Sunday 1 December 2013

Triple F Days out!

Assalamualaikum

Bulan disember,
ramai orang kawen,
musim hujan.

Hujung minggu yang sangat melemaukan. Hujan turun dari celik mata. Kain berlonggok dalam bakul tak boleh dijemur. Bayang matahari pon.xde harini. Nangis la~

Hari ni memang dah plan..alas perut je sebab banyakkkkkk jemputan kawen nak pegi.

Mari besakan badan. ^_^

Sambil kenyangkan perut, sambil meriahkan majlis. Eh, yeke? Kalau aku takde pon majlis tetap jalan kan... Hahahhaha!

Budak berdua tu awal2 lagi aku dah siapkan. Lepas mandi gasakla berlari lagi. Berpeluh. Phewww~

Aku jugak yang slow motion belek2 baju yang nak pakai. Tudung yang sesuai. ;p

Baju baru sama tudung baru. Baju ni aku baru ambik dari tailor semalam. Gedeboh sangat sebab buat baju kurung. Sebelum ni dah banyak sangat baju fesyen. Aku ni bukan nak pakai kemana pon. Paling tak pon nak pakai melaram time pregnant ajela. So, baju kurung lebih ngam nak dipakai mase boyot2 nanti. ;)

Aku dah la tengah 'semangat', pakai baju besa lagila~ =_=

Tape tape. Gemok itu indah. ;p

Selera makan ni sejak dari dulu lg. Sape yg kenal aku dulu memang tau aku memang kuat makan.

Aku makan semuanya, tapi badan maintain. Ramai tanya rasia aku. Jawabnye tiada rasia. Cer sekarang, shapeless terus! ;p

Mungkin kah semua ni setelah aku menjadi mak beranak dua? Hmmm..mungkin juga.

Ehhhhh..jangan stress. Bila aku stress,aku makin lapar. Bila lapar aku lagi cari makan jek. Nanti aku nangis tengok meter penimbang tu naik dari 40++ kepada 50++.

Terbaek sangattttttttttttt!

Haippppps,,ni bukan entry berat badan. Ni nak stori wiken kami je ye. So tengahari tu kitorang redah je hujan. Perut kebuluran tak tertahan. Makan laju2 tak toleh kiri kanan dah. ;p

Ehhhh lupa nak kasitau, kitorang jumpa apek photographer yang snap gambar kawen aku dulu. Tak sangka die kenal encik suami lagi. Maklomlah, norman hakim celop. Tettttttt~ ^_*

Anak makan-mak makan-bapak makan

Lepas makan terus balik rumah. Takde feel nk merayap dengan baju kurung. Walaupon aku rase macam cantik, aku tetap tak sanggup nak layan soalan2 maut macam;

'eh..chubby ye sekarang?'
'ade isi ke?'

Mencik tau. Sobsobs~

Sampai rumah terus lipat kain baju yang setia membukit tu. Makin aku lipat rasa macam makin banyak. Adehhhh~

Nak robot lipat kain 1!

Terlelap kejap lepas adegan melipat tu. Tido dihujung minggu memang best. Tp bila ko tido dengan anak yang berlari2, siap terpijak betis & tangan ko.mesti ko geram. Macam nak piat je telinga sorang2. Ibu nak tido laaaaaa~ T__T

Bangun tu terus nekad sidai je.kain yang sebakul dah aku cuci tadi. Nak tunggu matahari aku taktau la bila. Mau busuk baju2 tu nanti. Teruslah muka seposen tak puas tido ni menyidai kain kat depan rumah.

Budak2? Terus berlari2 macam kat tepi pantai. Sakit jek jiwa aku ni ha. Apesal korang tak reti penat ek?? Ibu ni letih menengok korang.

Lepas je siap sidai2, terus bawak diorang keluar. Nak berlari sakan kat taman mainan memang tak dapatlah hujan2 ni. So start je enjin ikut rasa hati mak nye ni. ;)

Mc Donalds..^_©
Order makanan lepas tu biar diorang berlari suka2 hati. Tak tau nak kemana lg, hujan2 pekena bubur ayam pon marveles kan. ;)

Siap tambah order la pulak budak2 ni.kemain pow ibu ye. Ape sajelah asal diorang enjoy. Ni je la masa yang lebih sikit aku dapat spend time dengan diorang. Ape sangatlah duit dibanding kan masa bersama kitorang ni. ;)

Dekat maghrib barulah gerak balik. Budak2 ni bukan jenis suka main lama2 kat situ. Kejap je dah. Diorang lagi suka mainan versi rekaan sendiri. Tu yang pening tu.

Hujan terus menerus. Siapkan baju kerja n baju sekolah farish dengan rasa yang malas sangat nak lalui hari isnin. ;p

Tapi, selagi tak kaya dan berjaya..
Kenalah terus membanting tulang 4 kerat ni. Hehehehehhehe~


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati