Thursday 18 July 2013

sana sini ashraf muslim

assalamualaikum~

lewat petang baru sempat jengah blog ni. tu pon sebab dah tutup fail, nak siap2 mau balik rumah. hehehhe~

isu panas harini, kes perkahwinan kedua ashraf muslim. 
btw, aku pon x lah peminat si ashraf muslim ni. 
Tapi aku tetap ikut rentetan cerita dia dgn wife die kebelakangan ni.

haaa... pd yang x kenal. Ini la ashraf muslim tu. Sweet je nampak dgn wife die ni kan? :)

nama dia dah lama pon sepi dari dunia hiburan rasanya, sampailah keluar satu khabar yang mengatakan si ashraf ni nak kawen lagi sorang. Alasan? Sebab selepas 2tahun berkahwin, masih x dapat anak. huh,, masa baca alasan ni aku memang emo dah. Alasan macam orang takde akal. T_________T

lepas keluar kisah tu, muncul sorang perempuan yang mengaku dialah ;makhluk ketiga' yang dimaksudkan. ape ke hal la perempuan ni, dahaga publisiti sangat pada aku. Tak malu ke mengaku awak tu perosak rumahtangga orang lain?

Dalam sibuk berteka teki tu, las2 semalam keluar muka depan fb aku ni ha.

Ashraf muslim telah bernikah di Thailand

cetttt....
tak macho ler kawen sembunyik2. Pada aku, mungkin betul, wife yang first ni tak izinkan dia dimadukan. siapa2 pon xnak kan. cer ko, nak kena madu?? 

Tumpang simpati je yang aku mampu. Nak komen panjang2 aku takut. Kita tak tahu masa depan kita. Apa2 boleh jadi. tapi aku doa,, mintak jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh la bab madu2 ni dari aku. Aku tak sekuat wife dia ni yang masih nampak tenang beriringan keluar mahkamah dengan Ashraf. huhuhu!

Las untuk petang ni, aku nampak coretan dari dayana. layan je la....

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...

Terima Kasih

1 comment:

  1. sedih mmg sedih. tp no komen. hanya Allah yang tahu kan?

    ReplyDelete

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati