Monday, 23 December 2013

Hidup dan kebetulan

assalamualaikum..

selalu up entry kehidupan harian je. lama tak menulis mengikut rasa hati. Berkongsi pandangan peribadi dan menunggu reaksi dari pembaca2.

petang ni agak free. encik suami tak balik lagi. jadi marilah menaip apa yang tersimpan lama dalam hati.

pernah tak dalam hidup korang, terjadi kebetulan2 yang korang sendiri tak pernah jangka. bila dah tau kenyataan tu, korang termenung kejap. kelip2 mata. cubit2 pipi. tengok kiri dan kanan. atas dan bawah juga.

korang just nak pastikan semuanya realiti,bukan mimpi.

sudahnya korang senyum sendiri.....

hidup penuh dengan kebetulan. hari-hari berpotensi untuk jadi kebetulan. kadang2 rasa macam kebetulan yang entah hape2. yang tak penting tapi tetap meninggalkan kesan sebab semuanya berlaku secara tiba-tiba.

kebetulan boleh jadi sesuatu yang menggembirakan. membahagiakan.

kebetulan bertemu. Maka berkenal-kenalan. berindu-rinduan dan akhirnya bersayang-sayangan.

manis.

lagi manis dari pavlova dan lagi mengujakan dari pandora.

kebetulan pula minatnya sama. fahamannya juga sama. Dan setelah itu ada berapa banyak lagi kebetulan yang menyusul.

Kebetulan dan kebetulan

jatuh cinta juga kebetulan. bercinta juga kebetulan. kebetulan juga sama impiannya.

tapi bukankah terlalu banyak kebetulan juga menjadikan kita seorang yang berhati2 dalam tindakan?

perhubungan yang baik bila ada keserasian dan itu maknanya ada kebarangkalian untuk bersama.

manusia memang takkan pernah puas hati. diberi perbezaan mengeluh mahukan persamaan. diberi kasih sayang meminta2 pula kesakitan.

kalau kebetulan itu adalah persamaan, mungkin itu namanya jodoh.

kalau kebetulan itu mewujudkan jurang, itu barangkali ujian.

positif dalam setiap pertuturan. positif dalam segala tindakan. tapi hakikatnya seringkali tersasar dari ini.

mungkinkah itu namanya kebetulan juga?

#sungguhakucinta


Terima Kasih

2 comments:

  1. Salam, nice writing! And I'm so curious about the picture. Where is that place yea? Macam menarik je.

    ReplyDelete

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati