Monday 29 April 2013

AURAWHITE patern baru. :)

assalamulaikum!

kembali bersiaran. cuma pos entry dr kaunter opis. Line maxis semakin menyakitkan jiwa. mencik!
 
Syukur bisnes kembali spt kebiasaannya. rindu pada zaman2 pos barang customer & COD memalam buta dh terubat. Siap tunggu tepi2 jalan. seronok tau! :)

Terkini, fenomena produk kecantikan + stem cell makin mendapat permintaan. Dan kerana permintaan itu, perlulah kita berusaha memenuhi setiap kehendak pembeli. :)

So far, tertimoni kepada diri sendiri...
Aurawhite ni sangat ok. awal2 dulu rasa geli kot nk try. Sebab terbayang sisik ikan talapia tu. mesti hanyir. kan???

tapi sebenarnya, rasa dia sangatttttttttttttttttttttttttttttt SEDAP!

ini bukan cobaan.

satu jar aw yg 40000mg tu abes dah. marveles. 

untuk permulaan, kita minum 2x sehari. perubahannya? 

--rambut gugur KURANG
--kuku rapuh OK
--Sakit2 badan BAIK
--kulit pulak LEMBUT

makin seronok sbb kandungan AW mampu mengatasi masalah 'susah ke toilet'

now usus saya mengalami perbersihan setiap hari. hahah! dah mcm iklan IWK. :p

Mulai Mei esok, Aw dh berwajah baru. Dengan peningkatan kandungan kini sedia untuk diorder.



JOM try sekarang. Mesti lebih baik dr sebelumnya. Kalau yg lama pon semua testimoninya positip, apatah lagi yg baru ni kan? 

Untuk order dan harga promosi, Jom pM laju2!
.DAPATKAN SEHINGGA 7 FREE ITEMS DGN SETIAP PESANAN.
017-7880698
(nurfariha_fara@yahoo.com)

SELAMAT BERCANTIK CANTIK! ^__^
  

Terima Kasih

Sunday 21 April 2013

perfect soulmate!

assalamualaikum

tanpa rasa segan apatah lagi silu, kita menepek wajah kecintaan disini;


suami kita.

pffft!

maap kalau ade yg meleleh air mata tengok pic ini.

sebenarnya, kecintaan saya ini bukan bermata satu seperti yang digambarkan. ;p

tangan adalah pendek. snap pulak kelam kabut. takut ada yg nampak aksi 'gedik' ini. gedik ke? Suami kita langsung x layan~

tp as long as muka saya adalah penuh, kira cantik la tu. hahahaha! jahat.

suami sejak beberapa tahun lepas. insyaallah untuk tahun2 akan datang juga.amin.

lama sangat xde pic berdua. last masa family day bank last year. sangat lama. *_○

lepas ni ntah bila lagi nak up pic kami suami isteri. mungkin bila farish sudi nak snap kan utk makayah nya ini. Masa pic ni farish xmo tolong sbb die ralit main. huhuhuhu~

Terima Kasih

kami pon ade,,,,

assalamualaikum,,
selamat berhujung minggu. seronok la sebab maxis dh refresh semula quota limit broadband daku, so dapat online macam biasa!

malam minggu kami sefamily sangat teruja nak tgok masterchef(mc) selebriti. sebab ape? semestinya bukan sebab couple yg x sesuai tu ye. hahahha! :p

sebab masa ni lah dapat tgok artis memasak. macam2 ragam. seronok tgok sathiya, yasin,enot. memang akan follow setiap episod la. ;)


rancangan wajib terbitan Astro setiap tahun, i guess. Astro mmg femes dgn rancangan yg banyak musim ni. contohnya Raja lawak. tapi bila dah banyak musim, kadang2 lebih kepada mencari populariti je. terus la jadi x berapa nak best. huhuhu.. kita tengok je la.

tapi bukan tu kami nak kongsi kali ni, kami nak btau, dalam eksited menonton rancangan tu....kami ada chef cilik yang sweet je. puas bertukang bagai, las2 terlungkup tido macam ni;


Terima Kasih

Thursday 18 April 2013

Our first date

assalamualaikum

kisah lama. hampir seminggu lepas. weeee~
maap kerana sudah basi baru mau cerita. ;p

kamis lepas diriku dipelawa oleh blogger yg jugak schoolmate masa kt high school. fatin.

memula malu. sebab sebelum ni pon kami xlah rapat sangat. Cuma mengikuti perkembangan kat blog & fb je. so bila dipelawa gitu, diriku adalah segan ;p

untung Yati nak join sekali. adalah kawan. die pulak bak bawak anak2. so diriku pon angkut farish sekali. anak yati sekelas dgn farish. mcm best je kan?

jam 5.30ptg kita semua jumpa jugak. asalnya janji kat kluang mall tapi bertukar ke kluang rail taman tasik. semata2 ade perantau yg teringin nak makan roti bakar. heheheheh~nasib baik semua boleh ngam elok. xde la istilah 'malu2 kucing'.

sembang la segala2nya. tentang life masing2. kerja. projek terbaru. tp yang paling best cerita tentang bisnes.

salah sorang dr kami memang dh berjaya dalam dunia perniagaan ni. Bihah namanya. Dlm usia awal 20an dia dah ada jenama sendiri dan nampaknya dia makin sukses bila dah berjaya bukak butik di bangi. semoga bihah terus berjaya. amin.

Cik fatin innanie kita pon apa kurangnya. Memang ada bakat jd emcee utk sebarang event. Petah mulut dia. Tapi petah diriku lagi kan? sekali cakap semua terkedu. Tapi diriku bercakap merepek2 boleh la. ^_^


kami.

masa nak amek pic ni pon masalah jugak. sebab takde 'org suruhan'. ;)

nasib diriku yg memang peramah x memasal ni meringankan mulut mintk tolong sorang staff kluang railway ni. dptlah semuaaaa masuk dalam ini gambar.


ini adalah part wajib. seronok sesangat.

sayangnya kluang rail.ni tutup jam 7mlm. so 6++ dia dah kemas. mop2 semua. terpaksa la beransur keluar.

tak kenal maka x cinta. dah kenal xnak balik2 pula. ;p

Dr kluang rail, menyambung ke kluang mall. tak puas lagi la nak dating!

lokasi berikutnya, Baskin robin. not bad. dapatlah merasa sebab baskin robin ni baru je bukak kat sini. Las makan masa g JPO aritu jek. huhuhu~


anak2 menanti aiskrim tiba. masa ni diorang dah mula berkawan dah. siap main game yg sama dlm tab masing2. comel!


me sama yati.

Bangga dengan yati. ibu muda yang bercita2 besa. Akak doakan kamu berjaya ye. Peluang niaga ni sangat besar asalkan kita tekun & bersungguh2. ;)

Tengok anak2 kami. Dah mesra kan?


ini pulak fatin. semoga kamu sukses ye. ;)

masa ni dah jam 8lebih pon. untungla hb pon balik lambat.

dah balik tu farish pon potpetpotpet. .teruja la sangat dpt hangout sama. ibu pon teruja. diorang semua best2. nanti kite keluar lagi ye. ;))

Terima Kasih

Tips mendidik anak menghormati ibu bapa


Assalamualaikum~~~~~~~~~~~
 lagi info untuk ibu bapa. Juga untuk diriku. Semoga aku mampu menjadi ibu yang unggul. :)


 

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa mesti diam dan jangan campur tangan semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya.
Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu atau bapa yang memarahi anak. Anak mencontohi apa yang diajar atau dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan atau peraturan, anak akan menjadi keliru siapakah yang patut dia patuhi, si ibu atau si bapa?

2. Bapa jangan menengking, mengherdik atau bertengkar dengan Ibu di hadapan anak-anak. Begitulah sebaliknya.
Anak mencontohi tindak-tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yang sering ditengking oleh bapa di hadapan anak-anak.

3. Sentiasa masak untuk anak dan ajak anak sama-sama masak atau makan. Makanan hasil tangan ibu dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.

4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak.

Terima Kasih

Wednesday 17 April 2013

Menangani sikap negatif anak

Assalamualaikum

kembali lagi. hapdet x serancak dulu. sebab broadband dh reach quota limit. :P

mencuri masa menulis. berkongsi cerita tentang kehidupan harian. dgn anak2 dan mr HB. semakin jaoh meninggalkan masa bayi mereka, membesar menjadi seorang kanak2 dengan ribuan ragam. Dan dalam ragam2 tu, ada yg menjadi pengajaran untuk ibu berusaha menjadi lebih baik dalam mendidik mereka. In sha Allah. ^_^

Farish Hafiy semakin bijak lepas dah sekolah ni. Ada je peel baru dia bawak balik ke rumah. dah pandai main tendang2. tumbuk2. huhuhu~

semua ni die tengok dr kawan2 lepas tu yg tak tahan bila dia aplikasikan kat Fareeq. Lagi teruk, adik pon ikut je tiap apa yg abang buat......

farish hafiy setelah 3bulan sekolah
 Masalahnya sekarang,, farish ni jenis suka memberontak. Tiap kali meradang, habis dia kencing kat dalam seluar. aiseyy,, tak kacaklah begini. :(

sekarang ni makin kerap, bila ibu marah die protes dgn cara tu. siap etran2 kasik kencing. itu adalah over hokey!

ibu memang terkesan sangat dgn peel tak elok yg satu ni. Takot jadi ikutan adiknya jugak nanti. Pengsanlah kalau diorang buat hal, kencing secara berkumpulan.  T_T

google sana sini, kot2 ada yg senasib kan. akhirnya ketemu artikel ni. Kita share sama2 ye....

Salah satu cabaran terbesar ibubapa yang mempunyai anak-anak yang berumur 18bulan dan ke atas adalah dalam menangani sikap negatif @ negativism yang mereka pamerkan.
Sikap negatif seperti membaling barang, menghentak kepala ke dinding, menjerit sekuat hati dan sebagainya jelas menunjukkan nilai ego dan self-power dalam diri mereka mula bercambah.
Mereka mula sedar bagaimana untuk mempertahankan apa yang mereka mahukan. Kalau tak diberi apa yang mereka mahukan, alamat hiruk pikuklah keadaan rumah dengan jeritan dan tangisan mereka.
Lebih parah keadaannya apabila mereka mula ‘buat perangai’ di kawasan awam seperti di Pusat Membeli Belah, majlis orang kahwin dan sebagainya. Takut-takut hilang sabar jadinya pula…
Menurut setiap kemahuan mereka dalam keluar mencari jalan penyelesaian daripada keadaan tertekan itu bukanlah jawapannya. Malah ianya tambah memburukkan sikap mereka kelak.

3 Contoh Dalam Menangani Sikap Negatif Anak Secara Bijak 


1) Keluarkan kata-kata (verbal) arahan secara spesifik
Contoh I – “Sayang nak makan dulu ke atau mandi dulu …” Pertanyaan ini akan mengundang jawapan negatif daripada anak-anak. Tentukan apa yang mereka patut buat satu persatu dan bukanlah memberi mereka pilihan untuk memilih. Bukankah logik akal mereka masih belum aktif  ?
Jawapan - ”Jom sayang, sekarang masa untuk mandi dan wangi-wangi…” Pernyataan ini sangat spesifik tentang apa yang mereka perlu lakukan tanpa ada pilihan untuk memilih dan pastinya tiada ruang untuk memberontak. Tambahkan sedikit fantasi dengan bernyanyi bersama-sama sambil ke bilik air untuk menarik minat mereka. Mudah bukan ?



2) Keluarkan anak-anak daripada ‘zon panas’ dengan segera
Membawa mereka keluar bermain di Pusat Membeli Belah memang menyeronokkan. Tetapi, masalah timbul apabila mereka mula meragam apabila tidak mahu balik atau berhenti.
Cara terbaik adalah dengan membawa mereka serta merta  keluar daripada ‘zon aktiviti’ itu walaupun mereka menangis sekuat hati.
Bawa mereka ke ruangan yang lain, yang jauh daripada tempat permainan tersebut bagi meredakan keinginan mereka. Pastikan setiap pujukan secara tegas kepada mereka agar mereka faham dan dengar tanpa meninggikan suara.
Cara ini akan mengambil masa selama 20-30 minit untuk mereka bertenang kembali. Jadi, banyakkan tarik nafas ya…


3) Tentukan had/limit mereka

Kadangkala waktu makan merupakan waktu perang bagi sesetengah ibubapa. Sekiranya mereka mula membaling dan selerakkan makanan di meja makan, serta merta tarik mereka turun daripada kawasan tersebut.
Letakkan mereka jauh sedikit dalam 10-20 meter daripada ruang makanan dan beritahu mereka supaya berkelakuan baik sekiranya mahu makan semula. Mereka perlu dididik untuk membezakan waktu makan dan waktu bermain.
Kita juga berdiri sambil memeluk tubuh tanda protes kepada sikap negatif mereka tadi. Biarkan mereka lihat dan rasa bersalah dengan sikap tersebut.
Jangan risau, ianya hanya mengambil masa dalam 3 ke 5 minit untuk melihat mereka berkelakuan baik semula dan meminta maaf kepada kita. Nak tahu kenapa ? Mereka akan mulai rasa bosan atau boring tanpa melakukan apa-apa ! Percayalah
Apabila sudah tahu bagaimana untuk mengatasi sikap atau karenah negatif anak-anak pasti mudahkan mendidik mereka ? Yang penting tangani sikap mereka dengan berhemah tanpa perlu meninggikan suara dan sakit jantung.
Ulangi setiap apa yang kita suruh kepada mereka walaupun setiap hari kerana mereka hidup pada waktu kini /present time serta masih dan akan melakukan kesalahan untuk diperbetulkan.

Tingkahlaku Positif Boleh Didik Melalui Berkawan
 
Semua kanak-kanak sukakan bermain, terutama bersama kawan-kawan. Hadirnya kawan-kawan bukan sahaja menjadikan proses pembelajaran semakin seronok malah membantu daya kreativiti mereka semakin berkembang. Berkawan secara sihat dapat membentuk sikap anak-anak menjadi lebih baik.
Program playgroup misalanya, adalah antara platfrom untuk setiap ibubapa untuk melatih daya kreativiti dan tingkahlaku positif anak-anak. Bayangkan ianya adalah seperti sebuah payung, yang setiap kelopak payung itu mewakili elemen-elemen penting dalam pertumbuhan sihat anak-anak. Komunikasi sosial dapat dipupuk, sikap toleransi dan berkongsi dapat dipelajari dan semuanya itu hanya ada di dalam kelas playgroup.


Terima Kasih

Cara protes seorang anak

assalamualaikum



farish yg tertido lps menangis terkencing-kencing.


dh jd habit farish. nangis + kencing. all in bila die merajuk/protes.

Terima Kasih

Sunday 14 April 2013

perkara paling membahagiakan spjg 25tahun ini

assalamualaikum,,

slm hujung minggu. ahad. hari plg x brape suka sbb esok adlh hari yg paling x suka, =_=

seminggu dua hri. merehatkan diri dari urusan pejbat. memenuhi tiap jam bersama keluarga, terutamanya anak2. bermalas malas lebih lama pd waktu pagi dan berkesempatan bersiar-siar bersama. itulah keistimewaan hari minggu. ;)

pagi pagi, siap cuci kain kotor. rendam baju sekolah anak segala. bilas2, jemur, cuaca pulak x berapa nk ok arini. gerimis. semalam cuaca ok. tapi kami pulak tidak free. melayan jemputan kawen sana sini. lepas sidai semua, doa2 biar hujan xla selebat mana. huhu~

tengahari ibu ni nak melayan melodi. lama sungguh x layan melodi ni. dulu masa belum kawen, belum beranak pinak tiap minggu x miss. heeheh~

anak2 mintak kotak mainan ibu layankan.janji diam. arini kita lepak bilik rehat. sbb nak menonton kat ruang depan memang xla, sebab hb x layan melodi2 ni. :p


ni keje dua beradik ni sblm diturunkan mainan2 lain.

teringin nk buat exercise gamaknya, si farish baring lepastu dia suruh fareeq tolak ke depan handle tu. hurmm...
mende ni asalnya utk ibu ngan babah yg nak kurangkan kapasiti perut masing2. tp normal la, dipraktikkan pada awal2 je. hilng bau kedai, hilang la semangatnya sekali. T_T


rasa lucu pon ade. bila tengok diorang mcm ni, sangat la membahagiakan. tp bila tengok part berkelahi.......... *pengsan*


usahasama untuk menurunkan kotak mainan. mainan dh surut bekas pon dh kecik. yg mana dah x rupa mainan lagi, ibu dh buang siap2.

ibu masih jd pemerhati. konon saja nk suruh anak usaha sendiri. padahal sebenarnya malas nak mengemas semula nanti, hukhuk~


sebaik kotak dibuka. ekspresi wajah yg tak dapat diteka, mungkin teruja. mungkin jugak pelik mainan dah sikit. ^_^


abang pon duduk join sekaki.


mula la masing2 wt hal sendiri.


fareeq main masak2. erkk? kenapakah??

bila digaul smua bentuk2 yg ade dlm baldi tu, dikacau-kacau pulak. alamak hai anak. kalau ibu belikan set main masak2 kat anak lelaki boleh x? ;p


senyuman ragaku, budak ni manja sangat2. bulan dpn dah genap dua tahun. ;)

bila bertiga macam ni, selalu jugak sebagai ibu kita terkenang balik saat2 awal mengandung, bersalin & membesarkan diorang. ada pengalaman pahit dalam membesarkan mereka. dengan ragam dan cabaran awal sebelum mereka semakin membesar. tapi dlam semua kesusahan, cabaran dan segala yang pahit2 tu, menjadi suatu anugerah yang pada hakikatnya sangat manis untuk dikenang, dinikmati dan dihargai.

sekelip mata, bayi yang suka menangis dulu dan boleh bertutur. banyak bertanya. semakin cerdik sampaikan ada masanya dia mampu menyuarakan sesuatu yang kita sendiri x pernah jangka.

mereka yg dulu kita kendong sampai lenguh tangan dan pinggang, kini mampu melangkah sendiri. beriringan di sisi kita, malah terkadang mendahului langkah kita. semuanya kerana masa semakin jauh meninggalkan kita. masa masa lalu kita.

walaupon jauh disudut hati, terasa kekurangan sebab x mampu melihat setiap inci perkembangan anak2 sendiri, seorang ibu ini tetap mengharapkan yg terbaik, kesempurnaan, dan kejayaan untuk anak2 tersayang, kerana merekalah perkara yg paling membahagiakan sepanjang 25tahun ini. merekalah yg mengubah sakit hati ibu menjadi kegembiraan, kekusutan ibu menjadi ketenangan. merekalah segala-galanya,,, ;')


Terima Kasih

Wednesday 10 April 2013

transformasi diri

assalamualaikum,,

sekali lagi membiarkan blog sepi. kejam.

ini adalah entry autopublish sebab coverage maxis kat rumah semakin menjadi2 slow nye. It make me stress. huhuhu~

entry lepas, kita dh tengok perbezaan skjn tone muka si ibu beranak dua ni. serius mengerikan kan?

jerawat tu dah jadi kelaziman. keluar semeriah yang dia suka. sebanyak dan kat mana2 die berkenan. T_T

muka yg dulu suci tak bernoda jadi berparut. Nak gambarkan betapa tak senonohnya skin masa tu--- bila jumpa kawan2 sekolah dulu, diorang mesti terkejut.

"kenapa jd gini? dulu sekolah muka ko bersih je..."

nampak? dan tiap kali ada yg tegur tu la menjadi makin down. jari pon gatal je nak kuit2 jerawat batu kat batang hidung ni. ;(

kenapa jd gini?
inilah namanya kedewasaan. huh!

masa sekolah dulu, saya adalah pengguna tegar produk safi. tu je yg mampu masa tu.

maka semuanya bermula lps mula bekerjaya. ya, saya seorang pegawai kastam. walaupon x pernah ada dlm otak ni plan nak jd kastam. ;p

salah satu syarat utk disahkan perkhidmatan adalah wajib menghadiri kursus asas perkastaman.

3 bulan. ade kawad. ade renang. menembak. seni silat. phew~

seorang awek yg x suka aktiviti ganas2 terpaksa melaluinya. hukhuk~

disinilah bermulanya masalah2 kulit. mengerikan jugak.

sunburn. berkawad bawah terik matahari.
berenang sampai matahari meninggi. ;(

jerawat yg x pernah2 ada pon keluar tetiba. semakin stress. Warna kulit jd x sekata.

Masa ni la mula mencuba produk baru......

dari satu jenama ke jenama lain. semua x jadi. ada yang pakai tp x berubah apa2. muka jadi makin bermasalah. pori2 terbuka. sedih!!

semua mahal2 belaka. 3 barang sampai ratusan ringgit. tapi bila pakai, azabnya macam udang kena bakar.

muka jd mengelupas. pedih. sampai nak pegang pon x sanggup. bila pakai bedak, jadi bercapuk capuk. Terus hilang semangat...

penampilan faktor utama untuk tampil yakin. tapi kalau harus bertepek dengan foundation setebal2nya, apalah maknanya kan? =_=

berkahwin dan seterusnya melahirkan. masalah kulit masih mcm tu. boleh dikatakan jerawat dan diri ni dah mcm bff.

Sebiji sebiji lama2 berbiji2. huhu~

semuanya berakhir slps kelahiran anak kedua. masa ni saya sudah berjinak2 dlm bidang keusahawanan. dan saya bermula dengan catalyst.


masa ni saya redha. menerima kenyataan perawatan harus dr dalaman. dan sy mula konsisten mengamalkan vco ni.

Dengan izin Allah. jerawat mengecut. segan nak keluar lagi. yg tinggal hanya parut2 bekas jerawat yg saya picit dulu.

badan pon jadi lebih bertenaga sebab vco ni sememangnya berfungsi sbgai supplement yg sempurna. saya gelarkan ia pil magik. ;)

jd seterusnya saya amalkan pengambilan collagen. X kesah la brand ape. sebab fungsinya sme je. Kuantiti mg je lain2. so hasilpon berbeza sikit la.

felinna vit c
collagen catalyst
maixara
sehinggalah hari ini..

saya memilih aurawhite glutacollagen 400000mg. perbezaan dpt dirasai seawal 3 hari. pilihan saya dan pengguna lain. buktinya?

50jar aurawhite saya terjual dlm masa 2 hari. fenomena terkini.

alhamdulillah. bersyukur. semakin pulih dr masalah yg satu.


ini pilihan saya! ;)

skincare pulak..
setelah percubaan yg keberapa kali. Saya temui jugak yg serasi. betullah sabar itu akan dibalas dengan kemanisan. parut jerawat makin samar. kulit lagi segar even x berkrim bagai.


set hijau utk saya. kulit yg maha bermasalah disyorkan set ini.

set pink utk kulit yg xde masalah serius. Sesuai utk yg berumur 20an. ;)

hari demi hari. semakin gembira melihat perubahan yg positif. Tapi tak perlulah membangga. semua kecantikan yg kita ada tetap milik Allah s.w.t.

Terima Kasih

Thursday 4 April 2013

dulu + sekarang

assalamualaikum


transformi kulit muka.

kite ulas dlm entry berikutnya ok! ;)

Terima Kasih

Monday 1 April 2013

mencari rezeki atau mensyukuri rezeki

Assalamualaikum


Terbaca tentang rezeki.. dan terfikir tentang hakikat hidup ini..

Kita sepatutnya 'Mencari rezeki' atau 'Mensyukuri rezeki' ?

Rezeki setiap anak Adam telah ditetapkan sejak malaikat meniupkan roh ketika berada di dalam rahim ibu.. Maka hidup kita di dunia ini tidak perlu disibukkan dengan 'mencari rezeki' siang dan malam..

Bukan bererti manusia tak perlu berusaha mendapatkan rezeki.. Tapi manusia mesti perhambakan diri kepada Allah yang memberikan rezeki.. Kerana tujuan utama manusia dihidupkan adalah untuk beribadat kepada Allah..

Manusia tidak perlu risau selalu memikirkan tentang rezeki, hidup kita bukan untuk mencari dan mengumpul kesenangan di dunia.. Jangan sesekali berniat pergi bekerja untuk mencari rezeki.. Sepatutnya kita bekerja dengan niat kerana Allah, barulah dikira ibadah.. Dan tidak sesekali pekerjaan kita itu yang memberi rezeki kepada kita.. Allah adalah sumber rezeki bagi makhluk sekalian alam..

"Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
(Surah Ibrahim, ayat 7)

Bersyukur dengan rezeki Allah adalah dengan membelanjakannya pada jalan Allah (dikira ibadah kepada Allah).. Kufur nikmat pula adalah membelanjakan harta pada selain dari jalan Allah.. kerana itu Nabi SAW dan para Sahabat bersifat zuhud iaitu mengambil rezeki sekadar perlu selebihnya dibelanjakan pada jalan Allah..

Bila direnungkan sangat berbeza dengan cara hidup umat Islam hari ini.. Harta dikumpul dan disimpan semahu-mahunya.. Digunakan untuk membeli kesenangan dunia yang berlebih-lebihan.. Makan besar, kereta besar, rumah besar dan sebagainya.. Kerana menginginkan kesenangan dan cara hidup mewah telah menyebabkan ramai manusia sibuk 'Mencari rezeki'..

Renungkan balik selama ini kita 'Mencari rezeki' atau 'Mensyukuri rezeki' ?

Kita gunakan FB untuk 'mencari rezeki' atau 'mensyukuri rezeki' ?

Jangan gunakan FB dengan matlamat untuk mencari keuntungan dunia semata-mata, tapi syukurilah teknologi ini yang memudahkan kita menyumbang sesuatu manfaat pada jalan Allah..

Jangan hanya pos di FB tentang promosi perniagaan semata-mata, tapi utamakanlah pos yang mempromosikan tentang kebesaran Allah dan kebenaran Islam..

Jangan hanya berkongsi di FB tentang peluang melipat gandakan pendapatan kita semata-mata, tapi berkongsilah ilmu Allah yang dapat melipat gandakan pahala kita..

Jangan hanya cenderung menambah kawan FB yang berpotensi mendatangkan pendapatan kepada kita semata-mata, tapi perbanyakkanlah memilih kawan yang dapat mendatangkan kedekatan kita kepada Allah..

Janganlah sibukkan diri 'mencari rezeki' hingga terabai tujuan utama kita diciptakan iaitu sebagai Khalifah untuk mengabdikan diri kepada Allah.. kerana dikhuatiri nikmat yang diperolehi itu bukanlah 'rezeki' yang telah ditetapkan sejak azali lagi, tapi adalah 'Istidraj' di atas kekufuran kita.. Na'uzubillah..

Wallahua'lam..
 
 
 
 

Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati