Friday 21 November 2014

Harini hari cuti


Berteman dengan buahhati harini.
Ada adik & ayah jugak.
Hari cuti hujung minggu.

Harini breakfast kat kopitiam jek. Kopitiam sederet tempat adik kerja, so bolehla pelawa dia sekali. =)



Nak jugak welfie together.
Sebelom pic ni, dah mintak ayah tolong capture kan. Tapi ade jek yang tak kenan kat mata aku.


Fareeq wat perosak gambo.
Stress jap.
T__T



Kemahen subur lagi pipi aku nih.
Tak tau la pakai baja ape sampai jadik begini sekali.*nanges*

Kebetulan de promo kat sini arini, dapat save banyak jugak. Langkah kanan la nampaknya kitorang arini.


Telo ni untuk dia.
Laju je telan lepas dh tuang pepper sikit. Budak ni makan tak bubuh kicap, sebab die bukan penggemar tegar kicap macam farish.

Nasi lemak telor untuk aku,
Bubut ayam untuk adik,
Mee sup untuk ayah,
Telor separohmasak dengam sandwich cheese untuk fareeq.

Siap makan tu tak kemana dah.
Balik rumah dengan niat nak mengemas rumah.

Tetiba jek rajin.
Habes satu rumah aku sapu pastu mop.
Tilam aku jemur bawah matahari, karpet aku angkot tepok habuk, kain aku dobi 3round.

Hasilnya,
Lantai kilat boleh buat cermin.
Yang tak best,
Entah berapa hari jek berkilat cenggini.
Sesilap kurang 24jam dah jadi macam biasa. Huhuhu~

Ok, segala jenis peloh keluar menjejeh arini.
Rasa macam sihat pulak bila buat mende camni. Senaman semulajadi kononnya.

Settle.
Kemas beg tangan pulak, berkilo kertas dan segala resit dalam tu. Yang ni habit.

Aku jenis suka simpan resit. Segala resit aku letak dalam beg tangan sampai tiba rasa nak mengemas macam ni.



Lepas tu susun ni pulak.


Taon bila nak habes, aku pon tak tau.

Pantang warna best, beli.
Alih-alih banyak gini.
Huhuhu~


Ok, nak beristirehat sementara tunggu suami balik.

Taknak masak arini,
Penatttttttttt.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Wednesday 19 November 2014

Ahaiii la fasha~

Assalamualaikum

Lama tak bercerita pasal hiburan nih. Sejak umur makin banyak, feel nak amek port pasal dunia retis turun merudum habis.

Kalau pon ada gosip terbaru,
Just tengok,
Baca,
Hadam jap,
Lepas tu lupa.

Tak segila zaman remaja, gigih kumpul duit nak beli majalah hiburan semata-mata untuk dapatkan poster tomok. Lepas tu tampal kat fail bawak pegi sekolah dengan muka bangga macam tomok tu boipren aku. Hahahah!

Kenangan sangat.
Jangan la ada anak-anak aku yang menurun ketaksuban yang satu nih.

Dah berkurun tak beli majalah hiburan, sesuai la dengan status mak orang sekarang ni. Kalau membeli pon lebih pada bahan bacaan yang ada pengisian. Buat rujukan hidup.

Kembali belek insta harini,
Kebetulan ternampak IG fasha sandha.

Ya, aku dah tau dia beranak beberapa hari lepas. Tu pon sebab beautiful nara punya headline kelua kat fb.

Tapi liputan anak fasha ni tak la sehavoc anak che ta. Btw, bby che ta kiut sangat. Sempurna sungguh ciptaan Allah yang satu ni.


Ni kalau preggy,
Leh tengok hari-hari dengan alasan nak kasik kenan kat baby dalam perut. =P

Muka che ta tengah berpantang takde pulak kelihatan beberapa minggu ni. Berbeza dengan fasha yang berani tunjuk muka pada hari ke10 lepas bersalin.

Masa ni die shoot newborn baby dia.
Cantiknya fasha!!!!


Dari dulu suka fasha ni sebab airmuka dia yang nampak lembut. Bila tengok pic ni, makin suka.

Nampak satu keluarga kecik yang sempurna. Ada anak pompuan laki yang comel. Nanti kalau beranak nak cantik macam fasha ni jugak. Ngeee~

Ok, tu je la.


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Bersidang lah kite~

Assalamualaikum!



Harini kena attend persidangan nih kat KAMPUS INTAN WILAYAH SELATAN (IKHWAS).

sampai awal sangat kot, sebab masa tu banyak giler paking lot yang masih kosong.
Ok la sebab datang awal, tak kelam kabut cari tempat nak duduk.

Ok,
Pendek kata topik sidang ni lebih kepada pendedahan akta yang berkaitan dengan kerahsiaan data peribadi. So far, dapat la jugak sikit pengetahuan baru even tadi aku asyik ber whatsapp aje.

Lunch hour menjengah kluang mall kejap. Nak jugak makan kat luar padahal dah terang-terang makan tengahhari disediakan. Huhuhu~

Dapat balik awal sejam dari biasa.
Dapat jugak pegi cuci kereta yang dah comot gile tu...


Kelemahan bila kena cari baju kurung nak dipakai. Terus geledah stok baju kurung yang dah disumbat dalam kotak sambil try satu persatu kat badan.

Masih muat,
walaupon dah kurang longgar baju nih.
Huhuhuhuhuhu~

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Monday 17 November 2014

Tak ada rezeki

Assalamualaikum

Harini hujan gerimis sepanjang masa. Mata kuyu sambil ketuk2 keyboard nak siapkan list tetamimu untuk majlis amanat pengarah nanti.

Lepas jemput farish balik sekolah, terus ke hospital kluang.

Salah sorang opismate ni keguguran,
preggy anak yang ketiga.

Mungkin memang bukan rezeki dia kalini, gugur pada usia kandungan yang hampir bulan ketiga.

Alhamdulillah, selamat menziarah. Mungkin ada yang terasa janggal, tapi niat aku cuma satu. Aku menziarah atas ikatan silaturrahim. Rasanya tak elok kalau aku sedia maklum tentang hal macamni, tapi aku berdalih untuk mengelakkan terjumpa sesiapa.

Aku ikhlas mempamerkan simpati. Aku cuma harap kalau satu masa nanti ujian macamni jadik pada aku, akan ada lagi kawan-kawan yang datang menziarah.

Hidup ni kan macam roda yang berpusing. ^_^

Apepon, semoga cepat sembuh & ada rezeki lagi nanti.

=)


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Oh my baby!

Assalamualaikum

Entry ni dibuat sebaik je kedua-dua budak bertuah tu selamat lena.

Masing-masing kemain aktif harini, terkinja sana sini.

Farish dah ok. Alhamdulillah dah tak sakit perut lagi. Selera makan pon dah balik asal. =)

Malam awal lagi, tapi rumah dah sunyi. Sepi. Selalu time macam ni, aku baru membebel suruh diorang tido. Siap paksa suruh tutup mata. Tapi bertuah la kalau diorang nak menurut.

Sambung chatting kat whatsapp.

Banyak sangat grup whatsapp yang ada. Lebih dari 10grup. Sebab tu henpon ni takkan berenti bernotification sampailah aku sendiri mute kan. Pening.

Bila bosan, pastu takde topik, mestilah intipati chatting nya merepek aje.

Bosan chat, belek galeri satu persatu

Sekarang dalam mood menambah ahli keluarga. Fareeq macam dah besar, walaupon skala kemanjaan dia masih tinggi melangit.

Rasanya ok dah kot nak beranak kecik lagi.
InshaaAllah kitorang dah bersedia.

Tahun depan,
Semua dah mula sekolah. Makin la terasa keduanya dah makin membesar. Banyak ragam. Setipa hari tengok perkembangan diorang dan mulalah nak membayangkan, dua abang besa dengan sorang adik kecik.

Sweet sangat!

Mudah-mudahan ada rezeki kalini.
Maha kemaruk nak beranak kecik, lagi-lagi bila cik puan yati dah konfem ada baby dalam peyut dier!
^___^

Nah,
Terus bajet nak ada yang cenggini sorang lagi. Hahahahhaha!


Wish me luck~
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Sunday 16 November 2014

Have a great week ahead everyone!

Yeay,, isnin datang lagi.

Takde istilah lemau dihari kedua minggu baru ni. Berbahagialah menikmati setiap hari yang mendatang kerana takkan ada seminit pon yang dapat diulang kembali.

Ada masalah?
Semua manusia punya masalah,
Bezanya cuma cara kita menghadapi permasalahan tu je.

Positif kan minda.
Setiap yang berlaku ada sebab.
Dugaan itu untuk mendewasakan,
Kelebihan itu untuk kita belajar bersyukur dengan sedikit pemberian itu.

My bigboy masih tak berapa sihat harini. Semalam terpaksa bawa ke klinik sebab sampai ke petang, diarrhea tak reda-reda.

Gigih berpayung dalam hujan demi sang anak. Semoga esok sang anak jugak buat yang sama macam si ibu ni. Tak sampai hati tengok anak lesu gitu. Hurmmm...

Lepas minum semua ubat, terus tertidor. Mungkin letih lepas lalui hari dengan kondisi yang tak bagus tu.

Semalam sempat bawak diorang berjalan ambik angin petang. Farish nampak tak sihat. Duduk tak sampai 10minit, die dah ajak balik rumah sebab perut meragam lagi.


Senyuman penuh ikhlas dari buahhati ibu.



Mata dah sembab kan? Sedih sangat bila anak jadi gini. Huhuhu~


Yang ni?

Menggedik ajela keje dia. Tu pon selsema sikit. Harap tak melarat, tak suka anak demam!
=='

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Caiyok-caiyok farish hafiy!

Assalamualaikum

Mulai harini, bermula sudah minggu penilaian smartreaderkids bagi tahun 2014.

Latihtubi dah buat.
Ulangkaji buku-buku yang dah habis belajar pon sudah.

Minggu lepas tu minggu yang penuh tumpuan pada dia jek.

Mungkin ada yang cakap,
Eleh apa ada heran, pekse sekolah tadika aje pon.

Sebenarnya.......
Aku memang heran. =P


Betul,
result sekolah tadika tak bawak kemana pon.
Tak janji kelayakan masuk sekolah yang bagus, universiti terbaik, apa lagi kerjaya yang best.

Tapi bukan ke tadika ni dunia pertama anak-anak. Kat sini diorang belajar asas kepada semuanya. Permulaan pada rangkaian ilmu yang lebih banyak lagi sepanjang hidup diorang.

Peperiksaan,
Kayu pengukur kemahiran anak-anak. Masa ni kita akan nampak, semua yang diorang belajar sepanjang setahun tu berkesan ke tidak.

Aku memang taknak pelaburan yang sia-sia. Peruntukkan sangat besar untuk sekolahkan anak-anak aku, jadi mestinya aku nak pulangan yang berbaloi. =)

Jangan kata kau tak bangga kalau anak korang dapat tempat top 3 waima cuma penilaian sekolah tadika. Aku siap nak menangis tak percaya sekali terharu bila tengok progress yang anak aku beri.

Atau maybe aku je mak yang over?
Hahahahah!!

Untuk tahun ni, semestinya aku nak yang lebih bagus. Kalau pon tak lebih bagus dari tahun lepas, memadai la dia kekalkan pencapaian yang dah sedia ada tu.

Sejuk perut aku ni bila tengok nama anak terpapar kat skrin masa anugerah cemerlang tu. Masa ni aku dapat rasa, perasaan sama mak ayah aku dulu.

Hurmmmm...
Semoga anak-anak aku jadi anak yang sempurna didikan dunia dan akhiratnya.

Pagi ni,
Kesihatan farish tak berapa ok.
Gastrik pulak tetiba anak aku nih.

Nampak lesu la pulak lepas buang air beberapa kali. Sampai sekolah,aku maklumkan pada cikgu. Siap mintak cepatkan giliran untuk farish sebab aku takut dia makin lemau nanti.


Dan seperti yang aku jangkakan,
Muka monyok je masa aku jemput tengahhari ni. Teacher pon bagitau, die pasif ja arini.

Kesian farish!
Agak-agak ok tak die jawab paper arini??????
=__=''

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Tuesday 11 November 2014

Selamat pengantin baru TMJ!

Assalamualaikum,,

Kebetulan terasa nak balik rumah mak mentua hari sabtu lepas. Alasannya sebab nak merasa jalan jauh sikit sebab dah berapa minggu habiskan cuti kat kluang je.

Tengahhari sampai dah. Duduk makan pastu borak2 je. Dari tengahhari membawa ke petang~


Sebelum aku lupa, harini kitorang 3beranak je. Yang sorang lagi tu biasalah, asal hujung minggu je dah siap packing stay rumah ucu.

Tu haaa simanja timang-timang aku. Bahagia je sensorang duduk kat seat belakang. Tak sampai 20minit, dah terbongkang ketiduran.

Kekenyangan.

Tu je la yang boleh digambarkan tiapkali balik rumah mak mentua. limpahan makanan, rezeki tak putus-putus.

Petang tu gerak balik awal sikit sebab konon nak jemput abang kat rumah ucu.

Tapi las minit tak jadi. Macam teringin nak ronda kat jom heboh. Kebetulan minggu ni dibuat kat angsana tu. Terus paut stereng tuju pusat bandar.

Dan hasilnya?

Tak jadi ke jom heboh. Kebetulan nana ada kat area dataran. Ok jugak kalau lepak together2 sambil layan majlis resepsi TMJ.

Hampir 2jam menunggu majlis mula. Dari berdiri, sampai duduk berkelah kat situ. Yang menariknya, bukan sikit-sikit yang duduk kat situ, rasa macam memang tengah duduk bersimpuh depan pelamin pon ade jugak. Hahhaha!

Kurang 10minit sebelum istiadat tu, hujan turun. Memula gerimis, lepas tu makin lebat. Bertempiaran semua lari. Ingatkan lari balik, rupanya lari cari payung.

Maka berubahla suasana jadi begini...


Pesta payung.
Yang penting tetap setia menunggu depan skrin. Hahahah!

Gigih menanti perarakan pasangan pengantin.
Masa ni hujan dah makin lebat. Pelamin diraja pon dah kena tempias. Beralih ke dalam istana. Kena tunggu lagi~~~

Dua tiga kali pujuk abie yang dah mula merengek.

Kitorang pulak risau tak dapat tengok pengantin sebab masa tu siaran pon dah tak ok. Kejap-kejap hilang. Ni kalau hilang terus, memang tak berbaloi la. =___=

Teringin nak tengok cik khaleeda tu sebenarnya. Sempat soksek berdua dengan nana, betapa bertuahnya dia. Rezeki!





Belanja welfie. Lamaaaaaa sangat tak melepak gini. Seronok. Sesekali duduk bawah langit berlantaikan rumput, best!

Akhirnya keluar jugak pasangan yang ditunggu dari tadi. Marbeles!

Hujan lebat, dengan anak yang merengek suruh cepat balik, berdukung dibawah satu payung yang kecik. Huwaaaaa!

Sempat tengok sikit je. Terus bergerak nak balik, tapi macam nak pekena steamboat jugak. Dudukla lagi dalam kehujanan.

Hujan makin lebat. Berlari-lari tuju kereta yang jauh parkir kat hujung jalan. Basah. Lencun.

Asalkan anak terpelihara, tak kena hujan, tu dah cukup baik.

Very mak mak sangat!

Esoknya, nana whatsapp ni.



Mesti nak cakap feeling selebriti kan? Ngahngahngah~

Tahniah TMJ. Tahun depan kite celebrate anniversary sesama.

Yeayyy!.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Monday 10 November 2014

Terapi sukahati

Assalamualaikum,,

Terjumpa kuiz ni masa scroll timeline fb tadi.

Dah macam2 kuiz ada sekarang nih.
Sesuka nak join boleh, percaya jangan.

Eh...tp macam kena je kan??


Already 2boys,
3 girls more???


Hahahahahah!

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Tuesday 4 November 2014

It's november already!

Assalamualaikum,,

Tepek muka sendirik kat sini,


Bulan baru, dengan target baru. Semoga ALLAH swt mempermudahkan semuanya.

Jangan tertipu dengan senyuman yang manis ni, sebab dalam hatinya ada rasa sakit yang maha besar. Tapi, hidup perlu diteruskan. Dan setiap yang susah itu pasti akan mudah asalkan kita berusaha untuknya.

Semoga kita sama-sama berbahagia!

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Saturday 1 November 2014

Me as instant mommy

Assalamualaikum,,

Seminggu tanpa kaba berita.

Bukan takde masa, cuma takde cerita nak dikongsi. Minggu lepas mengasuh anak buah yang sorang tu.

Fuhhhhh,,
Bertahun tak mengurus anak kecik. Pening kepala jugak dibuatnya. Dah ada anak yang boleh disuruh, boleh uruskan diri sendiri, bole makan minum sendiri, tetiba dapat sorang ni yang kejenya nak kena didodoi sepanjang masa.

Huhuhuhu~

Seronok beranak kecik, ada muka manis yang nak diagah. Tapi tu la, nak menguruskan semuanya macam 3tahun dulu tu yang rasa malas.

Pakkal je ni anak buah tau, mengenangkan budi adik aku tu yang penah asuh anak-anak aku ni dulu. kalau tak..........


Bila die buat muka merengek gini mintak cubit, memang geram dibuatnya.

Nak kena duduk ngadap die je. Pengsan ibu long macam ni. Ade 2orang abang sepupu yang rajin menjaga, sorang nak tolong buai, sorang dok agah sampai gelak terkekeh si kenit tu.



Kemain bahagia kan abang-abangnya?
Naik rimas budak kecik tu dibuatnya

Khamis-jumaat-sabtu
3hari dengan pengalaman menjaga budak kecik.

Nasib baik isha ni x banyak peel. Hari pertama tu je la meragam, hari kedua dia gasak tidor je sampai aku kejut suruh bangun minum susu.
Hari ketiga aku jaga petang je. Pukul 3 camtu smpai malam.

Ok jek. Encik suami pon paham. Bila aku takleh memasak sebab asik hayun buai jek, die tolong masakkan. Terasa macam mak beranak kecik balik la sepanjang berapa hari nih. Huhuhu~

Kalau ditanya nak jaga lagi tak?
Opkos taknak. Hahahah!

Tapi kalau kes kecemasan macam haritu, takpela demi anak sedara ku itu aku rela membantu. Muahahahahah!

Ok babai!

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati