Monday 1 April 2013

mencari rezeki atau mensyukuri rezeki

Assalamualaikum


Terbaca tentang rezeki.. dan terfikir tentang hakikat hidup ini..

Kita sepatutnya 'Mencari rezeki' atau 'Mensyukuri rezeki' ?

Rezeki setiap anak Adam telah ditetapkan sejak malaikat meniupkan roh ketika berada di dalam rahim ibu.. Maka hidup kita di dunia ini tidak perlu disibukkan dengan 'mencari rezeki' siang dan malam..

Bukan bererti manusia tak perlu berusaha mendapatkan rezeki.. Tapi manusia mesti perhambakan diri kepada Allah yang memberikan rezeki.. Kerana tujuan utama manusia dihidupkan adalah untuk beribadat kepada Allah..

Manusia tidak perlu risau selalu memikirkan tentang rezeki, hidup kita bukan untuk mencari dan mengumpul kesenangan di dunia.. Jangan sesekali berniat pergi bekerja untuk mencari rezeki.. Sepatutnya kita bekerja dengan niat kerana Allah, barulah dikira ibadah.. Dan tidak sesekali pekerjaan kita itu yang memberi rezeki kepada kita.. Allah adalah sumber rezeki bagi makhluk sekalian alam..

"Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
(Surah Ibrahim, ayat 7)

Bersyukur dengan rezeki Allah adalah dengan membelanjakannya pada jalan Allah (dikira ibadah kepada Allah).. Kufur nikmat pula adalah membelanjakan harta pada selain dari jalan Allah.. kerana itu Nabi SAW dan para Sahabat bersifat zuhud iaitu mengambil rezeki sekadar perlu selebihnya dibelanjakan pada jalan Allah..

Bila direnungkan sangat berbeza dengan cara hidup umat Islam hari ini.. Harta dikumpul dan disimpan semahu-mahunya.. Digunakan untuk membeli kesenangan dunia yang berlebih-lebihan.. Makan besar, kereta besar, rumah besar dan sebagainya.. Kerana menginginkan kesenangan dan cara hidup mewah telah menyebabkan ramai manusia sibuk 'Mencari rezeki'..

Renungkan balik selama ini kita 'Mencari rezeki' atau 'Mensyukuri rezeki' ?

Kita gunakan FB untuk 'mencari rezeki' atau 'mensyukuri rezeki' ?

Jangan gunakan FB dengan matlamat untuk mencari keuntungan dunia semata-mata, tapi syukurilah teknologi ini yang memudahkan kita menyumbang sesuatu manfaat pada jalan Allah..

Jangan hanya pos di FB tentang promosi perniagaan semata-mata, tapi utamakanlah pos yang mempromosikan tentang kebesaran Allah dan kebenaran Islam..

Jangan hanya berkongsi di FB tentang peluang melipat gandakan pendapatan kita semata-mata, tapi berkongsilah ilmu Allah yang dapat melipat gandakan pahala kita..

Jangan hanya cenderung menambah kawan FB yang berpotensi mendatangkan pendapatan kepada kita semata-mata, tapi perbanyakkanlah memilih kawan yang dapat mendatangkan kedekatan kita kepada Allah..

Janganlah sibukkan diri 'mencari rezeki' hingga terabai tujuan utama kita diciptakan iaitu sebagai Khalifah untuk mengabdikan diri kepada Allah.. kerana dikhuatiri nikmat yang diperolehi itu bukanlah 'rezeki' yang telah ditetapkan sejak azali lagi, tapi adalah 'Istidraj' di atas kekufuran kita.. Na'uzubillah..

Wallahua'lam..
 
 
 
 

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati