Sunday 29 December 2013

ahad terakhir 2013

assalamualaikum

menghampiri penghujung 2013.nanti kite up 1 entry pasal sukaduka 2013 ni. harap sabar menanti.

pagi ahad terakhir 2013. sekaligus ahad terakhir hujung minggu kami. mulai minggu depan,ahad adalah minggu baru kami. selaras dengan titah sultan johor yang mahu cuti hujung minggu diubah kepada hari jumaat dan sabtu.

sebagai rakyat; aku menyokong saja. tapi bila x diseragamkan untuk pekerja sektor swasta, barulah aku terasa.

aku dan encik suami akan berbeza hari cutinya selepas ini. jumaat aku dan anak2 cuti kat rumah, suami kerja. sabtu je satu2nya hari yang kami ada untuk spend time together sebelum aku dengan farish memulakan minggu kami dihari ahad sementelah suami aku cuti2 di rumah.

phewwww~
kami memang tak pernah berselisih waktu macam ni. aku dah mula pikir jadual hidup lepas ni. kata orang alah bisa tegal biasa. aku harap lama2 ok.

masalah mungkin timbul bab merancang percutian je la. kenalah berkorban salah sorang apply cuti.

harap2 perselisihan ni tak lama mana. semoga akan berlaku yang lebih baik di masa depan. kalau tak, kenalah bertahan sepanjang aku berada kat johor. ehhh....macam ade cita2 nak pindah keluar johor je kan?! ;p

ok2 berbalik pada cerita hujung minggu.

memandangkan aku tak pegi seminar DAO tu, aku attend la majlis2 kawen yang ade kat kluang ni. asalnya nak pegi 2 rumah, tapi las minit ke rumah azie jek. terus merayap kat shopping mall lepas tu.

azie ni aku kenal 2tahun lepas. sama2 jadi dealer produk catalyst. Dia memang bagi komitmen sepenuhnya pada bisnes ni,
siap ade kedai sendiri lagi tau.

Aku memang tabik la kat dia. Dia ada rekod kejayaan dia sendiri yang aku tak ade. aku sentiasa terikat dengan kerja tetap aku sekarang ni, bisnes dah jadi perkara kedua.

dekat rumah pengantin tu aku anak beranak makan sampai pitam la. nasib tak pecah baju kebaya aku tu. ;p

lepas makan berdesup ke rumah yati. dah janji nak beli cake choc moist dia. serius sedap tau kek ni sebab aku dah try makan sekali. favourite budak berdua tu jugak. So yati, lepas ni akak beli untuk budak2 sorang satu la. ;)

sampai rumah kek tu pon dah cair. lama terperap dalam kereta pasal kitorang gi berjalan2 dulu tadi. sampai kena paksa suruh letak dalam peti ais dulu biar keras sikit. tak menyabor budak2 nak makan. sudahnya ibu dapat jamah 2 sudu jek. sedar2 dah habis semangkuk.

hmmm...terus whatsapp muka bahagia farish dengan cake choc moist tu. kemain la sedapnya bila tengok ekspresi muka model tak berbayar ni. hahahahahahah!


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati