Friday 19 September 2014

Potty training

Hi!

Dah masuk hujung minggu rupanya. Lega. Dapat berehat kat rumah sambil layan anak, lagi best sebab dapat golek lama sikit atas katil.

Macam biasa, hanta encik suami pegi kerja dari atas katil je. Situasi sama nanti masa aku pulak pergi kerja hari ahad. Dulu awal-awal terasa janggal tau, dah lebih 9bulan ni kitorang dah makin biasa. Terasa untung pulak cuti berlainan cenggini.

Biar aku cerita apa untungnya tau.

Bila cuti beza macam ni, jumaat aku ada kat rumah dengan anak-anak. Aku mengemas, aku masak.

Sabtu family time. Even cuma sehari, tapi ok je kalau kita isi dengan hal yang best. Biasanya sabtu ni kitorang akan pegi belanja groceries, makan, bawak anak-anak berjalan. shopping or indoor playground kat mall tu. Selalunya aku bawak diorang pergi bookstore, tengok kalau ada buku-buku baru boleh la beli sikit.

Memang niat aku nak ajar diorang ni 'mesra' dengan buku-buku. Since diorang pon sangat la jarang mintak beli toys. Pendek kata tak pernah mintak, selalu aku yang belikan. Setahun sekali dua je rasanya. Huhuhu~

Banyak mainan ikot kreativiti diorang. Apa yang ada, tu la diorang bawak main.

Settle.

Cuti ni aku plan nak ber potty training si kecik. Umur dia dah 3tahun 4 bulan. Next year dh nak pegi kindergarten, jadi rasanya dah kena ajor dah ni kan?

Abang dia dulu, masih berdiaper masa masuk sekolah. Sebulan dua jugak la, baru ok. Tp masa tu tido malam tetap kena pakai diaper ok.

So now turn fareeq. Belum sempat ajar dah kena ngemop rumah dua hari berturut ni.

Petang semalam sekali,
Petang ni sekali.

Terbaik sangattttt~

Dedua incident ni lepas mandi. Tak sampai 2minit keluar toilet, padahal sebelum tu masa mandi dah tanya nak kencing tak.

Hoiiiiii la anak.

Lepas tu baru dia menjerit cakap die kencing. Huhuhhhu~

Berlari la ibu die ni capai mop. Ni cemana nak apply potty training ni?

Mungkin sebab semuanya spontan, aku pon tak plan nak ajar dia harini tapi dia boleh pulak kencing gitu je.

Nanti masa aku dah sedia nak ajar, aku akan suruh dia kencing 5minit sekali. Macam farish dulu. Hahahhaha!

Tapi jangan ingat takde terbabas-babas dulu tau. Ade jugak~

Salute dekat kawan-kawan yang berjaya latih anak diorang lebih awal. Aku yakin diorang bukan sahaja rajin, tapi jugak bersemangat tinggi. Kena sabar kan? Dan harapnya aku jugak terus sabar. =P

Kalau korang ada tips lagi ok, boleh share sini sementara aku sambung google tau.



Ni 'upahnya' lepas kencing tadi.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati