Friday 27 November 2015

Hari mengemas khazanah DoubleF

Assalamualaikum

Hari bercuti di rumah minggu ini.
Tak ada jemputan kawen,
Tak balik kampung.

Pagi tadi keluar breakfast, lepastu belanja barang dapur kat ekonsave terus balik rumah mengadap keje rumah.

Phewww!

Sesungguhnya kepenatan mengemas rumah memang takkan pernah sama dengan kepenatan kalau pergi holiday. Even kena menapak jaoh dan berjam-jam lamanya, hati tetap bahagia.

Try kemas rumah berjam-jam,
Dari pagi sampai ke petang mengemas.
Mulalah mulut mengeluh penat tak sudah-sudah.

Huhu~

Masok bilih doubleF.
Sesak napas kejap.

Atas katil berlambak kain baju digumpal. Lately kemain rancak diorang bersalin baju dalam masa sehari. Lepas tu main sidai je kat mana sempat, tapi biasanya memang disusun atas katil.

Bawah lantai?
Mainan yang dah dimain tapi tak kemas.
Biasanya kalau kelam kabut nak kemana, memang ditinggal je mainan macam tu. Sekarang dah nampak slow sikit pasal mainan semua ada syarat kalau nak main.

Kena kemas.
Kalau tak, tak merasa la nak mainan sebab semua dah susun letak tinggi-tinggi. Jadi kalau nak main hanya dengan izin ibunda sahaja.

Usaha nak terapkan disiplin dalam diri budak-budak ni dah makin rancak. Both dah besar. Dah boleh paham dengan arahan. Kerja sepatutnya jadi makin mudah.

Lega sikit demi sedikit dua-dua dah ada perubahan yang lebih baik. Mungkin juga pasal dua-dua dah sekolah. Matang sikit.

Mungkin lahhhhhhh

Jadi memandangkan dah hujung tahun,
Buku pon dah banyak yang dah habis guna, jadi dah sampai masanya nak 5s kan semua yang tak sepatutnya.

Dah bertangguh lama bab ni.
Buku-buku budak berdua ni, memang banyak. Buku sekolah, buku kerja latihtubi,buku cerita, buku mewarna dan macam-macam lagi.

Sebelum ni semua terkumpul dalam satu drawer. Kat situlah buku membaca, buku warna, buku sekolah yag dah complete & lain-lain lagi.

Letak kat penjuru tepi katil.
Bila nak cari buku memang susahlah. Kena kais-kais dalam tu sebab semua dah bercampur aduk. Buku sekolah dari farish 4tahun pon ada lagi dalam tu.

Such a sentimental values things.

Kelemahan aku bila mengemas ialah,
Banyak barang yang aku tak sampai hati nak buang. Sifat menyimpan tak tentu hala tu masih menebal lagi dalam diri ni.

Buku tu kenangan buat aku.
Kat situ anak aku belajar menulis, membaca, mengira.

Tulisan pertama dia.
Hmmm...sayang nak buang. Memori tu takkan berulang lagi walau ape pon terjadi. Kalau aku buang, hilanglah bukti ni. Yang ada cuma kenangan dalam hati je.

Adoyaiiii payah mak macam ni.
Nak dibuang terasa sayang.
Nak dibuang tempat tak ada.
Lastly pack je dalam kotak. Menunggu kalau-kalau ada idea baru nanti datang.

I hope so.
Kalau tak, kena tutup mata rapat-rapat pasal nak buang buku ni. Ngeee~

Next year farish dah sekolah rendah.
Fareeq pon dah 5tahun.
Buku makin bertambah tapi takde space yang ada nak simpan buku-buku.

Mungkin ada rezeki lebih nanti,
Boleh plan beli rak buku plak untuk diorang. Apa saja asalkan mata tak sakit dan buku masih dijaga baik. As long as minat pada buku terus digilap.

Sementara ni asing dulu siap-siap ke satu tempat. Asal tak sakit mata sudahlaaa~


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati