Sunday 1 December 2013

Bayar lebih untuk pendidikan awal- pelaburan atau pembaziran??

Assalamualaikum
Masih dalam mud bercerita tentang persekolahan anak. Farish masih bersekolah dan hanya akan bercuti mulai 13disember nanti.
Rata2 yang nampak aku kehulu hilir dengan farish mesti tanya, tak cuti lagi? Dan tak kurang yang akan mengeluh, melahirkan simpati sebab anak aku tu masih kena pergi sekolah. Huhuhu~
Awal2 dulu aku pon terpikir macam tu. Kesian farish sebab kena bangun awal pagi nak pergi sekolah. Tapi lama kelamaan aku dapat terima semua ni dari sudut positif.
Sedar atau tak, situasi ini hampir sama dengan pelajar sekolah jenis kebangsaan yang masih tetap menuju ke sekolah walaupon sesi persekolahan dah lebih 2minggu bermula.
Anak bangsa kita dah mula memenuhi ruang shopping complex sementelah anak bangsa lain masih tekun menelaah di meja sekolah. Anak bangsa kita bangga berpeleseran tak tentu hala sepanjang hari sedangkan anak bangsa lain tak pernah terfikir pon yang mereka rugi sebab kena datang awal pagi ke sekolah.
Nampakkan beza bangsa kita dengan bangsa mereka?
Jadi akhirnya aku faham, ade baiknya anak aku tu pergi sekolah dari bergaduh dengan adik dia kat rumah.
Selain dari tu aku akui, sebagai tadika swasta yang memang sumber pendapatannya bergantung pada yuran yang kitorang bayar bulan2 tu, logiklah untuk mereka extend sikit waktu sekolah tu dengan alasan yuran tetap dibayar penuh. ;)
Aku tak berkira sangat pasal tu. Budak2 ni kalau lama sangat cuti pon payah. Semua memori hilang nanti. Hihihi~
Sesi persekolahan 2014 akan bermula tak lama lagi. Kitorang kat Johor ni akan mula sekolah pada 5januari2014. Hari ahad. ;)
Kalau tahun lepas time macam ni aku suami isteri masih berdebar debar nak menunggu hari pertama farish ke sekolah. Yuran dah langsai. Tapi dalam hati ni Allah saje yang tau. Kalaulah Farish taknak pergi sekolah, apelah jadi dengan duit yang dah kitorang keluarkan tu. Boleh ke refund balik?
Tapi terbukti, anak kami kuat. Tenaga pengajar juga hebat. Walaupon pada awalnya dia gagal mengawal emosi;tapi lama2 farish dapat sesuaikan diri dengan persekitaran baru tu.
Satu yang suka untuk aku ingatkan, kami TIDAK PERNAH memaksa dia untuk ke sekolah pada usia awal. Semua keputusan ni kami buat bila Farish sendiri yang minta nak ke sekolah. ;)
Dan setelah seminggu Farish bersekolah, aku masih berharap keputusan dan pilihan kami sebagai ibu bapa ini adalah tepat.
Kami bukan keluarga berada. Rata2 yang anaknya bersekolah disini memang mereka Yang datang dari latarbelakang ekonomi yang hebat2. Kerjaya yang dahsyat2. Tapi ramai jugak orang biasa dengan impian luarbiasa macam kami hantar anak kesini. Takde yang mustahil kalau dah memang itu yang kita nak. ;)
Aku tak pernah rasakan itu alasan untuk kami merasa iri hati apatah lagi rendah diri. Sebab tujuan kami satu, memberikan anak kami yang terbaik, setaraf mereka yang lain.
Bab modal boleh kami usahakan. Apa saja yang boleh dijadikan cagaran untuk masa depan anak2, Insha Allah kami berikan.
Cabaran mendidik anak hari ini, membuatkan kami teliti dalam membuat keputusan. Keseimbangan ilmu dunia dan akhirat menjadi asas pemilihan sekolah pertama untuk anak2.
Kami ibubapa bekerjaya,yang masa bersama anak tak sampai 12jam pun sehari. Maka kami mahukan pendidik yang mampu mengasuh anak kami dari 0 kepada sesuatu. Dan seterusnya tanggungjawab kami untuk mempraktikkan ilmu yang diberikan itu dalam tempoh terhad yang kami ada. Dan itulah yang kami dapat hari ini.
Kami abaikan suara2 yang menyindir, bernada negatif dan sumbang selama ini. Kami bukan mahu menunjuk2. Tapi setidak2nya kami mampu berbangga kerana kami berjaya memberikan yang terbaik kepada anak2. Seperti mana kami usahakan yang terbaik sejak mereka di dalam kandungan lagi.
Pendapat individu hak individu. Aku tak pernah menyangkal pendapat yang mengatakan mana2 sekolah pun sama je. Kalau memang jenis cerdik tetap akan cerdik dan begitulah sebaliknya.
Tetapi aku ada fakta aku sendiri dan aku tetap mempertahankannya. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam. ;)
Kalau dah asalnya anak tu kosong tak berilmu, kurang kecerdikannya, apalah salah diberi satu peluang untuk menunjukkan usaha kita sebagai ibubapa dalam memastikan kita tidak hanya berserah dengan mudah.
Urusan mendidik anak2 semakin mencabar. Yang lambat akan ketinggalan dan yang maju akan mendahului. Zaman sekarang pon mana ada lagi yang murah. Untuk mendapatkan khidmat yang baik pasti kosnya juga besar. Tepuk dada tanya selera. ;)
Persiapkan mental dan fizikal dengan segala kemungkinan. Kos makin meningkat, tabungan juga seharusnya lebih besar. Kos2 harian bertambah seiring dengan pertambahan ahli keluarga dan kerana itulah perancangan yang teliti perlu dibuat.
Syukurlah kat Kluang ni tak banyak persaingan dari segi sekolah2. Tak payah kami pening2 memilih. Ingat, kami tak condemn sekolah kerajaan. Ini pilihan kami dan aku cuma sekadar nak berkongsi. Tolong faham ye.
Kami dapat apa yang kami nak setimpal dengan wang yang kami keluarkan. Itu yang penting. Kalau ada yang nak cakap sekolah mahal2 esok sekolah rendah pilih sekolah kerajaan juga, aku tak kisah. Sebab aku yakin, asas yang kukuh masih mampu membezakan anak2 ini kat sekolah rendah nanti. ;)
Buat pilihan dengan bijak. Kami pon bukan manusia yang bebas hutang. Cuma sekarang kami lebih berhemah, membezakan keperluan dan kehendak. Mudah2an rezeki untuk anak2 tetap ada. Jalani hidup dengan positif, semuanya akan terasa mudah. ^_*



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati