Thursday 20 February 2014

reset minda,audit diri

assalamualaikum.

awal2 pagi menjengah ke fb. saje nak tau perkembangan terkini kawan2 yg cuma dpt berhubung kt sini je.

teruslah menuju ke wall mereka2 yang terlintas kat kepala masa tu.

ada yang dapat kerja kattempat baru
ada yang dah bertunang danbakal berkahwin
ada yang baru pregnant dan sudah bersalin
ada yang nampak bahagia demgan status yang diupdatenya,
tapi ada jiga yang nampak berduka dari cara penyataan rasanya.

kehidupan.
perancangannya lebih kurang sama
turutannya juga nampak serupa
cuma laluan dan cabarannya saja yang membuatkan kita berbeza.

dan perbezaan itulah yang membuatkan jalan cerita dan pemikiran kita takkan sama dengan yang lain.

dah bosan memerhati hidup orang lain. terus pegi ke page prof. muhaya. bila hati tak keruan, macam2 rasa bercampur aduk dan kalau2 terasa ada sesuatu yang perlu diubah,
inilah lapangan yang aku pilih.

prof. muhaya

selalu hadir dengan kata2 positip.pada aku maha positif dan ikhlas dalam setiap kata2nya.
nampak bersahaja namun dalam diam pembaca akan mengakui kebenaran yang cuba disampaikan.

selalu terasa, dari status2 yang diupdate prof ni sedang menikmati hidup dengan caranya sendiri. yang tu aku paling suka. ;)

contohnya 1 status ni. lepas baca tadi, laju2 share kt fb. sebenarnya, ni pertama kali aku share status prof. selalunya aku lebih senang baca sendiri, faham sendiri lepastu 'like'.

sebab aku taknak perkongsian tu jadi isu lain nanti. pada yang suka, mungkin diorang akan 'like' balik, share ataupon komen kenyataan tu. tapi pada yang tak berapa berkenan, macam2 huraiannya nanti.

cukuplah apa yang berlaku dan harapnya takkan berlaku lagi.

ok. berbalik pada status prof tadi.
kat sini aku share lagi sekali. baca dari awal sampai abes dan dari situ akan faham siapa diri sebenar nurul farehah zainal ni.

dia hanya menikmati hari yang dilalui seadanya tanpa mengenang semalam sebab semalam itu ada cerita yang menyakitkan, dia tak terlalu memikirkan hari esok kerana kebarangkalian hari esok yang belum pasti itu akan membuatkan hati jadi resah.


Terima Kasih

Monday 17 February 2014

februari 17, 2014

assalamualaikum
heppi besaqday to me! *wink*wink*



akhirnya hari ini tiba juga untuk kesekian kalinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan yang semakin pendek perjalanannya.
pheww~
lame mikir nak tulis cemana nih. blank.
semakin bertambah umor, semakin banyak pengajaran dan pengalaman, semakin kuat berdepan kehidupan yang penuh dengan segala kemungkinan, dan semakin mematangkan pemikiran ini hendaknya.
semoga apa yang dimiliki hari ini, esok dan hari seterusnya penuh dengan keindahan. pahit tu tetap akan ada, tapi harap2 biarlah ianya tak terlalu menduga kekuatan mental dan fizikal diri ini. khuatir kalau2 x mampu didepani dengan sedikit keberanian yang sedia ada ini.
Mudah2an juga hidup ni terus dikelilingi orang2 yang baik dan jujur dalam sebuah persahabatan. pengalaman yang baru lepas ni,  membuatkan diri ini sedar betapa kawan masa ketawa terlalu mudah kita dapat, tapi berapa kerat je kawan yang sedia menghulur tangan membantu kita untuk bangkit kembali meneruskan kehidupan seperti biasa. lagi tragis, yang dulunya bergelar kawan menjadi lawan tiba2. sangat sakit bila mengenangkan kenyataan tu.
percaya pada diri sendiri, tidak pada yang lain
zahirnya nampak sempurna, tapi dibalik hatinya tak siapa tahu. semoga tiada lagi manusia yang penuh rasa iri dan rasa sempurna keseluruhannya ini dalam diari hidup selepas ini.
menyayangi semua orang yang sayang pada diri ini. bila ditimpa masalah, salah satu hikmahnya baru nampak yang mana betul2 sayang dan menghargai kita. yang sanggup melakukan apa saja demi kita walaupon kadang2 sesuatu tu nampak susah untuk dilakukan.
terima kasih sayang. sampai bila2 pon pengorbanan dan kesanggupan mempertahankan diri ini akan tersimpan dalam ingatan. sekalipon tak terluah dari mulut ini, percayalah hati ini sangat tersentuh dengan segala2nya.
seperti mana kesediaan diri ini menerima diri kamu seadanya, sedia menjadi pendengar segala keluhan dan memberi semangat saat diri kamu dalam kesulitan, seperti itu juga diri ini mengharapkan semuanya dari kamu.
keluarga juga setia menyokong tiap satu perkara yang kadang kala terlalu besar untuk dihadapi sendirian. saat dunia terasa kosong tanpa apa2, kamu semua tetap ada untuk mencipta 'sesuatu yang lebih indah' untuk dilalui.
semoga bahagia itu terus bersinar buat semua yang disayangi.
.amin.
berdoa selagi bernyawa. dengan doa, kita lebih kuat dan sedar bahawa segala2nya belum berakhir. jangan berhenti berharap dan mencipta harapan yang indah2. percaya pada kuasa doa kerana cepat atau lambat doa itu mesti termakbul jugak.
pengalaman lepas membuktikan betapa doa itu mampu mengubah sesuatu dengan sekelip mata. bersyukur saat doa dimakbulkan dan terus berusaha untuk mendoakan yang baik2 saje untuk diri sendiri dan orang lain.
dengan apa yang ada kini, seharusnya diri ini masih patut bersyukur. tiada apa2 yang perlu dikesalkan kerana yang hilang itu hanya 'debu2' yang melitupi keindahan sebenar sebuah kehidupan.
positif dan terus positif. biar terus diam tak mengiyakan apa2 dan tak memperakukan apa2 daripada berkata2 namun melukakan hati dan perasaan yang lain.
bertahanlah hati.
kuatkanlah diri.
berusahalah mencipta kejayaan sendiri sebagai bukti diri ini tak terkesan dengan segala kata caci.
tak perlu dibalas segala rasa benci, percaya pada Allah dan bila Dia berkehendakkan sesuatu, tiada siapa mampu menyangkalnya.
dan hari ini....
dengan kesakitan yang masih terkesan,
dengan dendam yang semakin padam,
ketahuilah,
diri ini memaafkan semuanya,
yang mencipta persengketaan,
yang mewujudkan rasa kebencian,
yang tiba2 menjadi lawan,
yang kini bukan lagi teman,
supaya hari esok yang bakal tiba akan lebih baik dan nyaman.
tiada manusia yang sempurna. diri ini juga penuh khilaf dan terkadang lantang mencipta kata. maaf.
pahit takkan selamanya pahit
insha Allah
semoga diusia yang baru, semangat baru dan cerita yang baru itu terus tercipta. kalaupon tak selamanya indah untuk dilalui, tapi setidak2nya masih ada keindahan untuk dikenang.
terima kasih atas ucapan tanda ingatan dan doa yang tak putus2 dari teman. semoga Allah membalasnya dengan sesuatu yang lebih baik. ♥♥

Terima Kasih

Sunday 16 February 2014

tanda ingatan hari jadi

assalamualaikum!

tade hadiah yang banyak2 sempena hari lahir ke 26 ni. takpe la kalau xde, bukan budak2 sangat dah sekarang ni. dah kategori wanita dah ni.

doa dan ingatan korang tu dah cukup bermakna dan sangatttt aku hargai. terima kasih lagi sekali. ♥

tapi...ade jugak tanda ingatan rupanya. tenkiu!

kalau dari orang yang kite sayang, sekecik dan semurah mana pon tetap besa nilai sentimentalnya. kan?????? ^____^

-mende pertama yg terlintas kat kepala ni mase tu...

supaya selalu dekat..
ibarat genggaman tangannya,
selalu dilihat,
ibarat pngganti dirinya,
belajar menghargai tiap saat bersama
mencipta kenangan2 baru sepanjang masa
mengimbau hari2 yang dah berlalu
kerana tiada walau seminit pon dapat diulang semula.

sayang kamu. ♥♥♥

dari adik2 praktikal pulak, brooch munge2 yang kiut. macam tau jek aku ni tengah eksaited mengompol benda ni. sweet. ;)

tak sangka ade gak bahagian untuk akak. sayang korang!


Terima Kasih

Saturday 15 February 2014

bila adik dah jadi macam ibu

assalamualaikum

selesai bejalan ke kluang mall dengan budak2 rini. 2 hari yang sakan merayap ntah nak cari ape, aku sendiri taktau.

dasar kuat merayap!

harini kelua pon dah lewat petang. pepagi duduk rumah, breakfast pon menu homemade- nasilemak; sambal sotong;ayam goreng; telur mata & ikanbilis.

kemain laju makan macam dah setahon x hadap nasi lemak hasil air tangan sendiri. hakikatnya segala makanan adalah sedap kat tekak aku ni. hahahaha!

esok2 try timbang, kalau berat badan turun memang ajaib gile! ;p

sape ade tips kurus, meh share. jasamu kukenang. dedulu makan seperiuk pon x effect, maintain je kilogram tu. sekarang ni, kilogeram oke! T_T

perut meragam arini. dah makan banyak pon tetap sakit. stress je. sapu minyak panas setengah botol pon gitu jugak. 2 3 kali tido x lega2 jugak. huhuhuhu~

ubat gastrik dah telan berkali kali tapi x nampak beza. nekad telan 2bji terus dgn harapan lega serta merta. perut yang sebu adalah sangat tak selesa. semua serba x kena. rasa macam memulas nak beranak pon ade. =__=

Alhamdulillah, percubaan yang membuahkan hasil. sikit2 dah mula rasa lega. maka dapatlah kita bersiar2 di petang hari. ;)

tapi entry ni bukan pasal siaran kami di petang hari tadi. ni pasal budak berdua ni. tadi farish terkencing masa tido.

lencun karpet mak! #_#

nak marah pon macam takde maknanya. teruslah pikul karpet tu keluar rumah. basuh. jemur.

sementara karpet kat lua, nah bentang tikar evamatik aje. tak kuasa nak bentang karpet2 lain. bia je macam ni.

dalam kelam kabut tu, abie membebel kat abang dia;

"abang ni kencing berak, kencing berak.."

;p

pandai la awak tu b!

"b pulak asyik makan berak, makan berak. aptb!"

selalu kena bebel dengan ibu, kalini pandai2 nak bebel ke abang pulak ye.

abangnya muka sedih je. takot kena marah la tu. anak oo anak. tiap2 hari ade je cerita baru korang ni. semuanya buat ibu bahagia ;)


Terima Kasih

Friday 14 February 2014

detink same kekasih2 kecik

assalamualaikum

14.2.2014
hari kekasih katenya.

maap x pernah celebrate pon.sebab xde kekasih yang nak sambut hari ni. ngee~

setelah sekian kalinya, baru perasan yang kami ni x penah lekat kat rumah tiapkali hari jumaat. tiap minggu ade je projeknya.

keluar pagi balik petang. rumah terbengkalai macam kapal karam. kain baju bertimbun x dicuci lagi. tapi buat2 x kisah. ;p

jumaat harini berbeza sikit sebab dedua orang budak kecik ni ada kat rumah. bangun awal pagi terus menongkat dagu depan tv. marathon semua jenis kartun. ibu? layan saki baki ngantok yang masih ada. best. hari cuti adalah hari tidor. hehehe~

celik2 mata ibu terus mandikan bebudak tu. ibu tak mandi takpe. masih comel. hahaha!

pikir nak kemana arini. dua2 orang ade. siap mandi segala dah jam 11pagi.

bawak pegi makan je la. lepas tu bawak main kat kluang parade tu. enjoy anak beranak je la arini. ;)

tapi sudahnya plan lari terus. jalan menuju ke batu pahat dengan alasan nak cari kelainan untuk harini. bekalkan anak2 roti sorang sepaket, alas perut sebelum makan tengahari nanti.

bawak sekali mak n adik. pelawa dorang sebab dorang pon takde projek mega harini. ayah? ikotkan nak bawak sekali, tapi tak dapat bawak sebab nak kena pegi mesyuarat ape ntah. ayah join mesyuarat2 kampung, macam pelik je. hehhehehe~

dah sampai sekerat jalan, macam nak je naik highway terus pecut pegi Jb ke..

harini mood terumbang ambing. nak buat yang bukan2 je. takde halatuju sebenar, cuma nak pecut kemana2 asalkan puas hati.

tapi sebab penumpang2 lain x respon, tegak ajela ke batu pahat. kite pekena beriani la arini. ;)

makan makan dan makan. semua dah kenyang,mata pon kuyu je. hahahahahahha!

tapi dah alang2 sampai sini, pegila mencuci mata kat mana2. mencuci tanpa pembelian memang tipuuuuuuuuuuu la kan. ;p

dari rm10 melarat sampai rm 100 dan ke rm2 yang lain. sadis.

terapi kekusutan otak yang memang dah lama digunapakai. beli dan beli sampai dah takleh beli lagi.

sempat survey baju baby untuk adik. kiut sangat. rase nak baby 1 la camni. boleh dedi? ♥♥

petang hari baru jumpa jalan balik rumah. orang yang keluar kerja pon dah balik rumah. dapatla sikit tempias 'ceramah' tak berbayar.. ;p

apepon sangat seronok harini. balik rumah belek semua yamg dibeli tadi. teruja menghabiskan duit yang ada sampai termenung pikir cemana nak sarahidup 10hari lagi ni. hahahahah!


Terima Kasih

bila cerita pasal Farish..

assalamualaikum

lame tak cerita pasal anak2 kan. ;)

setelah beberapa hari ditinggalkan, semalam balik seperti kelaziman. hantar n jemput farish balik sekolah. rindunya pada kebiasaan yang satu ni. sebab waktu2 macamni la kitorang 2 beranak boleh bercakap.

pagi2 masa nak hantar ke sekolah, boleh pesan yang baik2 kat dia. biar dia ingat pesanan penaja  dari ibu dia ni.

aish : banyaknya duit ibu...
ibu   : ni nak bayar yuran sekolah abang la.
aish : habis la duit ibu macam ni.
ibu    : biarlah duit ibu habis pon. Tapi abang       kena janji belajar rajin2 tau.

terus salam tangan ibu n ciom pipi. sampai depan sekolah dah....

tengahari jemput farish depan pintu sekolah,

kemain meleret senyum dia masa turun tangga tu.

ibu   : abang makan ape kat sekolah arini?
aish : makan biskut je. ibu, kat sekolah abang ade kawan baru. nama die LION.
ibu   : hah?!!!

ni la masalah komunikasi kitorang 2 beranak. aish masih pelat lagi. Dah ada sesetngah ayat yang dah x pelat, kalau pelat pon ibu masih boleh paham lagi.

senyap jap memikirkan kawan baru farish tu. sampailah ibu dapat agak..

ibu   : nama dia Rayyan kan?

dia laju2 angguk. ala kesiannya anak ibu. ibu cuma boleh senyum je bila ingat kata2 dia tadi. lepas dah tau nama kawan baru tu barulah dia sambung bercerita.

macam2 hal anak yang tengah besor ni. kadang2 gelihati dibuatnya. ;)

btw, i love u farish! ♥♥♥♥


Terima Kasih

Thursday 13 February 2014

memberi ruang dan peluang untuk dia

assalamualaikum

sempena cuti semalam....
bersuka ria dengan anak2  dan kesayangan yang aku ada. sekitar kluang je. yang penting kita enjoyyyyyyyy! ;)

ambik aish balik sekolah. makan. cuci2 mata. melayan pulak makyong kepingin berkaraoke.  seronok sangat ble dapat luangkan masa macamni. terhad tapi sangattttt bermakna.

merapatkan yang jaoh
memesrakan yang baru

akhirnya...
masa tu tiba jugak. dapat duduk makan sekali dengan rase berbunga2. macam satu keluarga yang bahagia. meronda sekali walupon takde.satu barang pon nk dibeli. momen2 indah yang seronok n bermakna sangat.

dengan harapan, kekal menjadi yang paling disayangi. ♥

untuk kamu..apa saja akan kuusahakan asalkan kite terus bersama sampai bila2. amin.


Terima Kasih

Tuesday 11 February 2014

bukan untuk siapa-siapa selain dari aku

assalamualaikum..

kembali lagi. ^_^

selesai hari yang panjang untuk minggu ini. manis dan akan terus dikenang sampai bila2. semoga hanya yang manis saja bakal melatari hari esok.

masalah yang datang tak pernah putus2, tohmahan dan andaian yang tak pernah reda sekalipun kadang2 semua tu nampak tak relevan sangat. tapi...siapalah kita nak menghalang hak orang untuk membuat kesimpulan sendiri.

kita kekal dengan diri kita yang sebenar. tak perlu jadi orang lain semata2 nak puaskan hati orang sekeliling. kalau kita betul, biarlah masa menentukan semuanya.

sekecik2 perbuatan pon akan ada imbalannya. percaya pada karma. yang baik dibalas baik dan begitu jugaklah sebaliknya. mengelak dari memberi sebarang komen walaupon kadang2 hati ni memberontak mahu membidas.

berusaha menahan amarah. cuba rasional walaupon selalu terasa mahu menggila. kehendak hati sentiasa melangkaui kemampuan akal fikiran sendiri. akhirnya terpaksa terus membenam kesal di dalam hati.
mmmbiarkan semuanya pergi bagaikan angin lalu..

diri ini hanya manusia biasa. tak punya apa2 kepentingan di mata sesiapa. cuba berlagak seperti tiada apa2 walhal di kiri kanan sentiasa ada mata2 yang memandang sinis pada setiap langkah ini. entah dimana canggungnya, aku tak pasti.

aku redha andai ini keadaan yang perlu aku lalui kesan pilihan aku sebelum ini. aku akan teruskan langkah dan bertahan dengan segala cabaran mahupon sebarang kebarangkalian. kerana menyesali sesuatu kenyataan itu adalah mustahil buatku.

sesungguhnya, hati ini rapuh walau sedaya mahu aku berusaha untuk cekal dengan segala2nya. untuk hari ini aku masih bertahan. untuk hari mendatang aku tak mampu mengukir janji. kerana aku wanita biasa, yang adakalanya terpaksa memilih untuk pergi walaupon di dalam hatinya masih ada cinta. ;')


Terima Kasih

Sunday 9 February 2014

fa kata #4




kalau disepanjang perjalanan kehidupan ini kutemui halangan, akan kugagahkan diri untuk merentasinya kerana aku yang memilih haluan ini dan aku yang sedia menghadapi segala kemungkinan.  Takkan berubah nasib seseorang itu melainkan dirinya sendiri yang berusaha mengubah nasibnya. semoga pilihan ini yang terbaik untukku.


Terima Kasih

Saturday 8 February 2014

milik orang tetap bukan milik mutlak kita

assalamualaikum!

hari cuti kena update blog. dah blogwalking tempat orang lain, baca isu2 semasa, sekarang tenung blog sendiri pulak.

nak cerita apa pon taktau la nih. kosong. tapi nak jugak ke sini sebab sini je lapangan skrin yang besar dengan puluhan abjad yang mampu menjelaskan segala rasa.

nak ulas la jap.

yang dikejar hakmilik orang. >___<

ni masalah cari sendiri namanya....

bila rasa yang biasa2 dah jadi luar biasa, ape kisah lagi hak siapa dan kuasa siapa. yang dulu faham bolehjadi tak faham atau mungkin buat2 tak faham takpon saje2 taknak paham.

keinginan menguasai dan mengawali membuak terus. hilang hormat dan segala persetujuan yang lalu. tamak barangkali. ye. bukan barangkali, tapi pasti.

manusia. sejak azali mencari yang lebih baik dan kesempurnaan. bertemu kelebihan yang sedikit, terus mencari yang lebih lagi. adatlah kan. *_^

kesempurnaan itu memang takkan jumpa. sana sini akan terlihat cacat celanya. nobody perfect.

kelebihan itu pasti ada. yang harini lebih baik dari semalam. mungkin yang akan datang juga lebih baik dari harini. dunia terus berputar dan manusia akan terus mencari.

menghargai kelebihan yang ada harini, seadanya. kerana tak mustahil juga yang akan datang itu lebih nyata kekurangannya. kelebihan yang sedikit lebih baik dari kekurangan yang ada semalam. Alhamdulillah.

ambillah peluang dan anugerah ini sepenuhnya.

perkara yang baik takkan datang berkali2 dalam hidup.

tapi peritnya bila yang baik itu jugalah yang terbaik untuk orang lain.

phewww~

berkongsi rasa kasih dan sayang?

sepertinya boleh. tapi ternyata sebenarnya tak sekuat mengatakan setuju dulu. mana mungkin merelakn miliknya turut dimiliki orang lain. †___†

kesian pada yang sedia ada jugak pada yang separuh ada. pada yang jadi rebutan?? no komen. dia mungkin bertuah sebab jadi rebutan.

cuma....takde yang sedia berkongsi dan dikongsi rupa2nya. kalau ade pon nisbahnya kecik sangat.  1:1000 ataupon lebih lagi.

pilihlah yang terbaik. bila dah buka hati menerima yang lain, secara tak langsung dah menunjukkan ade ruang kosong di antara keduanya.

yang pertama belom tentu yang terbaik sebab yang kedua pasti ade sesuatu yang lebih dari yang sebelumnya. dan begitulah seterusnya...

rasa bila dilayan memang menjadi. buat apa seksa hati kalau pilihan sebenarnya ada depan mata. menjaga hati yang ada sama dengan melukakan hati yang lain. kalau satu lebih baik dari dua, pilihlah. kalau ada dua tiga atau empat tapi asyik melayan ragam tak sudah pon payah jugak.

cemburu itu pasti. membanding diri juga mesti.

fikirlah...kalaupon berkali2 menafikan hakikat kasih tu dah berbahagi, hati2 yang lain tu dah dapat teka.  buat ape nak tipu hati sendiri pulak ye. ^___^

jujurlah kalaupon kejujuran tu bakal menyakiti hati yang lain sebab hakikatnya hati yang lain dah sedia terluka bila ada hati lain yang menempah tempat dihati yang dulunya milik dia saja.

ok then. saya dah update blog. nak tepek muka sendiri jugak sekeping dua. tapi xde.muka yang senonoh. boleh gitu? ;p

renung2kan dan selamat mengulas! ♥♥♥
#sayacintaawakjek


Terima Kasih

Thursday 6 February 2014

hari jumaat hari bizi.

assalamualaikum

harini berdua je dengan farish. celik2 mata dah mengadap tv. mickeymouse la,upinipin la. ingat pulak tu waktu siarannya. T_T

ibu mendobi kain baju yang melambak stok 4hari lepas. sebenarnya ibu ni boring sebab harini dah lari dari kebiasaan. tetiba merajinkan diri sebab nak melupakan masalah sendiri. ;(

banyak gila yang tertunggak tu. pitam bila tengok bakul2 besar yang penoh kain baju belom berlipat. entah bila la dapat lipat kain baju tu. kalau tak lipat jugak, alamatnya esok bila nak cari baju, berenanglah anak beranak dalam lautan kain. ;p

tu kain baju ibu yang berlonggok atas katil, bilalah pulak nak kemas masuk almari balik. sape suruh rajin2 sangat nak kemas almari baju kononnya. sekali dah keluarkan, tak masuk2 balik. dah bape minggu tu weyh~ stressnya! ;'(

siap semua nanti mesti perut pon lapa. maap la ye. memang takkan masak la kalau cuma ada kite berdua je. nanti kita mandi2 kelua makan pastu cari laok. masak makan malam je nanti.hari tak keje ni kalau x memasak rasa cam pem...malas sangat.muahahahah! ;p

sekarang tengah melepak depan tv sama farish sementara tunggu dobian selesai. sokseksoksek la 2beranak. ^__^

nak tengok layan wayang pulak katanya. ok la ok la. nak tengok cite ape? robocop ke lego? erkkkk.....ibu kan de janji dengan orang tu nak tengok robocop. tetiba ingat lagi! *nanges*

takpe2 nanti kite tengok la cite pe yang ade. kalau sempat la nak mewayang pulak. petang ni nak ngedate ngn bff dia. dari semalam dah tanya nak pegi pukul bape. tak nyabor sungguh. *_*

nak pegi detink ngan hanif.
ajak ibu n dedi. hah??? dedi lagi. =__=

ape2 je la abang oi.

nak mandi lepas tu tuju rumah mak dulu.  tengok2 ape yang best. hahahahah! kbai.

ni budak lom mandi tapi dah tengok tv sambil ngomel2 sendiri. pastu x sudah2 dedi je semenjak 2 3 hari ni. sape ajo????? ♥♥


Terima Kasih

misi meraih undi katenya

assalamualaikum

entry basi  yang kekal jadi draf sebab empunya blog yang konon2 bz x siap mengarang. ;p

ini kisah bakal ahli keluarga yang baru. pengganti seseorang dari masa lalu dan seseorang yang bakal rapat dengan aku. mungkin la. o_O

kak ina ni sepupu yang paling tua antara sepupu sepapat yang lain. kitorang rapat sebab masa kecik2 dulu dia la yang melayan aku 2 beradik. yang dengki kitorang pon die jugak. huhuhuhu 

apepon.. doakan yang terbaik je untuk dia. semoga dia bahagia dengan pilihan yang baru ni nanti.

setiap orang berhak untuk membahagiakan hidupnya sendiri walau mungkin perlu berusaha berkali2 sebelum memiliki kebahagiaan itu.

bakal suami dia ni pandai pulak sesuaikan diri dengan family kitorang ni. ade je idea nak sembang, nk beramah mesra gitu. ;p

siap sponser bbq lagi. muahahahahah!

usaha betol cik abang tu nak mengambik hati. tapi, maaplah ye. awak je yang sakan kipas bbq tu. kami makan je sampai licin. ;p

nyembang kemain dengan semua orang, kecuali diriku. maap ye bang, saya sekarang slow sikit.nak sembang pon taktau pasal pe. menjawab bila ditanya je. tapi bukan sombong ye. saya ok je sebab bukan saya yang nak kawen ngan abang. ;')

esoknya...
setelah 2malam dia tu berkampung kat rumah atok, sekali pandang macam dia tu satu kapal pulak dengan kitorang yang balik cuti2 ke kampung. sampai.masa nak balik.

tenkiu la untuk kfc tu ye. saya tak teringin sangat nk makan kfc tu; tapi nak jaga hati punya pasal saya ikot je la. pluss,, saya nak posing dengan anak2 saya je.^___^

cepat2 kawen ye. x saba nak posing atas pelamin korang pulak. :)


Terima Kasih

Wednesday 5 February 2014

hati dia atau hati kita?

assalamualaikum..

entry petang kamis. kamis yg dari awal pagi x elok je. mungkin harini memang x best untuk dikenang. =__=

takde isu yg khusus, sekadar penulisan petang hari yang penuh dengan emosi. ye. sedang beremosi sekarang ni.

alhamdulillah..sempat diterap dengan nilai kekuatan yang tinggi. kemana pegi aku yang selalu rendah diri dan menghilangkan segala rasa dengan airmata.

takde lagi aku yang memilih untuk mengalah asalkan tak kehilangan yang kononnya sahabat, pura2 mesra sedang di hati hancur lumat dengan segala lakonan. Entahlah, mungkin cinta itu mengubah segalanya. mengubah aku sekuat ini. terus melangkah tanpa sikitpon menoleh kebelakang lagi.

terima kasih cinta.

perlakuan itu dah cukup membuktikan rasa. kesungguhan itu dah memadai untuk buat diri ini sedar, cinta itu amat kuat sekali.

biar tiada satu yang mengaku kawan, asal ada dia yang setia menemani. kekuatan dia kekuatan aku. malah pandangan itu sahaja dah cukup membuat aku berani tiba2. berdepan semua kata2 manusia, semua sangkaan manusia. asalkan ada dia.

andai perlu berdepan 1001 pahaman manusia. yang jelas2 bertentangan dengan hakikat diri ini, aku redha. tak perlu dperjelaskan apa2 kerana mereka bukan siapa2. kerana tanpa mereka pon aku masih mampu meneruskan kebiasaan aku.

tapi..bila kita yang berbeza pahaman. aku pening. susahnya berdepan bila cinta itu mengatasi semuanya. bila bercanggah dari yang cuba aku sampaikan, segera aku cuba membuat penjelasan. entah untuk apa, aku tak pasti. cuma hakikatnya tetap sama..

biar tiada 1 pon yang tertinggal di dunia ini untuk aku, asalkan aku ada dia..

cinta dia..
kekuatan dia..

segala2nya yang dia ada, menjadi milik mutlak aku. setiap inci setiap saat yang dia lalui perlu ada aku. seperti itu juga aku harapkan dari dia.

hati tak mampu menipu kalaupon bibir berkali2 menafikan. dia keutamaan. dia kekuatan. tapi bila seringkali ditekan dengan keadaan yang menduga hati dan kesabaran, kadang2 aku tewas.

diam tak bererti mengalah. tapi rasanya diam itu jauh lebih baik dari mengeluarkan kata2 yang mungkin hanya akan menambah burukkan sesebuah perhubungan.

manusia memang bertindak melulu bila marah. kadang2 aku pon macam tu. dipujuk macam mana pon x mengubah apa2.

biarlah semuanya reda sendiri. kalau dengan berdiam diri, mengasingkan perasaan dan mendahulukan hati sendiri dari yang lain itu jalan terbaik, aku pasrah.

kekuatan dari dia, membuat aku tak berhenti berharap walaupon aku sendiri tak pasti apakah harapan itu masih relevan lagi sekarang ni.
♥♥♥♥


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati