Friday 13 December 2013

smart reader kids taman bersatu concert graduation 2013

assalamualaikum.
kemain panjang tajok entry kalini. heheheh~
feel berblog ada pasang surutnya. cerita banyak tapi nak bercerita tu yang tak sempat. bukan tak sempat..tak rajin sebenarnya.
jadi setelah berminggu lamanya, baru harini tergerak hati nak cerita pasal concert srk aritu. event dah selamat berjalan pada 8disember lepas di kluang mall.
pagi tu hujan. Ye sekarang memang musim hujan. tiap hari hujan. Part paling malas bila kena bangun nak pegi kerja walhal hujan mencurah2 turun dan mata merayu2 nak tido lagi. ;p
farish kena datang awal ke kluang mall. 8.30pagi.
kejut2 x bangun. kesian. mesti sedap tido time hujan macamni. Semalam dia tido awal jugak. sebab semangat nak pergi kluang mall arini. sibuk ulang2 cakap kena pakai baju biru dengan seluar hitam dengan tali pinggang segala.
lepas mandi tu terus siapkan farish. encik suami ingat kitorang ni nak bergerak sekaligus la sebab jarak kluang mall ke.rumah kitorang ni agak jaoh. 20 minit juga lah.
tapi...masalahnya, aku ni mandi pon tidak. celik je mata tadi terus mandikan budak2. siapkan pakai baju semua. bancuhkan susu buat alas perut diorang. tengok jam dah pukul 8pagi.
kejut babah. cepatlah hantar farish dulu. nanti lambat pulak. aku takut cikgu nak prepare apa2 dulukan. kitorang yang makbapak ni pukul 10 nanti baru boleh datang. jadi sempatlah aku nk bersiap sikit.
8.30 pagi masih kat rumah. aku taktau la macam mana jadi lepas tu sebab encik suami je yang hantar farish. muncung sebatu boleh diikat sebab katanya aku membazir minyak nak pusing 2x.
jam 9pagi.berpusing satu bandar kluang cari warung nak sarapan. nak makan kat kopitiam, penuh yang amat. last2 jumpa je.kedai terus berhenti. makanlah apa yang ada. nanti lepas settle semua kita makan lagi.
sehabis laju kitorang makan sebab nak cepat. takut nanti tak dapat duduk depan. tak puas lah kalau duduk jauh terkebelakang. aku tak nampak farish n farish pon xnampak aku. rugi2.
sampai kluang mall,memang kirim salam banyak2 la. beranganla kau nak duduk depan sekali. ramai dah makbapak yang tercongok depan tu. huhuhuhu~
dapat duduk baris ke3 dari depan. dah cukup baik dah tu tapi aku tetap tak puas hati. kepala orang depan besar sangat. mesti tak cantik bila aku ambik gambar nanti. =_=
majlis bermula. persembahan yang aku tunggu mestilah dari anak aku kan. itu standard. Anak yang lain aku tak pandang sangat. hahaha!
tu dia berjoget lagu cik mek molek. senyumlah2 tapi muka farish gitu jugak-selamba jek. pitam aku gelak laki bini kat bawah. masa atas stage tu mata dia meliar je.cari kitorang agaknya. lepas.dah nampak tu terus dia macam eksaited.
hai la anak...
tahu tak dalam hati ni macam2 rasa ada. macam tak percaya ada. bangga ada. sedih ada. ahhh.....mak2 memang rase macamni kot. ke aku je over?
selesai tu masuklah selingan persembahan2 lain. dari pelajar 5 tahun dan 6tahun khususnya.
bercerita baik dalam bahasa melayu ataupon bahasa inggeris. impress gila aku. adik sara yang kecik cenonet tu buat aku geram gila. tak sedar aku melopong masa tengok dia. dahsyat.
petahnya dia..
memula aku cari mana makbapak die.lepas.tu aku riki la keje ape.ohh...anak cikgu rupanya. patutla. dari aku sekolah dulu kalau dah namanya anak cikgu,memang hebat2.
eh,anak kastam takleh hebat ke? sape kata.. anak sape2 pon boleh jadi hebat sebab yang membentuk anak tu didikan kita. kerjaya makbapak tu bonus point je.
yakin kemampuan kita untuk beri dan jadi yang terbaik pada anak2. tu pendapat akulah. Bukan tak sedar diri,tapi kita semua same je sebenarnya. yang beza mungkin kewangan dan taraf hidup kita saje.
jadi jangan rendah diri sangat. hehehehe~
aku rasa banyak betul persembahan aritu. dari duduk sebelah encik suami, aku pindah sebelah yati. lepas tu kedepan sekali duduk dengan kakmin. haahahahha!
mak ayah pon datang tadi. lambat sikit. tapi sempat tengok persembahan farish. cu n pakcu pon ade. satu keluarga aku datang ok! ;p
mengujakan bila pertama kali hadir dalam majlis anak yang begini. serius aku rase semacam. kemuncak konsert aritu bila majlis penyampaian hadiah. sebab aku rasa,farish bakal naik pentas.
yang x best..
bila fareeq tetiba moody. Merajuk lari ke celah2 kerusi. kemuncaknya menangis. siap meniarap kat lantai kluang mall tu. haishh!
dipujuk pon x jalan. aku mintak encik suami handle. aku nak fokus 200% kat stage. nak tengok farish terima hadiah. seronoknya srk pada aku sebab dia tak membezakan pelajar2nya. budak2 semuda itu perlu diberi galakan supaya timbul rasa mahu bersaing menjadi yang lebih baik.
anugerah pencapaian bahasa melayu & bahasa inggeris. bangganya bila lihat anak bangsaku yang terima anugerah tu. teringat kepetahan diorang bercerita tadi,aku harap akan ada peluang untuk melihat anak aku sendiri di atas pentas ni satu masa nanti. ;)
tu dia...orang semua dah beralih perhatian ke fareeq. suara dia saje yang dengar masa tu. aku serba salah. nak mengejar fareeq maknanya aku kena tinggalkan farish. nasib ada mak yang boleh tolong pujuk sikit2 walaupon aku konpem si kecik tu tak makan saman punya budak. =_=
saat nama farish hafiy diumumkan, serentak terpapar kat skrin tu nama & gambar anak aku yang satu ni. alhamdulillah. rezeki Allah beri. Anak aku yang asalnya tak reti apa2 muncul 2nd best student bagi kelas SRK4.
membahagiakan. berbunga sungguh rasa hati aku sebagai ibu. mungkin ini bukan apa2. sekadar kayu pengukur prestasi farish sepanjang tahun ini, tapi aku percaya anugerah ni juga satu permulaan yang baik. lepas ni makin besar tanggungjawab aku untuk pastikan pencapaian ini berterusan setiap tahun sampai bila2. amin.
aku terharu bila tengok anak aku beratur dalam barisan pelajar2 sebaya dia. anak aku makin besar. makin banyak yang dipelajari. dilalui dalam masa dia membesar menjadi seorang pelajar. dari lahir sehingga waktu ini, aku mendoakan yang terbaik untuk permata hati aku ini.
selesai tu terus mengejar fareeq. meragam gile ok. tapi aku tak salahkan dia pon sebab pagi tadi aku kejut dia bangun awal walhal dia masih nak tido. gila susah nak pujuk bila dah merajuk tau anak aku yang sorang ni. aku layan je die berlari 1 mall tu.
lepas fareeq dah cool down....aku balik ke tempat asal. dah masuk part budak2 6tahon aku tengok gitu je. sakan berposing dengan geng2 aku. farish dah taknak bergambar. muka pon sememeh je. kena pujuk baik2 baru la ok.
mengabadikan kenangan beramai2. bukan senang nak berkumpul reramai gini kalau tak kerana event macam ni. semoga persahabatan anak2 kami beroanjangan same dengan persahabatan kami mak2 nya juga.
balik dari situ hujan adelah lebat. aku plan nak belanja family aku makan2. konon celebrate farish la. tapi semua penoh. kitorang keluar. plan nak makan kfc tapi dah hujan lebat2 malas nak berpayung2 kat luar tu. sudahnya makan kat food court aeon big saje. hahahahaha!
lepas makan layan game dengan anak2. nak cari basikal pulak untuk budak2 ni nanti. basikal n mainan2 lain semua dah diangkut ke rumah mak. sudahnya rumah sendiri takde ape2.
plan x menjadik sebab masuk je kereta fareeq terus padam. zzzzzzzz~
balik rumah aku lakibini pon membongkang baik punya.

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati