Saturday 19 December 2015

Counting days!

Assalamualaikum

Akhirnya persiapan sekolah farish hafiy selama beberapa minggu ni selesai sudah.

Lega.
Dari awal tak tau apa nak dibeli dan disiapkan, belajar dari pengalaman kawan-kawan sambil separuh lagi hasil menelaah kat blog.

Proudly to announce,
Im supermak.
Over protected mak also.

Ngee~

Just want to give my best.
The best thing i can serve for my boy, my caliph, my soul, my everything.

Harap-harap dengan keselesaan ni dia dapat belajar dengan baik. teringat masa kecik dulu, betapa susah mak ayah nak beri yang terbaik dan tercantik untuk aku.

Walaupon tak pernah mintak apa-apa, both sedaya upaya sediakan yang mampu buat aku as a child rasa sempurna.

Aku tak tahu berapa banyak diorang berhabis untuk beg sekolah yang boleh ada bunyi & lampu, kasut sekolah twinkle star yang ada lampu tu dan tak lupa pencilcase yang comel sampai bangga tak habis duduk dalam kelas menayang dekat classmate.

How time flies.
So fast.

Masa ni,
Baru aku terfikir tu semua.
Teringat semua tu.
Dan aku yakin,
Keterujaan aku masa ni,
Tak kurang sikit pun dengan yang diorang rasa dulu.

Mak,
Ayah,
Terima kasih untuk semuanya.
Terima kasih sebab beri keselesaan,
Walaupun tak berkemampuan sangat pon masa tu.
Terima kasih sangat-sangat.
Bila aku ingat semua tu,
Serius aku sebak.
Sungguh sampai mati pun aku takkan mampu balas semua tu.

Ini kisah benar.
Tentang kehidupan.
Hidup macam roda.
Yang kita lalui dulu,
Sedar tak sedar kita lalui sekarang.

Hmmmm..
Berbalik pada realiti.

Persiapan farish complete.
Tinggal pikir mana nak cari orang boleh jahit lencana sekolah dia.

Hahahha!
Me?
Memang tak la.
Mau senget lencana anak nanti.
Upah je senang.

Mostly barang sekolah farish yang beli.
Kecuali pakaian la sebab dia tak tau apa itu branded bagai. Serah ibu beli je semuanya.

As long as cukup & berkualiti sudah.
=)

Beg sekolah dah beli dua set.
Satu untuk sekolah agama beli yang biasa je. Dalam RM30 tapi agak besar la pulak. Normally beg sekolah agama kecik je kot sebab buku tak banyak.

Dah terbeli pakai je r.

Untuk sekolah kebangsaan,
Dah settle jugak.
Punya pening nak beli beg sekolah ni.

Konpius nak jenis beroda or sandang je.
Yang ni pon aku survey bagai nak rak, walhal nampak macam mende kecik je.

Hahahha!

Beg beroda ni,
Kalau tengok dalam shopping mall memang harga takkan kurang dari RM100.

agak mahal.
Tapi masa survey website SWAN aritu nampak satu beg ni jenis beroda dengan harga yang affordable.

Ok,
Try approach kat farish & for sure dia setuju.
Superhero favourite dia pulak tu.

Kat sini ada jugak beg yang harga beratus-ratus mengalahkan bagasi harganya. Tapi dah memang nak cari yang biasa-biasa je, maka belilah yang sedikit murah dari harga dalam shopping mall tu.

Kitorang dah survey pasal beg ni awal bulan aritu, jadi kalini datang terus nak beli. Farish kalau disuruh pilih,muka macam nak semua.

Hahahha!

Istimewanya beli dalam ni sebab dapat warranty card. In case ada problem pada certain parts kat beg tu, boleh bawak sini. Foc. Warranty start awal januari 2016 selama 3bulan. Lepas dari tarikh tu, boleh bawak repair kat sini cuma adalah caj yang dikenakan.

Tak kisah sangat pasal tu.
Hope so kualiti beg ni ok sebab rata-rata kasi review positif tentang brand ni. Dari awal memang nak belanja lebih sikit pada beg sekolah atas alasan ketahanan lasak nak angkut buku-buku sekolah nanti.

Pencil case pon selesai dah.
Beli satu sekolah agama,
Satu sekolah pagi,
Satu untuk fareeq.

Dia terasa sangat part beg beroda tu. Siap ngendeng kat ibu, nanti belikan b macam ni jugak.

Baiklah b.
For sure ibu belikan jugak nanti. Tunggu b sekolah besar macam abang. Sekarang ni kontrak b masih dengan beg sekolah jenama kindy b. Alhamdulillah, dia ok lepas tu.

Cuma mintak permission nak main beg abang boleh tak?

Hahahah!
Ingat mainan kot?

Stationery memang tak beli langsung.
Pakai stok birthday gifts kat kindy. Bahagia!

Next week orientasi dah.
Berdebarnya ya ampun.

=)


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati