Monday 23 November 2015

DoubleF vacation- The little big club

Assalamualaikum

Hari anniversary.

Hahahha!
Maap sebab tak habis lagi cerita anniversary walaupon dah nak sebulan lepas pon.

Kekangan masa.
Tak dapat buat apa,
melainkan kuatkan hati taip semula entry lama-lama nih.

Pagi sebelum checkout,
Sempat menjamah breakfast buffet kat hotel.

Seriously,
Makanan kat sini sedap.
Sedap dan banyak.
Rasa macam lagi best pulak compare dengan hatten hotel punya menu aritu.

Heheeheheh~

Selesai kenyangkan perut,
terus kemas-nak bawak budak berdua ni berjalan.

Sempat last pose je kat sini.
Jam 11pagi kitorang dah keluar bergerak ke red cube.

Ini belated vacation untuk farish & fareeq. Cuti sekolah lepas tak dapat kemana-mana pon dan memang dah niat dalam hati ibu nak bawak masa anniversary ke7 ni.

Anniversary mak-pak,
Anak pulak yang dapat hadiah.
=)

Bukan masalah besar mana pon.
Sepanjang 7tahun ni,
Kitorang dah dapat 'hadiah' paling berharga.
Both doubleF.

Jadi kegembiraan diorang,
Adalah kegembiraan kami jugak.
Kebetulan ada rezeki lebih,
Dapat la realisasikan impian diorang nak kesini.

Themepark ni dah lama bukak.
Kalau tak silap lebih kurang legoland juga, tapi memang baru kalini nak pergi. Sebab budak-budak dah besar, diorang pon dah kenal karektor yang ada kat sini.

Dua-dua teruja.
Keep saying tenkiu sepanjang jalan.

Perjalanan kami dibantu encik 'waze' sepenuhnya walaupon entah kemana-mana kami dibawaknya.

Setengah jam jugak baru sampai ke sini. Masa sampai tu, orang belum ramai.

Terus ke kaunter beli tiket.

Setiap sorang dikenakan bayaran RM59 tak kesah budak ke dewasa. Eh,budak bawah 3tahun je free.

Kami pilih the little big clubs sahaja memandangkan takde anak gadis lagi nak bawak ke hello kitty town tu.

Ibu lalu amek berkat je tadi.
Mesti best kat dalam tu.
Serba pink!

The little big clubs ni ada di tingkat 2 & tingkat 3. Sedikit luas berbanding hello kitty town yang berada di tingkat 1 tadi.

Masok je depan tu,
Budak berdua tu dah tak tentu arah.

Nak main tapi tarik-tarik tangan ibu dengan babah. Huhuhu~

Ok.
Suasana dalam shopping mall yang dilengkapi aircond sepenuhnya.

Selesa.
Tak payah risau pasal jerebu kat luar sana juga. Ini kelebihan utama themepark ni dimusim cuaca yang tak ok sekarang ni.

Barneys.
Pingu.
Bob the builder.
Ballerina.

Ini antara yang ada kat 2nd floor ni. Semuanya permainan kanak-kanak seusia farish& fareeq.

Dapatlah tengok rumah barneys yang selalu nampak dalam tv je. Eh, rumah pingu pon. ni kartun favourite dari zaman ibu membawa ke anak-anak. Legend sangat.

=P

Kebetulan si pingu & barmeys berlegar-legar kat ruangan masok ni, sempat lah tatik ajak bergambar kenangan.

Seronok betul fareeq,
Sebab pingu pelok dia.
Sebulan cerita tak habis tau.
Hahahah!

Ade showtime jugak.
Kalau tak silap jam 1.30ptg, 3.30ptg, 4.30ptg.
Bergilir la karektor yang ada ni untuk buat persembahan.

Tapi kitorang cuma layan pingu & bob the builder je. Budak berdua ni tak layan showtime dah. Gasak nak layan games yang ada.

Untuk level 2 ni,
Bob the builder paling win.
Besa & banyak tempat best kat dalam tu.

Ada playground,
Fareeq paling puas main kat sini sementara farish kena kerah pose je kat semua penjuru.

Hahahha!
Eh bukan senang nak sampai sini tau.
Dah alang-alang tu kenalah gunakan sebaik mungkin.

Puas kat level ni,
Jom naik ke tingkat 3.

Yang ni serupa funfair kot.
Memang suka amatlah budak-budak kalau kesini.

Ada bus, train, helicopter, dan macam-macam lagi. Restaurant pon ada kat level ni. Cuma harganya, paham-paham je la ya. Standard.

Sekali lagi budak-budak ni tak tentu hala. Semua dia nak main sampai tak tau nak mula yang mana dulu.

Huhuhu~
Kitorang main semuanya.
Berulangkali sampai puas.
Sampai dah tak larat lagi nak main.

Tanya both boys,
Best tak?
Diorang cakap best sangat.

Tanya babah pulak,
So-so jek jawabnya.

Hahhaha!
Memang la tak best untuk orang dewasa.
Ni kan tempat budak bersuka ria.

Sampai jam 4.30 ptg je kat dalam ni. Tak larat la nak tunggu sampai habis.

Oh ya,
Tutup jam 6.30 ptg tau.
Masa nak balik tu, ramai lagi yang baru sampai.

Tapi budak-budak dah letih nampaknya.
Dari tingkat 3 turun ke tingkat 2, sambung main lagi. Puashati diorang. Puas hati ibubapa juga sebab boleh join sekaki main kat dalam nih.

Dulu masa kecik-kecik mana merasa pegi tempat macam ni.

Ngeee~

Ibu pon pesan dari awal tadi, mainlah sepuasnya sebab lepas ni memang tak kesini lagi kot. Memadailah rasa sekali. Next time ketempat lain pulak.

Angry birds park maybe?
Ahaks!

Berangan dulu.
Ni punya banyak gambar, buat kenangan esok bila farish & fareeq besar. Tempat yang cenggini pon ibu bawak korang tau.

Jadi,
Sila sayangi ibu babah awak.

Sekian buat kalini.


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati