Thursday 26 November 2015

Melangkah ke darjah 1 tahun 2016

Assalamualaikum.

Beberapa hari lagi bulan november akan berakhir. Disember datang,selama 31hari then berakhirlah sudah tahun 2015.

Hari ketiga dibulan januari 2016,
Farish hafiy melangkah ke alam persekolahan tahun 1.

How time flies

Terlalu cepat.
Sampai selalu rasa semua macam mimpi.
Bumi berputar terlalu laju barangkali.

Hurmmm...

Dari hari mula-mula farish wujud dalam rahim, sepanjang 38minggu dikandung kehulu hilir,
Detik 12jam proses kelahiran yang mencabar, sampailah pada masa aku sah bergelar ibu, semuanya masih terasa baru.

Setiap momen bersama sepanjang tahun-tahun pertama tu masih teringat. Farish membesar dengan kasih sayang & perhatian secukupnya. Semua orang sayangkan dia.

=)

Dan selang beberapa minggu je lagi, anak kesayangan ni melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.

Huh, sekali lagi terasa macam baru je daftarkan dia tadika masa umur 4tahun.
Kenyataan yang diluar kewarasan akal.

Anak kecik yang tak pernah berenggang. Nak mintak pegi school, tapi nak ada ibu sekali. Main lego sambil duduk atas peha ibu. Bila ditinggalkan, nangis sampai bengkak-bengkak bijik mata.

Kenangan.
Esok bila farish besar, jangan lupa semua ni ya. Ibu babah yang sediakan semua untuk abang. Segala yang terbaik. Yang tak mampu pon kami usahakan jugak asalkan awak selesa & cukup didikannya.

Sekarang ni pon dah mula dok kira-kira preparation untuk farish ke sekolah rendah nanti.

Gigih hadap mrgoogle dengan keyword
PERSEDIAAN KE DARJAH 1

Puas blogwalking dari satu tempat ke tempat lain. Baca pengalaman orang lain, ambik ilmu serba sikit. At the end, dapatlah bayangan apa yang kena beli nanti.

Betullah,
Feel persediaannya lebih kurang sama macam masa nak sambut kelahiran dia dulu. Berkobar-kobar. Tak sabar.

Entah macam mana rasanya bila tengok anak segak dalam persalinan kemeja berwarna putih tu.

Telan airliur banyak kali.
Hakikatnya anak kecik dah masuk ke sekolah.
Cabaran mendidik dah mula terasa.
Semoga semua baik-baik sahaja.

Insyaallah.

Sehingga harini, takde sebarang pembelian dibuat. Baru nak sort listing apa yang nak dibeli. As a working mom yang tipis tahap kerajinannya, pastinya plan tu lebih besar sikit.

Mudah-mudahan dipermudahkan semuanya. Dah boleh try survey-survey dah ni.

Ni ha bakal pelajar tahun 1.
Kenapa rasa cepat sangat besa ni?
Jiwa mak selalu cepat tacing.
Terasa anak dah makin besa pon boleh buat bergenang mata tau.
Over!


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati