Friday 27 December 2013

Legoland waterpark 2013

assalamualaikum!

26disember2013.
akhirnya smpai juga ke taman tema air Legoland Malaysia. Seperti yang dah aku janjikan pada farish, kalau dia belajar pandai2 maka sampailah kesini.

Sedaya upaya ibu menaja percutian ini. untuk anak2 ibu sahaja. ^____^

dari 5hari sebelum hafi kejadian, farish dah sibuk countdown. 5..4..3..2..1

teruja bebenor nampaknya. sama teruja masa aku belikan swimming suit untuk dia. selalunya aku pakaikan baju biase je dengan seluar pendek. kalini nak bagi feel lebih sikit, aku sediakan la satu untuk dia dan satu ihsan liza untuk fareeq. ;p

pagi tu kitorang gerak pukul 730pagi. jumpa kat pintu gerbang taman saujana. ohhhh..lupa nak kasitau trip kalini aku dengan liza bercuti sekali. kebetulan kitorang duduk setaman, senang la nak berjanji ni.

sebelum mula berjalan kitorang makan2 dulu. nanti dah sampai konpem hilang napsu makan semua kan. heheheheh~

farish pon semangat je bangun tido pagi ni. malam tadi aku sampai marah2 diorang suruh tido. dah 1130malam segar bugar lagi. Geram je rasa. sibuk aku mengemas sibuk la jugak diorang mengimpit.

yang tak boleh celik mata pagi ni...fareeq. siap berdokong masuk kereta tau. mengantuk sangat la tuh.

singgah rumah mak mentua aku dulu. adik ipar nal join sekaki. ok jek. boleh wat kawan encik suami. selain tu nanti boleh tolong tengok anak2 aku sekali.

10pagi jugak kami sampai ke nusajaya tu. kereta tak banyak lagi jadi dapat parking dekat sikit. bebudak dah laju melompat keluar kereta. kemain tak nyabo. siap aku tarik sorang2 suruh bertenang. Huhuhuhu

menapak masuk dalam. Dah berpimpinan dua beradik tu. legoland yang diidam2kan sangat kan.

sekali kat dalam tu...boleh tahan jugak ramainya. Q nak membeli tiket pon agak panjang. encik suami kena belikan tiket adik dia tu dengan fareeq. kami yang lain dah ada.tiket. posing sakan je dulu.

harga tiket untuk ke waterpark(sehari saje)
       °Rm 105 dewasa
       °Rm 95 kanak-kanak 3 tahun+
       °Rm 10 kanak-kanak bawah 3tahun
yang ade mykad dapat less dalam rm10 gitu. selain tu,voucher makanan rm 10 pon dapat juga.

fareeq dapat 2keping lampin pakai buang yang kalis air. macam canggih je. Masa aku salinkan dia tu,bahagian dalam pampers tak basah.  basah sikit dengan kencing die jek. ;p

tukar baju mandi dan terjun!

awal-awal ni orang tak ramai. main kat bahagian budak2 pon puas je. malangnya,, fareeq takut air!!! T_T

stress la kami bila die taknak jejak dalam air. duduk je tepi kolam menengok orang lain. dah satu kerja kena gilir2 menjaga dia. pfft!

farish ok dah masuk dalam air even dia takmo main gelongsong2 semua tu. aku dapat lepas gian 5minit je. lepas tu kering sendiri badan ku ini. huhuhuhu..

built a raft

naik pelampung ni berdua dengan farish. liza pulak dengan adam. menyusur la sepnjang laluan tu. takde maknanya nak kutip lego dalam air tu. farish keras je dalam air. kemain kuat pegang aku,takut jatoh dalam air lah tu.

abes seround naik daratan. fareeq dah ajak balik. hah?! pitam ibu dik oi,belum sempat lebam dah nak balik ke?

pujuk slow-slow sicomel aku tu. last2 dia ok nak ikot naik ke atas. kat sini versi pantai. Ade kerusi yang banyak untuk duduk2. so fareeq aku letak kat kerusi situ. farish dah pakai life jacket masuk dalam air.

aku ajak duduk di persisiran saje. takut jaoh-jaoh nanti aku tak perasan fareeq pulak. mata dah la rabun ni. jadi dudukla kami sambil  dipukul ombak. Asal boleh la... ;p

encik suami dua beradik dah hilang. nak mencuba segala game yang ada lah tu. aku je r si ibu tinggal bersama anak-anak. Sedihhh~

dekat setengah jam baru encik suami datang semula. masa tu mintak adik dia pulak jagakan anak aku. aku nak jugak main semua slide yang mencabar tu. tapi takde geng kan tak best. bila encik suami nak meneman, barulah aku pegi.

ehhhh...dah sampai atas tu rase menyesal pulak. moh ler turun bawah semula. boleh gitu? hahhahahahah!!!

aku ni spesis gayat. entah kenapa aku boleh setuju nak try mende ni semua. tak percaya!

mase tu aku cuma pikir. dah sampai, rugilah x try. lagipon xde yang best kat bawah sana. setakat main tepok-tepok air je, kat kolah mandi rumah atok aku pon boleh. ;)

gelihati bila ingat camne aku menyusur dalam.slide tu. aku dengar kiri kanan suara orang menjerit. aku x jerit. cuma terpikir lame lagi ke nak sampai bawah ni ek? bahahahahah!!

dah sampai bawah tu, tampar2 pipi. ehh hidup lagilah aku! ingt dah tercabut jantung. buat stunt ala2 superman, memang sukar dipercayai. dah naik sekali tu..cukupla. takde kerja aku nak memanjat ke atas tu lagi.

yang meluncur.guna pelampung tu aku try juga. sekali dengan encik suami sekali lagi dengan liza. kecuttt je rasa. tapi ok la. enjoy. asalkan aku tak tertelan air dan telinga aku tak pekak masuk air, itu adalah memadai.

turun dari situ terus cari makanan. jam dah pukul 1. mesti anak-anak aku dah kebuluran. farish masih tak puas nak berendam. dah lebam dah anak aku tu.

makan wedges dengan fries jek. tak beli yang berat2 sebab nanti nak mandi lagi. Kalau berat perut x best la nK berendam lagi.

mandi lagi..kalini duduk sembang2 dengan liza layan ombak je r. tengok telatah orang. seronok.

fareeq pulak baru nak berani masuk dalam air. tak mandi bersungguh-sungguh tapi oklah dari tadi tu.

Nasib baik cuaca baik. tak panas dan tak hujan.mendung je gitu.

2.30petang semua sepakat nak balik.

penuhnya bilik nak tukar baju!

nasib aku baik sekali tawaf je terus dapat bilik. tapi nak menyiapkan diri dengan dua orang anak adalah mencabar. sampai hilang sabar juga. masing-masing dah buat peel sebab dah kepenatan.

tadi kitorang sewa locker tau kat sini. rm 20 untuk yang kecik dan rm 40 untuk yang besar. sumbat dompet n beg henpon sahaja. tapi henpon aku yang satu ni aku nyorok2 je bawak dalam beg sandang yang aku letak tepi kolam. kalau aku simpan jugak henpon ni, memang takde gambar langsung la~

sejam lepastu bergerak balik. kepenatan semua. liza terus balik kluang dan kitorang balik ke Saleng. budak2 masuk kereta terus pengsan. zzzzzzzzz~

aku kelaparan. Sampai rumah terus merempit ke pasar malam mencari menu nak buat alas perut.

kesimpulannya trip yang seronok. Terutamanya untuk farish. sempat jugak aku psycho die..belajar pandai2 lagi nanti ibu bawak jalan lagi. ni sebagai reward sahaja. seupaya dia semangat nak berusaha. kita cuma akan belajar menghargai benda yang susah kita nak dapat. Tu yang aku cuba terap dalam diri dia.

yang nyata, mungkin cuaca tadi tak panas terik. tapi muka aku dengan liza jadi merah macam kena tampor. sedih la melayan kulit begini. lepas merah, esoknya jadi lebam. kusam. ni la kenangan percutian kalini. huhuhuhu~


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati