabar. =P

Kalau korang ada tips lagi ok, boleh share sini sementara aku sambung google tau.



Ni 'upahnya' lepas kencing tadi.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Thursday 18 September 2014

Throwback: uzayr eusuff birthday party

Hye!

Kejenya asyik throwback je la ye bila entry lama yang belom publish-publish lagi.

Tak kisahla, janji publish. Janji dapat share kat sini. Kan?

Mihmihmihmih~

Kalini nak throwback birthday bash anak bos aku. Bukan big bos tau, ni bos unit aku je. Tapi yang penting, dia tetap bos. Aku ni anak buah jek. =P

14.o8.2o14 yang lepas kitorang dijemput memeriahkan birthday party baby uzayr yang ke setahun.

Kejap je dah besar ye awak. Tu sebab i tengok anak orang lain. cuba anak sendiri, kau belek kalendar bila lah nak besar sikit. Huhuhu~

Party disponser penoh oleh mommy uzayr, puan hanim. Dan diraikan kat marrybrown sana. Ramai yang datang celebrate sama-sama. Meriah bak hangg~

Makanan sangat banyak, tak mampu habis rasanya. Dah selesai satu, dihulur pulak yang lain. Sampai akhirnya tapau jek bawak balik rumah. Hahahh!

Pertama kali join birthday party kat marrybrown. Not bad. Ada macam-macam games jugak untuk kanak-kanak. Cuma dari segi makanan, kena order satu persatu sebab dia memang takde menu kombo yang khas.

Tapi ok la,
Ada ayam, ada fries, ada burger. Lepastu soft drink. Ni pon entah berapa dah bajetnya. Hikhikhik~

Bestnya buat party kat luar macamni, tak pening kepala nak fikir nak urus makan, nak deko segala tu. Bayar je, siaplah semua. Paling utama, rumah pon tak sepah.

Dah nama pon birthday party kan, budak-budak memang yang paling seronok nampaknya. Beria diorang join semua games tau. Dan tak sangka pulak fareeq one of the winner. Player paling muda tu. ^_^

Seronokla tengok ragam anak. Kita yang dah jadi makbapak ni tengok ajelah kat tepi tu sambil makan fries. Orang gelak kita gelak la jugak, kan?




























To uzayr,
Hepi bornday dear. May Allah bless u & your parent.
Keep growing healthy & happy always.
Muaxx!




.Weolsss.
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Wednesday 17 September 2014

Alahai perempuan!

Monink!

=)

Selasai sarapan pagi ni. Alhamdulillah murah rezeki sebab ada majlis suai kenal dengan wife bos baru kitorang.

Errrkk..belom up cerita pasal bos lagi ye? Ok nanti lain entry kite cerita pasal tu pulak.
Mihmihmihmih~

Sekejap je dah khamis. Esok cuti dah. Lusa hari minggu. Sana-sini penoh jemputan kahwin, maklumlah tengah cuti sekolah kan.

Bila dah ada jemputan kahwin, benda pertama terlintas dalam kepala---nak pakai baju apa?

Pening kejap. Belek-belek baju yang ada dalam gerobok. Alaaa....semua tak best.

Kena beli baju baru la. =_='

Terus jengah instashop yang ada.
Nak cari dress la. Zaman ni macam jarang nak nampak orang pakai baju kurung lagi. Majoriti baju fesyen je kan. Fesyen yang lain dari yang lain pon ada. Yang penting nampak curlasssss. ;P

Ada KBE yang curlas, murah tapi cantek?
Lalalalalalaa~

Gigih la berapa hari ni scroll sana sini, PM orang ni Whatsapp orang sana. Bila dah banyak-banyak jadi rambang mata pulak. Nak beli yang mana satu nih?

Lastly takde keputusan. Try pulak cari kat kedai-kedai biasa area bandar. Mana tau de yang ok kan.

Sebenarnya aku suka shopping. Window shopping lagi suka. Hahaha!

Kerap jugak shopping online. Tapi selalunya barang anak-anak atau barang lain, kecuali baju aku. Senang shopping online ni sebab tak payah bersesak cari parking bagai.

Cuma online ni berisiko sikit. Kalau dapat seller yang amanah, alhamdulillah. Kalau sebaliknya, tak boleh nak kata apa la haih..

Misi mencari baju tu selesai dengan jaya. Aku dapat grab sehelai dress tu, harga Rm60 je tapi aku tawar sampai jadi Rm50. Muka budak kedai tu pon macam nak nangis dikerjakan aku. Hahahah!

Puas hati. Baju sendiri ni payah sikit nak memilihnya. Aku prefer sarung kat badan sesiap, tengok ok ke tak. Fit ke tak. Kadang ada baju yang nampak cantik masa bergantung tu, bila sarung ke badan out terus.

Maka itulah rasionalnya beli kat kedai. Cuma nasib aku baik sikit sebab dapat harga lebih kurang online, jimat pulak kos postage kat situ.

Jadi lebihan tu boleh buat beli barang lain. Contohnyaa,,,,, kasut mungkin? =P

Matilah semua nak kena beli kalau macam nih!

Tak jadik beli kasut. Bukan keperluan pon. Macam baju ni logiknya sebab aku jarang gila beli baju. Selalu beli untuk pakai hari raya je. Maklumlah kerja beruniform ni, mana bebas nak bergaya sakan.

Kasut raya aku ritu ada lagi. Pakai berapa kali je sebab hari biasa aku pakai sandal je pon.

Tudung......
Macam nak beli, tapi macam tak perlu. Sebab aku ada banyak sangat tudung kat rumah tu. Cuma mungkin tak uptodate je la. Hahahah~

Encik suami selalu bising bila nampak aku beli apa-apa, tapi dia lupa bini dia ni membeli pon setahun 3kali jek. Kesian.

Welll,,
Inilah perempuan. Kadang-kadang aku pon tak paham dengan peel aku sendiri. Ni yang aku cakap aku suka beli lepas tu menyesal. Tapi untuk baju ni tak sesal pon, sebab aku memang nak beli. Baju aku semua dah 'kecik'.

Nanges! T___T




Tapi untuk kalini encik suami sporting pulak, siap pilihkan lagi tau. Mungkin dia dah sedar, dia dah save banyak sebab dapat bini yang macam ni.
Mihmihmih~
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Throwback: sambutan raya kastam Kluang

Assalamualaikum semua~

Kerja tak berapa nak banyak harini. Gasak la melopong dari tadi taktau nak buat apa. Nak belek-belek katalog, takde pulak katalognya. Nak blogwalking, tak rajin la pulak. Haihhh....

Lepas tu baru teringat, majlis raya opis aritu belum siap update lagi. Kemain raya dah habes lama tak sesiap jugak cerita pasal tu.

Kira throwback aje la ok?
^___*

24ogos yang lepas, majlis sambutan hari raya aidilfitri kat pejabat kastam kluang. Majlis ni untuk keluarga kakitangan kat sini je, salah satu inisiatif nak merapatkan silaturrahim gittew~

Rapat ke??

Untuk orang yang takde 'perikemanusiaan: macam aku rasanya ok je. Lantaklah orang cakap aku muka tak malu ke hape, ada aku kesah?

Aku pon bayar ok untuk event ni. Plus,, aku tak penah perasan pulak ada yang tak senang hati dengan aku. Sebab aku tak kuasa nak tau benda yang berpotensi buat aku sentap. Ko nak makan hati? Silakan.

Aku datang malam tu dengan encik suami sekali. Pertama kali ok dia join majlis2 gini. Selalunya dia pilih stay kat rumah je, tapi tahun ni lain. Mungkin dia tau aku perlukan seseorang untuk jadi teman yang boleh buat aku kuat nak berdepan dengan muka-muka yang ada nanti.

Persoalannya?
Kuat ke?

Honestly memula tu aku memang plan takmau attend majlis tu tau. Aku risau bayangkan keadaan malam tu nanti. Poyo tak aku?

Jadik bila suamiku itu setuju nak pergi sekali, barula konfiden sikit. Pertama kali dalam sejarah ni nak ikot aku. Dua tiga kali jugak ak tanya semula, nak kasik konfem betul ke dia nak ikot nih.

Malam tu, lepas maghrib aku siapkan anak-anak dulu. Aku paling last siap. Tudung pon ak main sarung je, tak iron pon.

Kitorang sampai dalam pukul 8.10malam. Dah penoh dah perkarangan pejabat masa tu. Yati & liza pon dah sampai. Kebetulan aku tersaing dengan eammey. Lega sikit. Ada geng.

Masa tu dah penuh dengan entah siapa-siapa. Dan aku rasa, kebanyakkan yang ada kat situ macam tak expect aku akan datang kot. Well,, i senyom sahaja. Terus cari kerusi.

Ada beberapa persembahan selingan sepanjang kitorang makan malam tu. Aku dengan kawan-kawan makan berdepan dengan photobooth. Gerai makanan pon dekat je depan mata. Jadi puaslah bangun ambik makan berbelas kali. Heheheh~

Alhamdulillah, dapat jugak cabutan bertuah tahun ni. Hamper jajan yang aku yakin, orang yang paling eksaited adalah budak 2 beradik tu.

Nak harap ibu belikan jajan banyak gini? Jangan mimpilah~

Cuma, tak sangka la ada kejutan malam tu. Tengah aku syok makan tetiba nama aku dipanggil lagi.

Aik, cabutan bertuah dapat dah. Ni panggil lagi untuk apa?

Dalam blur tu aku naik jugak la atas stage. Siap ajak laki ok. ;p

Dah kat atas tu baru aku tau yang aku terpilih sebagai pakaian terbaik wanita.

Dapat tupperware.

Reaction encik suami? Tak habes gelakkan aku, kata dia macam ramai lagi yang pakai baju cantik-cantik.

Aku pon tak tau cemana boleh menang. Pakai peplum lama pon menang ye. Mungkin dah memang rezeki aku. Nanti aku siasat siapa yang jadi juri tu yek. Heheheheh~

Cuma tula,, aku punya kalut ntah pape tadi kan sampai aku terlupa nak pandang riak wajah hadirin hadirat yang lain.

tapi aku tau, ada yang makan hati punya la.

Btw, eammey pon menang tau. Dapat hamper besar gila. Menang pakaian sedondon terbaik. Memanh cantik sangat family dia malam tu. Warna kuning terang & berbeza dari yang lain-lain.
Tahniah ye.

Untuk yati & liza,
Luck takde malam tu. Tapi apepon tetap hepi jugak rasanya bagi pihak kawan-kawan.

Selesai acara pemberian duit raya, kitorang pon balik rumah. Esok nak bangun pegi sekolah lagi.

Tapi balik rumah tu takde maknanya terus tido, diorang gasak mengecek hadiah yang dapat tadi. Siap posing bagai. Haiiii la anak~

















Kesimpulannya?
Semestinya aku enjoy, dapat hadiah banyak dari orang lain. Hahahah!
Takdelah, aku enjoy sambil terfikir Allah tu datangkan kemanisan dari pelbagai segi. Arini dia bagi kelebihan sikit pada aku. Alhamdulillah.

Anak-anak aku?
Paling happy rasenya. Dapat kain bunga api pulak tu tadi dengan kawan-kawan. Enjoy jugak la tu.

Encik suami?
Ada la komplen sikit pasal event ni. Tengok pon macam serik je nak join, tapi dah try slowtalk kasik faham.

Manusia tak sempurna,
Majlis pon tak sempurna,
Yang penting semua gembira.

Ehh,gembira ke?
=p
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Tuesday 16 September 2014

'tongsampah' bergerak

Hari cuti,
Ada lebihan masa nak melingkor kat rumah sambil hapdet blog.

Heaven.
Mudah-mudahan ada peluang yang banyak nak melingkor macam nih lagi. =)

Pagi ni sarapan kat luar. Erkkk..honestly memang most of the time kitorang akan sarapan kat kedai.

Lunch or dinner nanti baru makan kat rumah. Kenapa? Sebab pagi-pagi takde mud memasak lagi kot. Alahai alasan! -_-'

Ok balik pada cerita sebenar, nak cerita pasal ragam anak-anak bila makan kat luar nih.

Beria order itu ini, sekali makan tak banyak mana. Tak habes!

Babah paling berapi bab ni. Pantang noo die bila bebudak ni membazir. Disuruh kongsi je taknak, sekali dh order sorang satu tak makan kasik licin pulak.

Ibu pulak akan jadi yang paling berlagak cool.
Nak selamatkan bebudak dari kena marah dari sibapak kononnya.

Maka bermula la drama si ibu yang tolong habiskan makanan tu semua. Cepat-cepat 'sempurnakan' pinggan sendiri, lepas tu ambik pinggan anak pulak sambil mata meliar usha line takut ada yang nampak. Malu.

Suap-kunyah lebih kurang-telan.

Ulangla sampai selesai sepinggan. Lepas tu capai pulak pinggan anak yang sorang lagi pulak.

Sama seperti step diatas. Agak tinggal sikit lagi dan tak mampu nak tolong dah, terus pandang sibapak dengan muka simpati. Muka mintak tolong!

Selalunya encik suami tolong jugak la habiskan yang mana patut. Even tak licin bersih pinggannya, at least tak la sakit mata macam masa budak-budak ni tinggalkan tadi.

Surutla sikit panas hati tu kan.

Ibu diorang?
Dah tersandor kat kerusi. Nak minum air pon dah tak boleh. Sendat perut weyhhhh!

Apakah nasib mak-mak memang cenggini? Mangsa anak sendiri. Padan la tak berjaya selim melim, asyik jadi 'tongsampah' kehormat je. Tu sehari, bayangkan kalau hari-hari?

Masa ni akan nampak kelebihan makan kat rumah. Boleh sukat sikit banyak. Makan sikit dulu, tak cukup baru tambah. Jadi takla berlaku pembaziran extreme.

Anak kenyang, pembaziran tiada. mak ayah pon gembira. Haahah!

Ni esok-esok bila tengok banyak baju tak muat, tau la kan sebab apa? Jadi jangan kata aku tak cuba kurangkan berat badan tau.cuma anak-anak tak sporting dengan ibu dorang ni.

^
__*



posted from Bloggeroid

Terima Kasih

16 september 2014

Assalamualaikum

Harini cuti sempena ulangtahun penubuhan Malaysia.

1963-2014.

Hari ni selasa
Tak kemana-mana
Breakfast then jalan dengan anak-anak
Selebihnya melepak kat rumah

Malaysia
Disini lahirnya sebuah cinta
Disini tanah tumpah darahku

Keamanan
Kemajuan
Tanpa mengira bangsa & kepercayaan,
Masyarakat majmuk yang bersama menikmati kegemilangannya.

Semoga negara kita,
Dan kita semua,
Sentiasa dilindungi Allah swt dari segala bencana yang membawa kepada kehancuran.

Amin






posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Monday 15 September 2014

2o perihal tuan blog ini

Haipp!

Poyo kan tetiba nak update pasal ni jugak. Bajet retis ke? Mihmihmihmih~

Nope la, de kawan yang tag kat fb pasal ni. Kan tengah viral mende alah ni, jadi bila dah dipelawa tu aku pon teringin la nak membuatnya jugak.

Cuma...
20 tu tak banyak sangat ke ek? Kite try dulu cemana ok. ;)

1. anak sulung dari dua beradik
2. Manja. Eh, manja ke gedik ni?
3. Berkahwin pada usia 20tahun
4. Rabun sejak umur 9tahun
5. Love to talk
6. Friendly
7. Suka makan
8. Mula pandu kereta sejak umur 17tahun
9. Suka lelaki pandai nyanyi. 
10. Suka habiskan duit untuk benda yang entah apa-apa. Lepas tu menyesal sebab beli
11. Tak pandai mekap. Setakat berjaya sapu foundation, eyeliner & lipstick je.
12. Suka travel
13. Baru reti nak yakin pada diri sendiri
14. Tak pernah tayang muka 'mencuka' walaupon tengah ada masalah
15. Tak reti nak hias rumah
16. Masak ikot mood
17. Paling benci lipat kain. Kalau ada mesin/robot sanggup beli asal tak kena lipat sendiri
18. Yep, sangat ratu airmata. Sensitippppp
19. Terasa nak bersara awal, duduk rumah jaga anak
20. Dulu rasa nak anak 2orang je, tapi sekarang tetiba rasa nak 5orang.


Aiyakkk?? Dah cukup 20perihal la. Cemana ni, banyak lagi nak tulis. -___-''

Takpe-takpe, ni kasik poin dulu. Kita huraikan satu persatu kat entry lain.




Salam maghrib uols!
Wasalam.

posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Disini lahirnya segala cerita

Hi,

Semalaman scroll blog sendiri, sedar tak sedar dah 3tahon lebih blog ni rupanya. Sebenarnya lebih dari tu, sebab blog pertama dulu aku create masa baru kawen. Tapi dah lupa email password segala,aku pon benti ber blog.

Sampailah,
Aku beranak sorang. Anak pon besar, dan aku mengandung lagi.

-_-'

Kelahiran fareeq pemula mood ber blog aku sekali lagi. Sebabnya?

Aku ibu yang berusaha menjayakan penyusuan susu ibu. Dan sepanjang kisah itu ada sukadukanya. Ada ilmu yang baru aku jumpa, yang aku aplikasikan sepanjang menyusukan anak tapi aku tau lama kelamaan aku akan lupa semua tips tu bila aku tak lagi menyusukan.

Aku taknak!
Taknak semuanya lupa gitu je. Setidak-tidaknya biarlah ada sumbangan pada yang lain, atau paling tak pon jadi rujukan untuk aku masa akan datang. Taklah aku tergali-gali mencari info lagi nanti.

Aku sayang blog ni. Ada banyak kenangan dalam setiap penulisan. Walaupon aku bukan penulis yang konsisten dalam penceritaan, kadang-kadang terlalu lama aku peram entry dalam draf, berhenti tak berkesudahan dan ada juga momen yang langsung tak tercerita sebab aku dah lupa apa ceritanya. ;p

Enjoy your blogwalking here.
Aku bukan blogger femes yang ada ribuan follower. Aku takde tips kecantikan yang boleh dikongsikan apa lagi resepi menarik yang nak diajar pada semua yang membaca.

Aku biasa je. Blog ni kisah aku. Kisah seharian dan kisah kehidupan aku. Aku tak sempurna. Aku juga ada masanya beremosi tak mampu dikawal. Jadi maaflah kalau ada post aku yang meroyan tak tentu hala.

Aku tak terer bab IT. Seriously.
Aku tak reti nak add on yang gempak-gempak dalam blog ni. Apa yang ada, tu la yang aku guna. Hahahah!

Setakat ubah template tu aku retilah. Hihihi~

Aku memang takde cerita yang menarik nak dikongsi. Tapi aku suka. Ini kenangan. Bila kau tengok anak yang dulu kecik sekarang dah besar depan mata, kau konfem tacing.

Dari kau yang dulu gila-gila. Tudung pon entah kat mana, akhirnya aku nampak sendiri transformasi diri. Dari yang nak apply maskara pon sampai sejuk tapak tangan, sekarang aku dah mampu buat. Extra sikit sebab dah pakai eyeliner. Muahahhahahaha!

Masa cepat berlalu. Macam berlari meninggalkan aku dengan segala macam hal yang lain. Tak terkejar kotak memori aku bila nak di throwback satu persatu. So bila aku tengok balik entry yang lama, barulah dapat recall.

Tak semua manis-manis belaka, dan tak mesti yang pahit tu buat kita mati selama-lamanya. Hidup, sentiasa ada yang berubah. Sedangkan yang baharu juga akan merasa jadi yang lama. Tapi hakikatnya, hidup tetap diteruskan jugak.

Kenangan,
Tak siapa boleh hidup dengannya,
Tapi kenangan tu la yang buat kau rasa nak terus hidup,
Bila kau sentap dengan semua yang kau lalui,
Kenangan yang manis buat kau senyum semula.

Sebab,
Yang kau lalui semalam,
Takkan lagi kau lalui harini ataupon esok.


posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Saturday 13 September 2014

Yang baharu di hari minggu

Assalamualaikum,,

Hari yang panjang dengan masa yang habis sekadar duduk rehat kat rumah.

Lunch kat luar, lepas tu balik rumah. Tak merasa nak jengah mana-mana shopping mall harini. Malas.

Balik rumah, sambung tido. Solusi terbaik bila hati tengah sakit, selain berharap diberi kekuatan menghadapi segala yang Allah rencanakan.

Tapi dah memang jenis tak suka merap kat rumah, petang tu bawak budak-budak keluar jugak. Kesian la diorang dah la cuti sekolah ni tak kemana.

Ni semua pasal plan nak bercuti hujung tahun nanti, jadi sekarang terpaksa la sekat niat tu dulu. Asyik berjalan je, tak ter cover balik duit tabung nanti. ;p

Ibu teringin nak makan pisang goreng. Walaupon batuk ni tak baik lagi, tetap degil la makan yang berminyak segala tu jugak. Sedap.

Tapau goreng pisang then cari recreation park yang boleh kitorang port sambil makan-makan. Bekal air mineral 2botol untuk bilas nanti.

Lastly, dok je la kat dataran tasik tu. Kawasan depan menara jam tu ramai sangat orang. Kita pegi kat trek jogging tu je.

Ramai tak ramai jugak harini, yang berjogging tu ramai la. Kat playground ni masih ok. Takde la bebudak tu semua berlaga antara satu sama lain.

Setengah jam pertama memang aku kena la melayan budak berdua ni, tak reti main sendiri. Nak jugak ibu ada depan mata diorang. Dah lama sikit baru ok, mungkin ni kelemahannya sebab diorang ni mana bergaul dengan budak sebaya lain. Masa banyak duduk rumah tengok tv. Tak pon ngadap tablet. Huhuhu~

Seronok masing-masing. Lama dah kitorang tak pergi playground yang open air gini. Selalu pegi yang dalam shopping mall tu, mana dapat berpeluh macam sekarang ni. Dah tak berpeloh, kena caj lagi. Hahahha!

Fareeq paling takut nk main apa-apa. Mula-mula lagi dia dah cakap,

"Ibu, nanti seluar b kotor camne?"

Heheheheh~ takut kena marah lettew kan? Lepas aku explain elok-elok, baru la dia main tanpa belas kasihan lagi kat ibu yang dari tadi dok perati, seluar dia dah kotor dah.

Takpe la anak, sekali sekala kotor lebih sikit. At least time gini baru ibu nampak yang korang menikmati zaman kanak-kanak.

Zaman dah berubah. Budak sekarang mana sama macam zaman aku dulu. Dulu setakat meniarap kat lopak air tu dah biasa, mak ayah mana mampu nak bawak pergi swimming pool segala. Tu yang pantang nampak air bertakung je, asal boleh basah dah seronok sangat.

Main tanah, lecak tu normal dah. Lagi-lagi masa tu rumah kitorang ada kawasan pembinaan lagi. Syiokkk sangat la berulit dengan tanah liat tu. ;p

Kalau duduk kampung,rasanya dah terjun dalam sungai dah aku ni agaknya. Huhuhu~

Tapi tula kenangan. Yang akan aku kenang selama hayat aku nih. Jadi biarlah anak-anak aku cipta kenangan diorang sikit, walaupon versi nya dah berbeza dari aku dulu.

Sejam je dapat spend time kat sini. Muka tak puas main je dua beradik ni. Kesian pulak rasa. Next time ibu cuti kita datang lagi ok. Masing-masing dah mandi peloh, nampak fresh je cuma yang tak boleh blah tu ibu pon tumpang berpeluh berlari melayan anak tadi.

Nanti boleh jogging pulak kat sini. Diorang tengah upgrade lagi belum siap. Tapi boleh la buat tempat riadah, lagipon kat kluang ni memang payah sangat nak jumpa tempat riadah yang ok.

Bila tengok anak-anak ketawa riang macam ni, hilang serabut otak kejap.

Sambil tu aku terfikir,
Setiap hari adalah hari yang baharu.
Seharusnya kita mulakan dengan semangat baharu juga,
Hanya bila kita sudah cukup kuat,
Maka kita berkesempatan menikmati hari yang baharu ini.

Mungkin pembaharuan jugak perlu, INShAaAllah, doakan ye. ;)






posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Thursday 11 September 2014

Reseat exam

Assalamualaikum,,

Reseat exam.
Tu la yang aku dengar sejak dua menjak ni. Dari exam penguasa kastam w41 sampailah ke Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR).

Bermula dengan hebahan exam untuk jawatan penguasa kastam, aku tau ramai yang dapat exam tu sebab dari pagi ke malam aku scroll fb tak sudah dengan cerita & harapan masing-masing.

Ok la, aku faham. Semua berebut nak jadi penjawat awam. Lagi-lagi kastam. Huhuhu~

So disebabkan ramai sangat yang dapat, masalah mula timbul time nak menjawab exam online tu. Ye. Online memang lebih mencabar bila masuk part network. Kalau dok loading berjam sampai habis masa menjawab, tapi takde soalan nak dijawab memang la boleh buat orang gila meroyan.

;p

Terus korang up status emo kan. Lagi takleh terima sebab korang salahkan kastam, bukan SPA. Pe kes???

Dah kecoh-kecoh tu, SPA pon bagila sesiapa yang tak dapat jawab aritu, reseat exam. Selesai masalah.

Tapi sebenarnya masalah yang sama berlaku jugak masa exam untuk jawatan penolong penguasa W27 aritu. Ade sesi ulangjawab pada yang tak dapat jawab kali pertama tu. Dah dapat panggilan temuduga pon pada yang berjaya.

Untuk penguasa kastam ni pon semua dah tau resultnya kan? Tahniah pada yang berjaya melepasi ujian pertama ni. Semoga berjaya diperingkat temuduga nanti.

Pada yang tak berjaya, jangan putus asa. Mungkin belum rezeki korang lagi kalini. Teruskan kehidupan macam biasa, sebab rezeki Allah ada kat mana-mana.

Ok tamat bab 1. Tu kisah nak kerja. Yang ni pulak kisah adik-adik yang belajar lagi.

Upsr dah mula sejak awal minggu aritu. Dan sepanjang tempoh tu jugak la kekecohan berlaku sampaikan aku yang tak tau apa-apa jadi tau sekali. ;p

Ye. Aku jarang ambik port bab cmni. Tapi bila diulangtayang banyak kali,aku yang taktau pon jadi tau dan bila dah tau lagi la aku makin nak ambik tau. Paham?

Soalan bocor.
Paper sains & english antara yang bocor.
Kenapa bocor?
Adelah seseorang yang tak amanah kat situ. Mungkin ada kepentingan pada dia, wallahualam.


Sorang akak kat opis aku tu bagitau, anak dia ada bawak soalan siap jawapan paper sains aritu. Cikgu dah fotostat bagi kat semua. Tu yang fotostat, lagi sekarang ni zaman IT. Anak murid pon henpon lagi mahal dari cikgu. Ape ada hal, whatsapp ajek. Kurang sejam dah tersebar 1malaysia. Huhuhu~

Tertarik pada status yang diupdate oleh sorang daripada kenalan fb aku,

"Biarlah pihak berkuasa yang menyiasat. SPRM juga boleh mulakan kerja. Jangan asyik cari salah kastam jek."

Senyum sinis aku dibuatnya. Ada betulnya kenyataan dia tu. Dari haritu aku tak berapa setuju dengan apa yang berlaku pada jabatan aku. Kemain liputan meluas ko bagi yek?

Sesiapa pon boleh terlibat dengan rasuah tu. Tapi kenapa kastam jugak yang beria korang aim? Motippp sangat tau...

Malas nak ulas part tu. Nanti orang cakap aku emo. Cuma, memang tak adil pada kakitangan yang lain bila terkena tempias nya sekali. Lagi-lagi nak mengadap pandangan senget orang ramai yang sangat mencabar kesabaran.

'Oh..kastam. Patutlah.....'
Huh, apa yang patut? Aku terkebil-kebil sebab tak paham apa yang nak disampaikan.

Tu belom lagi yang nak kerja kastam sebab nak main rampas-rampas.

Oiii, ko ingat sesuka je ke merampas??! Tensen aku mengadap kaum yang macam ni. Kadang-kadang mulut takde insurans ni bukan orang lain, member-member jugak. Pffttt!

Tutop cerita tu.

Ni pasal adik-adik yang akan repeat paper pada 30september nanti, semoga korang tabah.

Kesian bila kenangkan balik diorang dah berhempas pulas ulangkaji, last-last kena buat 2x. Dengan soalan yang berbeza. Dengan perasaan yang mesti dah tak sama.

Bersabarlah,
Ini salah satu bentuk ujian dalam hidup untuk korang. Banyak lagi cabaran,ujian yang akan korang jumpa sepanjang hidup nanti. Semoga kebenaran dapat ditegakkan. Dalang yang bertanggungjawab perlu dicari sampai jumpa. Biar dia tau rasa.

Tapi sejujurnya, kalau anak aku terlibat sekali dalam exam ni, rasanya aku pon meroyan sekali. Kesian budak *__*

Nah, ni aku jumpa kat fb semalam. Jangan sentap tau. Kita fikirkan semula..


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Feel manja-manja sikit

Assalamualaikum,,

Harini hapdet malam pulak.gigih menaip walaupon asyik typo aje nih.

Batok menjadi-jadi dh berapa hari ni. Minum ubat batok dah, tapi tak surut-surut. Huhuhu~

Dan tiba-tiba pagi semalam, kepala jadi berat gile masa bangun nak pegi kerja.

Selsema pulak!

Pheww,tak suka selsema. Dia buat badan rasa lemah terus. ;(

Batuk buat badan semua sakit-sakit. Perut sakit. Dada sakit. Pinggang sakit. Tekak pon sakit.

Selsema buat hidung ni merah sebab kena genyeh. Sumbat pulak tu. Suara pun dah lain. Sengau jek. Kepala dah mula cenoneng.

Ya Allah, tak larat sungguh rasanya.

Tapi, peliknya dalam pada badan tak sedap ni rajin pulak nak memasak.

Dengan kepala berlumur minyak kapak tu, aku tetap sediakan makan untuk semua. Normally time sihat pon takla aku serajin ni. Masak cuma time cuti je. Huhuhu~

Dah siap semua tu, terus baring. Tak rasa nak makan pon. Dengan tekak yang batuk memanjang, hidung sumbat, makanan apa pon tak kan menarik perhatian. Sedih...

Lepas bagi anak-anak makan, terus layan drama sampai tengah malam. Esok tak kerja, takpelah layan sampai midnite.

Pinjam peha encik suami, mintak sapukan minyakpanas kat belakang, pastu baring kat kaki tu.heaven!

Harap-harap esok dah ok. Kalau tak terpaksalah pegi klinik jumpa doktor. Pasrah.

Ni farish dah start bersin2, janganlah berjangkit kat dia pulak.

K. Dah nak tido nih. Nunite.

Luv u.


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Monday 8 September 2014

Ict versi kluang

Assalamualaikum


Malam minggu yang baru ni, kitorang sekeluarga pergi ICT.

iCT versi kluang.

Actually dah lama ict ni wujud, dekat sebulan dah tapi aku yang taktau perkembangan semua.

Alih-alih tengok orang ramai upload pitcha kat lampu warna-warni tu. Then mention kat kluang, ok fine. Aku teruja jap.

Seronoklah kalau bawak anak-anak kan. Mak nya pon boleh tumpang seronok sekaki. Yang penting boleh selfie!

Lokasi ict tu area Johbase. Pertama kali la kat kluang ni. Jadi, pengunjungnya sangattttt ramai.

Jammed. Berpusing 4kali juga semata-mata nak cari parking. Ikut hati nak cancel je. Balik rumah je la sebab harapan nak dapat parking tu macam takde. Tapi entah kenapa rajin pulak encik suami nak berpusing cari parking. Akhirnya dapat jugak...

Macam yang aku nampak dari awal tadi, orang ramai sesangat. Tapi sebab kawasan tu lapang, ok la. Takde kejadian berlaga siku ke hape, semua boleh bergambar sesuka hati. Nak pose bape puluh kali pon takde masalah.

Bebudak lah paling teruja. Lampu sana-sini lepastu ada banyak warna.

Terus tuju ruang paling dalam.

Ada mainan yang di create khas untuk budak-budak. Games untuk family pon ada. Tapi kitorang tak main pon. Tengok je orang lain main. Budak-budak pon takde mintak nak main apa-apa sebab lagi suka tengok lampu-lampu. ;p

Masok ke dalam ni free ye kecualilah kalau nak main apa-apa dalam ni, baru kena bayar. Tapi majoriti aku tengok sakan berposing dengan lampu jek, takde ke herannya pada mainan semua tu.

Tak lama mana pon kitorang kat situ. Selesai berposing kat semua ceruk, terus gerak balik. fareeq pon dah ajak balik sebab kaki dia dah penat berjalan. Hahah!!

padahal sebenarnya nak tido kannnnnnnnnn?

Drama sangat yang kecik sorang ni. Berjalan sikit tak larat. Tak boleh blah tau.

Balik tu terus la share pitcha kitorang kat cu. Makan hati jek cu menengoknya.

Takpe, nanti lepas pantang boleh pegi ok. Tu pon kalau wujud lagi ict ni. Hahahahah!



















posted from Bloggeroid


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati