Wednesday 24 July 2013

bukan tak nak hapdet,, tapi...............

.assalamualaikum.



setelah 15ramadhan baru sempat menatap skrin
$________$

kejap je rasanya kite puasa taon ni. ke sebab puasa daku tak cukup 15hari ek? :p
kebelakangan ni menyepi tanpa entry. bukan kemana pon sebenarnya, cuma nak hapdet tu tak lepas2. asyik dok peram jek cerita2 lepas sampai sudahnya aku pon lupa. huhu~

awal ramadhan aritu..
dapat partner baru. menggantikan partner lama yang dah transfer BSI. Makanya sibuk la menunjuk ajar orangbaru. cettt,, perasan senior tak aku? sebenarnya yang transfer sini tu lagi senior ok, jaohhh sangat tahap seniornya dari aku ni yang baru keje 6tahon. muahahaha~

Jadi berbalik pada sebab musabab lama tak up entry baru tadi... alasannya adalah kerana aku tak boleh menaip bila partner baru aku tu ade sebelah. T_T

bunyik mcm serius je kan, hahaha poyo tau aku!
sebenarnya aku malu. kalau partner dulu die tau dah pasal blog ni, pasal bisnes online aku semua tu. so tidaklah menjadi malu2 kucing nak menaip depan dia. yang baru ni.....................
hmmm,, nme pon baru kan. :p

ni sementara si dia takde, laju2 la aku mengetuk keyboard. kihkihkih~

sedikit la perkembangan terkini aku, 
perasan la pulak mcm ada yang nak tahu perkembangan aku kan....

Sepanjang ramadhan ni, alhamdulillah semuanya baik2 sahaja.
tidaklah aku maksudkan yang aku ni siapkan menu berbuka tiap2 hari,, tapi setidak2nya ade la jugak aku masak dari tahun2 lps. alasan masak? sebab ak rasa mcm x banyak choice pon kalau beli kat bazar. 
nasi ayam
nasi ambang
nasi kerabu

itu ajekla berulang2. menu camtu tak payah tunggu ramadhan, tiap minggu kat pasa malam aku boleh dapat. huhu~
murtabak? roti john?
memang tak belilah sebab hidup aku hanya dengan nasi. Biar xde desert o kuih2 asalkan ada nasi. Nasi dgn telor goreng pon boleh jek~ 

maka sebab tu la aku banyak masak kalini. Balik keje tak ambik anak2 terus. Aku balik rumah masak nasi dulu. Lauk? Kau ingat rajinlah aku yang masak yang advance2?

ayam bakar
ikan bakar
sayur goreng

pusing2 tu je kot. paling rajin aku buat sotong blackpepper. tu pon entah kenapa tetiba teringin memakan sotong. Nasib baik dapat seorang laki yang tak kisah makan apa pon. Janji kenyang. :)

bab nak raya aku memang komited. ^____*

baju raya anak2, hb semua setel. baju raya diriku jua. cuma yang tempah kt kedai tak ambik lagi. Dah berapa lama x menempah baju, tahun ni tertempah pula. sekali utk wedding day kaklong, lepas tu cu, ni raya pulak.

Tapi takpe, berbaloi jugak tempah sebab memang fit dengan saiz kite yang limited edition ni. :p

soping raya sudah slesai. Dana dari hubby dah habes. tunggu gaji ibu pulak esok ye. Untuk beli sampin n kasut anak2 jek. kasut ibu juga. kihkihkih~

btw, sana sini sebok tanya pasal bonus. ade tak ea bonus? Wallahualam. Ada terima. tak ade diam2 aje lah... 




Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati