Friday 19 September 2014

Wideshawl dari faszcreation

Hellooooo~

Assalamualaikum. Mood bekerja dihari minggu dah datang. Sekarang ni takde istilah cuti sangat, sebab time cuti hujung minggu pon kita ni tetap kena kerja.

Kerja online + kerja offline
Kerja hakiki + kerja sampingan

Dua-dua ada ada kelebihan kekurangan,
dua-dua ada nikmat bekerja tersendiri.

Kerja hakiki/offline tu cuma hari ahad sampai khamis. Khamis tu pon sampai 3.30ptg je. Jumaat sabtu hari cuti. 8pagi sampai 5petang kat pejabat, hadap computer. Kalau nasib 'baik' sikit, kena attend meeting segala bagai.

Dulu memula tu memang jujur seram nak pegi meeting bagai ni, maklumlah aku ni orang bawahan je tapi dah lama-lama kental sudah. Mihmihmihmih~

Kerja online pulak,pada aku macam tak patut digelar part-time sebab ni la kerja yang 24/7.

Non stop.

Cuti hujung minggu ke, cuti peristiwa ke, cuti sekolah ke, tetap kena on. Cuma pengeposan je tak buat hari-hari. Macam aku ada tetapkan semua order akan post out ahad, rabu, jumaat.
Tapi kalau tak berapa nak banyak minggu tu, aku pos 2kali je. =)

Aku suka bisnes ni. Kali pertama aku meniaga, masa tu fareeq umur 6bulan kalau tak silap. Aku jual supplement. Alhamdulillah, pendapatan besar berkali ganda dari gaji kerja hakiki aku.

Berpinar mata tengok 4angka dalam akaun dalam masa sehari. Pada aku masa tu amaun camtu dah cukup besar sangat. Murah betul rezeki masa tu.

Dari supplement ke skincare, hasilnya tetap tak pernah mengecewakan. Bila tengok sales yang rancak macam tu, serius rasa betullah perniagaan ni boleh jadi sumber pendapatan yang jaoh lagi baik dari kerja sebenar.

Tapi, risiko meniaga ada kat mana-mana. Bila berdepan dengan seller yang guna taktik kotor, jual barang dengan harga yang lebih murah dari yang sepatutnya hanya untuk potong line kita, masa tu aku rasa sangat-sangat diuji.

Betul,
Rezeki Allah luas. Kalau memang untuk kita pasti tetap jadi milik kita. Cuma nak berdepan cabaran-cabarannya tu, Allah je yang tahu seksanya rasa.

Dan dari setiap tapak yang aku cipta tu, aku terus mencuba sesuatu yang lain. Aku impikan sesuatu dari jenama aku sendiri, harapannya aku nak bina produk yang boleh mengetengahkan jenama aku tu.

Maka terhasillah, faszcreation byfarihazainal pada ulangtahun ke 26 aku haritu.

Alhamdulillah, terima kasih pada semua yang menjadi penguat semangat aku selama ni, yang beri sokongan dari segi wang & masa. Sumbangan idea yang bagus-bagus juga. Aku takkan lupa budi yang tu. ;')

Permulaan nya aku jual tudung. Zaman ni dah bermacam jenis tudung ada kat pasaran. Tinggal pilih yang betul-betul bertepatan syariat je.

Ada banyak instanthijab, yang aku kira fenomena sekarang ni. Gaya hidup makin mencabar, semua nak yang segera je jadi mungkin ni jadi inspirasi pada penghasilan tudung jenis macam ni.

Tapi disebalik kemodenan semua tu, masih ada yang mengekalkan pilihan yang sederhana, yang tradisi.

Adatlah kan, kalau berselendang ni, penitinya kena banyak. =l

Jadi aku ambil keputusan untuk tambah wideshawl dalam koleksi online yang aku handle ni.

Tapi aku cuma keluarkan contoh tau. Aku buat ikut tempahan. Korang boleh request kaler, payment 50% dan aku akan jahit untuk korang. Custommade shawl.

Material untuk wideshawl ni chiffon ye. Majoriti online seller lain pon aku tengok guna chiffon, jadi makesure korang pakai innerneck kalau taknak nampak 'pelik'.

Dah namanya pon wideshawl, jadi aku memang buat panjang & lebar tau.

2meter x 0.8m

Nanti ada kesempatan boleh jengah IG tu, kalau taknak beli tudung, ada yang lain boleh dibeli.

Wideshawl ni murah-murah je, sehelai rm20 exclude postage. Bila dah jual harga murah untuk kualiti yang ok, sangatlah tak patut kalau korang ingat harga tu included postage tau. Hahahah!

Kalau beli banyak sikit & aku terasa nak bagi promo, ok boleh aku bagi free pos. Korang pon kena la pandai tawar menawar tau. =)

Nah ni aku tepek sikit IG aku, setakat ni aku bisnes kat sini je. Sangat tak menang tangan nak handle bebanyak social media tambah-tambah lagi aku ni bekerja & ada anak yang perlu diuruskan.

Kadang-kadang nak mereply whatsapp pon tak sempat tau. Jadi kalau nak order, harap paham situasi aku. Lambat sikit tu normal la, tapi aku memang akan balas dalam masa 12jam sebab henpon adalah benda wajib pegang setiap hari. Heheheh~



HAaaa~
Nanti g usha tau. Paksa nih. =p


Ni contoh wideshawl. Satu masalah aku adalah selalu terambik shawl yang dah siap buat pakai sendiri. Sebab material senang bentuk lepas tu beralun elok je bila pakai.


Ok, selamat la mencuci mata.
Nak tido dulu. Esok nak berjalan. Nite!

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati