Monday 29 July 2013

kami dah..

assalamualaikum~

2minggu lepas, minggu yang agak padat sebab kami dah mula membeli untuk raya.
tidak la semua persiapan, cuma part baju raya je yang settle.

lokasi pilihan kami..


batu pahat mall
untuk yang tak tau,, minggu sebelumnya kami dah ke Jusco. Tapi tak membeli sakan. Cuma beli t shirt selai sorang untuk anak2. Niat ke jusco cuma nak survey, maka ade belian tu dah kira sangat baik la. :)

Jadi untuk minggu ni, kami putuskan untuk jalan dekat2 jek. 
dekat tak dekat, lebih 40minit juga perjalanan nak sampai sini. Kami sampai jam 12tgahri. Dengan 2orang anak dan cu, sebagai 'pengasuh' anak2. hihihi~

tujuan kemari, mencari t shirt anak2. baju melayu pon sekaligus kalau ada jual kat sini. Senang kata, harini adalah untuk melengkapkan semuaaaaaaaaaaaaaaaaaanya. 

tak teruja? 
aku awal2 dah teruja bila dengar semuanyaa. lebih2 lg dah dapat dana dari orang tu. :)

ibu?? 
memang berkulat la nak tunggu gaji nak oi. Umat pon mesti berpusu-pusu kalau tunggu hari gaji. Takpelah, kita beli dulu apa yang ada. Nanti gaji beli lagi. Eh eh???? nmpak tak permainan aku? =______=

so sampai2 je sini, tak sempat masuk dalam pasific. Tu dia kat ruang legar dah bersusun jualan murah yang bakal perabis dana2 aku tu. tak sabar weyh...

maka bermulalah sesi kirai mengirai. mak memang histeria tengok kertas2 sales yang bergantung sana sini. Baik 50 % mahupun 70%. Kalau ada diskaun lebih untuk ahli lagiiiiiiiiii suka. 

jadi membelilah dengan berhemah ye. Untuk orang macam aku yang tak berhemah, memang payah. Rasa macam nak ambik semua je bawak balik rumah. hhehehe!~

nasib baik,, duit laki. kalau duit sendiri.............rosakla~

bila guna duit dia ni lain sikit. Belek2 kena jeling. pilih2 muka dah sememeh. mencik tau~
alahai gaji, apesal lambat sangat??????

settle bab t shirt n jeans budak berdua tu, lalu la kedai2 kat luar. First lady, Peace, semua aku masok. siap try lagi. Tapi last2 x beli. hahaha!

bukan x berkenan, cuma memang dah pikir masak2. Nak cari bju melayu tiga lelaki ni dulu, baru cari baju mak ye. :)

Sampai la jmpe satu kedai ni..
banyak baju melayu. murah2 pon ye. Kualiti pon ok. 


melayan suami tak kurang macam melayan anak sendiri
:)

edisi terai menerai kaler pilihan hati

me, menunggu 'si dia' bersalin
^___^



selesai bapaknye, turn anak2 pulak

farish, kacanggggggggggggggggg sangat kalau nak suruh test2 ni. Cuma lemaunya dia xnak bukak baju/ seluar kt tempat terbuka. nak kena masuk fitting room gak. melebih kan?
ape yang nak dimalukan ntah. stress jugak kadang2. kita nak cepat dia pulak boleh mengada ngada =_____=

fareeq?
test hanya untuk sekali. So kena pikir betul2 baju mana yang nak, baru try. Dah try satu, takde try2 lagi. Siap menangis masa kena paksa try baju lain. :p

tergolek2 mak nak menggayakan anak2, macam2 peel. mau kalau 10 tahon lagi kalau ada anak kecik mcm ni,boleh darah tinggi mak dibuatnya. Penat! 

Ni baru dua anak, dah mengeluh. huh, ada hati nak tambah anak lagi. muahahaha!!! tak payah ler berangan......................






Terima Kasih

Wednesday 24 July 2013

bukan tak nak hapdet,, tapi...............

.assalamualaikum.



setelah 15ramadhan baru sempat menatap skrin
$________$

kejap je rasanya kite puasa taon ni. ke sebab puasa daku tak cukup 15hari ek? :p
kebelakangan ni menyepi tanpa entry. bukan kemana pon sebenarnya, cuma nak hapdet tu tak lepas2. asyik dok peram jek cerita2 lepas sampai sudahnya aku pon lupa. huhu~

awal ramadhan aritu..
dapat partner baru. menggantikan partner lama yang dah transfer BSI. Makanya sibuk la menunjuk ajar orangbaru. cettt,, perasan senior tak aku? sebenarnya yang transfer sini tu lagi senior ok, jaohhh sangat tahap seniornya dari aku ni yang baru keje 6tahon. muahahaha~

Jadi berbalik pada sebab musabab lama tak up entry baru tadi... alasannya adalah kerana aku tak boleh menaip bila partner baru aku tu ade sebelah. T_T

bunyik mcm serius je kan, hahaha poyo tau aku!
sebenarnya aku malu. kalau partner dulu die tau dah pasal blog ni, pasal bisnes online aku semua tu. so tidaklah menjadi malu2 kucing nak menaip depan dia. yang baru ni.....................
hmmm,, nme pon baru kan. :p

ni sementara si dia takde, laju2 la aku mengetuk keyboard. kihkihkih~

sedikit la perkembangan terkini aku, 
perasan la pulak mcm ada yang nak tahu perkembangan aku kan....

Sepanjang ramadhan ni, alhamdulillah semuanya baik2 sahaja.
tidaklah aku maksudkan yang aku ni siapkan menu berbuka tiap2 hari,, tapi setidak2nya ade la jugak aku masak dari tahun2 lps. alasan masak? sebab ak rasa mcm x banyak choice pon kalau beli kat bazar. 
nasi ayam
nasi ambang
nasi kerabu

itu ajekla berulang2. menu camtu tak payah tunggu ramadhan, tiap minggu kat pasa malam aku boleh dapat. huhu~
murtabak? roti john?
memang tak belilah sebab hidup aku hanya dengan nasi. Biar xde desert o kuih2 asalkan ada nasi. Nasi dgn telor goreng pon boleh jek~ 

maka sebab tu la aku banyak masak kalini. Balik keje tak ambik anak2 terus. Aku balik rumah masak nasi dulu. Lauk? Kau ingat rajinlah aku yang masak yang advance2?

ayam bakar
ikan bakar
sayur goreng

pusing2 tu je kot. paling rajin aku buat sotong blackpepper. tu pon entah kenapa tetiba teringin memakan sotong. Nasib baik dapat seorang laki yang tak kisah makan apa pon. Janji kenyang. :)

bab nak raya aku memang komited. ^____*

baju raya anak2, hb semua setel. baju raya diriku jua. cuma yang tempah kt kedai tak ambik lagi. Dah berapa lama x menempah baju, tahun ni tertempah pula. sekali utk wedding day kaklong, lepas tu cu, ni raya pulak.

Tapi takpe, berbaloi jugak tempah sebab memang fit dengan saiz kite yang limited edition ni. :p

soping raya sudah slesai. Dana dari hubby dah habes. tunggu gaji ibu pulak esok ye. Untuk beli sampin n kasut anak2 jek. kasut ibu juga. kihkihkih~

btw, sana sini sebok tanya pasal bonus. ade tak ea bonus? Wallahualam. Ada terima. tak ade diam2 aje lah... 




Terima Kasih

Friday 19 July 2013

kubawa kesana sini

Assalamualaikum!



kalau dulu masa bercinta, 
tepek muka sidia kat purse.

lepas bertunang.
sanggup kerat pic yg besar tu semata2 nak part muka kami berdua je.

lepas tu kawen,
letak sebelah muka sendirik, sebelah muka dia.
konon nak kenen-kenen kan. 
^_____^

lepas tu lama dah tak berseri purse tu.
muka lesen memandu jek letak depan sekali
alasan?
sebab muka masa tu paling ayu. 
nampak muda remaja. 
hahahahaha!
mana x muda remaja, 
muka ambik lesen umur 17tahun punya~~~~~
sebijik jerawat pon xde.

cer letak muka sekarang?
nak letak pon pikir enampulohsatujutakali

jerawat ada
bekas jerawat ada
lepas tu campor dgn pipi yang macam apam.
haishhhhhhhhhhhhhhhhh!

perubahan hormom terlampau
mungkin sbb dah beranak pinak kot?
hurmm... alasan beranak jugak aku nak letak kan.
:(

tapi walau apa pon aku tak pernah sikit pon menyesal
sebab beranak,,
gile menyesal.
aku memang sukaaaaaaaaaaaaaa beranak
tapi tak suka bila anak meragam.
T______T

tp sejak bpe bulan ni, 
aku dh ubah muka dlm purse ni.
bubuh muka anak aku yg 2orang ni

tak comel?
ade aku kesah?
huhuhuhu~

kenapa muka diorang?
sebab diorang ni la yang kasik perabis tiap not dlm purse aku.
mihmihmih~

tak la....
sebenarnya alasan letak muka anak2 aku ni..
sebab selalu sangat aku rindu diorang

kadang2 bila aku hanta rumah mak,
atau aku babai time nak gi keje tu,
anak aku esp abie nangis
nak ikot
K__K

tak suka hokey!
tiap kali dia nangis gitu, memang aku sangat la berat hati nak gi keja.
tak sampai hati. terasa macam aku menyeksa dia pulak.
sobsobs---

maap sayang
ibu terpaksa pergi
ibu kena kerja
supaya hidup kita lebih selesa

masa tu aku harap sangat diorang faham. bukan aku rela pon nak kerja. Tapi kalau aku kerja, maka hiduplah kami berempat seadanya. Bukan tak bersyukur. Tapi yelah, zaman sekarang semuanya duit. Tak ada duit, tertinggal la kau disitu. :p

Lagi satu. 
perlulah aku bekerja, baru boleh membeli belah sesuka hati. Sebab duit sendiri. hihi~
Kalau mohon subsidi encik hb, dapat tu memang dapat. Tapi banyaklah catuannya. :)


So bila ada muka anak2 dlm purse ni,
bila ibu rindu o teringat,
bolehlah ubat2 rindu dengan muka diorang ni.
sebab rindu ibu pada anak2 ni setiap masa dan ketika,
walaupon tak sampai satu hari tak jumpa.
nak cakap aku gedik?
takpe, aku redha. 
:)



Terima Kasih

Thursday 18 July 2013

sana sini ashraf muslim

assalamualaikum~

lewat petang baru sempat jengah blog ni. tu pon sebab dah tutup fail, nak siap2 mau balik rumah. hehehhe~

isu panas harini, kes perkahwinan kedua ashraf muslim. 
btw, aku pon x lah peminat si ashraf muslim ni. 
Tapi aku tetap ikut rentetan cerita dia dgn wife die kebelakangan ni.

haaa... pd yang x kenal. Ini la ashraf muslim tu. Sweet je nampak dgn wife die ni kan? :)

nama dia dah lama pon sepi dari dunia hiburan rasanya, sampailah keluar satu khabar yang mengatakan si ashraf ni nak kawen lagi sorang. Alasan? Sebab selepas 2tahun berkahwin, masih x dapat anak. huh,, masa baca alasan ni aku memang emo dah. Alasan macam orang takde akal. T_________T

lepas keluar kisah tu, muncul sorang perempuan yang mengaku dialah ;makhluk ketiga' yang dimaksudkan. ape ke hal la perempuan ni, dahaga publisiti sangat pada aku. Tak malu ke mengaku awak tu perosak rumahtangga orang lain?

Dalam sibuk berteka teki tu, las2 semalam keluar muka depan fb aku ni ha.

Ashraf muslim telah bernikah di Thailand

cetttt....
tak macho ler kawen sembunyik2. Pada aku, mungkin betul, wife yang first ni tak izinkan dia dimadukan. siapa2 pon xnak kan. cer ko, nak kena madu?? 

Tumpang simpati je yang aku mampu. Nak komen panjang2 aku takut. Kita tak tahu masa depan kita. Apa2 boleh jadi. tapi aku doa,, mintak jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh la bab madu2 ni dari aku. Aku tak sekuat wife dia ni yang masih nampak tenang beriringan keluar mahkamah dengan Ashraf. huhuhu!

Las untuk petang ni, aku nampak coretan dari dayana. layan je la....

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...

Terima Kasih

majlis berbuka bank rakyat 2013

assalamualaikum!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

seperti tahun2 lepas, tiap kali bulan puasa bank tempat  hb keje memang akan arrange majlis buka puasa. Tempatnya pon sama dari dulu, Prime City Hotel. Cuma bezanya, tahun ni baru puasa ke3 dah buat majlisnya.

Farish taknak ikot pulak. kerugian sebanyak Rm 35 disitu. Bukan senang bank nk sponser weyhh~

tapi makanan pon xde la canggih mana. serupa itu jugak. Lagipon kalau dah jenis macam aku yang tak boleh sumbat semua jenis makanan sekaligus pon rugi jugak. huhu~

layan gambar jek la. memang malas sangat nk cerita. apesal entah~

 ni grup aku. nama grup ni...
PERSATUAN ISTERI2 STAFF BANK RAKYAT

dalam grup ni la kitorang bincang, bila gaji, bila bonus, bila bajet raya. semua lah. Tu yang suami2 tak boleh tipu lagi. :p

yang ni tepek besar sikit. sebab yang tadi aku nampak gemok. 
hahaha! btw, terima kasih pd semua yang menegur kegebuan aku semenjak kebelakangan ni.
Siap tuduh aku pregnant tu yang aku tak tahan.

SEHINGGA ENTRI INI DITULIS, SAYA BELOM HAMIL. HARAP MAKLOM. :)
Terima Kasih

Tuesday 16 July 2013

Dia........nyawa aku

assalamualaikum..

10julai 2013
1ramadhan

Selamat ulangtahun sayang!


*nanges*
anak ibu dah besa. dah 4 tahun dah. 

rasa macam baru semalam ibu memboyot. sarat.
perabis duit bersoping macam2 untuk kamu. sampaikan ibu sendiri pakai baju buruk. :p


bila dah berat macam ni, ibu selalu mintak kamu cepat2 kelua. tak larat sangat. tapi sebenarnya bukan sebab x larat, sebab ibu tak sabar nak jumpa kamu sayang. :)

2hari ibu dah keluar tanda &menahan sakit.
 jumaat tu kamu lahir. 12.15tengahri.
semua orang dah nak siap2 kemasjid, kamu keluar pulak. hihihi~

lepas kamu lahir, sumpah ibu serik nak beranak. sangattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt serik.
cukuplah besarkan kamu je dulu.
lepas tu dah seronok. Semuanya lengkap sempurna untuk kamu. Kecuali..
keajaiban susu ibu. :(

kamu tak sempat kenyang pon rasanya. huhu~
maap sayang. Ibu cetek ilmu waktu tu. 



kamu kesayangan semua
membesarlah kamu.

Dari tau menangis jek...
perlahan2 kamu meniarap. 
merangkak.
duduk.
bertatih.
berjalan. 
berlari.
dan sekarang bersekolah...


betapa masa itu berlalu terlalu pantas.
meletakkan kamu paling utama dalam hidup ibu.

kesempurnaan kamu, kebahagiaan ibu
kedukaan kamu, kepayahan ibu
kejayaan kamu, kebanggaan ibu

FARISH HAFIY,
IBU SAYANG KAMU SANGAT2.

semoga kamu panjang umur, murah rezeki, terang hati, berjaya dunia akhirat. ^_____*


ibu sayang kamu berdua ye!





Terima Kasih

hari jadik yang diawalkan

assalamualaikum~

entry pertama selepas lebih 10 hari menghilangkan diri. 

dushhhhhh~ stress sendiri. kenapa ntah x nyempat2 nak menghapdet bebarapa minggu ni. 

sebab kurang cerita menarik kot. 

takpe. arini ade cerita. ade gamba yang banyak juga. ready n tak je la nak menatapnya. :)

5julai 2013 bersiap2 ke smart reader taman bersatu.
harini ade sambutan harilahir farish hafiy.

gulp, knapa arini?
sebab besday farish jatuh pada 1 ramadhan, x dapat la nak sambut pada tarikh sebenar. maka ibu pon mengawalan majlis tu. nggeee~

birthday boy

masa ibu sampai,, dah 10pagi. majlis dah memang nak mula sangat2 dah.
farish macam baisa, muncong sedepa pastu muka innocent jek. cetttt~

 kan????
Ibu punya senyom meleret die buat toya jek. hahha!
ni korang x tengok rupa die masa tiup lilin tu. mcm x keluar angin langsung. TTT_____TTT


birthday card dr teacher Min, 
owner smart reader ni.
*cuma konpius, kad tu memang teacher x bagi kat kita terus ek? bongkar2 beg sekolah farish, x jumpa pon??? *


seronok sebab ramai budak2. terasa meriah walaupon x la seberapa sambutannya. 



lupa nak beritahu, menu haritu simple sangattttttttttttttttttttttttt.
.mihun goreng kaler putih :p
.nugget.

^_____^


besday boy tu lapa sangat. dapat mihun terus x dongak2 pandang ibu. hehehe~
laku mihun aritu. Dalam hati berdoa2 biarlah cukup. sekali memang ngam2. Budak2 makan siap bertambah. :)


si pengantin yang tak berapa baru pon ade. :)

ni pulak pic classmate farish. 
 pose 'hot' dr hanif. hahah!



amoi comel yang x dapat dikenalpasti nama die. 
tp memang kiut la. 
ke perasan aku jek kiut sebab terbawak feel nak anak pompuan? 
T____T


 si orang minyak. hahaha!
kesian ibu. macam penat sangatkan......

lepas makan2, semua beratur ikut kelas masing2 untuk salam2 ambik goodies bag.
masa ni baru aku tau, betapa seksanya nak mengarahkan budak2 ni. :p


walaupon muka farish sememeh gaban gitu, die sendiri nak bg goodies kat semua kawan2. aku tau, die tu malu2 kucing. malu tapi mahu. kan abang kan???????????




 sebenarnya ade 2orang pelajar yang buat birhday party aritu. Ni sorang lagi. cuma budak ni bawak kek n goodies jek. Mak ayah die x dapat cuti. Yelah, semua orang susah nak cuti sebarang ni. Aku je yang suka cuti ikot suka. huhuhu~

 lihatlah muka simpati farish hafiy. Malas tau nak layan muka gitu. +_________=

 wajib ade muka kami tiga beranak
rugi sangat babah x join, 
xdapat tengok muka farish.
hahahahhaa!

kenangan dengan semua. Seronok. semua sporting. aku ni sejak azali sporting. :p

panjang umur, 
ada rezeki,
tahun dpn jumpa lagi. :)

Terima Kasih

Sunday 7 July 2013

sekali lagi mungkir janji

assalamualaikum!!!!

ade lg ke follower aku nih? :P

maap. maap. maap.

sekali lagi mungkir janji. biarkan blog tersadai buruk tanpa entry. T___________T


ok ready,, marathon entry selepas ini. 
see u soon na~ :)


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati