Sunday 31 May 2015

Rentetan demam FarishHafiy MNH - Tidur Berdengkur

assalamualaikum

harini genap 4hari Farish demam. Ubat yang doktor bekalkan dah tinggal sikit tapi demam panas tak kebah jugak. Semalaman aku tidur-tidur ayam pasal dia kerap meracau-racau. Badannya panas betul. Kejap-kejap mintak air.

T___T

Susahnya hati.
nak menangis tengok anak macam tu. Badan macam bara, panas membahang. Setiap masa aku sponging untuk keluarkan haba yang ada. Tapi masih takat tu jugak keadaannya.

Siang ni berat hati betul aku nk pergi kerja. Tapi mengenangkan harini ahad dan babah cuti, aku bersiap jugak nak ke pejabat. Sebelum keluar aku sempat rasa dahi dia, masih panas. Deal dengan babah nak bawak Farish follow up lagi arini.

Alhamdulillah sampai ke petang Farish ok. Dah tak demam lagi.

Cuma malam tadi ada hal lain pulak,

Farish berdengkur??

Aku laki bini saling berpandangan pasal tak percaya anak kitorang berdengkur. Kuat. Dan aku kembali tak senang hati sampailah aku jumpa artikel pasal ni....

“Simptom berdengkur adalah sesuatu yang biasa kita dengar atau alami.
Ia sering dialami oleh seorang dewasa yang keletihan, atau mempunyai masalah kegemukan atau obesiti.
Pasti sesuatu yang agak mengejutkan bagi ibu bapa terutamanya bagi pasangan baru jika mendapati anak kecil mereka menunjukkan gejala seperti ini.”
Adakah ia sesuatu yang normal, atau perlukah anak kecil ini berjumpa doktor??
Bolehkah masalah ini  diubati dan bagaimana pula jika ia berlanjutan sehingga ke usia dewasa??
Semua ini adalah persoalan lazim yang ditimbulkan oleh ibu bapa yang memerhatikan corak tidur anak kecil mereka yang disertai dengan alunan dengkur.
PUNCA KANAK –KANAK BERDENGKUR
Walaupun berdengkur secara amnya boleh disebabkan oleh masalah sentral iaitu otak, dan masalah peripheral iaitu saluran pernafasan, berdengkur dalam kalangan kanak-kanak pada kebanyakan masa adalah berpunca daripada masalah saluran pernafasan atas yang sempit.   
Darjah penyempitan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak ini menentukan keterukan gejala berdengkur yang dialami. Semakin sempit saluran pernafasan, semakin kuat dengkurannya. Antara punca penyempitannya ialah kelenjar tonsil dan adenoid yang besar, rongga hidung yang tersumbat disebabkan oleh masalah alahan atau tulang hidung yang bengkok dan sebagainya. Tidak kurang juga gejala ini disumbangkan oleh keadaan obesityatau masalah kegemukan pada kanak-kanak.
Pengaliran aliran melalui saluran pernafasan yang sempit ini akan mengakibatkan lelangit lembut (bahagian yang mempunyai struktur uvula atau anak tekak) akan bergetar. Getaran ini akan menghasilkan bunyi yang kita dengari sebagai dengkur. Bagi mereka yang pernah melihatnya, ia merupakan suatu pengalaman yang mungkin menakutkan kerana kanak-kanak ini kelihatan seakan lemas kerana mereka terpaksa bertarung untuk bernafas dalam ruang yang sempit.
TANDA-TANDA BERDENGKUR
Selain daripada gejala berdengkur yang mungkin diberitahu oleh orang yang melihat mereka tidur, kanak-kanak yang menghadapi masalah ini juga mungkin mengalami tanda-tanda lain yang merupakan manifestasi kepada kualiti tidur malam yang tidak mencapai kepuasan. Antaranya ialah sukar bangun pagi dan rasa mengantuk pada siang hari yang turut akan menjejaskan prestasi persekolahan seharian.
Tumpuan di dalam kelas mungkin akan dikompromi akibat kurangnya konsentrasi disebabkan oleh rasa mengantuk. Berpunca daripada pernafasan yang kurang efisien juga, pengaliran oksigen sewaktu seseorang kanak-kanak mengalami masalah sleep apnea(berhenti bernafas sewaktu tidur) yang juga merupakan salah satu rentetan berdengkur, akan mengakibatkan bekalan oksigen yang rendah sampai ke otak. Dengan ini, prestasi otak juga lama-kelamaan akan terjejas.
TANDA-TANDA BERDENGKUR
Berbeza dengan orang dewasa, diagnosis bagi kanak-kanak yang berdengkur selalunya dapat dibuat dengan lebih mudah setelah pemeriksaan di klinik dijalankan. Sejarah pesakit yang lengkap akan diperoleh dan ini amat membantu doktor yang merawat.
Pemeriksaan juga tidak banyak masalah kerana punca penyempitan saluran pernafasan kanak-kanak berdengkur ini letaknya di bahagian saluran pernafasan atas. Dengan hanya membuka mulut, majoriti diagnosis sudah dapat dibuat iaitu keadaan tonsil yang besar dikenal pasti.
Pemeriksaan rongga hidung baik secara langsung atau menggunakan endoskopi yang begitu mesra pesakit akan menunjukkan kelenjar adenoid yang membengkak di belakang hidung. Kadangkala, ujian sinaran –x (x-ray) hidung dapat menunjukkan dengan jelas adenoid yang membesar ini. X-ray ini sesuai dilakukan jika kanak-kanak tersebut tidak memberikan kerjasama untuk diperiksa secara klinikal memandangkan usianya yang masih kecil.
 Selain tu, punca hidung yang tersumbat seperti alahan hidung, sinusitis atau polip, juga sebarang abnormaliti yang mungkin wujud akan dipastikan sebelum bentuk rawatan selanjutnya dibincangkan.  
MENGENALI TONSIL & ADENOID
Tonsil ialah sepasang kelenjar yang terletak di tepi orofarinks, bersebelahan dengan uvula(anak tekak). Dalam saiznya yang kecil, tanpa sebarang tanda jangkitan, ia adalah struktur yang normal. Ia bertindak sebagai sebahagian daripada system pertahanan badan sewaktu kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya. Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang.
Pada awal usia kanak-kanak, saiz tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap plateau. Apabila mereka mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil. Hal yang demikian menerangkan mengapa tonsil jarang kelihatan atau jika dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil pada seseorang dewasa.
Sama seperti tonsil, adenoid juga struktur normal yang memberikan elemen pertahanan badan sewaktu kanak-kanak masih kecil. Ia terletak di bahagian nasofarinks (belakang hidung). Ada kalanya, saiz adenoid ini relatifnya besar berbanding ruangan untuk udara melalui saluran pernafasan normalnya iaitu melalui hidung. Ini menyebabkan kanak-kanak bernafas mengikut mulut dan ia menyebabkan dengkur ini mudah berlaku.
RAWATAN
Terapi yang pelbagai juga boleh disesuaikan dengan punca yang dikenal pasti. Ia boleh dibahagikan kepada rawatan medical dan surgical. Rawatan medical ialah kaedah mengurangkan gejala dengkur dengan menggunakan ubat, alat atau mengubah gaya hidup seharian.Ini termasuklah seperti mengurangkan berat badan, tidak mengambil alcohol, mengubah postur tidur telentang kepada mengiring, menghindarkan sebarang bentuk alahan dan alergen yang menjadi punca rongga hidung tersumbat.
 Sekiranya tonsil menyebabkan gejala obstruktif yang mengganggu kehidupan seperti berdengkur atau apnea tidur, maka pembedahan elektif membuang tonsil adalah disyorkan. Di Amerika Syarikat, tonsilektomi atau surgeri membuang tonsil merupakan pembedahan elektif yang paling kerap dijalankan di kalangan kanak-kanak. Ia merupakan suatu prosedur pendek dan pesakit biasanya perlu berada di hospital untuk beberapa hari sahaja. Begitu juga dengan adenoid, pembedahan kecil yang dilakukan biasanya tidak mendatangkan apa-apa masalah jangka panjang melainkan kelegaan daripada gejala berdengkur pada kebanyakan masa boleh dilihat pada keesokan harinya.
 Kaedah-kaedah pembedahan ini biasanya dilakukan melalui rongga mulut atau hidung dan tiada parut akan kelihatan. Prosedurnya juga agak ringkas dan biasanya pesakit akan berada di hospital selama dua atau tiga hari sahaja.
KESIMPULAN
Sebenarnya untuk merawat masalah dengkur ini bergantung kepada punca yang menyebabkan kanak-kanak itu mengalaminya.Namun, keupayaan kita atau ibu bapa untuk mengenal pasti masalah pada anak kesayangan mereka adalah lebih penting daripada segala-galanya. Berdengkur bukan sesuatu untuk diketawakan atau dijadikan jenaka, malah menjadi tanggungjawab mereka yang berada di sekeliling untuk membantu kanak-kanak ini agar mereka dapat menikmati tidur yang lebih selesa sama seperti kanak-kanak yang lain.
Dipetik dari :
Majalah Keluarga
Januari 2010



kau rasa aku masih boleh bertenang ke?



Terima Kasih

Friday 29 May 2015

Get well soon dear anak

Assalamualaikum

Farish tiba-tiba demam.

Huhuhuhu~
Padanlah pagi semalam dia macam sememeh je muka. Lesu pon ye jugak.

Selesai birthday party semalam, aku masok kerja macam biasa. Lunch hour tu aku tak balik pasal budak-budak pon dah makan kat sekolah tadi, lagipon kerja sampai jam 3.30 jek.

Tapi bila ayah call suruh balik cepat pasal badan farish panas, aku jadi tak sedap hati.
Ngam 3.30 terus pecut ambik dia kat rumah, nak bawak klinik.

Bila ingat-ingat balik, lately farish memang macam ada masalah. Dari kes bengkak aritu, lepas tu ni tiba-tiba demam.

39.7°c

Aku kira kalau kat hospital ni, for sure dah kena admit. Doktor pon pesan banyak kali mintak aku jerlum dia,mandikan dia supaya suhu tak makin tinggi.

Pity him

Kau rasa apa perasaan sorang mak bila anak tak sihat? Kalau boleh transfer demam tu kat aku, biarlah aku je kena.

Ni muka cengkung. Bibir kering. Mulut banyak mata ikan.
Haishhh!

Selesai check, terus bawak dia makan. Alhamdulillah selera makan masih ok, cuma dia langsung tak mintak susu. Pada aku ok la tu sebab dia makan banyak.

Minum ubat on time macam yang doktor suggest. Aku harap sangat esok demamnya kebah. Risau jugak takut melarat ke fareeq. Musim sekarang ni pamas terik lepas tu tiba-tiba hujan, memang musim penyakit. Lagi worst bila ada kawan sekolah yang demam lepastu at the end satu sekolah berwabak.

Takpelah,
Anggap la kerja lebih untuk aku kalini. Aku tak kisah part kena jaga anak demam ni, tapi aku kesah part anak aku sakit. Please, aku belom pernah merasa check in mana-mana hospital and i wish i won't.

Farish sikit pon tak merengek. Anak yang baik pada aku. Dia siap bangun sendiri pergi toilet ke minum air ke. Takde mengeluh apa-apa.

Cuma sekali dua mintak aku tepukkan belakang dia pasal terasa macam nak muntah. Tapi tak muntah pon. Tadi je die muntah balik ubat yang aku bagi malam ni. Anggap jelah penyakit dia nak keluar dah tu.

Tapi menengok muka tak sihat tu buat aku sedih. Merah padam muka. Panas satu badan dan harini dah keluar mata ikan kat dalam mulut.

Aku yang tua pon tak tahan sakitnya mata ikan, ape lagi dia...

Tapi dalam sakit tu ada gak kelakarnya.

Ibu....abang mana pernah makan mata ikan. Macam.mana boleh ade ek?

Aku jadi errrrkkk?

Dalam keadaan dia tak ok ni, aku tengok dia banyak minum air masak. Mungkin tekak die kering. Tapi yang pasti tekak dia tak sakit.

Oh ya,
Lupa nak update.
Kelmarin belakang telinga farish bengkak kan?
Semalam dah alang-alang jumpa doktor, aku beritahu pasal tu sekali.

Huhuhu..
Dalam telinga kiri tu dah merah sangat. Sebab tu efek bengkak sampai ke luar. Sebab badan farish panas dalam.

Nak nangis dengar taw.

Dengan suhu yang sangat tinggi tu, aku jerlum dia tiap masa. Kebetulan hari cuti, jadi memang aku hadap dia sepanjang masa sampaikan kain baju berlonggok aku tak cuci.

Layanan ade extra sikit untuk orang tak sihat ni. Malam kedua dia demam ni. Stil bertekup tuala basah kat dahi, sekarang ni dah lena sebelah aku.

Dia cuma cakap tadikan abang dah tido lama, kenapa abang rasa nak tido lagi ek ibu?

Hurmmm..
Tido lah sayang. Badan tengah tak sedap memang tu je ubatnya. Rehat.

Doakan demam farish kebah esok. Budak payah kena demam, tapi kalau dah kena ginilah gamaknya.


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Thursday 28 May 2015

Fareeq Qashfiy birthday party @ school

Assalamualaikum

Seminggu selepas fareeq genap berumur 4tahun, baru aku sempat organize birthday celebration kat sekolah.

Mula-mula macam tak jadi nak buat. Sebab pertama sebab mak takde, sape nak siapkan menu makan haritu nanti.

Aku?
Kalau setakat makan kitorang 4beranak aku berani la jamin, ni untuk 70orang makan...

Erk.

Mula lah aku tercari-cari sapa yang boleh masakkan untuk aku. Menu senang jek pon. Bihun singapore. Tanpa sayur sebab kanak-kanak makan memilih. Taknak pedas juga.

Sehari sebelom hari kejadian pon still tak mendapat tukang masak sampailah aku akhirnya buat keputusan sendiri...

Aku yang akan masak untuk esok.

Haaaa...nekad abis. Aku rasa ok je kot masak untuk budak-budak. Rugi pulak nak upah orang untuk menu senang ni.

Makanya pagi tadi jam 5pagi aku dah mengadap kuali. Gigih menggaul mi sambil merasa berpuluh kali.

Siyes aku cuak. Pertama kali ok.
Selama ni hidup mengharap mak je. Padan muka aku.

Siap semua. Dari awal sampai akhir. Takde satu pon yang tertinggal. Lega.

Cuma niat nakmpack goodies tak kesampaian. Aku akhirnya decide bawak je dengan plastik-plastik econsave tu pergi sekolah. Pandailah teacher susun bubuh dalam mangkuk ke apa nanti.

Hahahahah!

Koboi gila la.


Siap untuk diangkut!

Fareeq semestinya manusia paling gembira. Pertama kali dapat bawak kek pergi school. Suka sangat. Ni antara sebab aku tetap buatkan majlis untuk dia. Tak adil pasal farish tu tiap tahun aku bawakkan kek. Nak bagi pengalaman yang sama kat adik jugak.


Birthday boy

Muka seposen jek. Mengantok lettew.
=P









Teacher min suruh farish teman fareeq. Fareeq nampak moody sikit. Apesal entah. Melekattt jek kat aku.

Farish pulak nampak lemah je. Risau jugak kalau ada kaitan dengan bengkak haritu. Plan nak bawak dia berurut la nanti.





Majlis bermula jam 10pagi. Harini boleh balik awal pasal dah nak cuti sekolah. Mood cuti dah meluap-luap memasing.


Birthday ni combine dengan adik comel ni. Anisah namanya. Student 3years old. Yang sebelah tu abang dia. Sama dua beradik kat sini macam anak-anak aku jugak.


Kiddos.

Tak ramai sebab katanya ramai dah cuti awal. Kemain tak sabar nak bercuti yek.




Kesayangan.

Tak mampu nak sediakan majlis sambutan yang besar, harapnya ini pon dah boleh gembirakan hati anak.


Kitorang takde bagi goodies. Yang ni anisah punya. Kita terima je. Hahahah!


That's my big baby.

Btw, smartreaderkids dah berwajah baru. All the dinding dah pasang wallpaper gambar yang cantik-cantik.

Masa masuk tadi aku macam teruja sangat. Wahhh, kalerful!

Padanlah fareeq sayang sekolah dia ni.
=)




Kek segera. Takdan order dah.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Wednesday 27 May 2015

Further study? Hurmm....

Assalamualaikum

Menongkat dagu saja kejenya hari ni. Pagi tadi adelah buat kerja sikit, lepas lunch terus rileks.

Ade je keje kalau nak dibuat, tapi entahlah. Tak rasa nak buat lagi. Mihmihmih~

Ada isu yang menerawang dalam fikiran dari pagi. Yang buat tiba-tiba semangat tu meluap-luap tak henti. Tak keruan sampai nak pecah skrin monitor aku hadap cari jawapan pada kerisauan aku ni.

Huhuhuhu~

Takdir mengubah aku pada hari ini. Mungkin sepatutnya pada waktu ini aku baru melangkah ke alam pekerjaan, lepasan graduan seperti kawan-kawan sebaya yang lain atau mungkin juga masih memilih kerja yang sesuai dengan kelayakan diri.

Sebaliknya sekarang,
Aku sudah bertahun lebih dulu bersandar di kerusi empuk, mengadap lambakan fail di atas meja sambil sesekali menjengah mana-mana blog yang aku suka nak jengah.

Me.

Kadang aku rasa hidup aku dah cukup semuanya. Tak perlu dah kot nak sambung belajar bagai since aku pon dah ada kerja tetap.

Boleh kumpul aset dah.

Tapi dalam masa sama aku teringin juga nak realisasikan cita-cita tertangguh aku dulu tu. Nak merasa digelar mahasiswi, kenal dunia kampus, merasa buat assignment.
Huhuhuhu~

Peluang ada.
Nak dengan taknak je.

Tapi sekarang ni aku memang nak. Bergelar pemegang ijazah sarjana yang siapa tahu akan jadi langkah pertama untuk ubah life sekarang.

Ye, awal-awal tadi aku dah bagitau aku happy dengan apa yang aku ada sekarang. Sebab pada aku kepuasan sebenar tu bila kita dapat menikmati semua yang kita ada dengan seadanya. Kita hargai apa yang kita ada.

Ada kerjaya, keluarga & harta sendiri.

Cuma....
Aku teringin juga nak jadi contoh terbaik pada anak-anak. Jadi pemacu semangat anak-anak. Aku nak anak-anak berjaya.

Sekarang,
Keputusan dari aku memang dah ada. Tapi belom boleh proses sebab aku ada suami yang perlu dimintak izin dulu.

Mudah-mudahan dia ok.
Pleaseeee!


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Tuesday 26 May 2015

Hal anak yang buat mak jadi tak keruan

Assalamualaikum

Kemain panjang tajok entry.
Huhuhuhu~

Kepala tengah serabut, jadi ape je tajok yang muncul dalam kepala tu la aku ambik je.

Hmmmm..
Aku ni dah jadi mak sejak 6tahun lepas. Aura mak-mak tu dah sebati dalam diri aku. Sikap protective, sebetulnya overprotective tu dah berlebih-lebih dalam diri aku ni.

Hmmmm...
Harini farish mengadu pipi die sakit.
Aku pon buat dengar tak dengar je. Ape punya mak..

;(

Malam ni sekali lagi insiden berlaku. Tengah makan tiba-tiba farish bangun. Terus cuci tangan then baring kat depan.

Me : abang, kenapa berhenti makan?
Him : nantilah abang sambung.

Tapi muka & nada suara tu tak menyenangkan hati mak dia ni. Aku pon terus berhenti makan pergi mengadap dia.

Me : abang kenapa?
Him : kan abang dah cakap pipi abang sakit. Kenapa ibu pegang?

Aku terus suruh dia bangun, belek-belek tempat yang dia cakap sakit tu. Nampak tak mak jenis apa aku ni?

Anak aku ngadu pagi tadi tapi dah malam baru aku alert. Tu pon pasal dia ulang cakap yang dia sakit.

Huhuhuhu~
Me belum lagi layak dipanggil supermak.

Ok part paling saspen bila aku perasan bahagian yang sakit tu bengkak. Menggelupur panggil encik shuben yang tengah kemas dapor masa tu.

Maka bermula la sesi soal siasat....

Abang main tumbuk-tumbuk ke kat sekolah?
Kawan abang buat ea?
Teacher cubit ke?
Abang jatuh ke?

Blablablablabla~
.
.
.
.
Farishnya geleng kepala je.
Stress mak.
Terus bancuhkan susu diorang,then ajak tido.

Sebenarnya aku cemas tu. Esok mesti tanya teacher ada pape yang aku taktau ke berlaku kat sekolah.

Sekarang pujuk diri suruh tido dulu. Dalam hati tak putus berdoa mudahan keadaan tak jadi worst esok. Sempat sapukan minyak telon dengan harapan bengkak tu akan surut.

Please,,
As a mom, takkan pernah sekali pon aku rela anak-anak aku disakiti.



posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Monday 25 May 2015

Smart reader kids sport day + family day.

Assalamualaikum

Sabtu lepas, i mean 23mei adalah hari sukan untuk pelajar smart reader kids taman bersatu bagi tahun 2015.

Kalini lain sikit dari segi tempat dan aturcara majlis sebab dijalankan serentak hari sukan, sambutan hari guru sekali dengan hari keluarga.

Wahh,, bunyi macam besar je kan!

Me as emak yang dah 3tahun setia bersama sekolah ni, even pernah ada plan nak bertukar ke tempat lain lepastu tak jadi, semestinya aku teruja dengan perubahan ni.

2tahun yang lepas-lepas buat majlis ni kat dewan tertutup stadium kluang. Kalini je buat kat padang sekolah, merasalah anak-anak aku pijak rumput padang nanti. Bukan anak je, aku pon rindu rumput padang sekolah tau. Hahahah!


Nampak rindu kan?
Padahal masa kat sekolah dulu aku jejak padang ni masa hari sukan je. Takpon ada football match sebab majority footballer tu kacak-kacak. Auww!

Aku bukan pencinta aktiviti sukan. Dulu kalau join pon acara balapan je. Lari-lari aku suka. Lompat tinggi aku benci sebab aku tak pernah lepas palang. Biasanya aku rempuh je palang lepas tu hempas badan atas tilam bajet macam atlet sangat.

Pffft!

Harini aku datang support anak-anak. Sukaneka camni aku suka. Sukan sempoi-sempoi jek.


DoubleF
Farish Hafiy
Fareeq Qashfiy

Pagi ni kebetulan hujan pulak. Dah la kena bangun awal dari biasa, mengerekot sekali anak-anak aku ni bila dikejut.


Senamrobik

Jujur kalini eksaited lebih sikit sebab both kiddos dah sekolah. Pengalaman pertama untuk fareeq sampaikan bila kat rumah aku pon dipaksa ikot step dia menari. Alahai anak~

Farish lebih cool. Macam selalu dia tak expose sangat reaction dia. Rileks jek ikot arahan teacher. Takde maknanya dia nak repeat latihan macam fareeq bila kat rumah. Never.


Para pelajar smartreaderkids bagi tahun 2015


Ini ketua pasukan bagi pelajar 4tahun.
Masa disebut nama fareeq qashfiy as a leader, aku laki bini terkejut jugak. Tapi bila tengok gaya, memang tak pelik la. Budak sorang ni dia larung je orang suruh buat apa pon. Takde malu-malu kucing.

=p


Fareeq join sukan:
tarik bola guna gelung,
Lari sambil junjung bola,

Erkkk..tu je kot? Lupa dah.
Aku banyak record video je masa tu. Dapat ulang-ulang tengok muka mengantok fareeq pagi tu. Hiks!


Ni dah rank senior.
Budak 6tahun ada 13orang je tahun ni. Kalau tahun lepas ada 2kelas, tahun ni sekelas jek. Senang la nak cam kawan-kawan farish.




Farish join lari kanggaroo.
Kepit bola kat ketiak kiri kanan lepastu kat kelengkang. Lawak!

Dia main susun puzzle jugak. Ni macam kerjasama berkumpulan. Buat sama-sama dengan kawan. Yang satu lagi games isi air dalm botol tapi dibagi nama kapal isi minyak. Hahah!

Nama komersil sangat taw

Macam biasa, ada games untuk parent.
Masa ni serius terasa ketiadaan yati. Sedih!

Takde kawan nak join games dah. Mujor la encik shuben memahami isi hati sang isteri yang mengelupur nak main sebenarnya. Dia offer untuk ambik bahagian.

Me was 'argggh really?'

Terus masok baris tak toleh kiri kanan dah. Kitorang join dua games.

Satu tu aku kena tutup mata, baling bola kat encik shuben then dia tadah pakai topi. Sape banyak die menang. Aku ngelat masa ni pasal kain tu jarang aku nampak depan. Tapi kalah jugak. Hahaha!

Gambar dalam tab farish, belom transfer lagi. Jadi korang sila imagine je la ye.

Game kedua tarik bola guna gelung. Lepas tu tiup belon sampai pecah then baru pass kat partner. Yang ni aku seriau. Benda yang memang aku tak suka dari dulu is nak pecahkan belon.

Fareeq sama farish suka tengok makbapaknya bersukan. Kebetulan pulak game sama macam dia tadi kan.

Kalini nak menang punya pasal aku tiup je sambil cubit-cubit belon tu nak suruh pecah dengar la suara mak-mak team sebelah terjerit sebab takut nak pecahkan belon. Hahahah!

Kalini menang. Tapi nombor tiga je la.
Ok kan?
Dapat jugak nombor.
Lepas tu bertepung la pasal dalam belon tu ada tepung.

Seronok bebudak tengok kitorang comot momot. Me? Sangat gembira.

Gembira dapat join.
Gembira sebab laki join pon ye jugak.



[image_10
Majlis penyampaian hadiah.

Banyak sangat hadiah!
Sama banyak dengan menu pagi ni.
Kenyang perut makan macam-macam kalini.



Dapat pic farish je.
Masa turn fareeq aku snap-snap tak berjaya. Memori kad full!

Stress mak.

Nama aku bape kali diseru si pengacara majlis. Mula-mupa diminta cabut nombor bertuah, dah cabut disuruh pulak sampaikan hadiah.

Haiyakkk,
Malunya rasa.

Lepas tu sekali lagi diberi penghormatan, sampaikan hadiah pada para pemenang games ibu bapa tadi. Tiba-tiba ada nama sendiri.

=)





Femes jap makcik fareha ni. Nama diseru berkali-kali. Siap dapat goodies tupperware dari kak min.


Tenkiu kak min!




Anak -anak paling gembira.

Tak menang tangan bawak balik hadiah haritu.
Pengalaman baru buat anak-anak. Kenangan sport day terakhir buat farish hafiy. Next year tak merasa dah macam ni.

Games pon best. Tenkiu jugak pada kak min, owner SMARTREADER sbb bagi hadiah. Boleh guna raya nanti. Hiks!

To smart reader kids taman bersatu,

3tahun bersama jenama ni,
dari anak sorang sampai 2orang.
Tahniah atas kemajuan & perubahan yg dicapai tahun ni. Kipidap!






posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Happy birthday dear sista!

Assalamualaikum

Kalau semalam birthday fareeq,harini birthday cu pulak.

Selamat ulangtahun ke25 nurulfarhain



The one & only adik yang aku ada. Ni jek la kawan berkongsi permainan,lepas dah main bergaduh, merajok taknak kawan tapi lepas 5minit dah berdamai pasal takde geng lain kan.

No choice.
Hahahahha!!

Kenangan sangat.
Kitorang selalu dapat benda yang sama.
Baik mainan ataupon pakaian.

Tapi dapat sama bukan alasan untuk tak berkelahi. Dan semestinya kalau berkelahi yang selalu kena marah mesti aku even sebenarnya aku adalah mangsa.

Kesian.

Diusia 25 tahun ni. Dengan anak sebagai hadiah untuk tahun ni, pasal tahun lepas celebrate dengan perut besa die jek. =P

Semoga pertambahan umur ini makin mematangkan adik dalam segala tindakan. Jadi ibu yang baik, makcik yang best & murah rezeki.

Cu selalu jadi penyelamat. Bila aku taktau mana nak letak anak-anak aku lepas habis school, dia tak keberatan pon tengok-tengokkan bebudak tu.

Pakej pengasuh dan makan tengahari.
Tanpa bayaran.

Terima kasih sangat.
Allah je mampu balas budi dia. Biar murah rezeki dia sekeluarga, aku tumpang suka.

Ok sekian untuk tahun ni
Sekejap je adik dah 25tahun padahal rasa macam baru je aku sambut ulangtahun aku yang ke 25 tahun.

Huhuhuhu~
How time flies~


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Sunday 24 May 2015

Fareeq's birthday threat!

Assalamualaikum

Malam ulangtahun kelahiran fareeq aritu, aku bawak dia keluar makan. Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit bulan ni, dapatlah buat belanja untuk dia.


Sangat gembira.
Nampak senyuman tu dari telinga kiri bersambung sampai telinga kanan.

Sangat bahagia.
Itu yang aku rasa masa tu.
Kejayaan mengembirakan hati anak adalah pencapaian terbaik seumur hidup. Taktau nak kata camne. Tapi aku rasa bahagia sampai macam nak keluar airmata gitu.


Anak yang aku kandung 9bulan,
Yang macam nak tercabut nyawa aku lahirkan,
Bersengkang mata aku besarkan,
Sekarang dah petah berkata-kata.

Setiap patah dari bibir tu semuanya menyenangkan. Penghibur hati semua isi rumah.

Mungkin semua ni pengalaman baru pada dia. Rasa teruja bila kek dengan lilin kat atas ada depan mata dia.

Dari siang dok canang harini hari jadik b tau.
=)

Spend time berempat, memang precious moment sangat. Jarang ada peluang sambut ulangtahun macam ni. Last year seronok sikit sebab ada family yang lain. Kalini cuma kami berempat jek.

Takpelah, janji ada kenangan.
Janji ada cerita kat sini nak dibaca beberapa tahun akan datang. Tak anak-anak baca, empunya diri ni yang baca sendiri. Insya Allah.


My sweet little family
.
.
Tak perlu ramai kalau yang sikit menyempurnakan,
Tak perlu mahal kalau yang murah itu dah membahagiakan.

Menghampiri usia perkahwinan 7tahun, dua cahayamata lelaki ni dah menyempurnakan dunia berkeluarga aku.





Semua rasa macam mimpi pulak.
Anak dah dua. Dah sekolah pon dua-dua.
Alahai anak, tolong jangan cepat sangat besar ye. Tak puas jaga anak kecik.

For sure satu masa nanti,
Ibu mesti rindu semuanya tentang korang. Huhuhu~



Dear fareeq qashfiy,
4tahun bersama ibu,
Banyak manjanya dari kena denda.

Jadi anak soleh ye.
Anak yang rajin berusaha untuk jadi yang terbaik.

Siapa kita harini menentukan siapa kita hari esok. Kita hanya akan dipandang orang kalau ilmu kita tinggi.

Ingat,
Ibu dengan babah dah korbankan banyak wang, masa & tenaga untuk pastikan awak dapat yang terbaik, yang sama rata dengan abang farish. Tak pernah pon kami bezakan kasih sayang pada keduanya.

I love u.


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Saturday 23 May 2015

Fareeq Qashfiy turns 4years old

Assalamualaikum

22mei2015
Jumaat

Ulangtahun kelahiran yang keempat buah hati kesayangan ibu. Nak kata masa cepat berlalu ke lambat berlalu ni?

Heheheh~

Masa fareeq kecik, memang terasa lambat nye dia nak besa. Anak orang lain kejap je setahun, dua tahun, tiga tahun.

Fareeq nak habiskan sebulan pon rasa lama. Taktau kenapa tak menyabor nak dia besar. Mungkin pasal masa tu anak agak rapat-rapat. Letih sikit la nak layan yang ini menguwekk yang itu merengek.

Nasib baik mak ade. Tolong jaga bila dah tak menang tangan nak urus diorang. Betul prang kata untung bila mak dekat ni. Dapat tolong ringankan mana-mana yang terberat.

Hiks!

Bila ingat balik dari awal mengandungkan b sampai bersalin, rasa rindu nak mengendong lagi. =)

B wujud dalam rahim lepas 2bulan kitorang decide nak tambah anak lagi. Farish masa tu baru setahun 3bulan. Masa tu raya. Tak sangka baby bulan ramadhan dah menjadik.

Lewat sehari dari tarikh period, terus gediks mengecheck. Alhamdulillah 2line terus. Terang benderang. Sebelom positif tu kena masalah kencing kotor, sakit sangat tu pegi klinik & doktor confirmkan aku preggy.

Seronok. Serius seronok sebab mende yang memang aku nak. Tunggu 9bulan dengan sabar. Farish pon tak mana meragam sangat masa tu. Aku anggap memang dah peel dia macam tu sebab memang dia tengah membesar. Tak paham ape pon. Manja macam selalu. Berkendong sana sini.

Minggu ke37 preggy, fareeq pon lahir.
Masa tu hari ahad. Takde tanda ape pon cuma lenguh-lenguh pinggang, kebetulan memang checkup haritu tapi doctor cakap nak try tengok dah bukak jalan belom.

Nah.. 3cm sudah. Doktor advice suruh admit. Die pecahkan ketuban konfem beranak. Tapi aku taknak. Serik sakit bila dipaksa-paksa. Kalini nak sakit tu datang sendiri. Makanya aku mintak untuk balik rumah nak tunggu sakit bebetul baru datang.

Petang tu makan puas-puas. Segala yang nak dimakan, aku makan. Dan macam disangka, 3pagi aku dah terjaga dari tido pasal sakit kuat sangat.

Telepon mak mintak ambik farish sementara aku nak pegi beranak ni. Pesan bawak sekali telor ayam kampung nak telan dengan milo panas kejap lagi.

Sakit on off. Tapi peloh dah merecik-recik. Mandi lepas tu mesin kain. Hahah!

Ini kelaka. Semua aku buat pagi-pagi macam tu semata nak layan sakit perut. Akhirnya 7pagi baru pergi klinik.

Nah, wad penoh pulak. Patient yang sedia ada belom discharged so aku kena rilex dalam labour room. Orang belom nak beranak disuruh duduk dalam labour room memang takla kan. Jadi kitorang mintak balik dulu. Jam 9pagi nanti baru datang semula.

Baliklah tido dulu~
Datang jam 9, booking bilik then terus check in labour room.

11.57pagi lahirlah fareeq qashfiy. Proses kelahiran yang mudah. Alhamdulillah. Awalnya aku ngeri bila kenangkan balik camne payah nak lahirkan farish dulu. Sakit lama berhari-hari tapi kan selalu orang kata lain anak ni lain caranya. Kalini aku merasa cara yang smooth sekali. Doktor pon terkejut dari 6cm alih-alih x sejam gitu dah fully dilate.

Lega dapat bersalin mudah. Lepas tu x pengsan macam masa farish dulu. Kalini dapatlah nampak proses dari baby kelua sampai dibersihkan dan pakai baju siap-siap serah kat babah utk diazankan.

Sekelip mata bergelar ibu beranak dua. Dalam usia 23tahun dengan perkahwinan yang masok tahun ke 3 aku diberi rezeki anak.

Membesarkan fareeq juga mudah. Mungkin dari pengalaman anak sulung, aku jadi lebih bersedia & mahir.

Harini,
Tak alih-alih dah melangkau usia 4tahun anakanda aku yang sorang ni. Dari hanya tau menangis, dia kini jadi anak yang petah berkata-kata. Pantang ada peluang, ada saja soalan yang nak diutarakan.

Dia penghibur.
Memang akan terasa tak lengkap bila dia takde. Janggal. Pasal takde budak yang merengek mintak susu sepanjang masa.

Ibu sayang fareeq qashfiy sangatsangat. Ibu doakan yang terbaik untuk sayang. Semoga Allah merahmati setiap usia kamu, dijadikan anak yang soleh, berjaya dunia akhirat & murah rezEkinya.

Sorry la ibu tak sukses lagi nak hadiahkan adik baru pada b. Kesian b asyik tanya bila adik nak keluar dari perut ibu.

=)


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Wednesday 20 May 2015

Entry tak bertajuk

Assalamualaikum!

Tiba-tiba sepi tanpa entry. Tak tau kemana feel menaip tu hilang. Terus tak tau mana nak diceritanya. Nak mula dari mana pon tarak tau juga.

Beberapa hari ni uruskan keluarga macam biasa. Hanta anak, jemput anak, layan anak, layan semua orang. Kepala pulak ligat pikir kat mana tempat best nak celebrate besday fareeq.

Oh,
Lupa nak bagitau 22mei ni besday fareeq. Dah plan nak buat makan-makan sikit kat school. Kasik goodies bag kat kawan dia. InsyaAllah doakan je la ibu ni murah rezeki ye b.

Rasanya mungkin minggu depan sebab sekarang ni diorang sibuk latihan untuk hari sukan hujung minggu nanti.

Tak sabaaaaaa juga nak tengok dua orang anak bersukan. Hari-hari balik sekolah ada je yang nak dibagitau.

Tadi b sukan
B lari
B baling bola
B menang
B itu
B ini

Tiapkali ambik tengahari baju basah lencun. Beza dengan farish yang senyap takde cerita teruja macam fareeq. Kalau ditanya pon, dia jawab semua ok.


Hahahah!
Very the baba punya anak.

Lain-lain cerita.....macam takde.
Nanti kalau ingat terus taip ye.

^_^

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Monday 18 May 2015

I ❤ sunday

Assalamualaikum


Minggu baru bermula hari ini. Payah betul nak menapak turun dari katil pagi tadi. Alangkah seronoknya kalau harini adalah hari jumaat.

Hahahah!
Gila cuti namanya.

Kalau emaknya patah nak bangun, anak-anak ape lagi. Berpuluh kali diseru pon tetap tak berkuit. Elok je bergulung dalam selimut sampailah jam 7.30pagi.

Ahad best.
Sebab encik shuben cuti.

Jadi die buat semua keje rumah, masak, cuci,ngemas segalanya.

Heaven.

I love u sayang..alangkah bahagianya kalau hari-hari tak payah buat keje rumah.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Saturday 16 May 2015

Rezeki anak tahun 2015

Assalamualaikum

Menaip dalam gelap atas katil dalam bilik berhawa dingin ditemani fareeq kat sebelah.

Erti hari cuti sebenarnya bila merap lebih 12jam dekat rumah. Dah petang sikit baru kelua cari coklat dekat giant. Tekak tiba-tiba rasa dah lama beno tak makan coklat.

Huhuhu~

fareeq dah lena. Seharian main jek budak sorang nih, takde kesahnya pasal tido. Sorang pon jadi je projek dia.

Besa dah anak ibu.
Cergas
Cerdik
Semua pakej lengkap.
Minggu depan birthday dia nih.

Macam selalu layan grup whatsapp kawan-kawan. Dapt berita sorang lagi kawan preggy juga. Dah tunggu hari pon.

Huwaaaa!
Seronoknya.
Tahniah aza, semoga semuanya selamat nanti.

Diya pulak dah induce tengahhari ni. Tak saba nak ciom baby girl yang satu tu. Harap dapat lahir harini jugak. Tarikh cantik.

150515

Semua kawan baik preggy. Ade 7 mak yang preggy. Diri sendiri juga yang belom ade rezeki.

Chillll.
Pujok hati sendiri padahal dalam hati rasa nak nangis kecor nak teran baby baru

=P
Menengok sorang-sorang kawan positip preggy & sorang-sorang beranak memang mengujakan.

Semua baby comel bakal lahir tahun ni, 2015. Boleh dikatakan semua kawan rapat preggy & deliver tahun ni.

Korang semua merancang ke ape ni?
Saing-saing pulak meninggalkan aku kat ranking paling belakang.

Aku yang kawen dulu,
Tapi aku anak yang paling sikit.
Ngeee~

Sebenarnya,
Dah malas fikir pasal anak kecik.
Sampai ke bulan ni nampaknya usaha aku belum membuahkan hasil. Dan mungkin masanya untuk aku terus enjoy status ibu beranak dua aku ni jek.

Nak sedih-sedih mengenang diri yang tak berjaya conceive. Macam buang masa. Ahhahaha!

Bersyukur dengan apa yang sedia ada. Menikmati semua yang dah Allah beri pada aku. Bukan aku tak berusaha, tapi mungkin masanya belom sesuai lagi.

Sepatutnya aku ade temujanji dengan gynae incase aku gagal untuk preggy bulan lepas. Dah discuss dengan encik shuben, dia ok je kalau aku nak pegi follow up. .

Tapi sampai masanya aku tak pegi. Hati aku berbelah bagi sendiri. Akhirnya aku decide untuk serahkan semuanya pada takdir Allah.

Letih nak telan macam-macam pil. Biar la semuanya berlaku secara natural. Dan langkah pertama adalah control makan, susutkan sikit badan yang dah menggebu ni.
=P

Bulan ni,
Malas nak pikir pasal period nak datang ke tak datang. Gasak dia lah. Janji tak berpenyakit.

Dulu masa fareeq lahir,
Aku pernah terlepas cakap.

Aku nak beranak lagi tunggu la tahun 2016 ke nanti. Masa tu baru tahun 2011. Aku rasa taknak beranak lagi lepas fareeq lahir masa tu.

Kadang-kadang aku rasa,
Ape yang aku cakap tu dah dimakbulkan. Mungkin dalam banyak-banyak percakapan aku, part tu diangkat sebagai doa.

Tu padahnya bercakap ikut rasa.



Mungkin aku baru ade dua anak ni.
Tapi perasaan aku macam semua dah complete. Kuasa Allah. Yang sikit pon terasa melengkapkan.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati