Wednesday 25 December 2013

Aku dan kedai cantik kepunyaan aku.

assalamualaikum

ni nak kasitau..
ramai yang tanya aku ni masih meniaga ke dah gulung tikar. heheheh~

sebenarnya, aku masih macam dulu. Cuma tak kelihatan aktif sangat di ruang2 media sosial. Kenapa? Entah. Sebab aku rasa jarang sangat dapat promo habis2an. Lebih pada cerita kehidupan aku je. cerita budak2 berdua tu jugak.

fanpage nfz beauty&wellness pon wujud lagi. Tapi lama jugak aku tak jengah ke sana. ;p

pelanggan2 aku sekarang ni lebih kepada yang sedia ada ataupun yang direkemen oleh yang sedia ada tadi tu.

Biasanya diorang akan tanya aku pasal produk2 tu. Maklumlah sekarang ni ade 1001 macam produk kat pasaran. laju je keluar bermacam jenama. macam cendawan lepas hujan.

semuanya aku jual ikut permintaan.

info mengenai produk2 tu semua aku dapat dari dealer. Bagi sesetengah produk, aku boleh la kongsi testimoni yang aku alami.

cuma tiapkali berlaku urusan jualbeli,aku akan ingatkan diorang. Bersabar dalam menunggu perubahan. Tiada produk ajaib yg guna harini terus jelita keesokan harinya. ;)

awal2 aku niaga dulu, aku cuma jual produk2 yang aku guna sahaja. Alasannya? Supaya aku senang nak guide pengguna lain cara makan dan apa yang bakal berlaku nanti.

senang kata,
aku guna aku kongsi.

tapi bila ramai pembeli2 yang dah jadi kenalan aku minta aku luaskan pasaran lagi. Aku terpaksa akur. Ini bukan soal tamak ye. Niat dari mula aku nak berkongsi.

Jadi bila jenama dah meluas, aku akan bagi produk yang ada tu kat mak dan adik aku. Diorang sebagai testimoni aku. Aku memang takkan jual kalau aku tak yakin. Tak nak aku ambik risiko kalau produk tu bagi kesan yang buruk pada pengguna.

contohnya,
aku meniaga a-dha skincare. ini yang terbaik setakat ini. Aku pernah nak jual tabita skincare. Tapi sebab ada sesetengah orang tak sesuai, aku tak jadi. Aku takut tak terjawab bila timbul macam2 keadaan nanti. efeknya kan berbeza pada setiap orang.

A-dha skincare ni aku bagi mak pakai. Disebabkan mak dah berumur, aku bagi set hijau. Selain itu, set hijau ni sesuai untuk sesiapa yang ada masalah kulit yang kronik. Aku masa mula2 pakai dulu pon guna set hijau. Maklumlah jerawat berketul ketul. huhuhu~

dah habes 2 set hijau baru aku guna set pink. Sampailah sekarang. Alhamdulillah. Dah lebih setahun aku guna dan masih serasi bersama.

nanti aku review sikit pasal ni. tunggu entry lain.

Seterusnya aku masih kekal dan percaya dengan power of virgin coconut oil. Setelah 2tahun, aku masih setia menggunakannya dan menjualnya kepada semua yang nak mencuba.

yang semulajadi itu adalah yang terbaik

selamat digunakan oleh semua peringkat umur.

Untuk kanak-kanak yang mengalami masalah ekzema, boleh disapu pada kulit.

untuk makcik pakcik yang ada darah tinggi ataupun kolestrol tinggi, minyak kelapadara mampu membantu menstabilkannya. ini dah terbukti pada makcik kat opis aku. Dokto siap tanya apa yang dia makan. ♥

ibu mengandung pon boleh. Insha Allah masalH2 berkaitan kesihatan semasa mengandung boleh diatasi. Nak dekat bersalin nanti boleh ambik sebagai selusuh untuk mudahkan kelahiran.

bagi yang nenyusu baby pulak. ini boleh membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti susu ibu. Badan yang sihat membantu menghasilkan susu yang terbaik untuk baby. ;)

ini jugak supplement yang aku ambik masa susukan fareeq dulu. Badan tak letih dan yang penting sentiasa bertenaga nak bangun ke pejabat tiap pagi.

dan yang terbaru dan terhangat di pasaran.
PERLA COFFEE (PC)

yang ni aku sendiri amalkan. Kalau sebelum ni aku setia dengan beutskin essence, sebab itulah satu2nya supplement kulit yang terbaik pada aku.

sekarang aku beralih hati kepada minuman ini. Campuran serbuk mutiara dengan glutathion. mampu memutihkan dan mencantikkan kulit secara menyeluruh. Lagipon, sangat senang dan cepat disediakan. Jadi tiada lagi alasan malas nak mengambil supplement sebab leceh nak kena telan pil banyak2. ;)

antara sebab aku bertukar kepada yang ini;

°harga perkara utama. kalau dulu BE tu harganya $200+ untuk sebulan. tapi sebab dah percaya pada BE, pejam mata sajelah membeli. Dengan Perla yang kos kasarnya cuma $60 untuk 20hari. Selalu aku standby stok 2bulan terus.

          3kotak x $60 = $180
ni harga standard. kalau harga yang sepesel, save lagi banyakkk!

°boleh divariasikan cara pengambilan. macam aku, selalu ambik PC sambil cicah dengan biskut. Sedappppppp~

PC ni tiada caffein ye. so mak2 yang menyusukan jugak boleh ambik. yang pregnant boleh ambik masa usia kandungan lebih 4bulan. Tapi biasanya kalau customer yg pregnant tu aku x suggest dia ambik. Nanti dah bersalin baru 'repair' semula. Masa ni baik ambik supplement macam Shaklee. Haa...yang ni pon aku ade jual.

Aku jual dengan harga ahli. kalau korang nak beli, cuma tambah kos pos je. Shaklee adelah yang terbaik untuk mengandung dan menyusu. Untuk penjagaan kesihatan harian pon ok.

pengalaman aku dan shaklee. masa tu aku berpantang anak ke 2. aku beli trial pack sahaja. sebab masa tu aku rasa aku perlukan supplement yang boleh bantu badan aku cepat cergas sekaligus boelh merealisasikan impian aku nak breastfeed fareeq secara eksklusif. Dan semuanya berhasil. Sejak.tu aku terus daftar jadi ahli dan kongsi dengan kenalan yang lain. Ekstra tips untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu pon aku bagi pada yang beli set ni dekat aku. ♥

Kesimpulannya, aku masih ada dalam dunia perniagaan produkkecantikan dan kesihatan ni. Nak order? Whatsapp je aku kat 0177880698. Insha Allah harga yang terbaik aku berikan. Biar aku untung sikit, janji korang setia dengan aku.terus sokong aku. ;)

Jadi sampai sini dululah. Panjang pulak cerita aku kalini. Ingat, ambik supplement yang diperlukan. Jangan taksub sangat sampai segala supplement nak ditelan. Berpada-padalah dalam mengusahakan sesuatu sebab biasanya yang bersederhana itu adalah lebih baik. ^____^

tepek sekeping muka aku dengan PERLA COFFEE. Glowing gitu walaupon xpakai foundation bagai. parut masih ade selagi jari aku ni gatal nak picit jerawat. Tapi jerawat tu pon keluar sebulan sekali jek.paham2 la masa bila ye. ;p


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati