Saturday 13 September 2014

Yang baharu di hari minggu

Assalamualaikum,,

Hari yang panjang dengan masa yang habis sekadar duduk rehat kat rumah.

Lunch kat luar, lepas tu balik rumah. Tak merasa nak jengah mana-mana shopping mall harini. Malas.

Balik rumah, sambung tido. Solusi terbaik bila hati tengah sakit, selain berharap diberi kekuatan menghadapi segala yang Allah rencanakan.

Tapi dah memang jenis tak suka merap kat rumah, petang tu bawak budak-budak keluar jugak. Kesian la diorang dah la cuti sekolah ni tak kemana.

Ni semua pasal plan nak bercuti hujung tahun nanti, jadi sekarang terpaksa la sekat niat tu dulu. Asyik berjalan je, tak ter cover balik duit tabung nanti. ;p

Ibu teringin nak makan pisang goreng. Walaupon batuk ni tak baik lagi, tetap degil la makan yang berminyak segala tu jugak. Sedap.

Tapau goreng pisang then cari recreation park yang boleh kitorang port sambil makan-makan. Bekal air mineral 2botol untuk bilas nanti.

Lastly, dok je la kat dataran tasik tu. Kawasan depan menara jam tu ramai sangat orang. Kita pegi kat trek jogging tu je.

Ramai tak ramai jugak harini, yang berjogging tu ramai la. Kat playground ni masih ok. Takde la bebudak tu semua berlaga antara satu sama lain.

Setengah jam pertama memang aku kena la melayan budak berdua ni, tak reti main sendiri. Nak jugak ibu ada depan mata diorang. Dah lama sikit baru ok, mungkin ni kelemahannya sebab diorang ni mana bergaul dengan budak sebaya lain. Masa banyak duduk rumah tengok tv. Tak pon ngadap tablet. Huhuhu~

Seronok masing-masing. Lama dah kitorang tak pergi playground yang open air gini. Selalu pegi yang dalam shopping mall tu, mana dapat berpeluh macam sekarang ni. Dah tak berpeloh, kena caj lagi. Hahahha!

Fareeq paling takut nk main apa-apa. Mula-mula lagi dia dah cakap,

"Ibu, nanti seluar b kotor camne?"

Heheheheh~ takut kena marah lettew kan? Lepas aku explain elok-elok, baru la dia main tanpa belas kasihan lagi kat ibu yang dari tadi dok perati, seluar dia dah kotor dah.

Takpe la anak, sekali sekala kotor lebih sikit. At least time gini baru ibu nampak yang korang menikmati zaman kanak-kanak.

Zaman dah berubah. Budak sekarang mana sama macam zaman aku dulu. Dulu setakat meniarap kat lopak air tu dah biasa, mak ayah mana mampu nak bawak pergi swimming pool segala. Tu yang pantang nampak air bertakung je, asal boleh basah dah seronok sangat.

Main tanah, lecak tu normal dah. Lagi-lagi masa tu rumah kitorang ada kawasan pembinaan lagi. Syiokkk sangat la berulit dengan tanah liat tu. ;p

Kalau duduk kampung,rasanya dah terjun dalam sungai dah aku ni agaknya. Huhuhu~

Tapi tula kenangan. Yang akan aku kenang selama hayat aku nih. Jadi biarlah anak-anak aku cipta kenangan diorang sikit, walaupon versi nya dah berbeza dari aku dulu.

Sejam je dapat spend time kat sini. Muka tak puas main je dua beradik ni. Kesian pulak rasa. Next time ibu cuti kita datang lagi ok. Masing-masing dah mandi peloh, nampak fresh je cuma yang tak boleh blah tu ibu pon tumpang berpeluh berlari melayan anak tadi.

Nanti boleh jogging pulak kat sini. Diorang tengah upgrade lagi belum siap. Tapi boleh la buat tempat riadah, lagipon kat kluang ni memang payah sangat nak jumpa tempat riadah yang ok.

Bila tengok anak-anak ketawa riang macam ni, hilang serabut otak kejap.

Sambil tu aku terfikir,
Setiap hari adalah hari yang baharu.
Seharusnya kita mulakan dengan semangat baharu juga,
Hanya bila kita sudah cukup kuat,
Maka kita berkesempatan menikmati hari yang baharu ini.

Mungkin pembaharuan jugak perlu, INShAaAllah, doakan ye. ;)






posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati