Sunday 22 December 2013

Melawat aeon mall kulaijaya katenya

assalamualaikum!
minggu ni masih ade majlis kawen yang nak diraikan. Kedua2nya schoolmate aku. sorang masa sekolah rendah sorang masa sekolah menengah.
salah sorang tu someone di masa lalu. ;p
tiada kenangan bersama pengantin sebab masa aku datang diorang tengah bersiap lagi. aku tepek gambar stok fb je la ye. Jadilah kan.
lepas makan dan jumpa pengantin terus bertolak ke rumah mak mentua. Budak2 sekarang sangat mencabar perasaan ibu bila dibawak berjalan sekarang ni.
mampu bersabar bila sepanjang 45minit tu dia galak menjerit meraung melalak memekak dan yang seumpama dengannya?

 
aku rasa kalau travel dari selatan ke utara dengan diorang ni mahu aku darah tinggi dibuatnya.
memula seronok. lama2 menyirap je rasa.

tengok la bila buat peel comel macam ni aku sukalah melayan. mana2 pose dia belajar aku pon taktau. si abie mengikut aje semua pose abang dia.  baju ni baru ngam dengan abie. aku beli 6bulan lepas masa nak hantar pengantin ke kelantan. macam comel. Sebab kaler oren. ♥

 

dah puas bergambar dia buat karaoke pulak. semua lagu yang latest diorang tau. sebab semua lagu tu lagu ibu katanya. hahahah!
terpekik terlolong berdua beradik. babah muka dah kelat jek. risau jugak aku budak2 ni kena marah. tapi nampaknya telinga encik suami dah sebati dengan bunyik2 bingit ni. ;p

 

sampai2 terus ke aeon mall yang baru bukak hujung bulan lepas. teruja sebab dekat gila dengan rumah mak mentua aku tu. lepas ni semangat la aku nak balik, alasannya nak exercise kaki kat sini. ;)
free parking until 1st january.
kereta punyalah banyak. nasib baik dapat parking betul2 depan pintu masuk. rezeki orang jaoh ni. ^_^
terus menuju ke dalam. tempat pertama adalah tandas. make sure farish kencing siap2 so takla mengganggu program nanti. tandas canggih gila. senang kata fasilitasi kat sini memang marveles.

layan muka sendiri sementara tunggu babah check in toilet. hehehe~


menyusur 1 kedai ke 1 kedai.
tak dan membeli farish dah berbunyik. hampeh betul.
disuruhnya aku beli colour pencil dulu baru berjalan kelain. haiiiii..la anak. kecik beso je kamu ni tau~
memilih colour pencil pon payah. aku ni rambang mata. memula nak beli yang 1 set. ade pencil case,sharpener,etc.
tapi macam x perlu sebab pensel stok goodies birthday party banyak kat rumah. jangan membazir lagi. aku tengok yang lain. padahal.sebenarnya aku dah aim siap2 satu set colour ni.
papermate brand.
macam comel je bekas dia kan. bentuk pensel besar. sesuai untuk anak aku yang rajin koyakkan kotak colour pencil dia, aku rasa ni pilihan terbaik. belek2 rm 19 gitu. ok x babah? no komen sebab ibu yang nak bayar. cett!
jangan mimpilah nak yang lain sebab farish dah cakap banyak kali,
                   "yang ni boleh bu,boleh"
digoncang2 bekas pensel tu.ni part yang aku paling tak suka. nanti aku penat asah sebab asyik patah aje. diketok ketok. =_=
terus masuk bakul. aku ambik jugak kaler yang kecik. jumbo punya. farish nak sebab ade sharpener katenya. yang ni je la bawak gi sekolah. hilang pon ibu x ralat sangat.
tengok jugak yang lain2. kot ada yang menarik perhatian. takde. semua selonggok kat level ni, jadi aku tak puas mencuci mata.
sudahnya aku cuma beli sehelai tshirt pregnant untuk cu. Tu pon murah2 je. ;)
lepas bayar sambung meronda kedai2 kat luar. tengok food court dia. macam kelassss. next time boleh try. arini survey je dulu. heheheh~
kena cukai kat kidzoona nih. tak main tak sah. dapat 1 jenis pon jadila. demi anak pasrah je~


puas sudah berpusing marilah pulang. Farish pelik sebab jusco ni dekat sangat dengan rumah nenek. selalu lama nak sampai katanya. hahahahah!

minggu ni balik rumah nenek. xde projek mega. saje melawat kawasan. rindu nenekkah??


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati